Sunday, June 19, 2022

Berakhir di Januari.

Separuh masa pertama tahun 2022 aku bagaikan malam kelam di sebalik bulan terang. Bercahaya dan dirindukan pungguk.

Secara jujur, Januari adalah bulan yang paling aku suka setakat tahun ni. Terlalu banyak perkara yang aku rasakan cukup manis dan takkan mungkin terganti dengan apa pun. Hampir dihenyak matahari, namun disambut laut-- menyejukkan sanubari. Saban hari, aku rasa seakan berada di kayangan. Tersenyum dan berdansa di awangan. Hari aku dipenuhi dengan segala kegembiraan.

Terlalu banyak perkara yang bermula dalam Januari. Perasaan yang seakan diselimut awan cerah. Hari-hari tanpa jemu dan tertinggal-- wujud jasad yang terik membahagiakan. Aku sendiri tak tahu nak describe macam mana dan betapa bersyukurnya aku melalui hari-hari yang tak tergambarkan perasaan. Seakan dimiliki dan memiliki yang tak mampu dipunyakan sesiapa.

Oh, aku jugak mulakan pelbagai jenis perkara baru. Mencatur rutin yang akan dibiasakan sampai kitar baharu. Sampai satu saat, aku terfikir. Mungkin ke apa yang aku rasa ni akan terhenti dan pergi? 

Dan... bunga kan tak mekar selamanya? Maka, bermulalah episod luka di bulan seterusnya.

Sepatutnya aku plan nak pergi bercuti. Jauh dan sunyi dari semua benda yang tak masuk akal. Tapi adatlah hidup aku, kan? Penuh dengan misteri yang dah pun dapat diteka. The plan was cancelled. As expected. Nasiblah sikit pun tak pernah menaruh sebarang harapan. Sebab aku tahu, aku hanya sekadar angin lalu dalam kehidupan orang lain.

Singgah pulak malapetaka lain. COVID19. Yeah, macam neraka yang ada dalam badan. Sakit dan menghancurkan. Membakar dan melemahkan. Marak dengan kepedihan dan buat kepala bercelaru. Sepanjang 10 hari tempoh kuarantin-- terlalu banyak perkara yang melintas dalam kepala. Yup, betul. Mati ke nanti? Sebab sakit dia bukan dekat dalam badan je, dia buat otak aku macam nak mampus. Tengok orang lain keluar makan sama-sama, mesra gembira, bersua muka. Sedangkan aku? Terbaring dan setiap saat fikir bila aku boleh telan air liur sendiri tanpa rasa perit.

Mental betul macam kena torture.
Mental betul macam kena torture.

Betul. Itulah yang berlaku di bulan seterusnya. Ibarat dipukul ribut, dihempap gunung. Terlalu tinggi dilambung percaya-- terdamparlah segala benda yang tak mampu dilaksanakan. Aku ingat semua benda akan jadi mudah kalau aku susun dengan teliti segala benda. Tapi tak.

Dan secara tiba-tiba, aku kena allergic teruk. Mental aku bertambah koyak. Sebulan aku tanggung benda yang aku tak pernah rasa seteruk ni. Habis satu badan. Setiap hari termenung, apa kesudahannya ni?

Dah elok allergic, di bulan kelima. Tuhan uji lagi. Accident tengah jalan sorang-sorang. Masa tu aku rasa, tahun 2022 aku memang akan sial sampai sudah. Sumpah rasa macam patah kaki sebab kau ibarat macam mengemis nak hidup macam biasa.

Jadi, bila dah takde kereta. Bulan seterusnya-- yakni sekaranglah, muncul beban baru. Bukan setakat patah kaki, macam terus lumpuh terus. Sebab tu aku kata, cuma Januari je yang paling gembira setakat ni.

Di setiap celaka dan sengsara yang tersemai sepanjang bulan durjana— masih aku, mengharapkan datang dan teguh wujudnya. Kadang muncul bila sepi, kadang tiba bila sunyi. Masih aku tertanya-tanya, kenapa?


Obsesi pulak memakan diri.


Maka aku tertanya, adakah perasaan yang dibalut kata-kata, tindakan dan effort yang tanpa henti itu adalah semata selesa?


Terlalu banyak persoalan yang bertelingkah dalam otak aku. Terlalu banyak perkara yang bersilang dan tak munasabah bila difikirkan. Kalau benar hanya sekadar— lepaskanlah.

Bercakap balik pasal Januari, aku sedar. Selama dalam berbulan yang menyesakkan aku ni. Aku masih lagi berharap dengan dia. Untuk menyambut aku dari segala perkara. Yang aku fikir akan selalu ada dengan aku. Tapi sebenarnya, aku hanya manusia biasa dalam hidup dia.

No comments:

Post a Comment

jika tak tersenangkan; disudi-silakan
beredar angkat kaki-- pergi jalan.

"setiap patah-- bangkit, kayuh semula"