Wednesday, 30 December 2015

Mentari, Madu, Mimpi dan Malam

Duhai rasa-rasa rindu yang mencengkam, tahukah engkau aku sakit lagi untuk menerima hakikat ini. Ditidak pedulikan oleh orang yang aku perlu dan sayang. Serasa sunyi dan mati. Aku tidak mahu lagi berasa sendiri. Sudah-sudahkanlah. Bebaskan aku. Capaikan aku emansipasi.

Wahai Mentari, Madu dan Mimpi. Tahukah engkau sedang beraja dan menguasai seluruh hidup aku ketika ini? Membentuk menjadi satu gumpalan zarah yang tertanam dalam jiwa aku. Tidakkah kau tahu aku tak mampu untuk tersekat di antara levitasi ini?

Mengaku itu adalah lebih sakit daripada menerima yang tak ada siapa yang sudi menyambut aku. Ditelan hidup-hidup oleh seksaan seperti dirempuh raksa yang bersifat jitu. Dikelamkan dalam malam-malam yang penuh dengan ketakutan tidak berdimensi.

Mana jawapan aku? Tidakkah kau mempunyai jawapan kepada setiap persoalan aku? Apa aku tidak terlalu jujur lagi dengan setiap apa tindak laku dan kenyataan "aku mahu kau?" Apa tidak kau bezakan ke kontradiksinya?

Takpelah. Aku mengalah. Semoga kau bahagia. Biar aku mengikuti yang tadinya malam.



Catatan ini di tulis pada 14 Nov 2015. Malam sebelum aku, Syawal, Saffa, Haziq, Ayie dan Ecah nak ke Broga. Aku teramat excited. Sungguh. Tapi catatan ini rasanya tidak ada kena mengena dengan apa yang aku nak katakan.

Tuesday, 1 December 2015

Puisi Tepi Jalan

Aku terlalu ketagih dengan setiap barisan dan susunannya.
Terlalu bersifat memahami.

Suatu Pernah, Sepertinya, Arjuna Beta, Terbang Tunduk dan kesemua hidden track di dalam PTJTheAlbum ini melengkapkan rasa.

Rindu Mentari juga kesukaan aku di dalam versi buku pada muka surat 94. Dan kemudiannya keseluruhan isinya.

Terima kasih tuhan. Kau berikan pengantara dan meminjamkan kata-kata tadi kepada Fynn Jamal.

Sunday, 15 November 2015

100 Days Wishlist

Selepas daripada tarikh hari jadi aku yang ke 21, entah apa rasa aku untuk menunaikan setiap satu persatu impian, idaman, hasrat dan dasar kehendak. Selain daripada rasa nak mati. Kejap, aku nak lap air mata. Okay boleh sambung. Maka, aku akan ceritakan semua yang telah tertunaikan sepanjang 100 hari ini.

Apa yang terjadi pada malam harijadi aku adalah bila aku dapat hadiah kena tengking dengan kakak aku atas alasan aku menolak peluang kerja yang dia cuba recommend dekat aku. Kerja dekat McDonald depan rumah. Aku terpaksa tolak sebab aku memang tak nak bekerja. Aku nak fokus dan siapkan manuskrip penuh LENDU.

Disebabkan itu, aku fikir-- barang-barang yang dah seminggu aku packing untuk ke degree dalam masa 3 minggu dari sekarang bertukar jadi plan untuk melarikan diri ke Lendu. Itu senarai wishlist pertama aku untuk dalam masa seratus hari.

Pertengkaran berlaku. Habis semua pekung dibuka. Aku dah tak menahan sedikit pun. Aku luahkan sehabis mungkin. Rahsia untuk melarikan diri telah diketahui. Aku tak cancelkan pun tiket untuk ke Lendu dan aku sangat berterima kasih dekat Dira dengan Faa sebab tolong aku dalam proses pelarian terancang ini.

Dalam masa yang sama, Dira ada ajak aku untuk ke Cameron Highlands. Walaupun plan asalnya untuk pergi dengan #NAAEK, tapi tak tertunaikan. Tak apalah. Dapat pergi dengan Dira dan Faa pun dah seronok. Sabtu itu, aku ke Cameron Highlands. Selepas 10 tahun-- akhirnya aku dapat menjejakkan kaki kembali ke sini.

Segala kenangan dan impian untuk menjejak rindu aku kepada arwah Mak termakbul. Mungkin ini hadiah tuhan kepada aku untuk harijadi kali ini. Dingin dia masih sama. Memeluk erat tubuh aku. Degupan dia masih sama. Berlagu dengan irama tenteramnya. Aku melalui denai-denai hati yang lalu. Melarikan diri dari keseksaan emosi yang tak tersanggupkan. Hujan ketika itu memahami sebagaimana perasaan sayu aku kepada Mak. Sungguh. Terlalu mendalam. Kerana di tanah ini kami melarikan diri daripada Ayah dulu. Bersembunyi dari cengkaman kebencian.

Ahad. Aku dibekalkan RM50. Hasil pinjaman Fika dan sedikit pemberian daripada kakak aku. Aku cakap ia cukup. Lalu dengan rasa yang memberati seluruh jiwa aku-- melangkahnya aku pergi. Seolah mahu memulakan penghidupan baru. Lebih terancang dan bersifat tertunaikan.

Tiga senarai sudah termakbul. Seterusnya, berjumpa dengan tiga manusia yang memberi makna kepada hidup aku sepanjang tahun ini. Mentari, Madu dan Mimpi. Secara diamnya-- aku tidak langsung memberitahu keberadaan aku di sini. Tidak sama sekali. Biar ia menjadi satu rahsia dan kejutan.

Hajat untuk sambung ke degree berjaya apabila tawaran kemasukan melayakkan aku ke Shah Alam. Bachelor in Journalism. Aku berasa sangat terharu. Impian aku tercapai lagi. Aku perlu membuat persiapan untuk ke sana. Perlu kumpul duit. Dan sebelum ia menjadi kenyataan-- biar apa yang sekecil-kcilnya di Lendu ini menjadi kenyataan dulu.

Perjumpaan pertama yang sekejap dimulakan dengan Mentari. Walau tak lama tapi cukup untuk bertanyakan khabar. Benang putihnya membaluti aku. Untuk sekadar pinjaman. Sekadar cukup. Lalu, aku ke majlis perkahwinan Buff dan Amal. Alhamdulillah. Aku gembira. Sebab dulu aku hanya mendengar Buff mahu memperisterikan dia dari mulut. Namun hari itu, bersaksikan segala persahabatan, cinta dan keluarga-- akad yang memeterai kasih terkabul. Mereka selamat membina masjid tuhan dan semoga hingga ke syurga.

Dalam pada itu, aku teringin untuk berjumpa semula semua kawan-kawan aku. Berkumpul dan bergambar bersama berpakaian serba putih semasa di majlis persandingan Buff. Tapi tak dapat disebabkan terpaksa dan dipaksa menemankan Syahiran ambil lesen motor. Tahap kesabaran aku macam disiat-siatkan. Tapi masih sabar. Mungkin bukan rezeki aku.

Hajat untuk ke Showcase Fynn Jamal tak dapat ditunaikan apabila duit tak ada untuk beli tiket dia. Aku berasa sedikit kecewa. Tapi mujur ada DS yang sanggup datang jumpa aku dekat Lendu. Kebetulan dia ada pertandingan teater. Dia bawa aku jalan dan pergi ke Cafe Cormisme. Bukan setakat bawak-- dibelanjanya aku sekali. Betapa rasa bersyukurnya aku. Dia akan wakilkan aku ke Showcase Fynn Jamal itu nanti. Biar aku dengar cerita daripada dia. Dia sangat pandai dalam tukang bercerita experience.

DS hantar gambar konsert Fynn Jamal. Aku mula menggeletis macam cacing kepanasan-- tak senang duduk nak dengar lagu-lagu Fynn Jamal. Nasib baik Apple Music aku masih ada free trial. So, habis semua satu album Puisi Tepi Jalan aku download. Aku sangat berpuas hati. Dengan keadaan apa yang aku rasa ketika itu tersimpul menjadi satu dalam lagu-lagu dia. Favorite aku adalah Suatu Pernah dan Sepertinya.

Duit habis. Tiada satu pun yang tertinggalkan. Entah macam mana Ayah call pagi itu. Dia merasakan aku dalam kesusahan. Aku tak sangka yang Ayah bank in kan duit kepada aku. Naluri seorang Ayah. Setelah hampir 5 bulan langsung aku tak contact dengan Ayah, hari ini tuhan mahu tunjuk.

Tapi macam biasalah, duit akan habis sedikit demi sedikit. Sampai tahap nak kena pinjam dengan orang. Aku bertemu Madu. Dia memberi pinjam sedikit wang kepada aku. Lepas untuk makan dan print draft '10 Tahun'. Pertemuan yang juga sekejap sahaja di Dataran Ilmu itu cukup untuk aku menghabiskan apa yang terbeban di hati.

Aku bertekad untuk keluarkan '10 Tahun'. Hasil daripada duit yang ada ini nanti aku nak bayar yuran degree. Aku tak mahu susahkan sesiapa lagi. Biar aku cuba buktikan.

Aan datang ke Lendu. Dia ajak aku tengok movie. Pagi-pagi lagi dia dah sampai dekat depan AG4. Kitorang ke Aeon hanya untuk tengok cerita Inside Out. Cerita dia sangat mengena dan mencangkup hati aku. Menepat ke dalam jiwa dan perasaan aku ketika ini. Perasaan yang sedih.

Citrawarna 5 berlangsung. Apa yang terjaadi apabila kami ingin bersatu-- ahli TPK yang lama. Tapi tak dapat berlangsung disebabkan beberapa hal. Malam itu, aku jumpa dia. Mimpi. Ya aku terlihat dia tetapi tidak secara dekat. Entah kenapa aku jadi janggal dan rasa untuk membenci itu tiba-tiba terlahir kembali.

Aku mengelak daripada dia. Juga dari wujud Mentari. Terlalu inginkan tetapi terpaksa pergi. Dari situ aku terpaksa mengiyakan supaya membenci. Aku tak mahu lagi harapan-harapan yang terlalu mudah untuk dibinasakan. Seperti selalu-selalunya.

Aku menunggu reply daripada Aan dan yang lain. Aku mahu keluar bersama mereka. DS yang aku jumpa tempoh hari masa di Citrawarna 5 memberitahu show dia dah dekat. Aku juga sempat pinjam duit daripada dia untuk modalkan terlebih dahulu '10 Tahun'. Terima kasih DS.

Kemudian plan seterusnya adalah apabila Aan bercadang untuk datang lagi ke Lendu. Dia kali ini buat perancangan berjalan satu Melaka. Team kami adalah Ana, Saufi, Alfiq, Aan dan Aku. Kami berlima menonton persembahan teater DS. Lepas habis tadi, kami ke Cafe Cormisme.

Keesokannya pula, kami ke Klebang. Hajat untuk tangkap gambar lagi dekat sini berhasil. Habis dekat sini, pergi ke Ice Bowl dekat area Pak Putra. Segala apa yang terjadi sepanjang dua hari ini cukup menggembirakan aku untuk melupakan kesakitan sementara ini. Terima kasih korang walaupun bukan satu Melaka, kan?

Dalam masa seminggu '10 Tahun' terjual laju daripada sangkaan aku. Target untuk dapatkan RM1,000 berjaya lagi. Berbekalkan duit ini-- aku akan ke degree.

Beberapa hari lagi aku akan ke Shah Alam. Ada beberapa perkara penting aku belum sempat untuk tunaikan. Jadi aku segera merancang sesempurna mungkin. Aku dapat keluar ke Cheng sampai accident. Dapat masakkan makanan untuk Madu. Makan sekali. Juga hadiah kepada dia.

Copy '10 Tahun' dan baju Mentari sedia untuk dipulangkan. Begitu juga Diari Indah Mimpi dan copy '10 Tahun' untuk Mimpi. Malam itu, malam terakhir aku di Lendu. Aku perlu lunaskan apa yang tertangguh. Aku pergi mencari Mentari dan Mimpi. Berjaya.

Mentari tersenyum. Dia menyenangkan aku. Terima kasih. Sempat bersembang dengan dia. Walaupun sekejap juga. Tetapi tak mengapalah. Memadai.

Aku kemudian pergi makan sebentar. Tak tersangka terserempak dengan Mimpi di sana. Aku langsung tidak memnadang tepat ke arah mata dia sebagai tanda kebencian itu lebih menguasai aku daripada bercakap dengan dia. Tapi dua benda tadi harus sampai kepada dia.

Nasib baik ada kawan dia. Aku berikan kepadanya dan minta dia sampaikan apa yang patut kepada dia. Semoga ada jawapan.

Megat tumpangkan aku ke KL. Aku terlalu sedih untuk meninggalkan AG4. Diorang memberi aku perteduhan yang sangat selesa. Hari-hari yang begitu banyak drama dan kisah untuk diingati sepanjang hidup. Terima kasih AG4.

Pendaftaran selesai. Class berjalan. Semua berjalan lancar. Degree life bermula.

Aku masih mahu beberapa lagi ditunaikan. Alhamdulillah. Impian untuk ke Broga tercapai. Housemate bawak aku ke sana. Walupun muntah-muntah tapi aku nak jugak. Gayat tinggi tak menjadikan aku untuk membantutkan harapan aku nak sampai di puncak. Dengan bawak buku 7 Tahun 7 Hari lagi.

Nak makan makanan masakan kampung pun dapat. Nak apa semua dapat sepanjang 100 hari ini. Terima kasih tuhan. Terima kasih.Impian untuk konvo pun dapat. Terlalu manis. Juga untuk mencipta rekod tak masuk hospital bila bulan Oktober pun berjaya. Semua berhasil.

Aku juga berhajat untuk bertemu Diana Nuzuin di #Hujan10Tahun pun dapat. Hantar Azan dekat airport pun dapat. Kira semua proses dalam 100 hari ini adalah senarai wishlist yang tertunaikan. Juga, hajat untuk keluarkan LENDU dapat terlaksana. InsyaAllah Februari 2016.

Dan satu sahaja lagi, dapat wish birthday Kecik untuk hari terakhir 100 hari aku moga terdapatkan.


























Wednesday, 11 November 2015

Hari Jubah

Lebih daripada 3 tahun berada dekat Lendu dan pada tarikh 8 November 2015 merupakan pengakhirannya. Apa yang aku impikan semalam-semalamnya hari ini (pada tarikh tersebut) telah terbukti aku mampu untuk menghabiskan diploma. Walaupun ada yang nampak 3 tahun itu kejap. Bagi aku 3 tahun itu terlalu lama untuk aku tempuh segala bermacam jenis drama yang tak berkesudahan.

Apa aku perlu cerita lagi macam mana kehidupan aku semasa diploma? Rasanya tak perlu. Kalau mahu cari. Tak berkunci. Silakan. 

Through this bittersweet of diploma's life-- terlalu banyak kenangan yang tak terungkapkan. Terlalu sedih untuk berceritakan semuanya dalam masa yang singkat. Well, it's so typical of me to talk about myself. Sekali lagi, jemput cari sendiri kenapa.

Macam biasalah, aku takkan berharap sangat dengan sesiapa untuk datang mana-mana hari penting aku. Sebab dah biasa dari 2005 lagi macam ini. Bila dulu masa sekolah ada hari PIBG atau apa-apa lah yang perlukan kehadiran ibu bapa sanak saudara cucu cicit-- there will nobody came.

Walaupun rasa sedih, yes sebab hari penting kau lagi-lagi konvoksyen sendiri kan? But, it doesn't matter anymore. Alah bisa tegal biasa. Ni dah tegal luar biasa. Maka aku pun berhuhuhuhu berseorangan.

Tapi, Ayah muncul at the end of the Graduation Day. Aku sangat tersentuh, sedikit. Dengan dia dalam keadaan demam. Terlalu nampak muka dia yang tak sihat. Dia gagahkan juga. But, ia tak mengubahkan apa-apa pun perasaan aku yang selama ni terbuku. Tak.

Terima kasih jugak dekat family Aan yang belikan bunga konvo untuk aku. Aku rasa sangat-sangat terharu sebab aku fikir tak ada siapa yang akan bagi aku bunga atau hadiah untuk aku masa hari penting aku ini. Tapi tak sangka ada. Terima kasih sekali lagi.

Aku juga ada berharap yang beberapa orang penting dalam hidup aku sejak dua menjak ini datang. Dan sekali lagi tetapi, tak ada jugak yang muncul. Sebab aku bukan siapa-siapa yang perlu dihargai. Tak perlu diberi maknakan oleh orang lain. Do I care?

Aku cuma dah malas nak berharap benda-benda yang merapu. Yeah. Sebab banyak kali dah letak harapan tinggi sangat tapi satu pun tak tertunaikan. Ibarat kaca jatuh berkecai atas lantai. So, nak avoid sakit itu lagi-- aku pilih untuk letak kaca tu atas lantai je. Barulah bagus sikit. Kena sepak macam sial pun masih lagi elok. Boleh pakai ke teori aku ni? Ah peduli.

The best part is bila benda yang aku tak sangka boleh terjadi. I wouldn't tell it here. Entah lah nak. Tak tahu nak cakap macam mana sebab gembira tu datang sekejap. Sekejap pun jadilah. Kalau lama-lama nanti potong kaki.

Ingat tak yang aku cakap-- grad on time ni sangat best? Bagi akulah. Sebab kau dapat grad dengan kawan-kawan satu batch dengan kau. Itu je ke? Terpulang pada pentafsiran masing-masing sebab masing-masing punya pemikiran. Bukan aku.

So, here-- my pre-convo pictures.















Saturday, 31 October 2015

Fuck You October

Apa yang terjadi untuk Oktober kali ini?

Separuh masa pertama ini dihadiahkan dengan sedikit kecelaruan emosi. Emosi dalam jiwa paling hujung aku di siat lagi dengan rakus. Melapah tanpa pernah rasa sedikit pun belas. Apakah memang selayaknya untuk aku? Atau memang benar untuk aku? Berpecahbelah tuhan rasa aku. Kenapa lagi? Aku penat.

Aku mulakan dengan rasa yang bermacam-macam. Buntu, kesal, hitam, benci dan segala negativiti muncul. Aku tak tahu kenapa. Aku dah cuba untuk menyingkir keburukan. Tetapi tak berjaya.

Malam itu-- 6 Oktober, mimpi buruk datang. Dalam mimpi tu aku merasakan kesakitan yang entah tak dapat dibayangi kesengsaraannya. Membakar setiap inci kulit aku. Bila aku sedar, aku menangis ketakutan.

Keesokannya, menjadi sedikit murung lagi apabila kena submit news assignment dan mid term test. Shit. I was so creepy. Aku kononnya tenang bila Ruzanna asked me for many times "Babe are you okay?".

No, i'm not.

Habis semua orang dalam minggu yang sama aku rasa nak marah-- sebagai musuh. Setan sedang memakaikan aku dengan hasutan-hasutan amarah. Rasa yang langsung tidak bersalah.

A week after that, result keluar. I got 1 over 20 marks. It's ONE over TWENTY for the mid term test. Untuk news assignment merosot. 6 over 10 daripada kebiasaannya dapat 8.5 and above. I'm dead.

Ulcer teruk. Rasa sakit lama mula datang. Semua berlintang pukangkan. Kenapa?

Apa dajalnya kesemua benda teruk datang bulan ini? Spec mata patah. Duit melayang-layang. Ah bermacam lagi.

FU OCTOBER.

Tuesday, 6 October 2015

Ke Awan Biru

Mak, hari ini 6 Oktober. Genap 10 tahun dari tarikh Mak Tidur Selamanya. Semoga Mak tenang dekat sana.


Ke Awan Biru

verse 1
berlari aku mengejar bintang
tanpa peduli lagi gelap atau terang
yang aku cuma mahu; sayang
demi di peluk jiwa oleh orang

verse 2
bawalah aku bersama
terbangkan mimpi ke sana
mahu aku tidur selamanya
sayapkan aku ke langit jingga

chorus
tak ada sesiapa yang memahami
seolah aku di hukum benci
menghirup semua seperti--
aku tak lagi bererti

bawalah; bawa aku pergi
bawa aku terbang tinggi
tak memakna lagi di sini--
cinta sudah bagi aku mati

verse 3
langit berlagu pilu--
menari setiapnya irama sayu
dan jujurlah pada aku
bisa untuk aku ke awan biru?

*chorus

bawalah
terbanglah
sayapkanlah
--aku ke awan biru
--bersama kamu.

Friday, 2 October 2015

10 Tahun: Oktober

Aku tak pernah untuk mengetahui dia datang lagi. Tak langsung nak merasakannya. Aku tak sedikit pun teruja. Cuma persoalan aku adalah, "Kenapa kau wujud?" Kenapa tidak kau terpadam dalam seluruh kalendar hidup aku. Cukuplah dengan apa yang telah engkau buat sepanjang 10 tahun yang lepas dalam hidup aku. Aku dah letih.

-- Hari ini, aku dah penat untuk menyatakan yang aku terlalu rindu pada Mak. Dah berapa bulan aku terpisah dari dia. Aku masih bersekolah. SK Tun Dr Ismail, Perak. Mak di Negeri Sembilan. Berubat. Betapa aku mahu berada di sisi Mak waktu ini. Menginginkan di cinta seperti biasa oleh kasih Mak. Mak, hari ini dah 1 Oktober 2005. Bila Mak nak balik?

-- Pagi dingin. Sejuk mencengkam. Seperti biasa, bangun seawal jam 6 pagi untuk ke tandas. Elak daripada berebut dengan sepupu yang lain. Sejak Mak berubat di Negeri Sembilan, aku menumpang di rumah Mak Yah (Mak Saudara) di Kg. Buaia, Perak.

-- 5hb Oktober 2005 merupakan Ramadhan yang pertama tanpa Mak. Selalu bangun sahur Mak yang akan kejut. Dengan suara lembut dia. Dengan penuh tertib dia. Papah aku ke kerusi dan meja makan kalau aku mamai. Tapi itu dulu. Hari ini, tahun yang ke sebelas umur aku, bangun sendiri. Kejutkan sepupu yang lain untuk sahur. Aku cuma mengharapkan tubuh Mak keluar dari dapur menghidangkan makanan. Cuma itu yang aku mahu. 

Berbuka tidak ada yang istimewa. Beberapa bulan lepas Mak janji nak berbuka sama-sama. Berhenti berniaga macam tahun-tahun sebelum ini. Pergi terawih sama-sama. "Mak nak tahun ni bulan puasa kita anak beranak sekali pergi masjid solat terawih." Itu ayat Mak.

-- Aku fikir aku sudah ditimpa malang. Tidur langsung tak dapat nyenyak. Bangun sahur dan cuba lagi untuk tidur selepas itu. Pagi Khamis itu terlalu susah untuk mengharunginya. Pukul 530 pagi dah bersiap-siap untuk mandi. Nak gosok baju, tiba-tiba iron jatuh atas tangan kanan. Tangan melecur. Tapi masih lagi boleh bertahan untuk gosok baju dan terus ke sekolah.

Kawan-kawan tanya pagi tu, "kenapa tangan kau" waktu kutip daun-daun gugur dekat padang sekolah. Ya, itu adalah rutin di SKTDI dulu. Aku cuma cakap tak ada apa-apa. Kelas Cikgu Zahid bosan. Aku termenung jauh. Seberapa ketika lepas itu, phone NOKIA 3310 yang Ayah beri tempoh hari berdering. Aku gelabah dan berlari ikut pintu belakang kelas.

Nombor yang tertera adalah daripada rumah di Negeri Sembilan. "Nak bagitahu dia ke?" Lalu panggilan terputus. Aku masuk ke dalam kelas dalam keadaan bingung. Dan menyambung menungan. Pintu di ketuk. Dua kelibat murid darjah enam menyeru nama aku.

Berita Mak meninggal telah menjahanamkan perasaan aku pada hari Khamis, 6hb Oktober 2005 bersamaan 2 Ramadhan. Segala rasa cela telah membuat aku ingin mati mengikut Mak ke atas langit. Maka aku berada dalam tempoh satu bulan yang semua orang tidak nampak sinar pada mata aku. Muka dan mata yang kosong. Tidak bercakap sedikit pun. Bila malam menangis sekuat mahunya. Tidur dan terjaga. Seluruh Oktober itu kosong tanpa sedikit pun dari kotak suara terdengarkan di sebelah siangnya.

-- Oktober 2006, aku bergaduh dengan adik tiri yang melemparkan kata-kata kesat ke arah aku. Dia kata aku adalah penumpang. Dia kata aku pembawa malang di rumahnya itu. Bumi Kelantan melaknat dengan kehadiran aku. Dan dia menyuruh aku pergi berambus dari rumah itu.

Aku tak fikir panjang. Keputusan untuk melarikan diri adalah keputusan muktamad. Melarikan diri ke entah mana tempatnya dengan kudrat sendiri berjalan kaki.

-- Oktober 2007, dan aku tidak pasti siapa bayangan tidak berjasad mengikuti aku sepnajang malam itu. Menenung tajam dan terus memerhati gerak langkah aku. Hanya kaku dalam bayangan hitam dia. Memerhati lagi dan lagi. Seterusnya membenarkan aku diracau secukupnya. Merumahkam jasad tanpa pernah segan aku bukan milik dia.

-- Oktober 2008, perasaan yang hancur dengan caci maki orang telah menghadam dalam otak. Aku berlari ke atas bangunan paling tinggi di sekolah dan mahu melompat dari sana. Mungkin menyabut nyawa sendiri adalah perkara yag paling bagus sekali untuk merasa tenang? Tapi jasad di tarik dan ditenangkan manusia ini. Memberi kata-kata yang membina untuk hidup.

-- Oktober 2009, PMR adalah penentu. Entah macam mana malam sebelum paper Matematik, sakit gigi tiba-tiba datang. Rasa macam yang nak mati sebab dia menarik ke mata dan kepala. Aku menangis yang teramat bila mata mula hitam. Tak nampak apa-apa. Aku fikir aku akan mati. Tapi tak. Masih ada nyawa yang bersisa.

Manusia yang tahun sebelumnya tadi masih wujud, dan dia bikin onar. Bawa untuk ikut berjudi kasih. Menghabiskan duit untuk dia. Entah berapa 4 angka kosong titik kosong kosong diberi kepada dia dengan tidak pernah tahu rasa sebenarnya aku dikhianati.

-- Oktober 2010, Fika call. Dia menangis. Aku fikir mak dia sudah meninggal. Tak. Bukan mak dia. Tapi. Kimi. Amir Hakimi. Kawan sekolah rendah aku. Kawan yang nakal dan memberi salah satu pengalaman terbesar dalam hidup kau. It's been 5 years without any news about him. Dan kali terakhir aku berjumpa dia adalah perjumpaan yang terakhir kalinya.

Beberapa hari kemudian, Fika call aku disebelah malamnya. The same date where Mak meninggal 5 tahun lepas. Fika menangis lagi. Mak dia meninggal.

Aku pulang daripada rumah belakang. Maghrib bertandang. Apabila dua tiga minit di ruang tamu, Ayah datang menarik rambut aku dan mencampak tubuh aku ke atas lantai. Di tumbuk dan di lempang secukupnya. Kesalahan yang dituduh tanpa sebarang usul periksa secukupnya.

Alignment hidung lari; patah. Tapi tak buat apa-apa. Pergi ke sekolah dan jawab final exam Add Math dalam keadaan muka bengkak dan sakit badan. Semua bertanya pada aku. Dan cuma aku mampu membatukan diri.

-- Oktober 2011, bila cinta itu menguasai segala akal fikiran. Bila kasih itu menjadi sangat subjektif. Bila rindu itu diseru dan merupakan sejenis abstrak. Bersatu dan membelitkan leher dengan tiada ruang untuk bernafas.

Doktor yang tiap-tiap minggu merawat aku di hospital kata aku ada masalah mental. Dia kata aku dah tidak siuman. Dan untuk menunjukkan yang aku bukan gila, aku menggengam semua ubat-ubatan dan menelannya sekaligus. Entah. Aku tak tahu apa yang berlaku. Sedar-sedar di hospital. Memandang dan melihat aneh.

Kaunselor menunjukkan gambar-gambar aku menconteng pakaian-pakaian di dalam locker dengan dakwat merah, marker merah dan apa sahaja yang berwarna merah. Anak patung beruang di conteng dan ditulis kata kata kesat. Satu surat cinta mati yang langsung tidak masuk akal ditujukan pada sebuah benda tidak berjasad.

-- Oktober 2012, 2013, 2014, yang berada di atas semua berulang. Dengan secara tidak tahu kenapa. Dengan kewujudan rasa nak mati. Dengan nota-nota yang tidak masuk akal. Dengan jiwa-jiwa yang terlalu kosong. Dengan rasukan-rasukan yang tidak tahu ingin berhenti. Dengan semua yang mencelakakan.

Tuhan, kejutkan aku bila Oktober berakhir nanti boleh?

Wednesday, 30 September 2015

Jurnal A - Aztract



"Bersifat unik"

Bagi aku zine adalah tempat di mana untuk anak-anak muda yang rasa untuk berkongsi cerita atau apa sahaja patut menghasilkan zine sendiri. Kepuasan melihat hasil sendiri. Itu apa yang aku rasa.

Sebab ada di antara mereka yang dah beberapa kali mencuba (atau takut) untuk menghantar karya mereka di penerbitan-penerbitan besar banyak kali di tolak.

So, in my opinion, dengan benda alah ni-- walau tak secara banyak, sekurang-kurangnya hasil daripada air tangan sendiri boleh dijual is it?

Jadi beberapa bulan lepas, this guy yang dah masuk setahun lebih aku kenal semenjak bulan Jun 2014-- keluarkan zine puisi dia sendiri entitled "Jurnal A".

Jurnal A merupakan sebuah zine yang di jual secara 'by hand' ini telah menarik minat aku kerana keunikan penggunaan tajuk utamanya.

Just like another zine, this Jurnal A came out with another issues; menampilkan 22 himpunan puisi yang mempunyai variasi luahan penulis. It was (maybe) the first zine by this writer (I guess so).

Setelah menghayati setiap satu persatu penulisan Azri, dia juga menggarap beberapa nilai ketuhanan di dalam beberapa puisinya. Penggunaan kata yang secara keras, bersahaja dan terus menjadikan setiap bait-bait puisi itu di dalam konteks dan pelenggokan mesej mengikut acuannya sendiri. Dia tidak terikat kepada mana-mana nama besar pemuisi di Malaysia. He just write it by his own style.

Penyampaian, design dan layout (using a lot of white space) yang simple menjadikan ia adalah bersesuaian dengan pembawakan mesej di dalamnya. Tidak serabut. Isu berat dan simple design-- membuatkan ia balance menghasilkan mood pembaca.

Di halaman yang terakhir dengan quoted,

"Bolehkah kau berjanji pada aku?
--jangan lawat tika aku berhadapan Malek

Bolehkah kau berjanji pada aku?
-- temankan aku di Firdaus kelak."

memainkan peranan penting untuk pembaca mengetahui apakah hint yang terdapat di dalam zine tersebut.

Secara keseluruhannya, percubaan Azri untuk meluahkan rasanya, berjaya untuk pembaca menyelami di dalam setiap kata-kata indah yang di susun.

Projek seterus Azri-- berdasarkan beberapa teaser daripadanya di Instagram dengan kemunculan Galeri Aztract menjadikan sekali lagi tarikan kepada pembaca-pembaca Jurnal A bagi  mendapatkan satu lagi ciptaan unik daripada penulis ini.

Good luck Azri. Jangan pernah berhenti untuk berani meluah rasa dan menjilidkan kepuasan orang menghargai karya kau.

Wednesday, 23 September 2015

Terima Kasih Harun Din

"Kalau dia masih hidup, jagalah dia. Kalau sebaliknya, redhakan pemergian dia."

Mak dah beberapa bulan terlantar atas tilam. Menunggu masa-- semua bergantung pada asa. Kalau pergi, maka lepaskan dengan aman tanpa disakiti.

Masa tu aku berumur 11 tahun. Sesi persekolahan terpaksa tinggal semata nak ada selalu dengan Mak. We had to move from Perak to LBJ, Negeri Sembilan as soon as possible lepas doktor sendiri pun tak dapat tahu apa yang selama ni membelenggu hidup Mak dan kami.

Hari demi hari, semua makin teruk. Dari dia boleh ingat siapa anak-anak dia, sampailah saat semua tak bermakna dan sia-sia untuk hidupkan ingatan dia. Am I his son?

2 minggu sebelum Mak meninggal (6/10/2005), kami sekeluarga dapat juga peluang untuk hantar Mak ke Darus Syifa' Bangi. Dan di situlah pertemuan di antara Harun Din dengan Mak untuk sesi perubatan.

Hanya satu yang kami pertaruhkan-- harapan. Harapan untuk Mak pulih seperti sedia kala. Seperti yang pernah aku kenal sebelum masuk tahun menjadi kanak-kanak berusia 11 tahun masa tu.

Tapi melalui kata-kata Harun Din,

"Kalau dia masih hidup, jagalah dia. Kalau sebaliknya, redhakan pemergian dia."

Kami tahu, cepat atau lambat-- semua kena terima hakikat yang Mak akan tinggalkan kami. Terbang bebas ke awan biru. Tanpa perlu menunggu-- aku.

Terima kasih Harun Din.

Tuesday, 22 September 2015

Prolog Shah Alam: Semester Ketiga

Sebulan yang lepas, aku berlari menuju ke destinasi ketenangan sebelum sampai di sini. Menyahkan rasa sakit emosi. Mencari semula kepingan hati yang bercelaru. Mengutip rentak yang perlu aku ada untuk menulis lagi.

Lalu aku berjumpa tiga insan yang istimewa duduk dalam hati-- serentak. Menuju kembali ke sebuah ruang yang terjejakkan bertahun lamanya. 

Setelah hampir sebulan berteduh percuma dekat AG4 (Apartment Dimensi Alor Gajah) yang penuh dengan sketsa tanpa henti, akhirnya waktu terakhir di sana muncul tiba.

Keputusan untuk melangkah ke peringkat Degree pada 12 September telah memberikan harapan baru kepada aku. Pahit yang lepas aku simpan dalam poket. Berbekalkan ingatan semalam yang takkan luntur-- aku bangkit mengumpul duit.

Semata yang tinggal pada aku pada 2 minggu sebelum masuk ke Shah Alam, cuma hanya ada beberapa ringgit sahaja. Aku puas fikir macam mana untuk bayar yuran pengajian. Atau aku harus menolak tawaran ini?

Tuhan adil. Dia berikan semangat dan tiupkan cara. Aku dipapah tegakkan oleh sahabat-sahabat di sana. Dengan penghasilan #zine10tahun-- aku seperti bernafas semula untuk berfikir hala tuju yang seterusnya.

Sabtu, September kelima aku ke Shah Alam. Dengan wang yang tidak berapa mencukupi hasil daripada jualan #zine10tahun. Namun aku tidak mengiyakan setiap ketidak cukupan duit itu kerana aku tahu, sesuatu yang bersifat tidak kelihatan bakal muncul. Dia keajaiban.

Ayah sanggup turun KL. Kami berjumpa setelah 6 bulan tanpa sebarang connection to each other. Well, it was my fault. Not him, maybe.

Ayah top up duit. Kak Long dan Abang Ngah juga. It was so unpredictable to have this kind of money in a short time. I couldn't imagine and rasa betapa bersyukurnya masalah selesai.

Maka bermulalah cabaran yang membawa seribu satu erti dalam hidup aku yang baru. It's here. Where the new whole life begins. It is total different with Lendu. Totally yes.

Saturday, 5 September 2015

Indah Mimpi

Hari ini adalah antara hari yang sangat sukar untuk membuat keputusan. Samada aku perlu berpatah balik atau hanya terus dengan impian aku. Kalau betul inilah jalan yang paling baik untuk masa mendatang-- maka tunjukkanlah.

---

Perasaan gembira yang hadir dalam bentuk tak terdugakan tadi adalah dari sebuah babak spontan. Aku tak tahu dengan wujud satu senyuman di depan aku dengan satu soalan kaku-- sudah mampu buat aku kelu.

Aku ingat itu cuma sekadar fantasi yang tegap, lalu bakal memudar di bila terbitnya matahari. Tapi bila dia datang dalam sebuah prediksi yang berbeza anggapan aku-- lagi aku tak dapat nak lupa dia. She has something. Secara dasarnya, sesuatu yang lain dari kebiasaan.

Kau tahu kenapa aku cuba berlagak tak ada apa-apa bila saat kau tertancap riang di depan aku dengan soalan-soalan bodoh kau? Kerana aku takut ilusi itu memakan sedikit demi sedikit dalaman aku. Sakit bila tahu realiti-- kita tak dihendakkan orang yang kita sayang. Maka aku pura-pura tidak ada perasaan.

Well, kalau hari-hari kau tak pernah jemu untuk aku, itu petandalah kan? Maybe.

So, apa yang aku cuba buat adalah dengan plan untuk dapatkan nombor kau. Nak mintak depan-depan karang malu. Nak mintak masa kau lepak dengan 7 kawan kau tu lagi lah tak kelakar. Makanya, dengan cara apa yang aku boleh buat selain jadikan kau salah seorang mangsa interview Research Professional Project aku kan?

Plan berjalan lancar. So, I got your number atas alasan if anything extra information diperlukan, boleh terus contact.

Remember our first ever conversation on February 2015 dekat WhatsApp? Konon nak mintak gambar bertukar jadi conversation panjang dan tanpa henti saban hari. Kerja yang tergendala pun boleh jadi cepat siap bila kau selalu nak menepek senyum tanpa henti.

The reason why I'd love to duduk dekat library masa Part 6 adalah sebab kau. Entah, aku rasa tak ada benda lain lagi selain dari ketenangan yang panjang dekat situ. Aku pun tak tahu sebab kenapa library tu lah tempat yang paling romantik nak mampus aku rasa.

Kau tahu, aku jahat kan? Tinggalkan orang yang lebih penting dari hidup aku masa tu disebabkan kau? Bila dia tanya aku kenapa hilang sejak dua menjak Februari ni-- alasan aku sibuk. Ya, aku memang sibuk dengan semua kerja final year aku tapi yang lebih menimbulkan keterujaan aku adalah kerana kau.

'Pelacur' siap first draft sekitar Mac. She asked me, "Kenapa extreme betul nama zine?" I swear to God, lepas dia tanya tu, aku macam orang gila explain tapi itulah, bukan dia ambil tahu pun. Kot?

Too many things we do together. Kau ingat malam yang aku cuba elak nak ke Langkawi? Kau datang duduk makan sebelah aku dan borak macam tak ingat dunia semata nak biar aku hilang rasa bersalah mungkir janji dengan bestfriend sendiri. Dan selain nak mengelak dari dia (that someone yang jadi bestfriend kau I guess now?). Kau ingat?

Then, bila dia cakap nak jumpa aku for the last time sebelum habis my diploma-- aku cuba elak sebab aku takut kau dapat tahu siapa "dia" dalam hidup aku. She was so special to me but you know what, kenapa dalam kepala aku wujud tegap kau je. Tak tahu apa yang kau manterakan aku.

Lalu, bermulalah episod dia mula buat blog untuk aku. Aku baca setiap hari dia menangis sebab aku hilang dari hidup dia begitu je. I admit that I yang salah. I tak ada niat nak buat you menangis. Bukan salah you tapi I dah tak boleh tipu hati I untuk teruskan benda yang mula mematikan rasa. Every single blog post yang you tulis pasal I tuduh I macam-macam terus buatkan I rasa I should stay away from your life without satu pun perkataan yang kita dah tak ada apa-apa.

Kau tahu, aku sanggup buat benda macam tu semata demi nak dapat kan kau. Menyakitkan hati orang yang sanggup tunggu tak kira apa adanya aku.

Bila aku dah mula kerja, setiap malam kau lah satu-satunya yang ada tempat meluah. Tak kira sampai pukul berapa pagi pun kau tetap dekat situ.

Tiba-tiba teringat yang masa ke Johor. Entah apalah yang aku fikir dengan kau masa tu. Just look at the beach and laugh for nothing. Gila agaknya. I look at her. Kenapalah braces kau ni buat aku suka lagi kau. Alah bodoh.

I got a call from Fixi. Penghujung Mei. Punyalah excited aku bercerita dekat kau betapa terharunya aku. Ucapan tahniah kau yang tak putus-putus tu lah yang buat aku bertambah gembira.

Sehinggalah 6 Jun. Kau hilang tanpa tinggalkan satu pesanan pun untuk aku. Aku text, tak berbalas. Aku mula fikir, ni karma untuk aku ke? Seminggu sunyi WhatsApp. Langsung tak ada notification daripada kau. Tapi sebenarnya kau tak ke mana-mana. Aku nampak kau Tweet and post gambar dekat Instagram. Setiap hari. As I said, hilang dalam terang-- wujud di depan mata nyata, namun tak terjelaskan.

Effort kan aku sanggup datang Lendu on 10th June semata nak jumpa kau? Perjumpaan 5 minit yang sekejap tu dah boleh hilangkan rasa sunyi aku. Aku gembira sebab kau wujud balik dalam hidup aku. Bodoh je terima segala alasan kau.

Do you remember Syabil? Budak kecil yang aku selalu mimpikan tu? Yang conversation kita tak berhenti pagi tu bercakap mengenai dia. Dia dah tidur selamanya. Mak dia tinggalkan dia macam tu je dekat hospital lepas hospital dapat tahu Syabil anak luar nikah. Aku sempat pergi melawat sekali dekat hospital. Aku cuba nak beritahu kau pasal ni tapi aku ingat nak beritahu nanti awal bulan 7 bila aku nak ke Lendu.

Kau tahu, aku plan sebulan semata nak sambut birthday kau. Macam-macam aku nak buat untuk surprise kan kau. Tapi bila sampai hari yang aku tunggu-- 10/7 adalah hari yang malang bagi aku tahun ni.

Kita jumpa bersemuka tapi kau langsung buat tak kenal aku. Kau langsung tak pandang mata aku. Terus pergi macam tu je. You left me before, without any single word. Tinggal terkontang-kanting. Kau tahu siapa yang sambut aku? Dia yang tadi aku buang dan menghilangkan diri 3 bulan lepas.

Pagi tu aku tak tahu ke mana hala tuju aku. Sampai KL yang sepatutnya haritu aku sambut birthday kau-- musnah. Aku sendiri tak tahu nak ke mana. Balik rumah, bergaduh dengan kakak sendiri sebab kau. Jadi aku ambil keputusan ambil train ke Klang for no reason. Lepastu patah balik ke KL. Kau tahu berapa kali aku patah balik KL-Klang? 4 kali sampai malam. Memang kerja gila. Sampai tengah malam aku duduk lagi dekat KL Sentral tersadai macam orang tak betul. Dan aku upload satu video komuter melintasi di ruang legar KL Sentral di Instagram. And I texted your bestfriend. Aku nak jumpa dia.

Aku tak tahu mana nak tuju. Tak ada tempat. Kalau aku ada Mak dengan Ayah lagi yang hidup dan ada rumah, mesti tak jadi macam ni kan? Kenapa aku bodoh merajakan kau?

Disebabkan kau, aku terpaksa balik semula ke tempat sejarah hitam aku. Tempat aku hampir kena jual semata nak bergantikan dengan duit yang tak pernah cukup untuk keluarga ni. Raya dekat tempat yang melukakan aku sehingga meninggalkan kesan paling dalam sampai saat ini. Tapi siapa tahu, kan? Sekembalinya aku dekat sini membuka mata untuk sesuatu.

So, aku lari ke Cameron Highland. Macam 10 tahun lepas. Kalau Mak nak lari daripada Ayah, mesti dia lari ke Cameron Highland bawa aku. Sedingin angin di sini, begitulah nyamannya keadaan kami berdua. Tidak terusikkan.

Setelah peroleh kekuatan, aku balik ke Lendu semata nak cari jawapan.

Zine 10 Tahun adalah bukti sebuah kebencian aku terhadap kau yang dibalut dengan teliti supaya aku dapat meloloskan diri ke Shah Alam. Tak sangka dalam 1 minggu dengan zine ni aku dapat kumpul RM1k. Dengan duit nilah yang buat aku boleh sambung bayar yuran degree.

Ada satu perkara terakhir sebelum aku betul-betul pergi dari sini. Aku nak jawapan kepada persoalan aku.

'10 Tahun' diletakkan di dalam sampul berwarna coklat cerah bersaiz A5 dan disertakan sebuah surat. Dan catatan terakhir pada satu diari khas yang aku tulis dari pertama kali kita berkenalan sampai halaman paling last ditulis di Klebang-- masih tidak bernama. Satu malam aku fikir. Catatan atau diari ni perlu ada nama. Finally, I got one. Dan aku putuskan untuk bagi diari tersebut kepada kau. Salah satu muka surat dalam tu aku nyatakan kalau kau masih wujud perasaan macam kita pernah ada dulu, simpan. Tak perlu pulangkan balik diari tu kepada aku. Kalau tak-- pulangkan semula.

Indah Mimpi. Dari nama kau.

Malam terakhir sebelum bertolak ke Shah Alam, aku betul-betul nekad nak jumpa kau. Spoiled gila nak mampus bila belum apa-apa dah terserempak dengan kau dekat Pak Lah. Tapi aku buat bodoh. Reaksi kau macam terkejut tapi aku still malas nak ambil pusing.

Aku tak tahu aku nak bagi kau macam mana benda ni semua. Kau datang dekat dengan aku. Senyum gembira, tapi aku cuma mampu balas senyum tawar. And then, bila kau nampak aku semacam tak ambil pusing kau ada dekat situ, you left.

Seorang je yang aku rasa dapat tolong aku. Your bestfriend. Dia orang yang paling rapat dengan kau. Habis semua aku ceritakan dekat dia. I swear to God, inilah prolog dan terakhir kalinya aku untuk dia. Aku mintak dia simpan semua rahsia aku. Aku hilang pun jangan cari. Kalau kau cuba tanya dia pun, aku suruh dia diam. Carilah aku dengan pertolongan dia, dia tetap diam.

Maka, naskhah terakhir '10 Tahun' berserta diari tadi sudah sampai ke tangan kau.

---

Aku tak sangka dapat satu mesej panjang daripada kau sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta. Kau terangkan segalanya-- apa yang telah terjadi. Dah lama kau tak WhatsApp aku sejak kali terakhir awal bulan 8 dan sekarang 5 September.

Perasaan hiba yang datang sekarang waktu aku untuk melangkah pergi untuk terus berada di sini menjadikan aku berbelah bahagi. Untuk kembali mencari kau atau pergi terus sambung ke degree dengan duit jual '10 Tahun' ni.

No, aku dah tak nak kau. Aku cuma tunggu satu hari nanti aku dapat khabar yang kau dah dimilik orang. Pada saat itu, akulah orang yang paling gembira.

Selamat pergi, Im.

Fin.

Friday, 4 September 2015

10 Tahun: Disebalik Pembikinan Zine

I was at the stage where I'm broken. Duit dah kehabisan. Aku memang betul-betul nak sambung degree. Memang dah tak mampu nak teruskan lagi kehidupan kosong macam ni. Plan untuk larikan diri daripada rumah berjaya.

Aku cukup dah tak tahan untuk berada dekat tempat yang menyeksakan emosi dan mental aku seperti yang pernah aku lalui 10 tahun yang lepas. Cukuplah. Aku mahu pergi daripada sini. Aku lagi tak tertahankan masa ini terlalu sakit merasa sebuah kehilangan-- Im.

Fika memang betul-betul kawan yang tak akan lupa sampai mati macam mana dia tolong aku untuk meminjamkan RM50 kepada aku. Kalau tak ada dia, aku dah tak tahu macam mana aku nak mulakan pelarian ini.

Berbekalkan dengan hanya duit RM50 for about 3 weeks ago dari waktu sekarang (beberapa hari selepas hari jadi yang ke 21), aku ke Melaka. Tiket RM30. So, aku ada balance lebih kurang RM20. Dalam kepala aku-- dengan duit ni aku rasa sehari dua lagi habis lah duit aku semua.

Apa aku nak makan?

Puas aku fikir. Macam-macam aku keluarkan idea nak tampung belanja. Aku betul-betul lari dengan poket yang kosong. Aku kira bersyukur yang Azfar, Mok, Apek, Haziq, Megat, Adib & Aqmal (AG4) bagi tumpang rumah sewa diorang.

I swear to god-- some others day, aku akan balas. Aku tak pernah cuba untuk pinjam duit dengan diorang. Sebab aku tak nak jadi lagi menyusahkan. Cukuplah dapat tinggal sini free pun aku dah bersyukur. Terlalu bersyukur.

Dari sehari ke sehari, I met lots of people. Berkenalan dengan orang lain yang wujud depan mata sebelum ini tapi tak pernah untuk mengenal secara nyata dan jelas. Terima kasih setiap satu persatu kenalan baru yang menjadi salah satu kenangan dalam kehidupan aku-- yang nyata dan wujud.

Dalam masa beberapa hari daripada aku sampai rumah sewa ni, merupakan harijadi Haziq. Masing-masing kira nak celebrate his birthday. Dengan aku hanya ada RM18.50. Tak kelakar langsung.

Aku berpura ada duit banyak dan melaburlah RM15 untuk meraikan harijadi Haziq tadi. Aku menangis dalam hati. Tapi bila lagi? Orang bagi aku tumpang takkan aku nak buat hal.

Malam sambutan tu hujan. Macam hati aku tadi. Bercucuran tanpa henti. Dan aku fikir lagi. Macam mana nak beranakkan duit aku. Macam mana duit nak jatuh dari langit.

Esok paginya, dengan secara tiba-tiba setelah hampir 5 bulan lamanya, Ayah call. Dia rasa tak sedap hati pasal aku. He asked me few questions. At the end of the conversation, he told me that he already bank in RM150 to my account.

Aku berasa sangat bersyukur tuhan mendengar rintihan aku. Walaupun hakikat sebenarnya aku tak nak menyusahkan orang tua aku. Aku cuma ada seorang Ayah yang dah tua dan sedang menyara keluarga tiri aku dengan susah payah sepanjang tahun ini.

Aku bukan lari daripada dia-- aku cuma tak mahu dia makin terbeban dengan setiap hadir aku. Biarlah dia berhabis duit menanggung 4 orang anak dia dekat sana. Tambahan pula dia tidak bekerja lagi. Cuma mengharapkan beberapa kerja membanting tulangnya yang tersisa.

Aku kira terselamat untuk seminggu. Tapi duit mengalir laju macam air terjun. Gerun yang teramatnya bila tengok dah makin kering. Walaupun puas berjimat. Sanggup makan lewat petang atau akan berjimat sehabis mampulah untuk pastikan duit tak dihabiskan dengan sia-sia.

Dan aku masih sempat-- bila tengok orang tak makan kerana tak ada duit, aku dahulukan duit aku. Walaupun sebenarnya bukan istilah dahulukan tetapi 'belanja' adalah terma yang tepat.

Finally, duit makin habis. Tinggal RM10 dalam dompet. Namun masih terselamat untuk beberapa hari. Tuhan masih sayang aku. Berapa hari berturut-turut rezeki jumpa orang, dia nak belanja makan. Tak tahu macam mana perasaan bersyukur aku. Tak terjelaskan. Tapi sampai bila aku nak macam ni?

So, I decided to do something. Aku berbekalkan rasa tak malu-- memberanikan diri untuk pinjam duit dengan beberapa orang kawan yang takkan aku lupa sampai mati. Hani, DS and Aan merupakan orang yang menyambut jatuh aku.

Berbekalkan modal yang ada, aku plan hasilkan sebuah zine baru. Yang menceritakan kepayahan dan kejatuhan aku selama 10 Tahun yang lepas. Semua hasil tulisan tangan dan nakal yang telah dijadikan bentuk soft copy-- dibuat penambahbaikan. Dalam masa satu hari, semua siap.

Aku tak sempat untuk berterima kasih kepada sesiapa yang menolong aku buat teaser '10 Tahun'. Memang tak terbalaskan jasa sedikit pun.

Semua ini aku lakukan demi membayar yuran pengajian degree aku. Walau tak dapat banyak-- tapi sekurangnya dapat menampung sedikit sebanyak.

Tuhan, terima kasih.

Indah Mimpi: Catatan Bertulis



Catatan yang dikumpul dalam satu buku dengan tulisan tangan sendiri dijadikan sebuah rujukan sepanjang perkenalan dengan manusia ini. Yang menjadi watak penting dalam tahun 2015-- wujud di sebalik tabir pembikinan segala macam hal.

Sebaik sahaja buku catatan yang lama sudah pun siap di tulis-- aku simpan dan mencatat di buku yang baru. I'm glad to wrote in it. Setiap hari rasa berbunga dan mekar.

Sebenarnya semua salah. Aku membikin kaca di dalam hati setiap hari. Dan setelah habis aku siapkan menaranya-- dia datang memecah-lumat sampai tak tercantumkan semula.

Yang masih ada setiap kenangan aku dengan dia adalah cuma cebisan halus kaca yang melukakan setiap kali mengingat peristiwa yang aku sangka manis. Bodoh. Macam tu lah aku.

Jadi apabila sampai ke catatan yang terakhir-- aku terfikir untuk menghadiahkannya kepada si tuan punya badan. Supaya dia tahu betapa hancur aku dibuatnya.

Aku balut dengan penuh cermat sebelum aku melangkah pergi meninggal dia dengan penuh tanda tanya malam itu. Bertentang mata berpuluh kali tetapi seakan tak pernah kenal sekali pun. Aku kirimkan catatan tersebut dan hadiahkan juga dia satu '10 Tahun' sebagai kenangan yang dia perlu tahu aku pernah sakit sebab dia dan dia bagi semangat untuk aku bikin duit dengan zine ni.

Indah Mimpi aku-- cuma sekadar palsu.

Tuesday, 1 September 2015

Diana Nuzuin Tentang 7 Tahun 7 Hari

BUNGA x TENTANG x 7TAHUN7HARI


Dalam masa 10 tahun, aku melalui kesukaran yang teramat sakit macam tak bermaruah. Semua orang akan cakap "Ah hidup kau macam sebuah skrip yang dirancang tak terduga." Yup. Memang langsung tak terduga. Sebab hidup aku macam pelacur-- kau tak lalui dan kau tak tahu macam mana hidup aku mengemis sebelum tibanya hari ini.

Skip, skip and skip. Masuk episod tak disengajakan.

Jadi apa yang berlaku adalah sekitar tahun lepas-- aku explore Instagram. And what I found? This person. Masa itu dia tengah buat undian tentang cover buku 7Tahun7Hari. Aku tak terlintas langsung untuk click button follow. But who knows? I stalked her for a day. Hey bitch, kenapa kau tak wujud dalam hidup aku dalam melengkapi 10 tahun aku terdahulu?

Bila aku dapat tahu 7Tahun7Hari diterbitkan; sikit pun tak buang masa. Aku terus ke MPH Melaka Parade dari Lendu. Perasaan yang paling gembira bila dari luar lagi aku dah nampak tenungan dia yang menajam menenung terus ke arah picing mata aku. Shit Awin. Copy terakhir tadi dah dirampas oleh makhluk manusia yang cemburu untuk aku dapatkan kau. I'm gonna kill you. Maybe later.

So beberapa bulan aku dah lupa kau-- tiba-tiba datang satu hari yang paling tak disangka aku ke Kinokuniya. Perasaan macam berbunga gila nak mati bila duduk atas katil sambil mengangkat tinggi naskah 7Tahun7hari. And damn. Bacaan tertunda apabila pada muka surat "untuk mak"-- WhatsApp masuk. Along meninggal dalam bah besar banjir dekat Kelantan. Sekali lagi semua tak masuk akal dengan tindakan aku. Bacaan makin bertunda.

RADAR dan #zinepelacur lahir atas inspirasi daripada penulisan Awin in her masterpiece. Aku membaca 7Tahun7Hari sehari selepas Along dikebumikan. Membaca dan mengulangnya setiap hari. kurang daripada 2 jam dan ulang lagi. Baca dan ulang lagi. Sampai hari ini. Setiap apa yang ada di dalam 7Tahun7Hari memberitahu kepada aku yang hidup seperti aku masih ada yang tuhan jadikan watak lain untuk melengkapi episod cerita tersembunyi dalam dunia ini.

30 bab di dalam novel ini tidak mencukupkan apa yang ada di dalam hidup Awin. Cuma apa yang menjadi tajuk-tajuk penting dalam memberi kesinambungan kepada hubungan dia dengan Ame dalam masa 7 tahun terpisah dan kembali bertentang mata serta mengambil keputusan untuk bersama dalam masa 7 hari.

Penulisannya membuat aku tertarik. Tidak menulis dalam keadaan terlampau formal dan seperti kita membacanya dalam membayangkan sebuah diari bertulis yang disusun sebaiknya-- hingga kita terpedaya samada ini adalah fiksyen atau tulisan sebenar yang meracik hati.

Lalu dengan rasa taksub untuk memiliki Tentang, menggunakan duit hasil untung #zinepelacur-- aku dapatkannya. Walaupun sarat Awin tengah mengandungkan M. Do I care? Aku bermohon yang Awin tak terberanak semasa buat postage Tentang untuk aku. Dah lah tersalah buat transaction. Shit.

'Tentang' pula membawa kau ke satu sisi berbeza dalam hidup Awin. Sebelum dia bertemu Amir. Sebuah ciptaan zine yang bila kau selak satu persatu helaian yang di cetak hitam dan putih itu membuat kau tidak rasa sia-sia membelinya. RM15 yang kau laburkan untuk satu naskah bermuka surat 30 termasuk cover page dia memang tidak akan menghampakan.

Cerita berkenaan Wanita Besi dia. Kesinambungan kepada Mat Kelantan yang ragut dia. Jumpa kad Touch n Go. And so many thing yang kau akan jumpa dalam Tentang. The best part is-- ruang dekat tengahnya. Kau lihat betapa setannya Awin seperti yang digambarkan dalam "Kupu-kupu Malam" 7Tahun7Hari.

Life is a bitch.

Aku masih menanti. Sekuel kepada 7Tahun7Hari. There's a hidden track in her masterpiece. I guest so. Macam ada hint yang sengaja tak dihabiskan. Mungkin sampai tahap wujud Malique Ali dalam hidup dia in her sekuel.

You need to read 7Tahun7Hari and Tentang. I swear to god, this is crazy I tell you.

Friday, 31 July 2015

Syabil A.

Meniti hari yang menuju mati, aku masih lagi mampu berfikir tentang soal hidup normal macam orang lain dekat atas bumi ini. Aku pun masih berfikir untuk memiliki anak sendiri untuk di jaga-milik. Konon nak tengok dia membesar depan mata aku dan di corak penuh oleh tangan aku.

Aku cuma tak nak kalau anak aku nanti melalui kehidupan yang pernah aku lalui. Aku tak nak apa yang aku pernah telan sepanjang frasa frasa kejatuhan aku dulu akan dilalui oleh anak-anak aku nanti. Maka aku cuba pastikan yang kehidupan yang seperti aku itu takkan pernah wujud dalam hidupnya nanti.

Back in 2010, aku berangan nak ambil anak angkat. "Starter" dengan aku siap buat pilihan anak. Aku nak anak perempuan dan dia nak anak lelaki. Bergaduhlah sebab sebab perkara bodoh macam ini (memang sebenarnya dua-dua bodoh nak mampus). Lepas bincang punya bincang, aku dengan starter fikir nak ambil anak lelaki sebab lelaki lebih senang nak kawal.

Jadi bila hidup aku dah mula "bijak" lepas dah flush dia dalam lubang jamban hidup aku, aku tak pernah dah terfikir nak ambil anak angkat ke nak buat anak ke atau apa-apa sahajalah. Sebab aku rasa bukan waktu aku nak fikir pasal anak lagi masa sekarang. Hidup aku pun musnah saja setiap tahun. Nak tanggung anak lagi. Lupakanlah.

So, early of Ramadhan 2015 tahun ini, aku dapat mimpi 7 hari berturut-turut mengenai seorang anak kecil. The same kid in 7 days. Setiap kali dalam mimpi itu, dia datang kepada aku dan akan pegang di hujung jari kelingking. Dia akan cakap yang dia nak ikut aku balik.

Aku akan tanya nama dan mana mak dia-- he will said his name is Syabil. Then, aku akan terjaga.

Syabil?

Then selepas beberapa hari itu, aku ke tapak perniagaan Arwah Mak. Dengar ada orang nak buang anak lelaki dia. Masih dalam kandungan. Aku paksa Kak Long dan Abang ambil sebagai anak angkat.

Persiapan demi persiapan semua dilakukan. Tapi?

Perempuan celaka itu tipu kami. Habis semua berantakan. Dan dia terima balasan.

Tuhan balas sekejap sahaja. Kalau kau menipu orang-- tuhan akan tunjuk balik.

Tuesday, 7 July 2015

Dan Seakannya

seakan aku dimatikan
seakan aku dihapuskan
seakan kau tak rindu
seakan-- kasih layu

masih aku wujud--
untuk kau pungut dan paksa aku sujud
masih aku di sini--
untuk kau ambil dan sakitkan berkali-kali

dan seakannya
aku hanya boneka
yang tidak punya harga diri
untuk kau sepuasnya memain hati

Friday, 26 June 2015

Can I Restart?

Hari-hari rasa macam makin tak berguna. Although macam nampak happy tapi tak. Rasa kosong yang macam biasa selama ni. Kau faham rasa kosong? Bukan aku nak salahkan tuhan sebab aku tak buat apa yang wajib dia suruh tapi aku betul-betul rasa lain lagi.

Fikir mati? More than everyday aku fikir yang aku akan mati macam mana suatu hari nanti. Aku sekarang pun dah mati. Seolah merasa mati sebelum mati. Aku dah mati untuk berada dalam dunia sendiri. Tuhan pasti tahu macam mana aku maksudkan apa mati aku itu sebenarnya.

Tapi aku rasa kosong dan mati sekarang tak seteruk aku rasa tahun lepas. Perasaan yang terlampau kosong dan tak mampu hidup. Tahun lepas terlalu sakit untuk rasa kosong yang berpanjangan sepanjang bulan puasa. Cukuplah.

Malam ni aku dah fikir. Aku nak mula semula. Simpan semua yang lama dan fikir macam nak deactivate all social media. Entah lah. Sebab aku rasa dah tak betul. Rasa bahagia tu kejap dan pergi balik selepas itu.

Ini karma atau sebetulnya kifarah. Apa yang aku bagi-- ini yang aku dapat dan tak perlu pertikaikan lagi kalau memang betul aku sakitkan hati orang; inilah balasan tuhan terhadap aku. Padan muka sendiri,

Sudahlah. Bergantung asa untuk sesuatu yang takkan pernah dapat lagi. Sesuatu yang takkan pernah ada untuk kau. Bercukuplah atas segala manis sementara. Dia tak pernah tahu mahu kau. Berhentilah dan...

Can i restart it all over again?

Wednesday, 10 June 2015

Fin?

I can't sleep.
I can't close my eyes.
I can't stop thinking about you.
It sucks.

I know this is not your problem.
None of your business.
Nope.

It's been 3 days. I can't forget any single of our conversation. The last one is "Goodnight boh 👋🏻" from you. Yes. That was the last. I know you're doing fine there. Literally yes. Chasing something and maybe in progress-- someone. And forget about all of me.

Berbalik kepada beberapa hari lepas; I try to say "Thanks for completing all my 6 months" and "Take care see you again" that it would be the last conversation for us. But I can't handle it. I cannot continue to say it. You're meant to be the one who always gives me some inspiration and dare to listen to me when I need someone to talk to. Even you always said "Tak membantu apa apa pun en" tu pun dah cukup completing my day to talk with you. You're something important to me.


The goodnight wishes always be my second favorite words from you. It makes my day end with some doa that my night will be good as you wish. But I will be so happy when you say my favorite word. Yup. That word.

Do you know why I'm in love with you as a good listener and friend? Actually, I don't have that answers. Maybe it was you. The true of yourself. I think so. I can't describe how. I want to talk to you but it's difficult. Macam nafas akan tersekat-sekat. Terbatas dalam meluah.

Hye, do you remember me? Have you forgotten about me? Yes? Congrats. If you already throw me out, it's okay. I'm doing fine. Maybe. It is not easy for me to let you go. But I am pretty sure it is easy for you. Yes, of course. I try to adapt it. Why not? Sebelum-sebelum ni pun kosong.

Sorry. If I had just one more day, I really wanna tell you that I miss you since you've been away. I'm still waiting for you to text me like before. But it will not happen anymore. I know. You will go into a further step in letting me go.

goodbye im. tc.

fin.

Friday, 15 May 2015

Hi, Macam Mana Dengan Result?

Through over 3 years dekat Lendu tak menjanjikan aku cemerlang setiap semester. Setiap kali dapat result final exam sebulan lepas habis final exam month-- aku adalah makhluk yang tak dapat tidur lena. Setiap kali tiba tarikh keramat result final exam lah gamat timeline Twitter. Susah rasanya nak maintain ke apa aku tak tahu lah course lain. Tapi pengalaman banyak mengajar aku untuk kalau patah-- bangkit, kayuh semula.

Part 1
Aku masih ingat lagi semester pertama aku. Malam result final exam aku masih lagi di gym dengan teammate kayak. Kitorang langsung tak tahu haritu result keluar. Masih lagi angkat besi panjang 2 kg buat macam paddle kayak kayuh 8 - 10 minit. Kalau rasanya tengok tangan aku masa tu macam orang kurus yang paling sado lah kiranya. Then, esok masa pagi dalam pukul 9 lebih macam tu lepas je habis jogging satu UiTM Lendu tu-- baru tahu yang result dah keluar. Aku dengan rasa tak sabarnya terus bukak student portal check result. Kawan-kawan semua result gempak macam nak mati sem 1 dah DL 3.5 ke atas. 

Aku? 3.4 tu pun dah kira boleh lah jugak nak survive for the another sem mendatang. Tak sangka jugak dapat result yang okay-okay lah. Zai, duduk mencangkung menunggu result dia. Lepas je dah tahu result dia sujud syukur terus dekat Tasik Tun Fatimah tu. Aku dah rasa macam pelik tapi takde lah tunjuk sangat. Aku adalah orang yang pertama tahu keputusan dia. 3.49. Sikit je lagi nak DL. Hanya kerana BEL (English Subject in UiTM) je result dia slack tak dapat dean list. Tapi dia masih sempat berterima kasih dekat aku-- ajar dia setiap malam jadi cikgu Bahasa Inggeris. Sebab aku nak dia rasa yang English ni tak susah macam dia cakap. Dia tak lemah kalau dia belajar betul-betul. English ni kena enjoy lah. Walaupun English aku macam nokharom jugak sebenarnya.

Part 2
Then, berbekalkan CGPA aku semester satu-- aku ke semester dua dengan jadi orang lain lah kejap. Tak fikir lain dah masa tu nak target dapat dean list. Walaupun masa tu cabaran utama nak kejar impian adalah bila dah mula pegang jawatan. Jawatan sebenarnya tak menghalang apa-apa pun kalau kau reti nak bahagi masa. Aku masa sekolah dulu pegang jawatan kalau boleh satu sekolah tu punya kelab persatuan apa selagi aku boleh pegang-- semua aku nak pegang.

Tapi ini lah aku bila dah masuk universiti ni. Macam haram sikit. Terlampau sayangkan kolej and bermati-matian kerja nak berada di hati kolej. Last-last result jatuh lah sikit. Macam sengsara merana terluka parah. Result tak membanggakan dan yang paling tak dapat terima ada lagi manusia dapat dean list. Memang otak tak dapat dibendung gejala neuron pandai macam ni. So aku pun tak nak lah give up lagi. Nak berusaha lebih kental (kononnya).

Part 3
Semester 3 merupakan catatan terburuk dalam sejarah aku berada dalam Lendu. Sangat-sangat mendukacita sepanjang semester tersebut. Permulaan sem aku dah ada masalah dengan kolej. Kena boikot dengan senior for a few alasan yang boleh lah kaw tim sebab apa. Well, nak buat macam mana kalau nak jadi sendiri pun susah kalau orang tak dapat terima hakikat sebenarnya. Okay lupakan. So, apabila aku dah mula dapat rentak berada dekat kolej balik-- aku pun mula fokus nak gapai cita-cita nak jadi one of the dean list naik pentas dalam Majlis Anugerah Dekan. Tapi? Malang tak berbau gila. Aku accident pulak masa tu. 2 hari sebelum puasa. Hari Ahad. Habis sebelah badan start dari muka sampai kaki calar balar teruk sampai nak gerak pun tak boleh.

Aku tak nak balik sebab aku tak nak susahkan family aku masa tu. Padahal aku tengah susahkan roommate aku. Aan masa tu dapat tahu aku accident datang bilik menangis-nangis buat drama sinetron. Aku tak datang kelas hampir sebulan jugak lah. Tak tahu nak cakap macam mana tak dapat keluar bilik terperap macam kerang busuk. Banyak class aku skip tanpa surat lah apa. Tapi nasib baik lecturer jenis yang sangat memahami. Then, dah nama student diploma mestilah ada group assignment right? So nak jadikan cerita aku HAMPIR-HAMPIR FAIL untuk subject BEL for semester 3. Dah lah kena ancam dengan lecturer sebabnya satu je groupmate aku masa tu cakap aku tak bagi idea lah apa lah and tak datang class-- so dia tak boleh buat kerja and tak boleh nak hantar 3 assignment masa sebulan aku tak datang class. Satu class dah risau sebab BEL Part 3 sangat susah and yang bebudak dean list pun meraung meronta macam mati mak nak siapkan benda alah tu.

Dah lah lecturer BEL kitorang ni bertukar pulak masa aku accident, so dia tak kenal aku. And tak tahu apa jadi dengan aku. Dia apa lagi mati percaya gila yang aku ni cuba memusnahkan result orang. Padahal sebelum aku accident (Khamis sebelum aku accident hari Ahad sebelum lecturer baru masuk) aku dah tulis segala isi dan content for draft idea. And TULIS DALAM BUKU GROUPMATE aku masa tu. Tak lupa jugak aku selalu WhatsApp-ed groupmate aku nak update pasal assignment kitorang. Alih alih dia kata Miss marah and nak mengamuk lah apa lah. Aku dah tanya dia apa yang takde takpe aku buat dalam bilik (walaupun sakit, walaupun pedih tak berdayaaaaaa). 

Bila lepas sebulan after cuti raya-- aku masuk class, ayat pertama aku kena setempek dekat Miss "Ohhhh so you lah Blue eh? Baru kenal haa" tak pepasal aku dah kena cop tak baik awal-awal jumpa dia. Tahniah lah dah percaya segala cerita buruk pasal aku. Tahniah. Tepuk tangan laju-laju. Aku jumpa dengan groupmate aku and tanya dia dah buat apa-apa ke? Dengan senang hati tanpa berdosa dia jawab "Tak lagi lah. Kan semua benda ada dengan you and bahan apa yang I nak buat kalau takde?" wadafak. Aku dengan sepantas kilat selak buku dia and tunjuk bukti yang AKU TULIS DALAM NOTEBOOK dia semua isi dan tajuk AKU SENDIRI dekat situ. Orang semua dah start nak hantar 2nd final essay and kitorang baru nak buat 1st draft. Dah lah ada 5 stage semua sebelum sampai 2nd final essay.

Macam orang gila lah jugak nak kena siapkan the essay, shooting short film, belajar CIT balik dengan kosong tanpa orang ajar and belajar balik format writing news subject. Nak catch up semua dalam 2 minggu and nak kejar final test sebelum masuknya musim final exam. Stress yang tak terkata. Finally bila hantar the final essay tu, Miss siap cakap "Your mark will be deducted. Half daripada markah orang lain." Hahahahahahahahaha tahniah nyaaaaaa. Semua orang 30 to 40 result and aku untuk assignment essay yang banyak kali kena submit tu just dapat 23.5 over 60. Langsung tak lawak. Paling rendah pun dalam class aku is 37 something. Manaaaaa harusku hamparkannnnnnn. Sakit gila nak lulus-pun-jadilah untuk carrymark aku.

Maka dengan itu, tamatlah semester 3-like-hell tu. Dan beberapa hari sebelum result keluar, aku masuk hospital sebab dan alasan sakit masa sekolah menengah dulu. Wow bukak result final exam masa aku atas katil hospital dalam wad masa dalam gelap baru sedar. Hati macam nak barai gila rasa macam kehidupan aku musnah tak terkata. Tengok result from 3 pointer jatuh teruk 2.09. TWO POINT ZERO NINE. Sikit je lagi dah boleh dismiss and mengecewakan seluruh keluarga aku. Patah gila masa tu. Memang tak terkata tengok timeline macam haram semua duduk wish #WishLuckForUiTMResultTo bla bla masa tu. Hancur. Nak kena repeat dua subject yang susah. Pergh.

Part 4
Dan masa aku part 4 (semester 4) semua nak kena start balik macam tak terkata perasaan hiba dia tu. Masa tu aku dah pegang jawatan as Setiausaha Agong Kolej Tun Perak Generasi Ketiga. Semua nak push hard balik. Study elok-elok dan nak jaga emosi sana sini. Jaga perasaan orang dan macam macam lagilah. Tak tahu nak cakap macam mana masa semester 4 tu. Sampai habis semua orang cakap aku tak bergaul duduk bilik. Babe, aku nak cakap dekat kau (untuk orang-orang yang blame aku tak bergaul kalau terbaca benda ni), aku nak kena check proposal event Jawatankuasa Perwakilan Kolej (known as JPK in UiTM) kolej aku lagi. Buat report kolej, nak settlekan segala format surat menyurat. lepas balik class aku nak ke Unit Kolej buat kerja dekat sana pasal kolej. Nak kena buat format baru proposal and report kolej. Nak study tengah-tengah malam buta. Nak siapkan assignment photocomm. Nak shoot 7 pictures yang asyik kena reject dengan Sir. Nak kena siapkan video Shakir jadi model lagi. Nak submit assignment every week subject repeat writing masa tu. Nak kena hadap groupmate Journalism. Too many reason sebab aku abaikan urusan pergaulan dari bilik ke bilik.

Sebab bagi aku cukuplah kau jumpa aku masa aku bercakap time meeting kolej. 480 pasang mata telinga dengar aku bercakap setiap malam masa meeting kolej. Cukuplah masa mandi bertegur sapa. Aku cuma nak fokus catch up balik pointer aku and tanggungjawab kerja aku as Setiausaha kolej dengan jayanya masa tu. Sempat jugak masa tu pergi shooting MV Kalau Nak Berjaya - Najwa Latif & Altimet dekat KL. Hahahahahahah

So, result aku untuk semester tu alhamdulillah dah naik balik cantik. Tapi still CGPA naik lambat. From 2.09 nak ke 3 pointer tu susah. Betul lah apa yang orang cakap, nak naik susah, nak turun laju je macam air. Aku dapat naik pun sikit-sikit. Susah gila nak mati rasanya. Tapi bila mengenangkannnnnnn, GPA cantik tu okay lah.

Part 5
Semester 5 was an exciting semester. Too memorable and lot of happiness. Aku dapat join jadi Pemimpin Minggu Destini Siswa. Tagline "Hati Kena Sado" was a useful trademark and buat hati sesiapa sahaja rasa bangkit and nak kayuh semula dalam kegagalan. Masa aku jadi PMDS lah banyak sangat ilmu ditimba bersama dengan orang-orang hebat. Sebab rata-rata yang dapat jadi PMDS ini cuma mereka yang terpilih tidak mempunyai salah laku tatatertib dan pointer cantik 3 ke atas. Ramai budak dean list daripada course lain. Aku boleh kenal all over people yang tak sangka boleh kenal. Dah lah pandai, lepas tu bijak memimpin pulak. Haish.

Masa aku di pilih dan menang majoriti undian jadi Ketua Projek #Legacy30 merupakan saat yang manis. Dapat buat event panggil 6 orang artis Warner Music satu malam. Buatkan malam #Legacy30 was a huge-glamorous-popular event untuk semester tu. Even lecturer and student tertunggu tunggu apa yang kami akan lakukan pada malam 20/8/2014 tu. Walaupun banyak dugaan tapi semester 5 merupakan sebuah pengalaman yang tak dapat dilupakan. Memang kalau tanya senior Masscomm yang lepas akan cakap part 5 adalah semester yang paling tough sekali dalam ke seluruh 6 semester (modul lama) kami. Ada Advertising, Broadcasting, Event Management, Entrepreneurship lah apa lah lagi subject. Sangat sangat tough. Yang paling penting subject entrepreneur (ETR/ENT) boleh buat kau bergaduh dengan groupmate. Tambah-tambah yang jadi financial manager. Buatlah product/service dengan bagus. Jangan tunda-tunda kerja. Tiap-tiap minggu pastikan buat progress.

So end up of the semester pointer pun dah makin cantik for GPA. Dean list ke? Hehe.

Part 6
Bila naik part 6, for Professional Project, aku di pilih pulak masa undian batch part 6 as Penolong Ketua Projek. Tapi after 8 - 10 weeks, aku terpaksa tarik diri sebab aku rasa chemistry among aku dengan another committee tak dapat nak blend lagi. Masa meeting pun aku bercakap tak banyak sangat. Tak se-aggressive macam aku dekat kolej. Rasa macam tak diperlukan and langsung tak payah berada dalam committee pun takpe. Sebab setiap keputusan dan perbincangan pun kalau aku takde pun boleh je jalan. And kebetulan Along meninggal masa bah besar dekat Kelantan end of Disember 2014, aku ambil keputusan untuk tarik diri dari jadi committee event #FITCOMM. Rasa menyesal pun ada tapi sekali dah meludah takkan nak jilat balik? Oh yang aku ingat dulu aku pernah nyatakan hasrat nak tarik diri and Aan, Alfiq, Faiez cakap "Kalau kau tarik diri, aku pun nak tarik diri jugak..." Hahahahaha aku langsung tak pernah percaya kalau orang sehidup semati nak ikut keputusan aku. Takkan pernah ada orang yang akan ikut aku punyalah sebab aku dengan firasat aku selalu betul bab-bab macam ni. So? Memang tak lah diorang nak tarik diri jugak.

Event FITCOMM berjalan dengan "GAHNYA". Atleast aku tak jadi Penolong Ketua Projek pun takpelah. Dapat jadi emcee untuk 2 event besar FITCOMM pun dah okay hahahahahaha. Still terikat. Selain daripada Professional Project, aku ada assignment subject Multimedia (Adobe Flash) individual and group, Research in Professional Project, paper repeat CIT, Marketing Communication & Translation.

Walaupun banyak masalahnya dengan masa ni aku keluarkan #zinepelacur tapi alhamdulillah harini-- 15/05/2015 result untuk diploma aku went well. Walaupun CIT tu still slack kan lagi result aku, Tapi sekurang kurangnya CGPA aku naik mendadak dadak daripada 2.09 masa part 3. Alhamdulillah. Walaupun sikit je lagi nak dean list tapi kira aku bersyukur sebab setiap yang patah bila kita kayuh semula dengan tekun-- pasti terbang tinggi tebar sayap.

InsyaAllah, September 2015 sambung degree and November 2015 Konvo!

Trust me, grad on time adalah sesuatu yang menggembirakan.

Yours truly,
Blue x