Thursday, 2 June 2016

Sentimental: Prosopagnosia

Disebabkan dalam masa beberapa tahun ini aku sejenis manusia yang sangat menghargai manusia yang datang dalam hidup aku, maka aku cuba bukukan setiap nama mereka dalam catatan atau diari aku-- supaya nanti-nanti di masa akan datang, aku akan ada kenangan atau memori yang boleh mengingatkan setiap mereka dalam hidup aku sebelum ini.

Aku tak nak cakap yang aku dah melalui banyak perkara lebih dari manusia lain sebab orang lain experience dia lain daripada apa yang aku lalui. Aku tak ada pita pengukur yang boleh mengukur kira sejauh mana perjalanan dan pengalaman seseorang itu selama hidup dia sampai ke hari ini. Sama juga macam orang lain. So, don't compare my chapter 2 with your chapter 22 or vice versa.

Berdikari. Ia adalah perlu dalam setiap kehidupan dalam mana-mana kamus hidup. Tanpa berdikari-- mungkin takkan ada generasi. Ia bermula daripada kita untuk disebarkan kepada yang lain. Dari cara kita membawa diri sehingga tercetus sebuah tamadun. Dan dari ketamadunan itu mencipta pemikiran secara intelek. Okay stop it. Itu bukan apa yang aku nak cakap.

Selama sebelas tahun aku dah lalui tanpa kasih sayang sebetulnya ni, aku betul-betul cuba memadamkan segala kepahitan yang berada dalam masa lampau aku. Sedikit demi sedikit. Sampaikan yang elok dan manis pun terkesan. Hasil daripada itu-- segala memori lampau mula terhakis dan melupus tanpa terjejakkan.

Aku tak pasti, seluas dan sebanyak mana aku telah padamkan memori lepas tapi yang pasti ia cukup lapang sehingga di masa terkini aku cukup boleh terisikan dengan setiap details yang sekecil-kecilnya (sedaya mampu aku).

Okay senang cerita macam ni untuk aku permudahkan cerita.

Ramai tanya, macam mana aku boleh ingat orang pakai baju apa dan macam mana preference dia pada waktu yang lepas bersama situasinya sekali. Even setiap tarikh apa yang pernah terlalu sebelum ini aku akan cuba ingat sebaik mungkin. Dan bila sampai ke suatu saat, aku boleh jelaskan dan sebut balik.

Andaian aku cuma satu-- disebabkan cuma ingatan aku atau segala masa lampau sebelas tahun kebelakang dah terpadam. Maka mungkin ruang-ruang yang kosong tadi membuatkan aku untuk mengisi dengan perkara-perkara kecil seperti tadi.

Banyak kawan aku yang pernah datang dari sekolah rendah cakap aku adalah kawan diorang dulu. Tapi aku langsung tak ingat mana-mana memori tentang diorang. Puaslah cerita macam mana pun-- aku takkan ingat. Macam sia-sia. Even ada yang cerita aku perangai macam mana; melompat dari bangunan itu ke bangunan ini pun aku tak ingat. Sebab memang aku tak ingat.

---

Maka disebabkan perkara di atas lah aku jenis yang sangat sentimental bermula dari hari pertama Mak meninggal. Tambah-tambah kalau yang jenis ada tulisan, gambar dan semualah. Aku punya WhatsApp conversation pun aku tak delete (yang aku rasa penting) dan siap back up ke email. Punyalah nak ingat dan kenang punya pasal.

Dan...

Aku akan ingat sampai mati kalau sesuatu perkataan yang keluar dari mulut seseorang (dengan sengaja atau tidak sengaja) kepada aku (secara terus mahupun tidak) walaupun orang tu rasa tak penting. Kalau benda tu jugak menyentuh dan menyentakkan aku sekejap. Aku ingat sampai bila-bila. Mungkin kalau tak berdendam, aku akan lebih berhati-hati dengan kau.

Aku dengar, ingat dan catat.