Wednesday, August 16, 2017

Hello, Degree's Life Okay?

Bagi aku proses pembelajaran dekat degree lagi senang. Kenapa aku cakap macam tu sebab secara jujurnya aku bukan budak pandai masa diploma. Result pun selalu tak semenggah je kalau tengok. Pernah failed 2 paper atas sebab yang tertentu masa tu. As I mentioned in Hi, Macam Mana Dengan Result? dulu, banyak gila dugaan yang perlu tempuh sebab dan atas alasan yang kadang-kadang tak munasabah.

Dah masuk degree, baru aku faham dan nampak apa yang aku buat sepanjang diploma tu. Sebaik sahaja habis diploma, kehidupan aku totally berubah. Tak terkejar rentak nyata. Yada yada-- sampai hari interview Masscomm. Aku tak prepare apa-apa masa tu sebab seminggu sebelum tu, sibuk kerja uruskan tempahan client.

Pada hari interview, aku masuk dalam bilik temuduga tu dalam keadaan blur. Dalam kotak yang disuruh untuk tanda course atau sequence apa dalam Masscomm aku nak ambil dah pun bertanda. No, aku tak letak pun Journalism as my first choice. Sebenarnya aku dah tersilap langkah. Orang cakap masa sebelum aku habis diploma, aku patut pergi ke arah Journalism-- sebab aku boleh menulis. Itu antara penipuan terbesar sekali dalam hidup aku. Sungguh.

Entah macam mana, di pengakhiran sesi temuduga, satu bayangan pemikiran terlintas laju. Aku tak tahu jugak kenapa aku boleh bertindak untuk menukar pilihan aku. Daripada Broadcasting pilihan utama sebelumnya, aku mintak tukar ke Journalism. Sebab dalam kepala aku masa tu terbayang beberapa orang nama besar lain which I think walaupun diorang bukan berada dalam course atau sequence Broadcasting, tapi diorang boleh je masuk ke dunia penyiaran dan sebagainya.

Jadi, aku yakinkan diri untuk tukar on the spot kepada Journalism. Sebab aku dah mula percaya dengan cakap-cakap orang aku lebih sesuai ke Journalism atas kemahiran boleh menulis tersebut.

Still ingat, aku lari daripada rumah sekitar Ogos 2015 dulu disebabkan beberapa perkara bodoh yang tak masuk akal dan tak terjelaskan dek akal. Aku betul-betul nekad dengan hanya RM20 dalam poket lari dari rumah semata nak mulakan hidup baru sebelum masuk degree pada bulan September nantinya. Walaupun sebenarnya, aku tak pasti lagi yang aku dapat tawaran untuk sambung degree atau tidak masa tu lagi. Nekad punya pasal.

How do I survive with that 20 bucks in my pocket?

Aku mengemis tanpa rasa malu. Tuhan tu sebaik-baik perancang-- mempertemukan bermacam jenis manusia yang sungguh baik dan tak terbalas jasa diorang memapah tegak setiap jatuh aku pada waktu itu. Ada beberapa orang kawan aku bagi pinjam RM10 dan RM20. Berbekalkan modal itu, aku hasilkan #Zine10Tahun. Matlamat dia cuma satu, nak dapatkan RM1000+- dalam masa seminggu untuk bayar yuran pengajian degree nanti.

Cabaran yang paling besar untuk menjayakan misi yang kecil tapi sangat besar dalam hidup aku ni adalah keyakinan. Berapa kali aku fikir, boleh ke tidak. Orang terima ke tidak dan beberapa perkara negatif yang membelenggu. I swear to God, sampai benda yang tak elok sekali pun aku sanggup buat kalau plan nak jual '10 Tahun' ni tak menjadi.

Alhamdulillah, aku bersyukur. Dalam masa kurang daripada seminggu, aku berjaya kumpul RM1000 hasil daripada jualan zine tersebut. Tak ada apa yang lebih menggembirakan saat itu melainkan dalam kepala aku-- a new life. Aku isi borang degree dengan perasaan yang berkobar-kobar dan meninggalkan housemate (aku cuma tumpang dan tak bayar apa pun dekat diorang masa lari daripada rumah) dengan rasa yang seba salah. But, life must go on. Aku nak cari kehidupan baru. Dan tinggalkan kesemua penyesalan sebelum ini.

Maka, bermulalah perjalanan baru sebagai pelajar Ijazah Muda Kewartawanan. Mula-mula rasa macam "Oh okay je ni" but bila dah makin lama, aku betul-betul sedar yang aku tak boleh buat dan Journalism bukan pilihan yang tepat untuk aku. Setiap masa sepanjang semester pertama aku dekat Shah Alam adalah diherlakan dengan rasa penyesalan yang tiada henti.

"Kenapa aku dekat sini?"
"Kenapa aku pilih Journalism?"

Banyak persoalan yang memucuk wujud. Saban hari aku akan ulang soalan yang sama walaupun masih lagi teruskan buat assignment dan jalani kehidupan sosial sebagai seorang mahasiswa. Am I crazy? I can't even write any news properly. Rasa nak menangis depan dekstop dalam lab setiap kali di suruh tulis news on the spot. I look at my friends-- semua laju nak mampus menaip. Keyboard tu macam nak tembus sampai bawah meja.

Aku juga terpaksa hadapi dengan orang-orang yang memandang rendah dengan kebolehan aku. Orang pandang slack sebab masa konvokesyen diploma, dekat nama aku tak ada bintang (*). Itu maknanya kau punya CGPA tak lepas 3 pointer. Yes, aku dah ceritakan kenapa dalam post yang aku beritahu awal tadi. Bukan seorang, tapi banyak. Diorang tak pandang aku sebagai orang yang berguna. Kalau tersalah tanya dekat aku, cepat-cepat tukar topik sebab dia tak yakin aku boleh jawab soalan dia. Well, dia lagi pandai kan dari aku? Sebab tu repeat subjek agaknya. Aku yang bodoh ni dapat A tu pun bernasib baik je kan. It sucks. Bila mengenangkan sakit hati dia tu. Jangan nak mengungkit zaman lampau orang dan jadikan alasan yang tak munasabah orang tak boleh berubah pada masa akan datang. Salah.

Down? Stress? Or even depressed?

Yes, so many times. Sebab aku repeatedly cakap yang aku tak boleh. Aku tak mampu. Aku bukan milik tempat ni. Tapi aku masih gagahkan diri balik ingat semula betapa sakitnya aku nak sampai ke tahap ini. Macam aku cakap tadi, aku tak pandai macam orang lain. Bab-bab teori memang aku sangat lemah and trust me, I am a slow learner. Susah nak hadam bila semua teori kena masuk serentak.

Belum masuk satu hari ada 3 class. Dan setiap class tu pulak 4 jam. Jammed otak semua ada. Bontot tu tak payah cakaplah. Lepas pusing ke sini, pusing ke sana pulak. Agaknya kalu bontot tu boleh tukar-tukar, setiap setengah jam aku mintak tukar nak tahan duduk atas kerusi. Dan termasuk pulak dengan satu semester kena ambil 29 credit hours berbanding dengan class satu lagi (from Asasi, STPM, Matriks dan sebagainya) yang cuma rata-rata satu semester 21 - 24 credit hours. Hectic gila.

Luckily, aku ada kawan yang menjadi tulang belakang setiap kali rasa jatuh. Selalu tolong bagi moral support, bantu buat assignment dan juga hulurkan dulu duit dalam masa tengah kering-- cuma ada duit syiling 50 sen je dalam beg dompet.

Pilih kawan yang betul-betul memahami kau. Terus cakap dengan dia (personal atau in group) apa kelemahan kau dan sebagainya. If tak boleh, terus terang cakap tak boleh. Fikir cara macam mana nak tangani dan selesaikan masalah. Yes, maybe ada yang akan marah sebab tak semua orang boleh terima kita. Aku pun banyak kali buat orang marah dengan apa yang aku buat masa siapkan assignment. So, bila part kita nak marah orang tu pun fikir jugaklah kita pun ada buat masalah jugak. Keyword: talk.

You have to admit it. Kalau memang salah, jangan tegakkan benang yang basah. Terus mintak maaf dan discuss balik apa salahnya. Aku belajar dari kesilapan masa diploma dan aku tak nak perkara yang sama berulang. But, still, aku tahu mesti ada yang tak betul jugak walaupun kita berterus-terang ni. Mesti tetap ada cela. Terima sebab ia datang daripada kau. Vice versa. Kalau orang lain ada buat salah pun, tegur. Ambil konsep sentiasa terbuka menerima teguran. Jangan murung atau berdendam. Orang nak tengok kita berjaya. Kalau dah sampai mengutuk tu, ambil senapang tembak terus.

Seriously, aku beruntung sebab degree ni aku cuma ada kumpulan kawan yang terhad contohnya groupmate. Banyak bersabar dan bertolak ansur satu sama lain nak buat assignment. Semua ada kepakaran masing-masing. Walaupun dalam pada masa yang sama, mulut bising jugak kalau tak berjalan lancar seperti yang nakkan. Tak kiralah apa pun, jujur dan kalau ada masalah miscommunication, terus tanya orang tu sendiri. Salah tetap salah. Jangan degil. Sampai bila nak pendam atau cakap belakang all the time? Dah besar dan matang-- bersemuka.

Selain daripada itu, family pun sangat penting. Jaga hubungan dengan diorang. Walaupun kakak dengan abang aku bukan jenis yang selalu bagi duit sepanjang semester, tapi aku dah kira bersyukur sebab diorang selalulah jugak tanya khabar. At least, aku perlu gembira even diorang je yang aku ada sekarang. Kena kuat tak kira apa. 

Degree ni bukan zaman budak-budak dah asyik nak main atau gaduh je. Nak fikir pasal "Alah takpe, habis ni boleh buat lagi". Sebab ini adalah proses penting sebelum melangkah ke alam pekerjaan.  Set dalam kepala, belajar segala kemahiran untuk berada dalam dunia sebenar-- fasa bekerja. Melainkan nak terus sambung Master ke apa. Or else kau memang matlamat tu lain daripada yang lain, still nak enjoy atau ada plan lain lagi. (Aku bukan perancang masa depan orang).

Bercakap pasal malas, aku pun ada malas. Yang Allahurabbi, malas teruk sangat-sangat. Kalau boleh tidur 24 jam, memang aku dah tidur je kerjanya. Orang yang tak faham atau tak nampak macam sebenarnya kehidupan pemalas aku ni, akan cakap "Weh rajinnya kau" bla bla bla. Dia tak tahu aku mengulor dalam bilik terbongkang macam tak sedar dunia bergegar sana-sini. Tapi biarkan orang prasangka baik dengan kita. Asyik buruk je tak elok jugak. Admit yang semua orang ada masa-masa malas dia sendiri.

Kalau tak faham masa tengah belajar, tanya kawan yang faham. Jangan segan mengaku kau tak faham sebab kalau tak faham macam mana nak jawab exam. Disebabkan aku ada masalah nak faham apa yang aku belajar-- aku banyak suruh kawan-kawan aku terangkan semula apa yang diorang faham and study. Jenis aku memang lebih faham kalau orang lain yang terangkan daripada aku cuba buat-buat faham apa yang aku baca. Gladly, my friends jenis yang tak lokek kongsi ilmu dan suka bagi kefahaman to each other. Tak jumpa masa degree ni orang yang tak nak share apa yang diorang tahu. Dan kau pun jangan kedekut sama.

Honestly, siapa yang tak rasa lagi down bila kawan-kawan yang lain dapat Dean List je every sem. Mestilah rasa insecure kan. I think tak salah rasanya sebab kita pun nak merasa kejayaan. Jadi, kena berusahalah dan percaya bahawa rezeki orang lain-lain. Tak perlu nak pertikai lama-lama. Kadang-kadang, bila aku tak dapat apa yang aku nak (markah) aku akan rasa kecewa. Tapi aku muhasabah dan pasti mesti ada sesuatu yang lain nanti, selepas tu.

Oh, mengenai third language. Aku tahu yang masa degree mesti semua akan ambil third language, right? Bagi aku, aku anggap third language ni bukan satu beban sebab dia cuma 2 credit hours and sangat-sangatlah membantu untuk cantikkan result. Ambil bahasa yang mudah kau rasa kau boleh terima, minat dan jangan sebab "eh nak cuba benda baru" -- end up makan balik diri sendiri. Sepanjang degree, aku ambil Bahasa Arab sebab dari sekolah rendah dah belajar Bahasa Arab. So, dia sangat membantu aku untuk jaga result. Alhamdulillah selama 3 semester belajar, dapat A+ for this subject.

Berbalik kepada ayat pertama aku tadi kenapa aku cakap degree lebih senang adalah sebab pembelajaran degree lebih fokus kepada cabang yang kita mintak. Macam Journalism, belajar subjek yang berkaitan dengan Journalism je. Tak ada kena mengena tiba-tiba nak kena belajar selain daripada itu. Melainkan ada subject wajib daripada Universiti atau Fakulti kena ambil tu.

Walaupun senang, depends jugak kepada minat kalau ikut yang jenis macam aku. Disebabkan rasa tersalah course tadi, buat aku hilang interest nak belajar. Rasa macam semua tak kena dan fikir nak ambil semula degree dalam sequence yang aku nak ikut kemahiran aku. Journalism is just not my thing. Tapi kena ingat, takkan nak ulang balik segala penat lelah semalam?

Aku kuatkan diri. Lepas habis satu semester, aku pesan lagi dekat semester baru, "Dah habis satu semester kot? Boleh tahan sikit je lagi ni. Usaha!" Itulah ayat yang aku duduk ulang semata nak pujuk hati. Dan aku asyik ulang, jumpa ke nanti kawan-kawan yang macam sekarang aku ada ni kalau aku repeat? Fikir benda manis semasa adakah akan berulang lagi. Itu aku kuatkan jugak nak habiskan semua ni.

Kalau ianya minat dan usaha yang jitu serta tak berputus asa, aku rasa lagi bagus result. Sekarang aku dah tak boleh nak menyesal sebab memang tak ada guna. Yang cuma tinggal kalau masa tengah belajar tu adalah JANGAN PUTUS ASA. Kalau ada yang dah jadi macam aku ni, itu je yang tinggal, maka buat sehabis daya mungkin. InsyaAllah boleh.

Aku jugak akan pulun atau work hard dekat benda yang aku rasa boleh buat dan target. Masa belajar dia rasa macam enjoy, so aku akan make sure subject tu aku target dapat A. Sebab aku tahu kalau bab teori aku lemah dan terasa susah, so class atau subject yang more to skills kena edit video atau buat magazine atau apa-apa kemahiran yang aku boleh buat, aku akan pastikan aku buat dengan sepenuh hati untuk dapatkan A. Kalau kau jenis yang memang okay dan hebat bahagian teori dan hafal, make sure lock mesti dapat A for this subject sebab kau memang boleh sangat-sangat. Vice versa. Kalau dua-dua kau memang dah hebat, tak payah cakaplah-- gempak gila babilah tu.

Ada orang belajar biasa, result gempak. Belajar gempak, result biasa. Dan bla bla bla bla yang terlintas untuk kau susun ayat tadi.

Semua berjalan dengan lancar dan keputusan terakhir aku pun kira macam okaylah. Walaupun CGPA tu tak berapa nak menyenangkan hati sangat-- aku redha sebab memang itu dah tertakdir dalam kehidupan aku ni. (Wow tak pernah aku redha dan sangat menerima result aku macam ni okay). Sebab aku tahu ni yang terakhir (mungkin). Jujur, aku akan merindui semua benda yang berlaku sepanjang degree ni. Pahit manis yang berbeza sangat-sangat. How I stumbled so many times and how do I stand up again. Thanks everyone, especially to my dearest love-hate bestfriend.

Tak sabar nak tunggu graduation nanti tahun depan, April atau May 2018. Moga dapat merasa sekali lagi.




Yours truly,
Blue x

Monday, August 07, 2017

23

Beberapa tahun dulu waktu persekolahan setiap kali hari jadi, benda yang aku paling tunggu sangat-sangat adalah dapat free gift Celcom. Boleh call ke 8 nombor percuma tu. Aku tak ingat apa nama khas dia tapi yang itulah. Memang teruja sangat-sangat sebab boleh bergayut dengan orang-orang yang aku suka sepanjang hari. Ada datang gila satu hari masa birthday tahun tu, aku call someone hampir setiap 2 jam walaupun dah bergayut for almost an hour.

Time flies, dan sampai dah tak rasa ada function free call tu semenjak teknologi dah makin canggih serta orang yang bergayut macam orang gila dulu dah tak wujud dalam hidup dah. Maka, lahirnya WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram dan beberapa benda lain lagi telah menyenangkan urusan wish birthday ni.

Sejak daripada kecil, aku tak selalu dimewahkan dengan hadiah-hadiah daripada sesiapa pun termasuk keluarga sendiri sebab aku faham keadaan kami masa itu. Apatah lagi setelah duduk dengan keluarga tiri. Jangan harap boleh dapat sebarang hadiah melainkan bebelan serta umpatan. Bukan tak pernah dapat hadiah, pernah. Daripada kenalan dan sebagainya. Setakat satu dua tu adalah jugakkan. Tipulah kalau tak pernah langsung. Aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya ada lah jugak daripada tak ada.

Bila dah masuk umur yang semakin tua ni, aku dah tak perlukan semua hadiah (kalau masih ada yang nak bagi, aku terima je. Tangan yang memberi tu lebih mulia tau. Apatah lagi yang menerima ni hati dia berbunga sangat) melainkan ucapan dan doa-doa yang baik-baik daripada orang lain. Susah tau nak dapat orang cakap baik-baik depan mata kita. Kalau wish birthday tu kiranya beruntung sangat. Macam dihargai oleh orang lain.

Masa sebelum masuk umur 20 tahun, aku mesti selalu ada imaginasi yang tinggi dengan harapan-harapan yang menggunung terhadap orang-orang yang aku suka. Macam dia akan wish panjang-panjang untuk aku and say something nice to me yang boleh buat satu hari aku tersenyum. Selain daripada duduk depan laptop dan menghadap phone sepanjang hari, reply setiap satu persatu ucapan yang diterima.

Dan tambah pula kalau orang memang rasa kau sangat penting dalam hidup dia dan memberi makna serta kalau masa tu kau sangat dikenali sini sana, memang penuh dan berduyun mesej ucapan yang diterima. Trust me, aku pernah melalui hari-hari tersebut di mana tak lekang orang wish birthday sepanjang hari. Ibarat kalau terserempak tepi jalan pun boleh dijulang tinggi-tinggi rasanya.

Macam aku cakap tadi, aku tak harap lebih selain daripada wish birthday bila dah tua-tua ni. Mungkin ia lebih bermakna dan lebih penting bagi aku. Aku akan kenang momen-momen indah dapat wish tersebut sampai bila-bila. Sebagai contoh pada harijadi yang ke-21, dapat wish birthday special daripada dia, dia dan dia. Dalam keadaan masa itu tengah berserabut dan bergaduh dengan orang. Kemudian, dapat pulak ucapan harijadi khas. Terus rasa gembira sepanjang malam walaupun esok tu ribut balik.

Saban tahun, orang yang diharapkan akan ada dalam hidup aku untuk terus menemani hari-hari usia aku yang semakin bertambah mula berkurang. Aku tak pernah salahkan sesiapa sebab aku tahu macam mana layanan aku terhadap orang lain. Tak pernah nak elok. Sebab itu orang akan angkat kaki dan jaga-jaga dengan aku. How I wish that I can predict someone? Apa yang dia nak daripada aku dalam hubungan sosial ni. Walaupun dah penat nak jaga hati orang, but at least orang tak pergi tinggalkan aku selamanya. Dan menelan tahun yang makin meniti tengahari ke senja ni, makin berkuranglah orang yang akan beri ucapan dekat aku. It's okay.

Aku dah tak nak berharap lebih (walaupun masih lagi berharap yang kau akan wish birthday aku macam selalu dulu) sebab sakit bila rasa tak dihargai walaupun cuma ucapan selamat hari jadi. Dapat pulak jenis aku yang cepat terasa dengan benda yang melibatkan hari-hari penting macam ni. Tapi hari lain aku boleh chill dan hati aku memang besi. Tak dinafikanlah *roll eye*

23 adalah cuma nombor kata orang. Mungkin jugak bagi aku. Dia cuma mematangkan kita saban hari dan teruskan untuk belajar, belajar dan belajar. Kita tak tahu banyak mana nombor ni dah memanipulasikan hidup kita. Well, mesti ramai yang tahu hidup aku selama ni penuh dengan rebel disebabkan psikologi dan persikataran yang membuatkan aku penuh dengan dendam dan kebencian. *belek posts blog yang lepas-lepas*

Bersyukur sebab tahun ni Tuhan kabulkan satu-satu daripada juta-juta doa yang aku kirim dekat dia setiap kali rasa susah. Bertuah sangat sebab banyak benda yang dapat aku kecapi tahun ini berbanding tahun sebelumnya. Rasanya tahun ni walaupun banyak dugaan, banyak jugak manis yang sangat tak dapat dilupakan. Boleh katakan setakat ni, ini adalah yang terbaik.

Kononnya, sebaik masuk 23, aku akan release satu zine atau buku baru bertajuk '11' bersempena dengan kesinambungan daripada kesemua zine serta buku yang pernah dihasilkan sebelum ini. Atau lebih tepat '10 Tahun' iaitu zine yang sebelum ini. Namun, apakan daya sebab aku tak seberani dulu dan tak yakin yang zine ni akan dapat sambutan. Jadi, manuskrip dan segala design yang dah siap semenjak tahun lepas lagi ni tetap terus simpan buat pekasam. (If you wish to make it happen, please let me know and comment down below)

Terima kasih sekali lagi dekat sesiapa sahaja yang wished dan aku sangat-sangat menghargainya. Sumpah tak tau nak cakap macam mana aku appreciate orang yang wish birthday kali ni. And aku betul-betul mintak maaf sangat-sangat dekat sesiapa sahaja yang pernah aku buat salah/terkasar bahasa/tersilap bicara/terpukul atau apa-apa negativiti yang berlaku antara aku dengan korang. Berharap ianya satu pengajaran untuk aku pada tahun-tahun yang mendatang.

Happy birthday, dear self.

Friday, June 23, 2017

Ramadhan: Adakah Akan Kembali?

Itu adalah pertanyaan aku saban tahun. Adakah dia akan kembali bertaut seperti selalunya dalam keheningan waktu yang sering kali menyinggah tanpa perlu dipaksa. Mungkinkah dia akan hadir dalam keadaan yang kita masih sempurna atau pun sebaliknya.

Conversation terakhir yang panjang itu membawa kepada sesuatu yang baru dalam hidup aku selepasnya itu. Menghirup udara-udara segar yang cuma aku dapat rasakannya. Tak ada orang lain tahu bagaimana aku dapat menikmati rasa kebahagiaan yang dikecapi itu. Aku tak mahu berpaling lagi dengan rasa penyesalan-- tidak mahu tertanya-tanya dengan persoalan yang tidak terjawab. Yang ada di depan mata itu adalah yang terbaik bagi aku.

Terlalu agung dan terlalu bermakna. Menghirup senyuman yang memaniskan suasana. Terbayangkan keindahan pada masa hadapan. Entahlah apa yang bermain di mata dan yang di hati ini. 

Mungkin hari ini adalah hari terakhir kita bersama dia, dan mungkin kali ini adalah sisa kita merasa bagaimana menghargai bersama dia. Esok belum pasti bagaimana percaturan yang telah tertulis di atas sana. Cuma Tuhan sahaja yang tahu nasib kita. Renung balik-- dah cukup baguskah kita untuk dia. Keberadaan dia itu membawa erti atau cuma satu yang sia-sia.

Aku rindu kau, jauh dalam sudut hati aku. Walau dekat mana kau berada, jaga diri. Bila tibanya sekali lagi di penghujung waktu ini, aku pasti bertanya "Adakah akan kembali?" kau yang pernah berada dalam hidup aku.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk kesemua catatan sepanjang bulan Ramadhan kali ini. Mungkin ini kali terakhir untuk kita di sini.

Selamat hari raya.

Yours truly,
Blue x

Friday, June 16, 2017

Ramadhan: Imbasan Universiti

The best thing selama beberapa tahun dah membesar dan bebas-- kehidupan di universiti sangat menyeronokkan bila sampai bulan puasa. Saban tahun akan ada cerita yang tersendiri macam mana aku laluinya.

Puasa pertama dekat universiti masa aku di semester 1. Aku excited nak sambut birthday bulan puasa masa tu. Dan gembira mengenal kawan-kawan. Bersila dekat atas tar dan berbuka ramai-ramai. Sewa kereta, pergi bandar Melaka jalan-jalan. Berjalan kaki tengah panas terik nak pergi kelas. Bermacam lagilah benda yang baru nak explore masa tu.

Masuk tahun kedua puasa, masa tu aku accident. Selama sebulan tu proses recover dari luka-luka. Bangun sahur, Alil akan siapkan air suam dalam baldi nak kecutkan luka. Kejutkan Fazirul yang liat nak bangun. Pukul 12 tengahari tiba-tiba bau Maggie Kari, biskut susu Nestle, asap rokok dan lain-lain lagi dekat bilik. Selamba badak Azfar, Own buat muka tak bersalah. Dugaan puasalah katakan.

Pergi bazar berbekalkan RM5, beli apa yang patut dan kongsi dengan yang lain. Siapa beli apa, siapa dapatkan apa. Masa ni Fazirul jenis yang tak berkira. Beli itu ini untuk kitorang makan. Ayam golek kalau dapat beli semua dekat bazar tu, dia akan beli agaknya. Lepas tu... nasib tak membazir sebab akan ada tong sampah berupa manusia yang akan habiskan.

Berbuka puasa dekat pantri kolej ramai-ramai sambil tukar-tukar makanan. Kamal, Botak, Pak Tam, Buff, Orang Tua, Amy dan ramai lagilah masa tu. Semua imbasan wajah yang tergelak buat lawak. Imbasan muka yang tak puasa tapi acah macam puasa. Masak Tom Yam ekspres dalam masa 10 minit sebelum berbuka dan panggil JPK lain makan sekali. Kalau nak senarai masa ni kenangan, memang tak habis.

Menjelang tahun akhir puasa dekat Lendu, which is senior year, banyak masa buat kerja-kerja event Legacy. Jadi tahap fokus puasa bersama orang lain tu berkurang. Maklumlah semua dah jadi senior, asyik busy dengan life masing-masing. Tapi satu benda yang tak boleh lupa adalah berat badan aku naik mendadak sepanjang bulan puasa ni. Muka mengembang dan semua tegur. Kena usik sebab muka dah macam belon.

Mana taknya, siapa tak habis makanan dia, aku boleh habiskan semua 5 orang punya makanan. Macam syaitan tak? Lepastu dah kenyang yang teramat, duduk atas katil dengan tak basuh tangannya lagi, tertidur. Lepastu pukul 10 makan. Pukul 11 makan. Pukul 12 makan. Bangun sahur pukul 3 makan. Sebelum tunggu subuh, setiap jam mulut mengunyah. Sumpah macam sial. Aan, Alfiq, Kecik, Faiez dan semualah yang masa tu terkejut beruk tengok keadaan aku.

Selain daripada itu, bestnya bila makanan yang junior-junior which is I think kawan lebih tepat bawak makanan dari rumah yang mak diorang masak-- aku pelahap jugak. Sebab seorang mak kot yang masak? Mestilah sedap. Mana ada mak yang masak tak sedap. Kan? Aku happy betul kalau diorang bawak makanan dari rumah.

Tahun seterusnya tak berapa menarik. Aku malas nak kenang imbasan yang ni (sebab dah jadi buku, zine dan dah tulis dekat blog dah pasal ni), so tak perlulah ulang lagi.

Dan tahun lepas. Dia tak semeriah seperti zaman diploma. Dia cuma terisi dengan kehadiran kawan-kawan kecil yang memenuhi ruang-ruang sempit hidup aku. Pergi bazar dengan Nad, Aan, Nabilla dan beberapa lagi keadaan serta situasi. Berbuka puasa dengan housemate berlapan. Tak banyak sangat benda sebab masa tu dah nak final week, so kena berhempas pulas buat assignment apa semua.

Walau macam mana pun kisah imbasan sebelum ini, mesti ada suka dan duka sepanjang bulan puasa di universiti. Termasuklah berbuka seorang diri dekat bilik tanpa ada orang peduli sedikit pun. Hargailah setiap masa di bulan puasa dekat universiti tu!


Yours truly,
Blue x

Monday, June 05, 2017

Ramadhan: Jangan

Antara beberapa alasan lain kenapa aku tidak mahu lagi bertemu mana-mana manusia lampau aku adalah kerana aku tak nak melihat diri aku yang sangat daif dan tak berperikemanusiaan tu. Memang kalau boleh diulang sekali lagi masa, memang aku nak betulkan everything about my past. Nak cakap dengan diri aku yang berumur belasan tahun tu, "JANGAN!" dan menjerit perkataan tu sekuat hati sampai aku berasa puas.

Jangan itu, jangan ini dan jangan bermacam jenis jangan. Tapi kalau fikir balik, kalau dapat pergi ke masa lampau tu, aku nak benda tu jadi tapi dengan keadaan aku yang lebih bijak. Pelik kadang-kadang. Maybe sebab sekarang aku dah rasa benda tu patut terjadi sebab benda tulah membentuk aku sampai ke hari ini.

Seperti yang pernah aku nyatakan dalam zine Pelacur terdahulu-- aku teringat sewaktu aku mengendong beg besar berjalan kaki menerusi kawasan taman perumahan menuju ke kampung. Waktu aku masih lagi berumur 11 tahun, beberapa hari selepas Mak dikejarkan ke hospital. Berseorangan hadapi semua benda yang terjadi disebabkan hidup berantakan dan berkucar-kacir. Abang dengan kakak sibuk menguruskan hal yang sepatutnya, maka aku perlu juga bertindak dengan mengambil keputusan untuk keluar dari rumah sendiri. Cari orang yang boleh jaga aku.

Sepanjang perjalanan tersebut, bermacam-macam tohmahan dan pertanyaan aku terima daripada makcik-makcik yang bersidaian dekat luar rumah melepak sambil mengumpat. Dan tak lupa juga budak-budak dari taman permainan yang mulut macam longkang.

"Mana Mak kau?"
"Kenapa lari dari rumah"
"Betul ke rumah kamu berhantu?"
"Mana abang dengan kakak kamu?"

Bermacam lagi soalan. Walhal semua orang dah tahu cerita. Apa yang aku mampu buat ketika itu adalah cuma berdiam dan menahan tangis sendiri. Dalam hati cuma dapat cakap "Jangan, jangan" dan jangan berulang kali sampailah tiba dekat kampung. Sebaik sampai dekat rumah mak saudara, menangis dalam bilik sambil tekup bantal dekat muka.

Bahkan terpaksa melalui beberapa perkara rumit sepanjang bulan puasa tahun 2005 tersebut yang tak boleh ditafsir dalam bentuk kata-kata selama menumpang rumah orang tu. Saat malam-malam dingin tanpa seurat pun benang menyelimuti tubuh. Yang mampu terus terdiam tanpa kata-kata dan penyesalan yang tiada guna.

Jangan buat orang, sebab kita tak tahu macam mana nasib kita masa akan datang. Jangan cakap sembarangan dekat orang kalau kita tak boleh nak membantu dia, jangan cakap apa-apa. Diam. Jangan sampai esok atau lusa, kena batang hidung sendiri, baru nak bentang sejadah menadah tangan menyalahkan takdir apa dosa yang kau rasa kau tak buat.

Jangan cemarkan hidup orang kalau tak nak diri sendiri terhumban tempat yang tidak tahu mana wujudnya di kemudian hari. Jangan merasa enak dengan santapan yang terhidang atas kesakitan dan penyeksaan orang lain. Jangan dah terkena tembakan tepat pada masa pembalasannya, baru nak merayu untuk tak lagi diragut kebahagiaan sebelum.

Bila aku dah gagah untuk kembali ke masa lampau pada tahun 2015 yang lalu sehingga sekarang, banyak benda yang telah berubah dan menyimbah semula pantulan kepada mereka-mereka tadi. Ada yang anak dia kena angkut dengan polis atas kes bergaduh dekat lowyat. Anak mengandung sebelum sempat berkahwin. Bawa lari anak perempuan orang. Dan tak lupa juga yang dibuang daerah disebabkan menjadi pembekal barang terlarang.

Hidup itu adil. Balasan itu akan setimpal, lagi-lagi kalau apa yang orang buat jahat dekat kita masa bulan yang penuh barakah ni. Akan mungkin berganda balasan dia kemudian hari.

Jangan buat orang.

Sunday, June 04, 2017

Ramadhan: Asrama-ra

Sepanjang waktu persekolahan, aku habiskan masa dengan melayan dan menghadap orang-orang yang sekarang tak banyak pun ada dalam kehidupan semasa. What I mean is, semua yang pernah ada sekitar 9 ke 11 tahun lepas, sekarang macam dah tak wujud. Ibarat macam persinggahan sementara mereka waktu itu.

Cuma sekarang bersisa yang masih ada boleh di bilang dengan jari tak sampai 10 orang. Yes, indeed. Beberapa minggu sebaik bermula program internship, aku banyak menyendiri dan bertemu beberapa orang kenalan lama from my past. Semua cakap benda yang sama, "seperti"-- aku menghilang, tak mahu di ganggu, betul-betul tak nak tengok belakang dan bermacam perkara lagi yang menemui satu kesimpulan kecil iaitu aku dah tak nak masa lepas mengikut masa aku sekarang.

Apa yang aku cuba sampaikan adalah 5 tahun lepas, sebaik aku dapat meloloskan diri dari genggaman yang tidak terjelaskan penglihatan, aku bertekad untuk betul-betul lari dari kehidupan yang bernama sekolah. Well mungkin siapa yang mengikuti aku di blog sejak dari 2010 tahu macam mana aku meluahkan perasaan dekat sini sehingga satu hari penghujung 2011, aku decide untuk mula semula dengan post baru.

Nak "hidup" baru dan semula. Nak lupa mengenai benda atau perkara terakhir yang menyebabkan aku buang semua post dan deactivated Facebook asal. Aku betul-betul kering ah kira masa tu lepas balik dari asrama.

Ya, asrama. Tempat di mana semua benda bermula.

It went well at first. Been recognized by some people who I wanted to know them before. Effort tu penting bagaimana untuk meletakkan aku di hadapan. Ada yang cakap aku beruntung sebab aku selalu bernasib baik bila muncul situasi akhir. Orang kata, "Hero selalu muncul last." Itulah apa yang diorang selalu mentioned about me.

Tahun akhir persekolahan di asrama, pada mulanya cantik. Dan kemudian digaul pula dengan sedikit rencah sebelum sampai ke langkah merasa kecukupan rencah di dalamnya.

Tibalah kepada fasa kedua selepas aku dah masak dengan perangai orang-orang yang cuba mengambil kesempatan atas apa yang aku bermanfaatkan kepada mereka. Aku mula malas peduli dengan apa orang nak buat depan aku ke belakang ke. Title Penolong Ketua Pengawas tu macam dah tak ada guna. I'm focusing on something yang lebih worth it.

Maka, muncullah Kekuatan, yang mana aku pernah bercakap pasal dia dulu pada satu post. Atau lebih tepat terlalu banyak pasal dia sebelum keputusan yang aku nyatakan di atas di buat.

It is not about that, here, in this post. It's about Ramadhan. Di mana ia lain sekali. Yang tergambar dalam cakera padat memori.

Cikgu Maheran memegang rotan dia bila kami tak dapat jawab soalan Kimia. Dia rotan kitorang macam takde belas kasihan tapi dia sertakan gelak puas hati dia.

"Tak dapat jawab ni nak jadi apa? Nak ke jadi bodoh?" Cikgu Maheran tersengih.

Aku tercuit dengan telatah dan adegan tersebut. Bila Shayid, Din, Naufal, Mat Hanif and even me, myself yang kena rotan tu. Macam mana sedaya upaya Cikgu Maheran nak kitorang hafal periodic table of the elements lah apa lah lagi itu dan ini.

Bila masuk kelas Sejarah, aku selalu dapat tidur sepanjang waktu kelas berlangsung sebab jadi anak murid kesayangan Cikgu Haryati. The only reason is, aku selalu score Sejarah. And basically sepanjang bulan puasa kitorang cuma kena jawab soalan dalam buku latihan dan satu buku latihan Sejarah tu aku dah siapkan tanpa perlu tunggu cikgu suruh buat. Naufal tukang copy paste.

Bab pura-pura nak ke tandas lah, pergi bilik guru lah pula semata nak jenguk dan curi pandang Kekuatan dekat kelas dia. Cuma nak pastikan dia ada je. Eh entahlah perangai bodoh aku tu.

Time balik sekolah, dia tak macam hari biasa. Balik tu tak akan ke dewan makan (yes obviously), terus masuk dorm tidur. Bangun petang sikit, buat apa patut dan standby dekat dewan makan untuk bubuh nasi dalam trail untuk semua student. Aku lebih prefer bubuh nasi dari kena bubuh kuih dan buah dalam trail, susun trail dekat meja. Jadi aku ambil job ni which aku lebih prefer. Orang lain tak boleh paksa aku buat benda lain. Well memang semua buat benda yang diorang suka actually.

Untuk setiap perlumbaan dengan semua tukang bubuh nasi "siapa cepat dan lebih tangkas". Nasi berterabur dekat lantai, tangan merah sebab nasi panas baru masak, gelak dengan jenaka bodoh bulan puasa. Dan dengan muka gembira masing-masing (okay seriously aku lupa semua nama kawan-kawan aku yang bubuh nasi tu tapi cuma ingat muka je. Don't judge me because aku dah post dulu kenapa sebabnya). 

Beberapa puluh minit sebelum, kalau macam tak cukup tenaga, kena jugaklah susun nasi dekat meja. But it's okay. Memang aku suka jumpa and letak trail depan muka "musuh-musuh" aku. Buat kerja amal kebajikan bulan puasa.

"Yang meja dekat luar tu akak rasa tak dapat lagi," point akak dewan makan yang aku juga dah lupa nama dia, dekat luar.

Ergh kenapa kena melawat ke area asrama form 4.

"Eh? Beli baju ni dua ke?" Arwah Along tegur dekat baju aku.

"Yes, Along. Along satu. Yang ni satu," senyum aku dengan keadaan yang terpaksa. Well, Along pun aku dah pernah post pasal dia dulu dekat sini.

Lepas berbuka, solat terawih akan buat dekat masjid (ke surau sekolah eh nama dia?) berhampiran dengan dewan makan. Masa tunggu di antara solat Maghrib dan Isyak, mesti ke tandas dulu. Tengok drama-drama yang best waktu ni.

Oh ya. Farid kena tumbuk dekat bahagian perut, tepi masjid (ke surau? Lupa teruk aku). Those guys, cuma terus senyum and tanya dekat aku "Weh karang ustaz mana jadi Imam?".

As I said before, aku tak ambil peduli apa yang orang buat dah. None of my business. Even our Ketua Pengawas pun buat-buat tak nampak. Bukan sebab takut dekat diorang yang jadi pembuli atau sebab itu adalah kawan kitorang satu asrama, satu batch but sebab ah pandai-pandailah korang dengan budak form 4 yang buat masalah dengan korang. Dah besar boleh pancut buat anak dah masing-masing. Tapi selagi tak terlalu serious lah.

Teruk kan?

Move on kepada solat terawih yang kalau dapat ustaz sempoi, baca ayat pendek-pendek je. Kalau time ustaz yang celup hm entahlah tu, panjang sampai boleh buat qiamulail agaknya.

Waktu prep yang diganti dengan waktu free sepanjang bulan puasa ni-- bebas nak buat apa sebelum kena tutup lampu sebaik sahaja pukul 12 malam semua blok asrama. Masa inilah pelbagai benda nak buat, kerja sekolah, berborak, menjala ikan, berasmaradan dan apa sahaja yang sempat.

It was me. Tersenyum dengan perbualan kami di dewan makan. Dah beberapa kali ada yang tegur. Tapi aku cakap tak ada apa-apa. Ada back up lah, ada orang tolong cover lah. Kalau dah mabuk, siapa je yang boleh halang?

Aku sangkakan ia adalah yang terbaik dalam hidup aku sepanjang aku hidup ni waktu itu. Terlalu gembira dan seakan dunia milik aku.

Momen-momen bulan puasa sewaktu di asrama dulu adalah sebuah kenangan yang pelbagai sehingga membawa kepada kesedaran hari ini. Kalau boleh aku nak betulkan masa dan keadaan jika dapat aku ulang balik masa tu. Apa yang patut dan apa yang tidak.

Dah terlambat.

Sebenarnya, banyak benda nak tulis kalau berkenaan asrama di bulan puasa ni tapi takpelah. Cukup panjang dah ni rasanya. Nak cerita 30 hari pun tak habis.

So, pernah duduk asrama dan berasmara semasa di sana?


Yours truly,
Blue x

Sunday, May 28, 2017

Ramadhan: Puasa Terakhir

Setiap kali menghampiri bulan Ramadhan, bermacam jenis persiapan akan dilakukan kami anak beranak. Maklumlah. Masa inilah waktu kami boleh jana pendapatan yang lebih sedikit untuk menampung perbelanjaan pada hari mendatang. Benar, bulan ini sebenarnya kita melebihkan untuk beribadah bukan mengejar kekayaan di dunia. Namun, waktu berniaga pun kita boleh beribadah, kan?

Mak akan pesan, saban tahun untuk aku behave bila ada dekat bazaar nanti. Jangan buat perangai. Tapi itulah yang akan berlaku setiap kalinya. Aku akan merungut nak baliklah, nak makanlah dan bermacam lagi karenah aku. Well, what to expect dari budak-budak umur 9, 10 tahun.

Masuk waktu tengahari, Mak akan mula beroperasi dekat dapur. Mengadun bancuhan resepi rahsia daripada turun temurun keluarga rakannya-- Makcik Leha. Untuk di imbas kembali, beberapa tahun sebelum, Mak merupakan pekerja atau lebih disenangi dengan panggilan sahabat paling rapat dengan Makcik Leha. Rumahnya cuma di belakang rumah kami sahaja.

Makcik Leha dan suaminya mengusahakan kilang Roti Canai Segera di Pekan Padang Rengas. Permintaan ketika itu sangat tinggi dan menguntungkan mereka. Selain daripada itu, Makcik Leha juga mengusahakan perniagaan Roti Arab di Pasar Malam sekitar Padang Rengas. Kiranya, Roti Arab ni memang takde orang lain dah yang jual. Eksklusif.

Tapi entah macam mana, pada suatu hari ni, aku nampak Mak dengan Makcik Leha dekat pintu dapur-- sedang berbual tentang satu perkara yang sangat serious. Seakan sesi dari hati ke hati. Pada kertas yang dikoyak daripada buku latihan aku, ditulis sesuatu.

Rupanya setelah beberapa hari, baru aku tahu. Makcik Leha dan Pakcik Wahid terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur. Atas beberapa faktor yang dirahsiakan sepenuhnya oleh Mak. Kalau terangkan pada aku pun masa tu, memang tak faham. Mampus aku nak hadam at the early stage of my life.

Resepi Roti Arab turun-temurun keluarga Makcik Leha akhirnya diturunkan kepada Mak supaya kelangsungan perniagaan ini dapat diteruskan di sini. Tambahan, Makcik Leha percaya yang Mak boleh memikul tanggungjawab ini serta sudah pasti membina balik semangat Mak untuk menanggung anak-anak yang masih lagi belajar.

Here we go.

Pasar Malam Khamis dan Ahad merupakan tempat lepak aku. Aku tak rasa malu pun sekiranya berjumpa kawan-kawan sekolah. Malah, aku turut berbangga apa yang Mak aku buat. Sebab Roti Arab, Mee Goreng dan Kuey Teow Goreng yang Mak aku jual selalu mendapat pujian daripada orang. Yang lebih membanggakan bila orang Cina dan India pun turut beli and jadi regular customer. Tak lupa dengan tempahan hujung minggu juga.

Sebab ini mengukuhkan lagi kenapa Mak nak berniaga di bazaar. Atas permintaan dan juga rezeki. Beberapa tahun juga kami berniaga di sana. Bermacam jenis manusia ada. Waktu yang paling best apabila time berbuka. Semua orang saling bertukar makanan dan minuman. Gerai sebelah kami jarang dapat bertukar makanan sebab Ayam Percik dia sangat laku. Kalau ada rezeki, dapatlah merasa free. Tak pun, siap book beli awal-awal.

Masuk tahun 2010, Mak dah tak berniaga Roti Arab di bazaar. Terlalu banyak perubahan dalam hidup kami selepas episod berulang-alik ke Mahkamah Syariah Kuala Kangsar. Mak kini selain bekerja sebagai tukang masak di Sekolah Kebangsaan Tun Dr Ismail, dia juga turut bekerja sebagai pembancuh susu segar berperisa yang menjadi kegilaan budak sekolah satu ketika dahulu. Semua atas jasa baik Cikgu Zul yang menawarkan kerja tersebut.

Dan pada tahun itu juga Mak Cuma berniaga Susu Segar dan Dadih di Bazaar Ramadhan. Namun kali ini lokasinya berbeza. Ia di Arena Square Kuala Kangsar. Kerja agak bosan sebab Mak cuma duduk tunggu pelanggan untuk beli Dadih atau Susu Segar. Tak macam dulu, ada je kerja nak menggorenglah apalah. Disebabkan kebosanan tu, aku boleh pergi mengail ikan talipia dekat Sungai Perak berhampiran tapak bazaar. Ramai gila yang memancing dekat situ. Hasil daripada tangkapan, mesti bagi Cik Sue, jiran kami. Walaupun aku tahu, dia akan buang jugak nanti sebab setiap hari aku bagi dia. Tak ke penuh satu petis ais dia tu?

Namun, bila menjelang tahun 2011 pula, Mak mula kurangkan aktiviti berniaga. Dia siap bertekad tahun ni memang dia cuci tangan dari berniaga di bazaar.

“Mak nak tahun ni kita semua solat terawih sama-sama. Dah lama betul kita tak pergi solat terawih. Balik berniaga dah entah pukul berapa. Mesti tak sempat. Jadi tahun ni, kita merasa.”

Keputusan yang Mak buat tu memang sangat drastik, tapi memang menggembirakan kami adik beradik. Finally, tak payah pergi ke bazaar sebagai peniaga dah!

Bermacam benda yang Mak nak capai dan buat serta berjanji untuk lakukan puasa tahun ni. Nak tunaikan apa yang tertangguh pada tahun-tahun sebelumnya. The most perkara yang kami tak sabar adalah untuk solat terawih bersama Mak. Finally, it will become true.

Malang tak berbau, kan?

Pagi tersebut, waktu luka pada tangan kanan masih lagi baru, panggilan yang diterima itu seakan menggoncang seluruh isi dunia aku. Speechless and I don’t know whether it is mimpi atau apa.


Rupanya, 2 Ramadhan pada tahun tersebut merupakan puasa terakhir kami bersama Mak.

Saturday, May 27, 2017

Ramadhan: Here We Go 2017

Agak lama atau lebih tepat dah nak dekat setahun jugaklah tak langsung menjenguk ke sini. Memang tak ada niat langsung nak sambung apa-apa dekat sini dah. Macam ibarat aku sudah kehabisan kata-kata. Tidak perlu lagi meletak apa-apa di sini. Banyak juga post yang telah di buang saban hari. Dan sampai satu tahap-- aku dah malas nak peduli.

Here we go again.

Tak, kali ni bukan nak bercerita perkara sama. Okay tak. Ya, nak bercerita benda yang sama lagi. So lame kan? That's me.

So many things happened lately-- yang besar kecil semua ada. Aku ada nak bercerita dekat sini tapi bagi aku dekat sini cuma tempat meluah apa yang rasa terpendam atau apa-apalah lagi perkara sama macam 6 - 7 tahun lepas.

I do make another blog which dekat sana aku bercerita mengenai "positive vibes only". Oh ya ke? Entahlah.

Bersempena bulan Ramadhan pada tahun 2017 ni, aku akan menulis kembali beberapa perkara yang menjadi memori serta ingatan kepada aku. Berkemungkinan post-post lama akan diguna pakai (yang telah di delete/revert as draft). Refleksi pada diri sendiri dan juga menghabiskan kenangan biar dia duduk dekat sini je. Tak bermain dalam kepala dah.

Aku kalau tak tulis, mulalah benda tu akan menghantui dalam kepala aku. S*** (puasa sorry). So, kena tulis dekat sini. Maka nanti rasa tenang banyak.

Stay tuned!

Yours truly,
Blue x