Sunday, December 15, 2013

Prolog - Ceritera Empat Lendu

Sebelum melangkah pada tarikh 23 November 2013, 2 minggu awalnya aku telah berada di Lendu. Petugas Konvo Kali Pertama Melaka dan Secara Umum ke 79. Meluaskan jajahan perkenalan. Meluaskan taklukan ilmu. Meluaskan pengalaman mengenal manusia. Mengkritik dengan suara yang lantang.

Sedar kami hanya Petugas Konvo bukannya Pemimpin Minggu Destini Siswa yang di lihat sebagai golongan atasan oleh Pentadbir. Mentaliti. Sedangkan kita sama sebagai petugas. Biarlah mentaliti kita yang membezakan siapa kita apabila kita sebagai pemimpin. Biar nanti aku panjangkan pandangan aku dalam isu ini.


November 23, 2013.

Segalanya bermula kembali di ceritera baru. Aku cuba bangkit sekali lagi meredahi masa lampau di dalam halaman yang baru. Perancangan demi perancangan aku pahatkan. Menjadi saksi target aku menjelang ceritera baru ini.

Namun, kedatangan aku kali ini bersama dengan suatu kobaran merah api. Membakar dari dalamnya mengganas. Pada siapa aku tuju bara ini, aku sembunyikan.

Catatan Prolog dan Epilog: Halaman Ketiga Lendu membuatkan aku terkesima menelitinya kembali. Jauh menyimpang tujuan prolog dan epilognya.

Bermula dengan perjalanan dari Hulu Langat ke Melaka mengambil masa hampir 3 jam lebih tidak seperti selalu hinggakan lagu Wrecking Ball - Miley Cyrus diputarkan di corong radio 3 kali satu jam. Aku dan Wanie didendangkan deritanya di dalam nada itu.

Setiba di Lendu, bertekanankan perasaan kacau bilau dan emosi terganggu, muncul perkataan "Takkan kau tak boleh terima hakikat lagi?"

Panah atau bilah mahupun tombak tepat ke penjuru kotak hati? Menikam, merobek atau menusuk kata ini? Listen hear. Kau ingat benda ni gurauan ke? Kau yang huat aku macam ni dan kau boleh cakap macam tu dekat aku? Kenapalah aku boleh terserempak dulu dengan kau dekat sini. FML, fuck you.

Aku cuba belajar membenci sebagaimana aku berjaya berhadapan 3 bulan untuk membenci dia yang aku namakan "Kekuatan" suatu ketika dahulu. Dan kali ini hanya 3 hari. Mungkin kerana 3 hari pada ketika itu, terlantar di rumah sakit, satu masa singkat tetapi mempunyai 62 jam dan aku tertumpu pada satu subjek lalu mengajar aku berfikir untuk membenci.

Walau hakikatnya pedih namun aku gagahi. Aku menegaskan bahawa kau tiada salahnya. Aku sendiri yang mahu menyalahkan diri aku.

Aku membenci bukan kerana aku merindui ataupun seangkatan dengannya lagi.
Aku tak pernah menyalahkan kau.
Aku tak bermaksud menjadikan kau seakan-akan tidak berguna.
Tapi tolong faham situasi aku sekarang. 
Aku perlukan masa. Masa untuk meneutralkan kembali perasaan aku yang bercelaru.

Singgahkan aku sebentar di sudut berfikir. Biar aku tekun dalam pegun seketika. Mengolah tindakan untuk melahirkan rasa benci dan tidak berasa serba salah pada kau. Lantas kita mampu jalani kehidupan seperti biasa, bergurau senda, gelak ketawa dan duduk semeja. Sekurang-kurangnya aku mencuba dan akhirnya aku berjaya. Adakah benar?

Dalam melintasi permasalahan yang aku ciptakan, aku terpaksa menghadapi sebuah nilai berangkakan RM18k yang aku sendiri tak sangka diluluskan pihak atasan. Secara amnya bangga dan tak tersangka. Namun dileburkan setelah melihat sebuah nama kerjasama yang menghampakan.

Aku tekankan ungkapan "Kita hanya mampu merancang namun Allah yang tentukan." Tak semudah yang kita sangka untuk meraih kesepakatan dengan yang tak sehaluan. Jika mereka anggap aku memaksa aku mohon sejuta kemaafan. Aku janji, biarlah kali terakhirnya aku mohon pertolongan dalam projek ini dan selagi aku mampu merangkak, berjalan dan berlari sendiri selepas ini, aku lakukan sendiri. Setelah ini yang kau sajikan. Jika sahabat di sisi aku turut sama bersahabat dengan yang lain, apakan daya aku.

Hancur luluh tidak bererti aku harus jatuh seperti semester yang lalu. Aku berikrar untuk berdiri teguh kali ini walau ditiup angin kencang. Terlalu lama jatuh sehingga kecundang hebat di dalam gaung suatu masa lalu.

Bergelar jawatan sebagai pekerja untuk mahasiswa membawa aku melangkah ke satu fasa baru. Fasa bekerja. Alhamdulillah aku cuba adaptasikan sebaiknya. Walaupun masih terumbang ambing mencari rentak ombak dan melawan arus untuk bergerak ke hadapan. Manisnya pada mula dan bakal aku ketahui pahitnya nanti di akhir.

Percaturan terbaru menyaksikan aku wajib memimpin diri sendiri untuk terus berdikari. Terima kasih atas tawaran lumayan King. Aku cuba jadi yang terbaik dalam segenap aspek kali ini. Aku bakal lupa musim dajal 13 dan bernafas baru di 14.

Menjadi matang selantang bersuara di khalayak umum. Membentang isi bukan hanya berbasa basi. Punya perancangan tersendiri. Cukup catatan prolog untuk 4 minggu pertama ini. Walaupun banyak ceriteranya, namun inilah prolog aku di semester 4 di Kota Lendu.

Berharap kali ini,
Tolong aku untuk teguh.
Jangan biarkan aku terlalai.
Aku menghadapi kau setiap hari.
Irikan aku dengan kemanisan kau dan pelayaran istimewa itu dengannya.
Lama kelamaan aku mula menerima.
Tapi pada saat itu aku tidak lagi peduli padamu.
Dan jangan persoal kenapa lagi seperti dulu. 
Namun prolog kali ini berbeza.
Jalannya berbeza.
Menelusuri anak sungai deras.
Jangan memberi harapan pada aku.
Takut aku kejar dan kau terkejut.

Halaman lalu jadi saksi di ceritera baru ini.

Yours truly,
Blue x