Friday, June 21, 2024

Laugh in the place where I have cried.

Now playing: Camaraderie - Yuna

Dua tahun yang lalu, aku ambil keputusan untuk melangkah pergi daripada berada dalam satu situasi dan tempat yang menyakitkan. Di mana, duka yang menoreh kudrat dan memejam hati aku untuk berpura-pura menjustifikasi segala keadaan baik - akhirnya tidak lagi terpikul sendiri. Jadi, aku putuskan untuk melepaskan dia pergi - sebuah tempat yang menjadi rumah untuk bergembira.

Setiap hari, aku salahkan takdir. Setiap hari, aku salahkan keadaan. Sedangkan apa yang aku patut salahkan adalah diri sendiri. Meneruskan kehidupan dengan segala penipuan yang hanya memberi sedikit kebahagiaan bersifat sementara.

Sepanjang tempoh yang sangat menceriakan hari-hari aku itu, aku mekar dan beradaptasi dengan segala kemungkinan. Menerima segala kekurangan, menangguk kelebihan untuk membuatkan hidup lebih bermakna.

Ketawa, ketawa dan terus ketawa.

Banyak perkara yang aku alami, explore dan kecapi - setiap kali menempuh sebuah perjalanan yang panjang mahupun singkat. Segala plan dirangka, segala kebahagiaan dicipta dan membuatkan memori penuh dengan cerita-cerita yang menyenangkan. Makan, minum, kisah peribadi, helaian baju, tatapan mata, omongan kosong - semuanya tak tergantikan dengan sesiapa.

Namun, sampai bila? Maka, aku ambil keputusan untuk tak lagi menyelimut diri dengan keselesaan yang di belakangnya terpampang seribu realiti yang menyakitkan. Then, I decided to back off, silence myself, and distract myself with other things that can actually make me happy — though it doesn’t seem the same anymore.

Sebuah kenangan yang tak tergantikan dengan sesiapa.

I immersed myself in work, traveled to new places, and met new people, but the shadow always lingered. Often, I wondered if I had made the right decision. Could things have been different if we had tried harder to stay together?

Sebulan yang lalu, aku menuju ke sebuah panggung wayang yang pernah menjadi saksi di mana segala tawa pecah bersama. Aku tersenyum dengan segala memori yang pernah ada dan melepasi langit biru. Seakan seluruh dunia berputar hanya kerana kegembiraan aku.

The memory of that day was etched in my mind as one filled with pain and regret.

Satu pesanan ringkas dihantar.

Aku tak sangka, tanggapan yang mengebal selama ini runtuh bersama dengan satu balasan. Daripada situ, perbualan berubah kepada perjumpaan dan membawa kepada imbauan demi imbauan.

Sitting on the same spot again back then, we laughed until our sides ached. It was a profound moment of healing and joy, transforming a place of sorrow into one of happiness. I realized that time, understanding, and forgiveness have the power to mend even the deepest wounds.

The initial shock was palpable, but soon we found ourselves talking as if no time had passed. We caught up on our lives, laughed about old memories, and parted with a promise to reconnect. We talked about our dreams and our future, and before long, we were laughing about the silliest things. 

We started meeting regularly, first for ice cream, then for dinners. We understand pure lessons we had learned from the past, maybe? Gradually, the walls we had built came down, and jokes that never truly died began to blossom again.

Persoalan yang mungkin berulang di fikiran - mungkin ke episod sama akan berulang? Rasa sakit dan rasa penipuan di sebalik senyuman yang diukir.

Ketika aku buat keputusan untuk hantar pesanan ringkas di tempat yang menjadi saksi ketawa dan air mata hari itu, aku ubah angle dalam kepala dan fahaman aku untuk kembali gembira dengan bersifat terbuka dan menerima realiti tanpa meletak sebarang harapan dan meninggalkan apa-apa persoalan yang tak mampu aku jawab sehingga aku dapat jawapan dengan mulutnya sendiri.

Tekaan, prasangka dan fikiran bukan-bukan akan menyakitkan.

"Blue, just buat je apa yang menggembirakan Blue. Yang lepas tu kita jadikan pengajaran tapi jangan angle-kan macam dulu. Jadi lebih terbuka, okay?"

Today, I found myself laughing in a place where I once cried. Life has an extraordinary way of surprising us when we least expect it.





Ditulis pada 15 May 2024

Yours truly,
Blue x


Tuesday, June 18, 2024

Bunga Matahari

Sebenarnya aku dah tahu jawapan di sebalik segala ajakan yang tak pernah akan berbalas dengan senyuman. Terlalu banyak perkara yang melintasi kepala aku - salah satunya menerima rejection yang dah dapat diagak dari awal lagi. Tapi itulah aku. Masih tak berhenti berharap sekali pun.

Dua tahun yang lalu, waktu aku dah give up dengan hidup sendiri - muncul watak baru yang aku tak pernah sangka dia akan menjadi seseorang yang mampu menyejukkan hati di setiap pertemuan. Aku rasa aku sangat blessed dengan wujud dia. Seorang penyelamat dari segala kejatuhan.

Hari-hari aku bersyukur dengan tuhan, dia datang dalam waktu yang tepat dan memberikan sebuah landskap baru dalam hidup aku dengan cara yang tak pernah terduga. Again, I'm blessed.

Aku kira, aku akan meratapi pemergian seseorang yang terlalu penting dalam hidup aku dengan sebuah pengakhiran yang tragis - namun dalam segala kesakitan yang tak dapat diungkapkan itu wujud dia yang muncul sebagai satria menangguh air mata rebah ke bumi.

Kadang aku tak pasti kenapa aku masih lagi bernasib baik dan terpilih untuk menerima seseorang yang terlalu baik seperti dia untuk ada dalam kehidupan aku. Ada hari yang buat aku termenung panjang, aku akan reflect diri sendiri - kenapa aku perlu merungut?

Mungkin dalam diam sendiri, aku membenci tentang memori yang pernah ada - bagi aku terlalu manis dan unforgettable. Meratapi kenapa semua benda sial terjadi dekat diri aku. Tapi bila aku menampar diri sendiri, aku akan lekas-lekas pujuk hati - 'tengok siapa yang ada dengan kau sekarang?'

Bermula dengan like di IG Stories. Kesemua diari patah hati yang terselindung jadi jambatan kecil - permulaan kepada pertemuan.

"Sorry kalau macam keep procrastinating untuk lepak ke jumpa"

Aku tak pasti kenapa, tapi aku rasa peluang untuk membina sebuah hubungan baik yang dah lama tertangguh ni akan berhasil. Bagai bunga matahari yang mengembang dan membesar dengan cantiknya. Tinggi dan mekar.

Tapi, itulah bunga matahari. Pada akhirnya akan mati dan layu.

Saat aku tak lagi punya jawapan kenapa kau menghilang dan membuat keputusan untuk menjauhkan diri dari aku - tanpa sebarang kata-kata konkrit. Meninggalkan aku dengan persoalan yang semakin meneguhkan tembok menghalangi diri kita dari bertentang mata.

Masih berbaki 10% dalam hati aku berharap ada pertemuan terakhir kita. Menyelesaikan kemelut yang tidak wujud. Akan tetapi, aku tahu yang pertemuan terakhir kita adalah kali terakhir kita bertentang mata di Kuala Lumpur dulu.

Terima kasih benarkan air mata aku mengalir kembali.

Yours truly,
Blue x

Friday, June 14, 2024

Dandelion & Cameron

Kalau orang tanya, impian aku untuk memiliki kehidupan terakhir menetap di Cameron Highlands. Nak memiliki kehidupan paling sederhana, menikmati sesak manusia yang berkejora memecah bising tanah tinggi ini.

Opah & Atuk. Dua manusia sempurna di mata aku yang pernah wujud dalam hidup ini dan selalu menerima aku seakan cucu mereka berdua. Walaupun sebenarnya, aku hanya menumpang kasih menjahit senyum di sebalik setiap kata-kata indah yang terbit dari bibir mereka.

Dua puluh tahun yang lepas, satu tragedi melarikan diri berlaku. Mak secara tiba-tiba mintak aku ikut jiran kami, Cik Su sekeluarga pergi ke Cameron Highlands. Aku tak tahu, itu adalah plan melarikan diri daripada Ayah. Tanpa banyak fikir, aku segera sarungkan baju sejuk berwarna kelabu yang dikait benang tebal bercorak petak hijau dan putih di tengah baju.

Aku terlalu teruja dan gembira dengar perkata “Cameron Highlands” sehinggakan tertidur di sepanjang jalan untuk ke sana. Kami bertolak lewat malam dari Padang Rengas. Perjalanan yang seakan sangat jauh untuk diharungi.

Setiba di tanah tinggi ini, suhu sangat dingin dan terlalu gelap untuk memerhati keadaan sekitar. Yang terlihat cuma rumah-rumah di lereng bukit bersuluhkan cahaya lampu oren jalan.

Cuaca sangat sejuk dan menggigit kulit. Namun, tidur tetap diutamakan.

Jam menunjukkan empat pagi. Opah mula mengejut cucu-cucu yang lain termasuklah aku. Kami menaiki kereta saga putih milik Cik Su dan menuju ke Pasar Brinchang. Walaupun terlalu mengantuk, tapi aku gagahkan diri untuk mengikut langkah Opah membeli barang-barang basah di situ.

Bau pasar — segar dan melekat di memori.

Setelah selesai membeli-belah, Opah sempat tanya, “Semut nak gapo-gapo dok?”

Aku menggeleng. Sebenarnya tak tahu apa-apa. Dan mengantuk lebih menguasai diri aku.

Kami semua kembali ke rumah Opah. Nampaknya di dapur agak busy dengan kerja-kerja memasak. Aku masih tak faham, tapi memerhati dengan teliti.

“Oh, Opah meniaga.”

Barang-barang meniaga semua sudah siap masuk dalam kereta. “Nanti ikut kakak pergi jale pagi satgi deh,” Opah pesan. Lalu, kelibat Opah hilang dari pandangan bersama kereta Atuk. Meniaga kuih-muih dan juadah sarapan pagi di gerai milik mereka.

Cahaya matahari mula terbit. Namun, suasana masih lagi sejuk tak terkata.

“Jom!” suara Shima dan Kak Syahirah memanggil. 

Sebaik menolak daun pintu kayu, satu pemandangan di lereng bukit terpampang di depan mata. Cantik dan terlalu indah. Kami bertiga lari mengejar satu sama lain sambil menikmati udara segar ini.

Di sebuah kawasan lapang berhampiran rumah Opah, terdapat banyak pokok-pokok bunga dandelion tumbuh meliar dan bebas. Ada yang memar berbunya kuning dan ada yang sudah menjadi benih putih sedia untuk berterbangan ke udara.

Satu daripada bunga tersebut aku petik. “Dalam cerita Doraemon kan, dia tiup bunga ni macam ni,” aku meniup bunga dandelion tadi dengan penuh rasa teruja.

“Boleh ke nak duduk sini terus?”

Monday, March 18, 2024

Belati

Melati putih yang mekar dan harum di sepanjang perjalanan menuju ke rumah itu dipetik dan dibawa bersama bakul rotan. Perlahan dia mengayuh basikal berwarna merahnya menuruni bukit. Terlihat beberapa orang anak-anak kecil sedang bermandi-manda.

“Jangan lama-lama. Batal puasa nanti!”

Kayuhan perlahan di kaki bukit. Terlihat bunga raya merah banyak yang berbunga. Dipetik dan diletak ke dalam bakul rotan. Dia mengayuh lagi.

Setiba di hadapan rumah kayu yang tersergam indah itu, dia menyusun langkah sumbangnya. Sekilas, imbasan yang merobek maruahnya tanpa siapa pun tahu — bermain dalam fikiran. Berkaca matanya melihat rumah yang dianggap syurga namun neraka baginya.

“Lah, kenapa tercegat dekat situ? Masuklah!”

Tersentak lamunannya. Dia mencapai raga rotan yang terjatuh dari genggaman dek ingatan hitam itu. Satu senyuman palsu terpaksa dipahatkan.

Daun pintu ditolak. Ekor matanya memerhati kelibat yang berada di situ.

“Satu… dua… tiga…” seorang demi seorang dikira. “Tak ada. Mana-"

Bahunya ditepuk, “Kira apa?”

Jasad yang dicari sudah muncul. Dia tersenyum. Soalan dijawab sebagai pemanis mulut. Sebaik sahaja selesai perbualan yang langsung tidak memberi makna itu, jasad yang menyarung baju putih itu melangkah ke kamarnya di tingkat atas.

Dia tersenyum.

“Nak ke luar kejap ambil angin.”

Dia menuju ke tangga luar yang menghubungkan ke tingkat atas. Satu persatu anak tangga dikira sambil tersenyum. Daun pintu pertama ditolak perlahan. Langkah demi langkah diorak.

“Kamar pertama, kamar kedua dan kamar keti…”

“Eh, dah muncul pun.”

“…ga.”

Tangannya ditarik perlahan. Pintu dikunci. Seperti biasa, mata jasad yang menyarung baju putih itu akan dipejam sebagai tanda bersedia.

“Ah!” matanya terbeliak.

“Satu… dua… tiga…”

Belati tajam yang diasah berhari-hari dibenam ke lehernya. Pekat darahnya sepekat ingatan hitam di awal tadi. Dia tersenyum. Baju putih yang dipakai bercorak merah.

Dia puas tersenyum melihat jasad tersebut menggelupur di atas tilam kotor itu. Melati putih dan bunga raya merah ditabur. Alkohol yang berada di sebelah jasad tidak bernyawa itu dituang tepat di tikaman.

Lalu, dia beredar pergi mengayuh basikal dan melintasi sungai.

“Balik! Dah nak dekat berbuka ni. Tak elok berendam lama-lama!”

Thursday, February 29, 2024

“…terbiasa ada kamu.”

Pagi semalam, rush ke office untuk meeting dengan client, tengah menerawang jauh tiba-tiba rasa kosong. Oh, rupanya tak pasang radio. On je, Aina Abdul tengah melalak part korus bermula dengan patah lirik “…terbiasa ada kamu.” (Tetaplah Ainations)

Tapi pagi tu lirik ni rasa berbeza. Menyebabkan aku sambung termenung dan sebak tak semena-menanya. Ah, damn. Drama apa pagi-pagi.


Okay no. There’s a main reason why I think, perasaan tu muncul and become entangled. Kenangan yang dah jadi core memory. Tak boleh padam walau dengan apa cara sekalipun melainkan aku koma 30 hari, bangun dan lupa ingatan. Macam cerita Zaiton Sameon.


Aku tak sedih untuk teruskan kehidupan macam biasa. Tak kusut sikit pun dengan apa yang berlaku sepanjang ‘hiatus’ tu. I think, it is the best way untuk berlaku adil kepada hidup masing-masing yang dah pun merentasi pelbagai bulan — terang dan menggembirakan, mendung dan menggerunkan.


Sebaik je habis show, aku automatically menunggu kata azimat tu. Momen yang simple, tapi bermakna. Namun, aku lupa, yang berakhir tetap sudah pun berakhir.


Jadi, untuk sebak di pagi hari yang mulia semalam bukan benda yang patut terjadi sebab pilihan tu datang daripada aku.


Terima kasih kerana pernah menjadi satu wujud yang nyata dan mendamaikan di sebuah garis masa yang sukar.


Yours truly,

Blue x