Saturday, 21 March 2015

Mac ke 21

hari ini,
aku masih terbelenggu
kalau saat bisa terhenti
dan kalau bisa diputarbelakangkan waktu

dan aku lah manusia pertama yang inginkan itu.

Mac ke 21 tetap berada dalam ingatan--
keputusan SPM dan arwah along akan tetap ada dalam ingatan.

Friday, 13 March 2015

BLSYRFF x BRGSJKS

#zinepelacur


Perancangan aku untuk menghabiskan sisa baki hidup aku dekat lendu ni penuh dengan rancangan dan impian. Kalau boleh aku nak tinggal sesuatu supaya kawan kawan aku faham apa itu erti 3 tahun berteduh dekat sini. Sungguh-- aku takkan pernah boleh untuk pergi macam tu saja.

Jadi dalam rangka plan aku-- salah satu zine yang menjadi rancangan aku berkolaborasi bersama anep dalam usaha dan masih dalam proses pembinaan. Sungguh benda ni dah siap 80% dan tinggal hanya beberapa sahaja lagi yang perlu diperbaiki untuk edisi atau cetakan yang pertama ini.

Aku harap kemunculan zine yang sangat tak berapa berani untuk dipasarkan dan tidak sesuai digunakan tajuknya ini dapat memberi kepuasan kepada aku dan Anep dalam melunaskan semangat untuk menulis.

Maaf babe. Ini je yang dapat aku menebus salah.

Wednesday, 4 March 2015

Kalau Nanti Suatu Hari

kalau nanti suatu hari
dunia sudah tertunduk lihat bumi
usap dan seka--
jangan biar terus menyeksa.

kalau nanti suatu hari
lagu hiba di corong radio mula menari
beralih arahlah--
nanti permata berdarah.

kalau nanti suatu hari
aku sudah pergi
usah berduka
usah gundah
esok mulakan semula
seperti tidakkan ada aku di suatu yang pernah.

Tuesday, 3 March 2015

Sedikit Masa

aku rasa masa untuk aku penuhkan dalam ruang ni dah semakin suntuk.

kalau dulu semangat meninggi--
tapi semakin lama semakin melayu.

sebenarnya aku tak tahu dan buntu dalam halatuju sebenar sekarang. susah untuk aku luahkan.

mungkin;
aku berada dalam setiap ruangan ni bila aku--
satu, dalam perasaan berombak
dua, bila aku betul tak tertahukan untuk meluah
tiga, waktu aku rasa payah.

hai pembaca.
terima kasih ada di sini.