Sunday, 30 November 2014

Mentari Sudah Senja

sudah sampai di pelabuhan
jingga menerpa tanpa paksaan
untuk di tangis tiada guna
mentari sudah sampai senja.

bercukuplah asa
kita hiduplah dalam mimpi
cipta sendiri tawa
kenangan lama simpan abadi.

mentari,
terima kasih buat sepanjang november.

Friday, 28 November 2014

Salah Teka

aku bangun terus terpampang dia di depan.

aku pura pura tak tahu apa yang jadi.
dia beredar, aku segera lihat notifikasi.

rupanya--
milik dia di curi.

ohh milik dia di curi.

aku kira hati dia di curi.

Tertanda Tanya

aku menulis ini kerana aku sedang bercabang-- berbelah belah fikir.

cerita,
boleh jadi bermacam macam.

satu;
aku sudah tahu segalanya
kau duplikasi dalam mendominasi
dan tak usah berlakon layar lagi.

dua;
aku mau semua catatan
dihapus nyahkan dari situ
dan jangan pernah kaitkan aku lagi.

tiga;
aku mau berterima kasih
atas segala yang kau tolong aku
dan untuk semua yang ada ini.

empat;
aku tidak suka kau
orang juga turut kutuk kau
membanting usaha menjadi pelacur.

lima;
aku gembira teramat
bila kau bantu masalah aku harini
dan aku dapat bersosial kembali.

enam;
aku sukanya pada seorang ini
tapi aku tak terbiasakan dengannya
dan hanya kau bisa bantu aku.

tujuh;
aku mau kau lunaskan
setiap apa yang aku laburkan
dan kau perlu ingat tiada yang percuma.

lapan;
aku tidak akan pernah mau
kau dekatnya pada dia
dan mohon kau jauh.

sembilan;
aku mau tuntut
janji kau mau beri aku kain lindung
dan manakah gerangan barang?

sepuluh;
aku mau tau
apa yang ada pada aku
dan kenapa kau mau aku?


begitu banyak persoalan berbuku malam ini.
bila dikatakan esok-- menjadi sebuah pertanyaan lagi.

Thursday, 27 November 2014

Selamat Malam Mentari

selamat dari segala terik
walau tak dapat di milik.

malam ini penamat
walau pahit terlalu pekat.

mentari sudah sampai senja
walau masih banyak mahu bicara.

selamat malam mentari.
aku tahu kita bakal berdiam kembali.

Tuesday, 25 November 2014

Seperti Aku Katakan

seperti aku katakan
yang benar.

mentari sedang dikongsi--
semua mahu dia.

dia terlalu umum untuk di milik.
dia terlalu umum di milik.
dia terlalu di milik.
dia di milik.

di mana aku bertempat--
di mana aku berpetah--
di mana aku akan dengar nama kau untuk di puji-puja.

kau terlalu umum
hingga aku perlu diam.

Monday, 24 November 2014

Bikin Mentari

dalam tempoh ini--
aku sudah semakin berjaya.

bikin mentari enggan lihat aku
bikin mentari muak balas lihat aku
bikin mentari tak mau berpetah dengan aku
bikin mentari cukup malas berhadapan aku
bikin mentari sudah tidak akan di sisi aku

mentari sudah sedia membenci aku seluruhnya.

terima kasih untuk setiap satu satunya yang berjaya bikin dia membenci aku.

Thursday, 20 November 2014

Sekali Dengan

aku mau jauh dari mentari
tapi tak terdayakan.

setiap mau aku dihimpunkan--
menjadi sebuah kumpulan--
dia sekali dengan aku.

itu kalau jelas mentari sedar.

Sunday, 16 November 2014

Mentari Untuk Laila - 16 November 2014

takkan mungkin mentari jadi milik laila
sungguh terang jelas mata

genap lebih dari setahun jalan;
satu patah pun perkataan--
tak pernah terbinakan
melalui setiap pertemuan

kali ini-- paling dekat
minit dan saat
bercantum rapat rapat
paling mendekat

lihat sini siapa di tepi aku
mentari di tepi aku

panas sekali pun aku genggam mentari
sebab kali ini
aku tak mau dia pergi
aku mau dia di sisi

namun aku nyatakan sekali lagi
ingat ini--
laila dan mentari
takkan pernah selari

mentari hanya bisa
berganding dengan laila
hanya beralaskan bulan sahaja.



aku tak tertahukan macam mana aku mau ungkap lagi.
sebab mentari terlampau umum untuk semua
dan tiada istimewanya aku untuk dilihat mentari.

Tanah Mahsuri

menemui november,
aku ke tanah mahsuri-- sang helang gergasi.


dua belas november 2014

aku sedang di dalam A-- tunggangan kecil-laju si merah.
sewaktu aku berpejam mata, aku tersedar bila mentari menyanyi.
aku tak pernah dengar sebelum sebelum ini.
tidak kurang lebih untuk "Cinta Tak Pergi" sebelum A si merah menyimpang ke destinasi Alor Gajah.

malam ini, kami meluncur ke tanah mahsuri. dia di belakang dengan kawan dia. itu sahaja.


tiga belas november 2014

aku mula rasa janggal. aku di dalam satu ruang rehat dengan dia dan yang lain. tapi perasaan yang janggal lebih membinakan rasa untuk menjauh.

aku sedang cuba untuk jauh dari mentari sekali lagi.


empat belas november 2014

sekali lagi mentari di berhampiran aku. satu van. satu bot. satu kumpulan.
aku mau jauh tapi aku tak termampukan.

tapi mentari mampu untuk jauh dari aku.
cukup mampu.

dan aku cuba sekuatnya jauh dari dia dan tidak langsung berpetah. aku tak mau ganggu mentari dan aku sedang bercelaru. sekian.


lima belas november 2014

selamat jalan tanah mahsuri. sekali lagi kau binakan perasaan untuk aku membenci. terima kasih tanamkan aku dengan sumpah benci itu.

mentari, aku sudah mula belajar benci. demi baik kau.

Tuesday, 11 November 2014

Sedayanya Demi Mentari

menemui november,
aku ingin khabarkan--
aku sedang berusaha pada satu yang sia sia.

aku cuba hendak balas jasa mentari tanpa pada tahu kenapa sebabnya.
aku sedayanya usaha agar ke tanah mahsuri tidak tertunda dan seluruh sukarelawan dapat serta.

aku pinta pada sahabat aku-- agar bisa mentari turut sama sertai minggu orientasi nanti.
walau sebenarnya kalau turutkan sahabat aku dia tak terbolehkan. tapi aku mohonkan.

sebab aku mahu dia tahu--
dia seorang ketua. untuk dia kenal dan lihat pimpin di bawah dia. aku mahu dia jadi lebih dari dia dulu-- malu.

hanya itu sahaja yang aku mahu.


tapi lagi, mentari kata dia tidak mahu ke tanah mahsuri. 

Sunday, 9 November 2014

Perkampungan Anak Yatim

menemui november,
aku sekali lagi ingin bercerita pada kau.

ini adalah catatan aku sepanjang dua hingga lapan november--
selama aku di sebuah perkampungan.


dua november 2014

mentari tanya di mana pada mulanya.
dia ambil-bawa aku terus meluncur ke tempat kami tuju.

aku di dalam tunggangan dia--
A.
dan pada pertama kali ini lah aku dengar sendiri dia bersuara.
"kau sorang ke?"


tiga november 2014

hari ini hari pertama perkampungan ini berlangsung.
tiada sebarang istimewanya.
seperti biasa untuk aku kenal kau,
kau kenal aku. cukup.
ohh aku juga lupa-- aku turut kenal lebih sedikit mentari. sedikit.


empat november 2014

aku didatangkan beban.
siapa gerangan anak ini.
aku sudah mula malu untuk tunjuk-lihat-kenal mentari.
aku takut jika mentari mula berkalih.
aku gusar jika mentari mula benci.

aku punya buah fikir--
sebaiknya jauh mentari.
dari dia mula sedar maruah dia diremukkan.


lima november 2014

susah. aku susah untuk lari dari mentari.
aku jauh-- aku sendiri gusar.

sedang aku terganggu,
yang ada depan untuk lihat paling dekat-- mentari.


enam november 2014.

aku berlapar. aku mahu makan enak. aku mahu bersuara. mentari ada ketika tanya-- kau nak makan?

itu tanya bila tika tikanya lah.

esok, semua bakal bubar. mentari akan pudar dari hijab aku lagi.
tuhan sakitnya. lebih dari sakit lihat anak anak yatim ini berpergian.

aku sedang tahan dua sakit.


tujuh november 2014.

kejap saja lagi. semua bakal bubar.

nanti! ada berita untuk dikhabarkan!
--kami perlu pulang esok!

sekejap aku dapatkan mentari.
"kau balik esok eh?" --bilang aku.

kami puaskan hendak tonton wayang interstellar.


lapan november 2014

aku berat hati untuk tinggal dia.
aku mahu pejam mata-- cepatkan masa untuk ke tanah mahsuri.

itu pun kalau terjadi.



ini sahaja sepanjang perkampungan anak yatim.



Sunday, 2 November 2014

Menemui November

menemui november,
aku di sini masih lagi seperti biasa--
dalam keadaan di luar biasa.

aku sedang di atur bertemu seseorang;
yang tidak pernah aku berpetah lebih dari enam puluh saat--
sebelum ini.

aku gelar dia mentari.
kerana gelaran ini aku berikan seawal aku kenal dia.

aku tak pernah untuk tangkap picing mata dia.
aku tak pernah dengar sedikit pun suara dia.
aku pernah hanya kenal dia dalam sebuah ruang media sosial.

aku sedang berbalik kepada catatan lepas--

Saturday, 1 November 2014

Epilog - Pelayaran Lendu Lima

Jelas kali ini-- aku menggunakan sebuah cerita pendek. Sebab ianya tak terluah dari singkatan puisi.
Awas! Cerita pendek ini panjang.


Johor, Mei 2014.

Menjelang detik 12. Aku masih lagi bergusar-- samada akan aku khabarkan pada Ayah-- aku mahu berangkat pulang. NEKAD. Aku nekad untuk bisikkan pada telinganya bahawa cuti aku sudah pun tamat. Aku mau pulang.

"SubhanAllah. aku mimpi lagi." ujar aku sambil diusap muka. Aku berlentangan di posisi tidur dalam gerabak ini. Keretapi yang menuju ke KL Sentral bakal tiba sekejap sahaja lagi. jelas-- Ayah marah namun dia benarkan aku pulang.

Tak. Aku tipu Ayah. Aku tidak terus langsung pulang. Sebenarnya, aku yang bertangan kosong ini ke Johor. Aku turutkan kroni-kroni nakal tempat berteduh 3 tahun aku. Bercuti sebelum melaksana tugas. Satu pengalaman dalam seribu saat-- tak terkata indahnya kota yang masanya nanti tiba sehebat barat sana.


Melaka, MDS Mei 2014.

Berdiam di Johor cukup lebih-kurang 62 jam. Jejak seterusnya sampai di Lendu.

Ya. memang benar jelas. Aku tak suka pada pandangan pertama aku pada setiap satu-satunya ahli biro aku sendiri. Aku ditunjuk-lagakkan mereka-- sambil tersenyum sinis pinggirkan kami. Setan mula hasut jauh dalam hati. Jauh berdendam.

"Jangan stress. Rileks je. Senyum." dari belakangnya sudut sekali lagi Buff nasihat.

Pejam barang seketika. Tenang. Hembuskan nafas lega. ITU-- lihat sana siapa di depan aku. Wujud kaku dia depan aku. Kali terakhir aku sempat melihat dia November 2012. 2 tahun bukan sekejap. Susuk tubuh dia betul-betul di depan aku. Ini dia. Betul dia. Pejam. Sekali lagi pejam. Hapuskan hendak; matikan rasa-- tidak berjaya.

Kuasanya dia tuhan campakkan dalam mata dia menewaskan aku. Lemas. Cukup. Aku tak mahu mati. Diam dan lari. Buka mata; lihat lagi di depan aku-- ITU. Beribu anak mentah yang mau ditanak-tanakkan menjadi nasi.

Aku dititipkan di suruh jaga pejuang-pejuang putih tika ini. Sebab kerana beribu ini masih jelantah-- aku tiupkan sedikit secebis kata; hati kena sado. Kalau berjaya dipapah tegak cukup dengan kata itu untuk kau orang bertahan-- sesungguhnya Allah menjentikkan sedikit kata sebagai aku perantaraan Dia.

Selamat tinggal destini siswa untuk aku, dia dari kenampakan atas aku dan pejuang-pejuang putih.


Melaka, Legacy Jun - Ogos 2014.

Aku sudah lupa dia. Aku sudah lupakan ketemu dia November 2012 lalu. Aku disandangkan amanah. Itu lihat. Kepercayaan. Diwujud sunyi aku berdiri. Setiap hari dalam aku melaksanakan selangkah kosong-- bukan aku yang mendirikan tegaknya-- tapi kau orang.

Kerana sepanjang perlaksanaan yang sungguh menyakitkan ni wujud pelbagai jenis bangsa hati yang perlu ditengok jaga. Cukuplah. aku sudah kenal kau. Untuk di awas kelak.

--lupakan baris di atas. Sebab aku sudah realisasikan sebuah Legacy yang untuk dijadikan kenangan lama sahaja nanti.


Melaka, 5, 6 & 7 Ogos 2014.

Aku matikan penggera notifikasi harijadi di Facebook. Aku tak mahu kerana Facebook-- aku jadi diingat tiba-tiba. Aku masih tunggu. Tunggu. Tunggu. DAN tunggu SAMPAI terlelap. Tengok tu batak dia.

3 pagi. Dari atas katil-- dekah Kecik melaung hebat berokestra dengan Dexter. Mungkin punchline masing-masing sudah sampai gunung everest barangkali. Aku lihat jam lagi. Belum ada. aku gelak. Ahh aku tipu. Aku gusar sebenarnya.

Lelap lebih baik rasanya. Dan tatkala itu-- 0412-- Kecik wish dalam group dan diturutkan yang lain terus menerus. Sampai 2359.

Ping!

Last wish detected. Aku jenguk lihat. Serentak.

Cukup hati aku berpancut-pancut darah. Senyum sampai telinga. DAN ada rollcall dekat bawah-- di tempat berteduh 3 tahun. Macam-macam di pesan. 1 2 3-- terima kasih untuk dimalukan dan disejukkan dengan air-kek-akustik selamat hari jadi yang jadikan aku berlari lekas naik ke bilik.

Sambil menghitung belah kek-kek yang melampau banyaknya-- aku masih senyum.

Terima kasih untuk jadi yang terakhirnya.


Titiwangsa, PAA3 Ogos 2014

Tidak ada apa-apa untuk dicatatkan melainkan ianya pengisian kosong. Maaf. Aku tak sempurnakan ketiga ini dengan baik. Maaf Paan, Put, Hadi. Aku tak dapat tebuskan-- kemeriahan yang lalu.


Melaka, September - Oktober 2014.

Entah. aku hilang fokus apa yang aku buatkan untuk 2 bulan ini.

Yang aku ingat
--dihubungi madam selesaikan kewangan Legacy.
--jawab exam.
--tunda tarikh pergi Sarawak.
--bergaul.
--Muhsin, Azmeer, Nabil Ashraf, seki etc etc.

Aku letak jawatan, lupa. Lepaskan? Tak. aku tak lepaskan. Aku dipaksa letak jawatan kerana waktu. Sedetik tersisa pun tak dapat digunakan dengan baik.

Sebab aku gusar satu-- aku jadi bayang. Jasad dia, bayang aku. Tolong jangan. Tolong jadi badan sendiri; ada bayang sendiri. Pesanan aku tolong amanatkan pada Saufi.

etc etc etc etc. Tamat.





BELUM. Ada sesuatu yang tertinggal.

Aku dah kehilangan takhta. Jasad aku berkecai kecai. Aku diserabutkan. Lihat fasa keempat sudah bermula. Aku mahu menangis. Diriuh sunyi-- aku menangis. Tuhan tutupkan aku dengan cerita tergantung. Kosong.

Fasa keempat tolong-- biarkan aku dapat memeluk masa dengan sempurna.

Yours truly,
Blue x