Saturday, December 03, 2022

“He Drove Me Back…”

Beberapa hari lepas, aku sengaja bukak balik blog. Sebab tak tahu nak cakap dengan siapa. Tak tahu apa patut aku buat dengan benda-benda mengarut dalam kepala. Lepas DM kawan lama aku, dia menyedarkan aku tentang beberapa benda yang aku rasa tenang untuk menerima segala hakikat yang ditakdirkan sekarang. Dan macam biasa, ke sinilah tempat aku - aku akan baca balik semua diari-diari lama dalam ni.

Tak lama lepas tu, aku perasan satu ruangan dalam blog ni — yang sebenarnya dah lama aku tak pedulikan. Ruangan di mana aku tinggalkan email untuk orang contact aku. Which satu masa dulu dekat situlah tempat aku selalu terima karangan panjang daripada orang. Perbualan yang hanya sekadar di dalam email sahaja. Tak pernah tahu dan kenal siapa di sebalik emel-emel strangers tu. Maka, hari ni terdetiklah nak menggeledah inbox email ni.

Dah lama sebenarnya aku tak bukak email yang attached dekat blog ni. Tak aktif macam zaman masa semua benda kena riwayatkan dalam blog. Scroll, scroll… aku berhenti dekat 1 email ni.


Title: Remember me?

“Hi Blue. Saya tahu Blue mungkin takkan sedar email ni masuk dan berkemungkinan ini merupakan hari yang dah pun bukan hari saya berdukacita. Saya tahu saya macam orang bodoh email dekat Blue. Tapi lepas terbaca blog post Blue beberapa hari lepas, saya rasa yang Blue dah ‘aktif’ semula menulis di sini. Harapnyalah.

Jadi saya ambil keputusan untuk menulis, berkongsi dan meluah tentang apa yang berlaku dengan hidup saya kebelakangan ini.

Remember me?

Saya pernah tulis 1 email dekat Blue dulu. Sama macam saya tulis bertahun yang lepas dekat Blue. Tentang hidup saya yang saya kongsikan. Fast forward, hari ni saya nak kongsikan lagi apa yang berlaku dengan saya. 

I just self-broke up.

Saya tak tahu nak cakap macam mana tapi mungkin itu adalah perkataannya. Saya tak tahu nak ungkapkan bagaimana sebab saya dah habis perkataan untuk mentafsirkan apa yang terjadi dengan saya... dan dia.

Can I start this rant from the beginning?

Saya dan F kerja di tempat yang sama. Satu team yang sama. Tak ada apa-apa yang istimewa dalam kehidupan bekerja bersama. Tak pernah wujud apa-apa. Melepak? Pernah, lepas habis waktu kerja dengan kawan-kawan sekerja kami. Kadang-kadang masa melepak, dia bawak pasangan dia.

PKP terjadi. Dia berhenti. Dan banyak lagi perkara berlalu pergi.

Dan tiba-tiba satu hari, saya dapat mesej daripada bekas rakan sekerja saya ditempat lama, "Dia cakap you bestfriend dia."

Bestfriend? Tapi sejak bila kami declare, kami kawan rapat? Atau mungkin sebab beberapa kali kami habiskan masa texting borak kosong sebelum ni. Dan dia selesa dengan cara kami bertanya khabar kepada satu sama lain. Saya tersenyum.

Fast forward, beberapa bulan sebelum penghujung tahun 2021. Kami banyak habiskan masa bersama. Keluar menonton wayang, keluar makan berdua dan berjalan ke merata tempat. Satu perasaan yang saya tak dapat gambarkan betapa gembiranya hidup saya waktu itu. Entah macam mana, kami satu kepala. Apa yang saya selesa dan suka, itu juga yang dia selesa dan suka.

Saya jarang benarkan orang masuk ke dalam 'ruang' hidup saya. Melainkan saya dah percaya dan selesa sepenuhnya dengan dia. Macam menelanjangkan jasad dan jiwa untuk orang yang dulunya bukan sesiapa dan akhirnya menjadi insan yang penting dalam hidup saya. Dan F adalah salah satu orangnya. Saya benarkan dia untuk bermain dan meneroka hidup saya.

Maka, tibalah Disember 2021. Di mana pada masa itu saya berada dalam keadaan yang sangat huru-hara. Antara melepaskan dan menyimpan sesuatu perkara yang melibatkan hati. Saya kesal tetapi dengan lapang jiwa melepaskan seseorang yang saya fikir akan menokhtahkan hidup bersama. Dalam kesedihan yang melampau dan dalam perjalanan pulang ke kampung, saya dapat satu pesanan ringkas daripada F. Saya tersenyum. Seakan perkara yang melukakan saya tadi tak wujud lagi. Mungkin F adalah orang yang sanggup menyambut saya dari luka ini?

Ya, F datang tepat pada masanya. Merawat saya.

Saya bersyukur yang dia datang dan serikan hari-hari saya di malam terakhir tahun baru. Jelas dan takkan mati memori antara kami berdua sewaktu menyambut tahun baru tu. Bermula daripada malam tu, saya ambil keputusan untuk lupakan segalanya dan setia pada penyelamat emosi saya ni. Tak kira apa pun.

Tapi setiap hari, saya rasa perasaan tu sering berubah. Ada hari saya rasa, saya cuma manusia biasa dalam hidup dia. Ada hari yang saya rasa, saya paling penting dalam hidup dia. Dan ada hari yang saya rasa, saya dibenci dan merimaskan dalam hidup dia. Saya tak reti nak nilai siapa saya dalam hidup dia seharian. Penting ke saya? Saya nakkan jawapan.

Oh, saya dah beritahu ke yang saya kembali berjumpa psikiatri saya disebabkan dia? Mungkin Blue rasa macam saya gila. Tapi Blue tak salah. Mungkin saya dah gila. Saya menangis dan menangis beberapa hari berturut-turut hanya kerana saya rasa dilayan seperti sampah oleh F. Saya rasa dunia saya berpusing dan berpaksi pada dia selama berbulan-bulan bersama F.

Kami dah lakukan bermacam-macam perkara sama-sama saban hari dan waktu. Sampai ada yang dah cakap-cakap tentang kami berdua. Tapi F hanya gelak dan berpura seperti itu semua biasa sahaja. Tapi bagi saya tidak. Saya nak dia anggap benda ni serius. Saya bukan tak selesa dengan orang lain, saya tak selesa dengan cara dia bertindak dan menerima benda ni. Seolah waktu yang kami berdua selama ni habiskan bagai tak bermakna di mata dia dan hanya sekadar untuk menghabiskan masa saja.

Macam saya katakan tadi Blue, saya cuma mahukan jawapan daripada dia.

Jadi, apa yang saya lakukan adalah... tinggalkan satu pesanan yang dikira sebagai hint kepada masalah saya ini. Tapi do you wanna know what happened? F tak dapat teka. Dia rasa saya tujukan mesej tersebut untuk orang lain. Dia rasa macam saya sedang jatuh cinta dengan someone dekat office saya. Saya tergelak sendiri sebab jangkaan saya yang dia akan terus sedar.

Dia nasihat saya macam-macam benda termasuk suruh saya confess saja dekat orang itu dan terima saja apa feedback yang akan diberikan walaupun ianya pahit. Semua akan okay selepas saya luahkan pada orang tersebut.

Tanpa cakap panjang, saya terus berterus terang yang saya maksudkan dalam hint-hint sebelum ini adalah tentang dia. Dan dia berdiam diri.

Sehari kemudian, dia muncul balik. Satu mesej ringkas dan seolah menyimpul segalanya. Dan benar jangkaan saya, dia hanya anggap saya sebagai kawan sahaja. Tidak lebih daripada itu. Namun, menurutnya... saya istimewa dalam bentuk yang lain. Dan dia tak nak saya hilang dari hidup dia walau apa pun yang terjadi.

Saya keliru sebab saya masih tak faham kenapa dia masih nak simpan saya? Masih nak tahan saya. Apa tujuan dia yang sebenarnya?

Lalu Blue, saya ambil keputusan untuk lari dari realiti yang pahit ini. Saya hilangkan diri untuk melalui sesi terapi yang saya tak jangkakan ia sangat perit sekali dilalui. Saya menangis sekali lagi. Dan saya banyak termenung memikirkan apa nasib saya seterusnya.

Kata doktor, dia minta saya untuk cuba berdamai dengan takdir buat masa ini. Cuba perlahan-lahan pujuk hati saya supaya boleh mengikhlaskan apa yang telah jadi. Mungkin bagi sesetengah orang, kenapa saya perlu jadi bodoh kerana F? Tapi takkan ada siapa yang faham macam mana perasaan ini sebab mereka tak lalui apa yang saya rasa.

Saya kemudiannya mengambil keputusan bukan sahaja berdamai dengan takdir, juga termasuklah berdamai dengan F. Dia tak tahu beberapa bulan setelah saya menghilangkan diri tersebut, apa yang telah saya pelajari dan mula faham. Atau dia mungkin sedar?

F banyak berubah. Banyak benda yang dia memberi tumpuan selepas mesej panjang yang saya berikan pada dia beberapa bulan yang lepas. Ada di antaranya sangat ketara sehingga buatkan saya kagum dengan apa yang dia pamerkan setiap kali kami berdua keluar bersama. Seolah apa yang saya katakan dulu merupakan kata-kata magis terus hembus ke otaknya.

Juga, dia banyak mengelak dari pelbagai perkara yang mencurigakan saya tanpa dia sedari.

Layanan dia kepada dia masih sama. Bagaikan seorang yang sangat istimewa. Tak pernah dia abaikan setiap apa yang kami rancang. Tak pernah miss untuk sekali pun mungkir berjumpa setiap masa. Cuma kali ni, dia akan penuh dengan agenda yang saya kira, ada sesuatu di sebalik semua perkara yang berlaku.

Dan akhirnya... saya dapat tangkap. Semua gerak geri dia selama ini yang pada pandangan saya sangat janggal itu kerana dia sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang. Saya cuba menolak tekaan dan jawapan-jawapan yang ada di depan mata saya. Mungkin, N itu hanya kawan yang sama macam saya yang rapat dengan F. Dan mungkin F nak bersikap adil atau dia membahagikan kawan-kawannya mengikut keutamaan dan penggunaan?

Pukul 6 petang hingga 8 malam, dia akan keluar dengan N. Kemudian selepas itu, dia akan habiskan masa dengan saya. Dan kadang, hari ni dia akan habiskan masa dengan saya seharian, esok dia akan menghilang dan habiskan masa dengan N.

Saya tak boleh rungkai. Tapi saya mahukan jawapan itu. Adakah benar?

Makin lama, makin jelas kelihatan yang saya bagaikan menjadi bayang dalam hubungan mereka berdua. Walaupun masih belum sahih jawapannya. Saya mula rasa sedih, kenapa F tak jujur dengan saya. Kenapa F masih lagi menyimpan saya?

Berbulan saya menyimpan soalan yang ingin saya tanyakan sendiri pada dia. Tapi tak terluah kerana setiap kali kami berdua bersemuka, satu soalan pun tak terpacul dari mulut saya. Walaupun beberapa kali dia dah kantoi. Tapi saya pujuk hati untuk buat bodoh saja.

Hinggalah satu malam kami ke Cameron Highlands. N stalk saya di Instagram Story. Tanpa henti setiap waktu tanpa missed satu pun. Saya mula rasa kecewa dengan diri sendiri berbanding berasa kecewa dengan F. Kenapa saya masih berdiri di situ sedangkan berbulan yang lalu saya dah patut tinggalkan semua halusinasi ini.

Semua ini harus tamat.

Perjalanan pulang dari Cameron Highlands terasa panjang. He drove me back to my home. Dalam masa sengkang tanpa perbualan, soalan itu keluar dari mulut saya.

"Siapa lagi yang tahu kita pergi Cameron Highlands?"

Dia agak janggal dan kaku untuk menjawab. Dan pada saat itu, dia memilih untuk menipu dan mengelak dari terperangkap dengan soalan saya. 

Beberapa minit kemudian, saya ulang balik soalan yang sama. Masih juga dia menjawab jawapan yang sama dan mengelak untuk pandang terus ke mata saya. Blue, jelas dari gerak tubuh dia yang dia cuba mengelak dari menelanjangkan kejujuran yang pahit buat saya.

"N tahulah ya kita pergi Cameron?"

Dia tersentak bila saya sebut nama itu. Dia macam orang tak betul memberi reaksi kepada saya. Banyak perkataan dan ayat yang keluar daripada mulut F seakan tak masuk akal namun saya mendengar apa sahaja butirannya. Saya tahu, itu adalah sesuatu yang dia tak jangka akan jadi secepat ini. Mungkin?

"Saya rasa saya tak patut ada girlfriend lah sekarang. Saya salah. Kan?"

Ayat tersebut terpacul dari mulut dia sebaik sahaja kami hampir tiba di parkir kereta rumah saya. Dia cuba bertindak bodoh dan terlalu banyak perkara awkward yang dia lakukan. Sehinggakan sangat jelas dia dalam keadaan serba salah.

Saya jalan ke rumah dalam keadaan kecewa kerana saya rasa, saya dah gagal bawa diri saya ke arah yang lebih baik. Dan kenapa saya masih lagi menelaan sedih dan amarah yang sama daripada orang yang sama?

Semalaman saya fikir betapa bodohnya saya. 

F non-stop text saya beberapa hari. Dia cuba cari topik untuk berbual. Tanya benda-benda yang sebelum ini dia tak pernah tanya. Saya nampak yang dia terlalu try hard untuk buat saya rasa tak rasa janggal dengan confession dia. Tapi dah terlambat. Saya rasa saya yang perlu pergi untuk kebaikan dia.

Bukan dia.

Saya nak tulis panjang lagi Blue. Tapi saya rasa, cukuplah Blue baca sampai sini saja. Yang pasti Blue, saya akan pergi dari hidup dia. Saya dah tak perlukan jawapan-jawapan yang saya tunggu daripada F.

Mungkin cerita saya tak cukup details untuk Blue faham. Tapi, saya harap Blue dapat menyelami kekecewaan saya ini. Terima kasih sudi habiskan masa untuk baca Blue. Doakan saya bahagia iya?


***


Aku pilih untuk tak reply pada email dia. Sebab aku rasa luahan tu hanya sekadar untuk dia luah. Aku tahu, itu yang dia nakkan.


Sunday, November 20, 2022

Jikalau Suatu Hari Nanti Kita Tak Lagi Bersama, Ingatlah Waktu Kita Bersuka Duka Tanpa Ada Perasaan Benci Dan Kecewa.

Itu je aku mintak. Tak banyak.

Sunday, October 30, 2022

Jauh di Mata, Dekat di Hati Orang Lain.

I don’t easily get jealous. Nor… nah I don’t even care.

Rasanya memang aku tak pernah kisah dan peduli walaupun sekali sama ada termeterai secara lisan mahupun berteka-teki — sesiapa di sebalik segalanya. Tak faham dengan perasaan sendiri sebab kenapa tak pernah muncul iri dalam diri. Mungkin sebab selama ni aku hanya memilih untuk sentiasa berdamai dengan takdir, atau memilih untuk menerima terma yang tersurat.

Aku ingat lagi 11 tahun lepas, bila satu hari ni tanpa sebab dan entah kenapa terbit dari mulut dia.

“Aku jealous.”

Muka aku literally tercengang dan kemudiannya aku tergelak. Macam mana dan kenapa boleh timbul perkataan tu sedangkan aku jadi manusia yang sama tak kira dalam situasi bagaimana sekali pun. Just me, being me.

Kontradiksi.

Hakikat sebenarnya, I wasn’t able to be myself. Bagai dipenjara tanpa wujud material kukuh. Sakit dan masih tersenyum. Pura-pura kalis dengan kata-kata pujangga. Namun, nyata — aku tak seteguh yang disangka.

Mulanya aku rasa macam kelakar, tapi lama kelamaan aku rasa enjoy sebab aku tahu di mana letaknya diri aku di mata dia. Betapa rasa berharga dan tak tergoyahkan dalam jauh benaknya. Jadi, aku boleh buat apa sahaja, kan?

Akhirnya, benda ni makan diri sendiri. Dia berputar kembali kepada diri aku — sedekad kemudian. Jadi… aku berfikir. Adakah ini yang sebenar-benarnya berlaku dalam diri dia dulu? Macam ni ke perasaan dia? Merasa sakit yang tak jelas kelihatan. Merasa pedih namun tak terjemahkan.

Jauh sekali dari mata. Tak terperi gejolak yang ditanggung. Sungguh pun nampak di maya, tapi tak mampu nak tersenyum bahagia.

Dekat sekali di hati… orang lain. Bukan aku.

Wednesday, August 03, 2022

The Reasons Why: i should disappear

Terlintas satu video dekat TikTok — “And finally you didn’t reply to my last message” — aku reflected and realized, I should disappear from your life.

Jawapan yang dah terang depan mata selama ni. Yang selalu berlaku, tanpa jawapan balas— adalah jawapannya.

I think, most of the time, I initiated everything. Aku yang mulakan segala benda. Aku yang selalu terhegeh plan itu ini. Aku yang fikir untuk merasakan bahagia tu. Aku yang terlalu mencuba untuk membiasakan pelbagai perkara tak masuk akal untuk kita lalui.

Pada hakikatnya, tak pernah sekali pun aku rasa bagi kau benda tu bermakna. Benda tu penting. Dan mungkin, benda ni merimaskan.

Or even, whenever I’m trying to disappear before— tak pernah sekali pun aku rasa, kau muncul atau ‘cari’ aku. Ternyatalah, you don’t even care at all. But seriously I’m okay. Aku faham, betapa rasa tak dipedulikan tu. Dan dah macam sebati dengannya.

Bagi aku, aku cuma beban. Aku cuma seorang manusia biasa yang menempel dalam hidup kau dan tak bermanfaat satu apa pun.

Kalau pun aku hilang, pasti akan tetap berganti.
Kalau pun aku hilang, mesti tak berubah apa pun.
Kalau pun aku hilang, tentu gembira je.

Dan kalau pun aku hilang, takkan kau cari sekali pun sebab aku jasad yang membuang masa kau. Jasad yang tak kau relakan pun berlegar dalam otak kau. Jasad yang tak memberi makna apa pun dalam hidup kau.

Tambah-tambah lagi selepas peristiwa Jun lepas. Yang aku kira, terlalu banyak jawapan yang masih lagi tergantung — kau paksa aku berteka teki dengan apa yang kau tulis. Satu pun sebenarnya kau tak jawab soalan aku. Cara kau cakap pun jelas kau tak nak sekali pun untuk duduk bincang bertentang mata.

Entahlah kenapa aku bertahan lagi dekat sini. Sedangkan sudah terang lagi bersuluh.
Aku bagi kau dah mati.

I’d really love and missed the old random stuff we’ve done dan lalui sama-sama. Tapi dah tak wujud sekarang.

So, I should just disappear and step away.

Tuesday, August 02, 2022

The Reasons Why: the little things…

The reason why I fall for you is not how you express everything in your words— but it will be always and always about the little things you’ve done for me.

Bila malam terlalu pekat untuk aku harung, kau berhati wajar tak biar terlalu berisiko meredah kelat sendiri.

Bila aku diulik mimpi terbawa ke langit luas, kau membalut benang pada jasad dari dimamah dingin.

Bila kita berhabis masa dengan segala perkara yang melekakan, tak ada satu pun kau benarkan aku berhabis sehelai kertas.

Dan berbagai ‘bila’ lagi menjelma— yang aku kira kecil bagi kau, besar di mata aku. Yang aku sanjung dan merasakan terlalu manis untuk dibiar-lupakan.

Tapi aku takkan sedapkan semata hati dengan santapan yang kau hidang setiap masa. Lalu, aku bertanya sendirian. Apa cuma aku yang terima segala perkara kecil yang kau buat? Atau sekadar cuma, menjadi kebiasaan untuk kau?

Kusut— benda yang tepat dalam kepala aku bila aku terlalu fikir pasalnya. Aku tak tahu nak cakap macam mana sebab terlalu banyak perkara-perkara kecil yang kau buat untuk/kepada/dekat aku menyebabkan aku rasa aku hidup dalam ruang yang bermakna untuk kau. Di setiap apa yang kau buat, terlintas walau sekali imbasan aku.

Terlalu banyak kalau nak aku suratkan— dan mungkin di sebalik segala perkara yang sendiri aku rasa tu hanya sekadar biasa dan di-hiperbola-kan otak aku untuk proses.

Kau tahu macam mana aku cakap sebelum ni; betapa tak reti aku nak bezakan dari setiap apa yang kau siratkan dalam tindak-tanduk kau.

Ah.

Tak, aku tak maksudkan setiap apa yang kau buat untuk aku tu semua sia-sia, aku tak suka, aku rasa pelik/aneh dan sebagainya. Aku appreciate apa yang kau selalu buat benda-benda kecik tu semua. In fact, I’m happy with it. All the little things that you do— make an impact for my life. To breath and being able to happy.

Masa kita makan, keluar, dalam kereta, borak, lepak, berjalan tak tentu arah dan sekali pun sebelum tidur— di setiap waktu yang wujud segala benda kecil tu.

Please, don’t take it away from me.

Monday, August 01, 2022

The Reasons Why: i fall for you.

Yup, that’s the title of this post. And you might already know what’s in it.

Masa aku tengah tulis diari ni, aku tengah duduk sorang-sorang— layan movie sorang-sorang. Langsung tak fokus sebab aku asyik terfikir, dekat mana salahnya? Atau sebenarnya, kenapa jadi macam ni?

Dan macam biasa. Tak ada satu pun jawapan yang boleh dirungkaikan.

•••

It was a wonderful moment throughout beautiful months, being accompanied by someone who you think that they always, always, and always be on your side. Be by my side.

Yang bila kau rasa satu dunia tak masuk akal, kau ada dia. Kau ada tempat untuk melepaskan beban yang memberati tubuh kau. Dia boleh buat kau rasa gembira tanpa perlu dipaksa.

Aku tak tahu, macam mana nak mendefinisikan situasi dia— sebab bagi aku, apa yang ada dan terjadi antara setiap mata yang bertentang tu buatkan diri aku rasa terlalu tenang dalam dunia tanpa sempadan.

Batas yang tak lagi wujud dan membina berjuta harapan setinggi pencakar langit. Ya—

I think, I fall for you.

I fall for you— not because I needed you.
I fall for you— not that I wanted someone to love.
I fall for you— not that just to make me happy.

I fell for you;
Because you showed me what it is like to feel valued. To put out whatever things we feel and get the same in return. And you make me feel like what we see in the movies or any series.

Except, I never thought that I would experience it.

Semuanya— tentang setiap masa yang kita habiskan dengan seluruh isinya. Berdua, tanpa wujud sebarang prejudis. Walau hanya borak kosong.

Aku tak habis fikir macam mana dalam seluas galaksi dan berjuta manusia dalam dunia, aku akan jumpa dan berada dalam hidup kau. Macam sakti kita saling menjadi logik. Segalanya jadi tanda tanya.

Tentang bagaimana semudah itu.
Tentang bagaimana menerima aku.
Tentang bagaimana melintas seteru.
Tentang bagaimana sepantas jitu.

Masih tak terjawabkan.

Maybe… all the reasons why—
I fall for you. Because I’m a fool. A fool for you. And only fools fall for you.

Sunday, June 19, 2022

Berakhir di Januari.

Separuh masa pertama tahun 2022 aku bagaikan malam kelam di sebalik bulan terang. Bercahaya dan dirindukan pungguk.

Secara jujur, Januari adalah bulan yang paling aku suka setakat tahun ni. Terlalu banyak perkara yang aku rasakan cukup manis dan takkan mungkin terganti dengan apa pun. Hampir dihenyak matahari, namun disambut laut-- menyejukkan sanubari. Saban hari, aku rasa seakan berada di kayangan. Tersenyum dan berdansa di awangan. Hari aku dipenuhi dengan segala kegembiraan.

Terlalu banyak perkara yang bermula dalam Januari. Perasaan yang seakan diselimut awan cerah. Hari-hari tanpa jemu dan tertinggal-- wujud jasad yang terik membahagiakan. Aku sendiri tak tahu nak describe macam mana dan betapa bersyukurnya aku melalui hari-hari yang tak tergambarkan perasaan. Seakan dimiliki dan memiliki yang tak mampu dipunyakan sesiapa.

Oh, aku jugak mulakan pelbagai jenis perkara baru. Mencatur rutin yang akan dibiasakan sampai kitar baharu. Sampai satu saat, aku terfikir. Mungkin ke apa yang aku rasa ni akan terhenti dan pergi? 

Dan... bunga kan tak mekar selamanya? Maka, bermulalah episod luka di bulan seterusnya.

Sepatutnya aku plan nak pergi bercuti. Jauh dan sunyi dari semua benda yang tak masuk akal. Tapi adatlah hidup aku, kan? Penuh dengan misteri yang dah pun dapat diteka. The plan was cancelled. As expected. Nasiblah sikit pun tak pernah menaruh sebarang harapan. Sebab aku tahu, aku hanya sekadar angin lalu dalam kehidupan orang lain.

Singgah pulak malapetaka lain. COVID19. Yeah, macam neraka yang ada dalam badan. Sakit dan menghancurkan. Membakar dan melemahkan. Marak dengan kepedihan dan buat kepala bercelaru. Sepanjang 10 hari tempoh kuarantin-- terlalu banyak perkara yang melintas dalam kepala. Yup, betul. Mati ke nanti? Sebab sakit dia bukan dekat dalam badan je, dia buat otak aku macam nak mampus. Tengok orang lain keluar makan sama-sama, mesra gembira, bersua muka. Sedangkan aku? Terbaring dan setiap saat fikir bila aku boleh telan air liur sendiri tanpa rasa perit.

Mental betul macam kena torture.
Mental betul macam kena torture.

Betul. Itulah yang berlaku di bulan seterusnya. Ibarat dipukul ribut, dihempap gunung. Terlalu tinggi dilambung percaya-- terdamparlah segala benda yang tak mampu dilaksanakan. Aku ingat semua benda akan jadi mudah kalau aku susun dengan teliti segala benda. Tapi tak.

Dan secara tiba-tiba, aku kena allergic teruk. Mental aku bertambah koyak. Sebulan aku tanggung benda yang aku tak pernah rasa seteruk ni. Habis satu badan. Setiap hari termenung, apa kesudahannya ni?

Dah elok allergic, di bulan kelima. Tuhan uji lagi. Accident tengah jalan sorang-sorang. Masa tu aku rasa, tahun 2022 aku memang akan sial sampai sudah. Sumpah rasa macam patah kaki sebab kau ibarat macam mengemis nak hidup macam biasa.

Jadi, bila dah takde kereta. Bulan seterusnya-- yakni sekaranglah, muncul beban baru. Bukan setakat patah kaki, macam terus lumpuh terus. Sebab tu aku kata, cuma Januari je yang paling gembira setakat ni.

Di setiap celaka dan sengsara yang tersemai sepanjang bulan durjana— masih aku, mengharapkan datang dan teguh wujudnya. Kadang muncul bila sepi, kadang tiba bila sunyi. Masih aku tertanya-tanya, kenapa?


Obsesi pulak memakan diri.


Maka aku tertanya, adakah perasaan yang dibalut kata-kata, tindakan dan effort yang tanpa henti itu adalah semata selesa?


Terlalu banyak persoalan yang bertelingkah dalam otak aku. Terlalu banyak perkara yang bersilang dan tak munasabah bila difikirkan. Kalau benar hanya sekadar— lepaskanlah.

Bercakap balik pasal Januari, aku sedar. Selama dalam berbulan yang menyesakkan aku ni. Aku masih lagi berharap dengan dia. Untuk menyambut aku dari segala perkara. Yang aku fikir akan selalu ada dengan aku. Tapi sebenarnya, aku hanya manusia biasa dalam hidup dia.