Thursday, October 22, 2020

To: You

I’m sorry. Aku tahu aku tinggalkan kau. Was it my fault? Aku buat semua tu demi kelangsungan hidup kau.

The day when you said that you had a crush on my best friend — aku terkaku. Yes, I laughed. Tapi kau tahu macam mana perasaan aku masa tu? Hancur. Aku rasa, aku cuma diperalatkan dan sebagai medium untuk kau dapatkan orang lain. Aku tak pasti sama ada setiap perkataan yang kau luahkan kepada aku sepanjang masa tu adalah sesuatu yang bersifat kukuh dan dari sepenuh hati kau.

Aku tak cakap, korbankan perasaan aku untuk kau dengan dia tu adalah jalan yang baik. Tapi sekurang-kurangnya kau tahu yang aku pergi dari hidupkan dengan secara tiba-tiba untuk kau lebih bahagia. Buat apa aku menjadi penghalang, kan?

Yes, aku blah macam tu je. Aku diam. Aku tak jawab satu pun mesej dan panggilan kau. Aku nak bagi kau ruang.

Sampai satu bulan tu, kau tukar status relationship Facebook kau dengan dia — “In relationship with”. Dalam dendam yang aku pendamkan, muncul satu perasaan untuk melepaskan kau.

Aku padam semua blog post aku. Nak mulakan semua balik. Nak lari dari kehidupan yang selama ni aku rasa pointless. Terlalu sakit. Terlalu berat untuk sendiri tanpa wujud kau. But, seeing you happy with the right person, dah cukup melegakan aku.

One day, you called me. Aku terkejut. Sebab aku tak sangka itu adalah hari terakhir aku dengar suara kau, aku nampak kelibat kau di Facebook. Aku tahu aku bersikap dingin dengan kau. Amarah tu datang secara pantas.

Bukan aku tak nak tolong kau. Tapi… dah terlalu banyak perkara aku korbankan untuk kau. Segala jenis pendaftaran, segala jenis document — semua aku selesaikan untuk kau sebelum aku pergi. Kawan aku tak buat apa-apa ke dekat kau?

Lepas dari saat tu, kau hilang. Tak boleh dijejak. Tak tahu ke mana halatuju.

Best friend kau tiba-tiba DM aku. Tanya aku tahu tak keberadaan kau. Whao, it’s been how many years aku dah lost contact dengan kau. Tak tahu nak cakap macam mana sebab aku memang dah tak nak ambil tahu pasal kau. Hidup ke, mati ke. Aku tak peduli.

Perasaan bersalah muncul.

Aku dengar beberapa perkhabaran pasal kau. Kau break up dengan best friend aku. Kau quit study. Kau larikan diri. Kau pergi Johor. Itu je yang aku tahu.

Setiap malam, kau datang dalam mimpi aku dan semua gambaran lama, tempat kita selalu ada — semua datang balik. Aku macam terperangkap dalam sebuah dimensi mimpi yang tiada penghujung. 

Salah aku ke?

Maka bermulalah semula misi mencari kau. Aku tak nak apa, cuma nak mintak maaf dengan kau. Itu je. Sebab aku tahu yang itu je boleh buat aku terlepas daripada perasaan celaka ni. Tapi nak mula daripada mana?

Aku mula cari dekat Google. Aku search segala benda yang boleh berkaitan dengan kau.

Facebook, Twitter, Instagram — aku cari nama kau. Segala jenis possible username yang kau akan guna aku cuba. Email kau. Password kau.

Bukan sehari, tapi bertahun. Masih lagi tak jumpa. Aku hampir ke jalan buntu dan nak putus asa.

Hari tu, aku buka Facebook. Ruang search aku taip nama penuh kau sekali lagi. Muncul nama kau. Tapi hanya ada 7 kawan. Hanya ada sedikit saja details. “Live in Johor”.

Sebelum ni aku tahu kau masih hidup sebab aku cuba cari kau melalui kad pengenalan. Aku check setiap jenis bantuan daripada kerajaan yang kau dapat. At least aku tahu kau masih hidup dalam beberapa tahun aku mencari kau.

Disebabkan tu, aku kuat mengatakan tu kau. Tapi aku tak berani nak tekan butang “Add Friend”.

Semalam, masa aku godek-godek fail lama. Aku saja bukak fail 2011. Dan aku terjumpa nama kau. Penuh dokumen-dokumen penting kau ada dengan aku.

Datang satu keberanian. Aku segera ke Facebook sekali lagi. Taip nama kau dan DM ke semua 7 kawan kau. Aku stalk semua dan akhirnya, gambar kau ada dalam salah satu akaun tu.

Request sent

Aku bangun pagi tadi ternampak notification keluar “X accepted your friend request”.

Messenger tertera nama kau dengan 1 mesej, “Kau mimpi apa ni?”

Here we go. 

Tuesday, October 06, 2020

26, Dan Tentang Hari Ini

Menjadi dewasa — melalui hari-hari biasa yang mungkin terlalu kosong untuk dihadapi dan tidak ada satu pun yang istimewa lagi. Tak ada kata-kata manis setiap kali jam 12 tengah malam. Tak lagi menjadi paling penting dalam kehidupan sesiapa.

Mungkin apa yang aku rasa hari ini adalah sebuah proses memiliki sebuah hari yang normal tanpa perlukan sesiapa lagi. Kegembiraan yang disengajakan dan diuli dengan perasaan yang diacu sendiri.

Berkali-kali aku menulis tentang keadaan macam ni. Bahkan mungkin terlalu kerap setiap kali menjelma tarikh hari jadi sendiri. Entah? Mungkin memang itu takdirnya. Kita menjadi seorang yang mula pasif dan tidak diinginkan.

Tahun ni berlalu dengan pantas dan tanpa diduga pelbagai perkara bersilang dan membuatkan diri alpa. Entah, aku tak tahu nak menyusun ayat macam mana saat dan ketika ni sebab mungkin segala perkataan yang aku nak luahkan tu dah habis di awangan. Melayang dan menembusi awan.

Ogos, dan setiap kali muncul bulan keramat dalam hidup aku— pelbagai jenis doa aku titipkan. Segala yang baik-baik aku harap akan terjadi dalam bulan ni. Tapi, kali ni aku silap. Sebab… kali ni dia lagi mencabar dan membuka mata.

Sebagaimana hubungan yang bertahan selama berbelas tahun sekali pun akan musnah dalam sekelip mata. Sebuah penantian yang dipertahankan raga daripada segala duka. Akhirnya tergadai jiwa. Sebegitu sahaja.

Dah berbulan rasanya aku pilih untuk diam. Untuk tidak lagi merasakan apa-apa yang pernah suatu ketika dahulu teguh. Sebab bagi aku, sekarang dah sepatutnya fikir tentang masa hadapan dan bercakap tentang kejujuran yang sebenar. Bukan dalam fantasi, bukan mainan lagi.

Dalam satu bulan yang sama, terpampang segala kegembiraan. Satu persatu perkhabaran diterima. Aku hanya mampu tersenyum dan menyimpan apa sahaja yang terbuku dalam dada. Tak sangka, akhirnya semua mula sempurna.

Aku tak mampu untuk zahirkan apa yang aku rasa. Tak mampu nak jujur dengan segala kebenaran dan terlalu berat untuk aku luahkan. Di satu sudut kecil, aku masih menunggu untuk seseorang ambil dan tanya, “Kau okay?”

Serpihan luka yang terus berdarah dan tak tertanggung lagi. Dan masih hari ini. Menelan masa-masa yang terbazir dengan lelah sama.

Tentang hari ini, di bulan keramat. Meninggalkan kesan yang teramat mendalam dan perit untuk ditelan.

Sunday, February 02, 2020

Perempuan

Beberapa kali aku nak tulis benda ni. Tapi masih fikir patut ke? Untuk kesekian kalinya— thoughts tentang perkara ni berputar-putar dalam kepala aku. Macam biasa, aku menulis bila aku sedih. Dan bila tiba saat tu, ke sini lah aku.

Yes, aku tahu. Lama aku tinggalkan rumah aku ni. Nanti aku cerita apa yang aku lalui sepanjang sepi dalam rumah ni.

Kembali balik kepada apa yang membuat aku datang sini semula. Perempuan.

Most of the day, aku habiskan masa selain bekerja— social media menjadi satu keperluan dalam hidup aku. Entah, kalau takde. Aku rasa mati. Sebab mostly aku cari duit semua dekat social media. Kalas ikut-ikutkan, sebenarnya semua kerja yang aku dapat mostly aku cari dekat Twitter. Perubahan zaman menyebabkan semuanya berlainan dengan 6 atau 7 tahun yang lepas.

Aku ingat lagi, Twitter hanyalah tempat untuk setiap orang express their words— ibarat bercakap dalam hati. “Aku lapar” dan 10 orang akan reply. Masa tu semua fun. Time flies, sekarang Twitter ibarat dalam fasa usia seorang remaja dan rebel. Semua orang berkecamuk dalam tu.

Scroll, gaduh. Scroll, politik. Scroll, drama gf bf. Most of the days, tak sah takde semua tu.

Maka, lintas satu thread viral dekat Twitter berkenaan dengan boundaries friendship bila mana kawan tersebut ada pasangan dia. Aku baca sampai habis. Aku baca replies. Tak terlepas jugak kenalan lain tinggalkan kicauan peribadi di Tweet tersebut. Aku termenung jauh.

Let me explain a little bit.

Si A (perempuan) pergi jumpa si B (lelaki). Namun, si B berasa tak selesa dan melayan acuh tak acuh sehinggakan si A berasa bestfriend dia dah tak macam dulu masa takde girlfriend.

Boundaries.

Ada yang berpendapat, girlfriend patut okay je boyfriend ada kawan lain jantina sebab kawan tu datang lebih awal dalam hidup boyfriend tu.

Ada jugak kata, kawan lain jantina tu yang kena letak boundaries di antara boyfriend tu supaya girlfriend tak rasa insecure.

Dan, membuak-buaklah kenangan-kenangan lama aku.

For whoever knows me. Dari kecil lagi aku memang banyak berkawan dengan perempuan. Sebab mostly, aku lebih selesa berkawan dengan perempuan dan tak payah tanya aku sebab apa. Aku sendiri pun kadang tak tahu. Nak kata sebab aku tak suka kasar-kasar, tak. Aku okay. Entah? Punya pelik— aku sendiri tak dapat figure out.

Nak jadikan cerita, aku ada bestfriend perempuan bukan 1, 2 atau 3. Ramai. Dan diorang semua datang dari waktu yang berbeza. From my different phase of life. Sekolah, universiti dan kerja. Yes, of course aku ada bestfriend lelaki jugak.

Fikiran tentang satu perkara ni mula muncul apabila satu hari, one of my bestfriends ni dia mula bercinta dengan boyfriend dia. At first, semua okay. Takde apa pun yang janggal. Aku masih merasakan yang tidak ada apa-apa pun perlu aku letakkan syarat untuk berpisah atau berenggang dari persahabatan yang kitorang ada.

Then, semakin hari. Kawan aku mula cakap, “Weh, boyfriend aku tak bagi aku keluar dengan kau.” “Haaa sorry. Boyfriend aku marah kita lepak.” “Boyfriend aku suruh aku jangan rapat sangat dengan kau.”

Aku banyak terasa dengan perubahan tu tapi masih lagi keep pretending okay. Semua orang akan macam ni. Aku cuba positif setiap kali datang hasutan-hasutan celaka dalam kepala aku. 

Sampailah satu tahap, kawan aku ni pernah janji dengan aku untuk balik raya sama-sama. Aku dah cakap dengan dia, if boyfriend dia tak bagi. It’s okay. Aku cari tiket sendiri balik kampung. She said, takpe. Boyfriend dia okay je.

Sehari sebelum raya, dia bagitahu dekat kawan dia untuk bagitahu aku yang dia tak dapat tumpangkan aku balik hari tu sebab ada emergency. Figured out, rupanya boyfriend dia tak bagi aku tumpang. Malam raya, dekat mana aku nak cari tiket balik kampung?

Aku kecewa sebab kawan aku berubah kepada seorang yang lain daripada diri dia yang pernah aku kenal dulu. Semua kerara bila dia dah bercinta.

Disebabkan tu, aku mula rasa untuk tak lagi memilih mana-mana perempuan untuk dijadikan bestfriend. Cukup sekadar kawan biasa.

Tapi sebenarnya, daripada watak yang menjahanmkan tulah terlahirnya watak-watak lain dalam kehidupan aku yang berhubung dalam garis masa yang sama. Kalau Avengers Endgame tu— kau kacau timeline ni, wujud alternate timeline. Macam tu lah gamaknya.

Lalu, menyentuh balik mengapa aku menulis bebelan yang panjang ni adalah juga kerana seorang perempuan. Mungkin bukan seorang, mungkin banyak lagi. Tapi, let me be honest with you. Aku sedih dengan apa yang terjadi antara aku dan dia. Seakan macam tak ada apa-apa lagi memori kitorang berdua. Macam dia dah tak wujud dalam hidup aku.

Nope, this is not the one I mentioned earlier.

She— I used to share everything with her. Apa sahaja yang buatkan aku rasa senang untuk bercakap. Macam adik beradik. Tak rasa janggal sebab segala benda boleh masuk kepala.

But, looking back at my 2019 without her. I think— aku jadi seorang dewasa yang lost. Tak tahu track yang macam mana patut aku ikut. Dah takde kawan yang sepatutnya selalu ada dengan aku tak kira apa sahaja benda malang dan sial menimpa aku.

Aku mula faham, yang aku tak sepatutnya memiliki seorang kawan perempuan yang sangat rapat sebab saat bila dia dimiliki orang yang selayaknya— dah tentu dia akan lebih mengutamakan orang tu. Dan hati pasangan dia lagi penting daripada kita sebagai kawan dia.

Dulu aku tak percaya. But here I am. Belajar daripada setiap pengalaman yang berlaku. Dah tentu. Tak kira sesiapa pun. Priority tu akan sentiasa bertukar. 

Cinta more than kawan.
Dan wujudlah keterbatasan.

Walaupun setiap hari dalam bulan-bulan yang sudah pun berlalu tu rasa sangat sedih, marah dan kecewa setiap kali buka Instagram, Twitter dan sebagainya tengok kehidupan bahagia seorang kawan yang pernah rapat— tapi apa aku boleh buat? Itu pilihan dia. Jadi, mengambil jalan untuk adapt itu lebih tepat, kan?

Kalau orang dah tak sudi nak reply apa yang kita cuba bagi effort untuk buat interaction dengan dia. Kita fahamlah. Maksud aku, AKU faham. I am her past.

Rasa macam hilang girlfriend. Tapi dia lebih sakit sebab dia kawan kau.

Disebabkan dia, aku mula menjarakkan diri daripada banyak lagi kawan-kawan rapat perempuan aku. Sebab aku tahu, bila dia dah bersuami nanti— lagi susah. Jadi untuk mengelakkan dari asyik makan hati. So, kita kawan baik dengan kawan-kawan lelaki yang sedia ada. Simpan sampai reput.

But, hey. I’m thankful for whatever things yang kau banyak tolong aku.


Yours truly,
Blue x