The best thing selama beberapa tahun dah membesar dan bebas-- kehidupan di universiti sangat menyeronokkan bila sampai bulan puasa. Saban tahun akan ada cerita yang tersendiri macam mana aku laluinya.
Puasa pertama dekat universiti masa aku di semester 1. Aku excited nak sambut birthday bulan puasa masa tu. Dan gembira mengenal kawan-kawan. Bersila dekat atas tar dan berbuka ramai-ramai. Sewa kereta, pergi bandar Melaka jalan-jalan. Berjalan kaki tengah panas terik nak pergi kelas. Bermacam lagilah benda yang baru nak explore masa tu.
Masuk tahun kedua puasa, masa tu aku accident. Selama sebulan tu proses recover dari luka-luka. Bangun sahur, Alil akan siapkan air suam dalam baldi nak kecutkan luka. Kejutkan Fazirul yang liat nak bangun. Pukul 12 tengahari tiba-tiba bau Maggie Kari, biskut susu Nestle, asap rokok dan lain-lain lagi dekat bilik. Selamba badak Azfar, Own buat muka tak bersalah. Dugaan puasalah katakan.
Pergi bazar berbekalkan RM5, beli apa yang patut dan kongsi dengan yang lain. Siapa beli apa, siapa dapatkan apa. Masa ni Fazirul jenis yang tak berkira. Beli itu ini untuk kitorang makan. Ayam golek kalau dapat beli semua dekat bazar tu, dia akan beli agaknya. Lepas tu... nasib tak membazir sebab akan ada tong sampah berupa manusia yang akan habiskan.
Berbuka puasa dekat pantri kolej ramai-ramai sambil tukar-tukar makanan. Kamal, Botak, Pak Tam, Buff, Orang Tua, Amy dan ramai lagilah masa tu. Semua imbasan wajah yang tergelak buat lawak. Imbasan muka yang tak puasa tapi acah macam puasa. Masak Tom Yam ekspres dalam masa 10 minit sebelum berbuka dan panggil JPK lain makan sekali. Kalau nak senarai masa ni kenangan, memang tak habis.
Menjelang tahun akhir puasa dekat Lendu, which is senior year, banyak masa buat kerja-kerja event Legacy. Jadi tahap fokus puasa bersama orang lain tu berkurang. Maklumlah semua dah jadi senior, asyik busy dengan life masing-masing. Tapi satu benda yang tak boleh lupa adalah berat badan aku naik mendadak sepanjang bulan puasa ni. Muka mengembang dan semua tegur. Kena usik sebab muka dah macam belon.
Mana taknya, siapa tak habis makanan dia, aku boleh habiskan semua 5 orang punya makanan. Macam syaitan tak? Lepastu dah kenyang yang teramat, duduk atas katil dengan tak basuh tangannya lagi, tertidur. Lepastu pukul 10 makan. Pukul 11 makan. Pukul 12 makan. Bangun sahur pukul 3 makan. Sebelum tunggu subuh, setiap jam mulut mengunyah. Sumpah macam sial. Aan, Alfiq, Kecik, Faiez dan semualah yang masa tu terkejut beruk tengok keadaan aku.
Selain daripada itu, bestnya bila makanan yang junior-junior which is I think kawan lebih tepat bawak makanan dari rumah yang mak diorang masak-- aku pelahap jugak. Sebab seorang mak kot yang masak? Mestilah sedap. Mana ada mak yang masak tak sedap. Kan? Aku happy betul kalau diorang bawak makanan dari rumah.
Tahun seterusnya tak berapa menarik. Aku malas nak kenang imbasan yang ni (sebab dah jadi buku, zine dan dah tulis dekat blog dah pasal ni), so tak perlulah ulang lagi.
Dan tahun lepas. Dia tak semeriah seperti zaman diploma. Dia cuma terisi dengan kehadiran kawan-kawan kecil yang memenuhi ruang-ruang sempit hidup aku. Pergi bazar dengan Nad, Aan, Nabilla dan beberapa lagi keadaan serta situasi. Berbuka puasa dengan housemate berlapan. Tak banyak sangat benda sebab masa tu dah nak final week, so kena berhempas pulas buat assignment apa semua.
Walau macam mana pun kisah imbasan sebelum ini, mesti ada suka dan duka sepanjang bulan puasa di universiti. Termasuklah berbuka seorang diri dekat bilik tanpa ada orang peduli sedikit pun. Hargailah setiap masa di bulan puasa dekat universiti tu!
Yours truly,
Blue x
No comments:
Post a Comment
jika tak tersenangkan; disudi-silakan
beredar angkat kaki-- pergi jalan.
"setiap patah-- bangkit, kayuh semula"