Thursday, 31 October 2013

Day 1 - Movement

Sebuah langkah aku lakukan.
Anjakan paradigma dalam saujana mata memandang.

Celiknya matahari aku hari ini, menyaksikan sekali lagi permulaan dan peluang untuk kesekian kalinya hidup aku. Namun, aku tak jangka bahawa kerana semalam aku jatuh sakit sekali lagi. Gejala virus batuk, selsema dan demam mula hinggap pada tubuh keding aku. Semalam selepas menekan butang "SEND", seluruh tubuh tak selesa. Tindakan aku nekad menyah aktifkan semua akaun kecuali blog dan BBM. Ahhh, aku tak ambil peduli. Setelah apa yang berlaku, aku harus melangkah.

Memenuhkan hari pertama ini dengan memulakan rutin seperti biasa. Setelah itu, aku buka YouTube dan menari laju jari jemari di atas papan kekunci menaip nama-nama perubahan ikon yang aku minati. Aku melihat segala bentuk persepsi mengenai mereka.

Semua ikon aku minati, aku lihat langkah mereka ambil. Tak salah aku mencontohi mereka untuk melangkah jauh. Lupakan mimpi semalam dan melangkah ke hadapan. Alhamdulillah, semua berjalan lancar di hari yang pertama.

Menanti esok pula.

"Sebagai Teman - Dato' Siti Nurhaliza & Krisdayanti" berputar ketika entri ini di tulis.




Yours truly,
Blue x

Wednesday, 30 October 2013

N.

Menjadi tanda tanya 3 semester ini siapa N? Najwa Latif? Nelydia Senrose? Nabila Huda? Nasha Aziz? Nurul Nazar Nadia?

Okay semua salah. Tak ada kena mengena pun dengan artis. Dia macam perasan jugaklah. Actually, sorry dia orang lain. Kali ni bukan N yang sama macam setahun yang lepas atau 2 semester yang lalu tu. Ni orang lain. Lantaran berkatanya aku,

Matikan rasa.

Saat ini perkataan itu sering melintasi fikiran aku. Aku berasa celaru dan keliru. Macam mana aku nak matikan rasa sedangkan perasaan itu terlalu membuak dan terus berkembang pesat. Manakan nak bertahan? Tapi aku tetap perlu mematikan rasa. Teguh dengan perkataan,

Bukan untuk aku.

Itu juga yang turut menyesakkan trafik pemikiran aku. Namun siapa sebenarnya dia yang aku maksudkan? Siapa dia? Sebenarnya dia adalah seseorang yang masih aku nak kenal siapa diri dia, bagaimana hati dia untuk aku. Dia yang masih terlalu awal untuk aku bicarakan.

Dari persoalan yang ditanyakan, aku sengaja mencerminkan masa lalu kau. Entah kau sedar atau tidak mengenai itu. Aku sedang cuba biarkan kau memahaminya. Lantas aku membuat catatan aku sendiri.

Catatan Tentera Hati.
Kau bercita menjadi seorang tentera. Kau tak kisah samada tentera darat, laut atau udara. Asalkan ianya tentera. Kau mencatat dan aku membacanya. Kau meluahkan dan aku menelitinya. Aku tak perasan saat mula mengapa kau terlampau teruja untuk menonton sebuah filem peperangan yang bagi aku membosankan pada malam itu. Dan setelah saat itu, kini aku tahu jawapannya mengapa. Aku terimbau saat-saat itu kembali. Kau begitu memberi perhatian dan mengulas isi kandungan cerita tersebut. Aku tak menyangkalnya lagi. Di suatu masa yang lalu, kau kelihatan teruja di saat menyarungkan sut biru itu. Sut biru yang ramai remaja lepasan peperiksaan besar igaukan. Dalam penulisanmu, disebutkan jua keberadaanmu di sana bagaimana sebagai kehidupan sivik dan hidup 'tentera muda'. Aku memohon maaf kerana aku menembak kepercayaan kau menulis mengenai ini.

Catatan Menaip dan Menulis.
Kau pernah berkata di dalam penulisan kau dulu, seawal kau cuba menaip, kau lebih suka menulis daripada menaip. Itulah seawalnya yang tertera. Namun, setelah sekian lama kau mengatakannya di sana, menaip lebih kau suka daripada menulis. Dan pada saat catatan aku dimuat naikkan, kau memilih kedua-duanya. Kau kata yang kau suka menulis dan menaip. Aku memerhati setiap penulisan yang cuba kau sampaikan. Dua bahasa kau ketengahkan. Juga kau lakukan dua catatan di mana satu masih berjalan dan satu lagi masih terhenti dalam adiwiranya. Secara telus kau berkata tanpa selindung semasa menaip di dalam setiap penulisan yang kau paparkan. Dan aku memohon maaf. Maaf kerana aku mematahkan pena engkau dengan memprasasti mengenai kau dekt sini.

Catatan Buaya Darat.
Aku menulisnya dengan cara terbatas. Aku menulisnya juga kerana banyak sebab serta aku menulisnya melalui penulisan kau dulu-- dicatatkan pada Senyuman Terakhir. Aku tidak ingin melihat dari sisi negatif sesiapa dan aku tidak ingin juga menyatakan apa-apa di dalam mana-mana catatan kau. Sekali lagi aku membataskan isu ini kerana ia sangat berkait rapat dengan soal hidup aku mahupun masa lampau kau. Ringkasnya aku tak suka isu Buaya Darat berlaku sedangkan hakikat yang aku terima adalah di depan mata aku. Maaf aku menggigit masa lampau kau dengan mengisukan cerita ini. Maaf.

Catatan Penipuan.
Aku hanya mencerminkan diri aku pada hakikatnya. Aku tak berani berkata dan aku hipokrit pada diri sendiri. Kau sendiri yang kata jangan menipu diri sendiri dalam kita berbalas soal. Aku menipu dan aku tak jujur. Aku tak mahu kebenaran itu. Dan melalui soalan tersebut, aku tahu kau menanyakan soalan tersebut kerana orang lain yang lebih dekat dengan kau dan aku memberi jawapan terpesong dari apa yang kau minta. Aku lebih membawa ke dalam penceritaan dan tafsiran aku. Mungkin kau kata, setiap manusia mempunyai pandangan masing-masing. Ya, aku juga tetapi kali ini bukan masa untuk aku jelaskan sesuatu yang tidak berkenaan sebenarnya di dalam soalan kau tanyakan. Aku mintak maaf dekat kau sebab aku menipu. Menipu diri sendiri dan tak berkata sebenarnya aku... 

Catatan Jarak.
Kau takut jarak boleh memisahkan kau dengannya. Kau takut akan kehilangannya. Kau fikir macam-macam. Dan aku menzahirnya melalui cerita aku. Maaf kerana aku tak seharusnya memetik kata-kata kau. Tujunya kau pada yang lain tetapi aku yang tersalah memetik kata. Maaf kerana jarak ini aku mampu berkata bertinta tetapi bersemuka tidak nanti.

Catatan Mann.
Aku cuba bertahan dari terlepas segalanya dalam entri itu. Kerana kau fikirlah sendiri mengapa semua aku ungkapkan di akhir entri itu. Jika kau bijak meneka kau akan tahu kenapa. Dan aku cuba tidak membayangkannya. Kerana aku takut. Takut untuk berhadapan dengan 6 bulan mendatang itu. Maafkan aku. Jauh dalam hati aku-- bersalah. Bersalah membiarkan kau bertambah runsing dan bengang.

Catatan Panas Baran.
Melalui detik ini menyukarkan sama ada perlu hapus atau elak. Sifat dan sikap yang ada aku cuba ketengahkan menjadi isu. Susahnya untuk berhadapan dengan panas baran sebab aku pun pernah hadapinya. Aku berfikir kenapa perlu ada sikap itu? Aku juga melihat penulisanmu yang menyatakan salah satu sikap kau adalah panas baran. Juga, kau turut berkongsi di dalam September 26, 2011. Maaf kerana aku menelitinya. Maaf kerana aku mahu mengambil tahunya. Pasti kau tidak akan pernah suka dengan semua ni. Sehingga sikap kau pun aku nyatakannya di sini. Maafkan aku kerana kau pasti akan panas dengan aku dan bertindak baran selepas ini. Maafkan aku.

Sesungguhnya aku mencatat beberapa entri yang lepas adalah hasil dorongan kau. Mungkin sepanjang Oktober ini? Bermacam cara aku cuba mengenal kau. Maaf kerana aku bersikap keterlampauan batas aku. Mesti kau tak suka. Aku cuba untuk berhenti. Berhenti untuk bermimpi. Kenapalah aku kenal kau. Kau dengan kehidupan kau, aku datang mengacau bilaukannya. Kau dengan pelayaran M kau, aku cuba datang membadaikannya. Aku sengaja mempermainkan nama M. Bodohnya aku mempermainkannya. Aku tiada hak ke atas semua yang mejadi hak kau dan hidup kau. Sepatutnya aku tak lakukannya. Biarkan kau dan jangan pernah mampir dalam ceritera kau. Dan ini adalah catatan terakhir aku mengenai kau.

Aku cuba untuk membenci kau sebagaimana pernah aku cuba lakukan. Seperti pernah aku katakan dulu "Ini adalah kata-kata terakhir aku. Status terakhir aku. Dan aku berhenti untuk mengatakan mengenai engkau." Agar aku dapat melupakan kau. Lesapkan kau dari fikiran aku. Aku nak terus membenci kau tanpa sebab. Buang kau dalam pusat pelupusan pemikiran agar kau luput sampai akhirnya. Maaf kerana aku ego, beraninya hanya di sini. Aku mahu kau membenci aku. Aku sengaja himpunkan segalanya di sini agar kau turut menyingkir dan memulau aku. Pulaukan aku sebagaimana pernah aku merasakannya atau juga pernah kau rasakan suatu ketika dahulu. Aku tak tahu samada kau akan berkata tak bagus pulau memulau ini atau apa je lah. Itu semua bakal kau lakukan. Biarlah apa kau nak kata tentang aku nanti kerana aku cuba untuk buang igau ini. Aku cuba lupa, benci dan sudah kesekian kalinya aku berkata ungkapan ini. Maafkan aku berbuat begini.

Jangan percayakan aku kerana aku tidak pernah mempercayai kau dan aku tak pernah jujur dalam setiap ungkapan aku. Kau takkan menyukakannya.

"Aku mahukan yang percayakan aku dan jujur terhadap aku." - catatanmu pada 06032011

I remember back then, you asked me with stupid question,

"Siapa N tu?"

Guess what? Should I tell you that N is you. Yes, you bitch. You. Can't you guess it? Oh atau kau memang dah buta. Mana nak nampak aku.

"Entahlah. Kau tak kenal dia," jawab aku.

Inilah sejarah terbaru aku dan biarlah menjadi tanda tanya terbesar dalam hidup aku sampai bila-bila.

Sekian.

Yours truly,
Blue x

Tuesday, 29 October 2013

Panas Baran - Elak Atau Hapus

So, kali ini aku, nak kongsikan sebuah cerita mengenai panas baran. Ya, mengenai panas baran. Aku menggunakan cara bercerita sekali lagi. Bukan kiasan. Mungkin menggunakannya sedikit? Kenapa tidak. Atau apa-apa je lah. Asalkan aku bahagia.

Sikap panas baran (banyak kali diulang), merupakan sikap yang tak semua orang ada. Mungkin?
Sikap ini didefinisikan mengenai seseorang yang cepat naik angin, melenting dan tidak sabar.

Mengapa terlintas unuk aku berkata kali ini mengenai isu ini? Kerana ini penjelasannya.

Semasa berada di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, pelbagai penglibatan aku cuba ceburkan diri. Aku mencuba sebab aku taknak diklasifikasikan sebagai seorang yang lemah dan terus lemah tanpa berbakti kepada sekolah mahupun diri. Cukuplah masa lalu aku di sekolah lama tidak seorang nampak fungsi aku selain menjadi seorang pemimpin tetapi bersukan pun tak pernah nampak. Kata mereka dahulu.

Jadi kali ini aku bangkit, buktikan pada orang lain yang aku juga mampu. Dan sewaktu di SM Teknik Pasir Mas, aku turut menyertai acara padang iaitu salah satunya Petanque. Apa itu petanque?

Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan “boule” atau bola yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Bola akan dibaling mengikut cara-caranya untuk menghampiri sasaran yang berupa sebiji bola kayu yang berukuran seperti sebiji guli bagi membolehkan pemain mendapatkan mata permainan. Mata penamat bagi permainan petanque adalah 13 mata. Permainan petanque ini boleh dimainkan antara tiga pemain lawan tiga pemain, dua pemain lawan dua pemain dan satu pemain lawan satu pemain.

Perkataan “Petanque” adalah kacukan daripada perkataan Perancis “Pieds tanques” yang membawa maksud kedua-dua kaki terikat yang menggambarkan keadaan bilamana seseorang yang bermain petanque tidak boleh mengangkat kaki semasa melakukan balingan dilakukan.

Jadi, aku sangat teruja menyertai pasukan petanque sekolah pada masa itu kerana telah ramai yang mengikuti permainan ini, namun hanya beberapa orang yang terpilih sahaja akan disenarai pendekkan oleh 2 orang Pelatih iaitu Cikgu Zubaidah dan Cikgu Kamariah (Cik Kam).

Setiap petang, latihan dan pemilihan secara berperingkat akan dilakukan. Tak kurang hebatnya Shayid, Saiful Ikmal, Sharul Izan dan Nazirul yang menunjukkan pengalaman mereka sewaktu menimba ilmu dengan senior sekitar tahun sebelumnya (2010).

Pada mulanya, permainan yang dianggap suka-suka dan menghiburkan menjadi semakin serius apabila debaran pemilihan serta penyingkiran bagi menetapkan 6 pemain tetap berlaku. Ketegangan dan kesabaranlah yang perlu diutamakan waktu ini. Senarai calon yang lain memang mudah untuk disaingi tetapi pemilihan tidak sahaja tertumpu pada kemahiran tetapi secara amnya melihat juga kepada sikap inidividu mengawal mental dan fizikal masing-masing.

Setiap kali game dijalankan, kami semua akan ditentukan kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 3 orang. Aku bertukar-tukar pasangan kerana tujuannya adalah Cikgu Zubaidah dan Cik Kam mahu melihat keserasian di antara kami semua bersama pasangan mana. Pemilihan pasangan perlu dan penting agar kami merasa selesa dalam 6 yang terpilih. Juga selain utnuk mewujudkan chemistry antara kami. 

Skip, skip, skip dan skip sehinggalah ke minggu terakhir pemilihan. Senarai nama 6 terpilih akan diumumkan sebaik sahaja jam menunjukkan 1830. Shayid, Saiful Ikmal, aku, Sharul Izan, Nazirul serta seorang lagi budak Form 4 yang dah aku lupa namanya. Secara kasarnya, kami berlima adalah pengawas sekolah.

Skip lagi, sehinggalah waktu latihan. Kami berenam digandingkan mengikut formasi plan yang telah dirancangkan oleh Cikgu Zubaidah dan Cik Kam. Mereka mempunyai plan tersendiri bagi memilih siapa yang bakal menggantikan bekas anak murid mereka yang tiada calangnya tahun yang lalu. Setelah pemergian senior kami itu (tak pernah aku kenal), maka Cikgu Zubaidah dan Cik Kam perlu mencari pewaris legasi yang seterusnya. Adakah kami berlima yang dicarinya?

Setelah latihan demi latihan dilakukan, aku akui bahawa permainan yang makin tegang dan sangat serius ini menyebabkan sikap panas baran aku secara automatiknya menjelma. Siapa tak kenal panas baran aku dalam asrama? Penghuni Blok Tingkatan Empat pasti takkan pernah lupa siapa yang akan menjerit, memaki hamun dan menghambur kata-kata kesat kepada mereka dari bawah blok mereka ataupun dari blok Tingkatan 5 yang dipisahkan dengan Blok Tingkatan 4 melalui Dewan Makan ditengahnya. Dan mungkin rakan seperjuangan pemimpin asrama yang lain ingat aku pernah naik angin sehingga hampir pengsan dan muntah-muntah? Okay next.

Berbalik kepada Petanque sebentar tadi. Aku cukup ceria pada awal permainan. Namun apabila gandingan yang tidak kena, perancangan tidak tersusun, aku mudah melenting. Aku memaki hamun secara berhemah di hadapan ke dua pelatih. Mengomel sendiri sebenarnya.

"Ingat, permainan ini memerlukan kesabaran mental yang tinggi. Kalau awak gagal mengendalikannya, kecundang awak semua sewaktu perlawanan nanti." - (Cikgu Zubaidah, 2011)

Bagi yang melihat kami bermain permainan ini, mereka menganggap permainan ini cukup mudah. Tetapi hakikatnya, permainan yang perlu di kawal melalui mental ini cukup memeritkan. Psycho adalah misi utama para penentang kita.

"Awak main saya tak cakap tak bagus. Kami mahu memilih awak sebab awak ada kelebihan sendiri daripada 4 pemain 'senior' tersebut. Tetapi awak kena pandai kawal emosi. Kami berdua susah nak buat penilaian siapa yang akan duduk di Top 3." - (Cikgu Kamariah, 2011)

Ya, hanya 3 sahaja yang layak ke Peringkat Negeri. 3 lagi akan menjadi pemain simpanan. Keputusan Top 3 akan diberitahu sewaktu Perlawanan Peringkat Negeri berlangsung. Pada pagi tersebut, semua masih tertanya-tanya siapa yang bakal dijadikan pemain tetap. Kami semua di bawa ke SM Teknik Bachok dan setiba di sana, keputusan telah di buat. Shayid, Saiful Ikmal dan...

Top 3 di minta bersedia sebelum permainan. Segala kelengkapan dan persiapan dilakukan. Mental dan fizikal harus disetkan kepada tahap optima. Tidak dinafikan, beberapa pelatih lain turut menyapa pasukan kami. Mereka seakan memberi persoalan di dalam renungan mereka "Adakah kami akan mendominasi gelanggang kali ini."

Top 3, bergerak dari satu gelanggang ke satu gelanggang. Cabaran yang selalu diingatkan selain  Psycho adalah cuaca. Cuaca yang tak menentu membolehkan ketegangan makin terasa. Tambahan pula cuaca panas terik. Makin menguji ketahanan mental setiap pemain. Sebelum sempat, jarum jam menunjukkan pukul 1 tengahari, pasukan SM Teknik Pasir Mas sudah mengundurkan diri daripada gelanggang.

"Kesilapan kami adalah memilih dia. Sukar untuk memilih antara awak dengan dia pada mulanya. Tetapi sekarang baru saya sedar." - (Cikgu Kamariah, 2011)

Kerana panas baran yang aku tunjukkan pada sesi latihan menyebabkan pemilihan Top 3 berpihak kepada insan yang lain. Sharul menunjukkan sikap tekun semasa membuat perancangan semasa latihan tetapi ketekunan itu memakan dirinya sewaktu di gelanggang sebenar. Dia banyak melakukan kecuaian dan antara punca mengapa mereka mengundurkan diri sebelum waktu getir.

Pada saat itu, aku kesal. Kata pelatih, kerana panas baran yang aku ada lah mengapa aku tak dapat peluang tersebut. Hanya kerana itu. Peristiwa lalu mengajar aku untuk berubah sikap.

Persoalannya, elak atau hapus?

Pada mulanya aku cuba mengelak dan mengelak. Lama kelamaan aku cuba hapuskannya. Mungkin masih berbaki sisanya. Aku pun tak pasti. Yang pasti aku akan berdiam tatkala aku mula melenting. Mohon maaf kepada sesiapa yang pernah melaluinya. Aku berleter lebih senang daripada aku jadi panas baran seperti dulu.

Dan kepada dia yang mempunyai sikap yang berkemungkinan ada di dalam diri. Cuba atasi kerana tiada guna sebenarnya. Sedangkan pada hakikatnya aku tidak pernah lihat lagi.

Yours truly,
Blue x

Saturday, 26 October 2013

Jarak - Pengajaran dan Pembelajaran Perpisahan

Aku rasa macam sebelum-sebelum ni entah ada orang faham atau tak apa yang aku post (sekitar bulan ni). So kali ini aku akan menghurai sendiri tanpa jawapan dari sesiapa. Barangkali, aku bukan lagi sesiapa. Aku ingin menggunakan pendekatan berbeza iaitu bercerita. Jadi, ini dia.

Jarak - Pengajaran dan Pembelajaran.

Matematik mengajar apa itu tambah, tolak, darab serta bahagi secara asasnya. Lanjutan itu, diperkenalkan pula pelbagai ilmu hisab bagi kita mencongak dan mengasah minda. Tidak lupa juga antara silabus subjek ini-- Jarak.

Sentimeter (cm), meter (m), kilometer (km) dan sebagainya.

Makin berganjak usia, makin kompleks jarak itu. Setuju? Nah, mungkin ada yang tak bersetuju. Tak apalah. Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing. As I mentioned dekat post-post yang sebelum ni. Aku hanya menyuarakan pandangan aku.

Sekali lagi, aku mengaitkan soalan di atas berkenaan dengan hati. Mungkin cuti semester kali ini aku banyak menghabiskan masa memikirkan dan menyoal mengenai hal-hal yang sebegini. Ya, mungkin aku mendapat komen yang tidak aku tahu samada pada aku atau siapa. Namun aku ambilnya sebagai positif.

"Bosannya. Kau asyik point benda yang sama. Kalau bawak ke mahkamah pun hakim mesti bosan."

Aku tak kisah, sebab aku hanya ada modal ini sahaja ketika ini. Dan aku bukan professional. Aku hanya menulis apa yang terlintas.

Berbalik kepada Jarak. Aku dah menyimpang sebentar tadi. Jarak membawa banyak ertinya. Kerana jarak kita boleh berpisah. Kerana jarak kita boleh bersatu. Dan kerana jarak, kita memikirkannya. Jarak mungkin jurang. Jarak juga mungkin jaring. Dan jarak mungkin jejak. Fikir sejenak. Jarak yang memisahkan kita mungkin sebagai suatu pengajaran dan pembelajaran. 

Mengajar kita tentang erti kejauhan, merindui dan memerlukan. Melalui itu kita belajar berdikari, kematangan dan mencintai. Aku tak punya hak untuk berkata mengenainya jika aku sendiri tak tahu apa itu jarak. Tetapi aku bawakan jarak itu melalui pengalaman aku sendiri.

Aku pernah dipisahkan bersama adik-beradik kandung aku melalui jarak yang merentang dari bersua muka.
Aku pernah dipisahkan melalui cantasan populariti yang melalaikan aku suatu ketika dahulu.
Aku pernah dipisahkan melalui pengasingan hidup berkeluarga di hantar ke asrama.
Aku pernah dipisahkan waktu mengenal soal hati.
Dan aku, aku pernah terpisah kasih yang takkan aku temui lagi setara dengan kasihnya seorang ibu.

Melalui perpisahan jarak itu, ianya mengajar aku dan aku belajar melaluinya.

Terpisahnya aku dengan adik beradik kandung aku--
Mengajar aku merindu pertelagahan antara aku, Kak Long dan Abang Ngah. "Walau dicincang air, takkan putus," barulah aku faham maknanya setelah berpisah.

Terpisahnya aku melalui cantasan populariti--
Mengajar aku melihat di cabaran dunia luar sebenar selain ditempat yang boleh aku katakan zon selesa, dikenali ramai. Dan cantasan ini aku telah diajar bagaimana hendak naik semula setelah berlaku kejatuhan. Aku di hantar ke sekolah Teknik menjadikan aku lebih banyak berfikir.

Terpisahnya aku dengan kehidupan luar melalui asrama--
Aku diajar bagaimana mengenali secara lebih dekat kehidupan sebenar berasrama. Aku menggalas jawatan Penolong Ketua Pengawas dalam sekelip mata mengalahkan pengawas senior yang bagi aku lebih layak menggalasnya. Dan aku berdikari bagaimana untuk menangkis permasalahan sebenar serta di asrama itulah aku berjumpa dengan seseorang yang biarlah aku menamakan insan tersebut sebagai "Kekuatan".

Kerana soal hati, aku memilih untuk terpisahnya melalui jarak--
Aku mengenalinya hampir saban hari dan aku memilih untuk membencinya melalui perpisahan jarak ini. Kerana jarak mengajar aku untuk menerima hakikat yang sesuatu bakal berlaku dalam perhubungan bila jarak menjadi aralnya. Sehingga kini aku berfikir.

Kerana perpisahan yang telah ditakdirkan, aku merindui belaian kasih seorang ibu seusia kecil aku. Aku tabah menerimanya. Tetap menerimanya walaupun aku tak kuat tatkala memikirkannya. Melalui jarak sekarang, 1 bulan lebih sebelum masanya tiba kembali jejak aku ke semester baru, aku masih mampu berkata-kata. Aku masih setia dalam mengingati senarai nama terpenting hidup aku. Namun, apakah yang akan berlaku di dalam jarak 6 bulan mendatang setelah masuknya semester baru?

Aku tahu, suatu perpisahan yang menyebabkan aku menitiskan air mata bakal berlaku. Aku tertanya mengapa perlu aku kenal engkau di waktu sebegini?

Sebuah percintaan, sebuah kasih, sebuah sayang, sebuah persahabatan dan sebuah kehidupan.

"Jarak yang aku bawakan kali ini adalah jarak kepedihan perpisahan."

Yours turly,
Blue x

Mann - Hati

Sekitar tahun 1997 - 1999 menyaksikan sebuah filem pecah panggung mengisarkan sebuah Cinta Perkapalan, Rose dan Jack (Kate Winslet dan Leonardo DiCaprio) di sebuah kapal bernama Titanic. Mengangkat genre Epic dan Romance menjadikan filem ini hampir ditonton segenap masyarakat. Tarikan filem ini tidak dapat dipertikaikan lagi. Tengok berulang kali pun, masih menitiskan air mata. Okay lupakan.

Dan pada tahun 1999, sekali lagi sebuah cerita lebih kurang Cinta Perkapalan juga dibawakan kepada peminat Bollywood. Lagi pula ketika itu, Musim Hindustan tak dapat dinafikan sedang melanda sekitar Asia Tenggara.

Cerita yang dimaksudkan adalah Mann yang bermaksud hati. Cerita ini juga pada awal babaknya, Dev karan Singh (Aamir Khan), seorang kasanova yang sedang dibelenggu hutang bersetuju untuk menikahi Anita (Deepti Bhatnagar), anak perempuan Singhania (Dalip Tahil), seorang usahawan berjaya.

Priya (Manisha Koirala) dan Dev bertemu dalam sebuah kapal. Di situ, mereka mula berkenalan. Dev merupakan seorang lelaki yang suka bermain kata-kata dengan mana-mana wanita yang ingin dipikatnya. Setelah bertemu Priya, mereka jatuh hati.

Tempoh akhir pelayaran tersebut, mereka telah berjanji bahawa mereka akan bertemu semula selepas 6 bulan di tempat yang telah dijanjikan.

Di dalam tempoh itulah pelbagai peristiwa berlaku.

***

"6 bulan mendatang, apakah yang akan berlaku pada hati?"

Aku mula berkata-kata pada diri sendiri-- apa yang akan berlaku kepada hati aku sendiri pada enam bulan yang mendatang. Ditinggalkan lagi atau disambut untuk kekal dijaga sama. Jelas bahawa sekarang masih tiada jawapan yang boleh aku ramalkan. Tiba-tiba aku rasa macam sayu sendiri mengenangkan apa yang telah terjadi dan bakal terjadi. What's gonna happen next in my life?

Adakah akan belayarnya pergi?

Yours truly,
Blue x

Friday, 25 October 2013

Penipuan

Hari ini aku tak bercadang nak tanya dia apa-apa sebab terlampau kerap sangat karang tanya soalan random pun tak sedap jugak. Kiranya hari ni memang nak bebas daripada dia. Kalau ikutkan, dah seminggu lebih tanpa henti kacau privasi hidup orang. Biarlah dia pergi mana-mana dia suka. Tak nak masuk campur sekejap.

Kebiasaannya, aku akan hantar setiap persoalan random tu tepat pukul 12 malam. So, kiranya dia kena dan akan standby lah masa tu. Kalau dia sedarlah. Tapi macam aku cakap tadi yang aku tak berniat nak hantar apa-apa pun. So, boleh pergi tidur ke apa.

Suddenly, beberapa minit lepas pukul 12, dia hantar satu mesej. Aku pulak yang menggaru kepala. Sebuah persoalan dilontarkan kepada aku.

Mengapa ramai manusia yang menentang penipuan merupakan yang melakukan penipuan?

Aku tak ambil keputusan untuk terus reply mesej dia. Boleh pergi baring dulu atas katil, merenung menghadap siling. Buka tingkap dan tengok bulan tengah mengambang masa tu. Agak-agak dah ready, aku capai phone semula. Lantas aku beri jawapan aku tersendiri yang aku tahu bukan seperti yang dia nakkan.


"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua."

Penipuan merupakan sebuah tindakan atau perbuatan menipu. Mungkin orang lain atau diri kita sendiri? Berbohong? Secara tuntasnya, manusia mengenali penipuan tu sejak azali lagi.

Penipuan dan manusia berpisah tiada.

Manusia sering bertindak. Bertindak membutakan melalui penipuan. Mungkin secara sedar atau separa sedarnya, manusia terlatih untuk menipu dan di tipu diri sendiri atau oleh orang lain. Mengikut perspektif yang diunjurkan pembentangan dalam fikiran, aku bawa maksud yang tersendiri. Bagai seorang yang menzahirkan tidak suka melakukan penipuan tetapi hakikatnya dia sedang melakukan tindakan tersebut.

Well, I don't know penipuan apa yang dimaksudkan dalam pertanyaan tersebut. But, you know dalam keadaan kita yang sekarang ni aku boleh nyatakan sebagai cara apa yang di depan mata. Tak tahulah ada benda lain lagi. Atau lebih mudah, perkara ni lebih senang difahami mungkin?

Konteks yang terlintas dalam kepala aku maksudkan adalah ibarat seseorang yang berselindung di dalam perasaannya sendiri. Seakan berpura. You feel something to someone but you deny it. Nah, maybe I don't talk about apa yang kau sedang fikir tu (or maybe yes).

Perasaan tidak pernah menipu. Tetapi berpura mempunyai banyak sisi makna. Kenapa berpura sedangkan hakikatnya tahu bahawa ia merupakan sebuah penipuan atau jelasnya hipokrit. Tak siapa yang mengajar kita menipu, berpura, hipokrit tetapi berbalik kepada asalnya iaitu diri sendiri yang mengajarnya.

I'm so sorry if this macam tak kena je. But, at least boleh jawab serba sedikit. Kalau tak kena pun, nak buat macam mana.

Kadang-kadang kita menentang penipuan tu demi kebaikan diri kita sendiri biarpun sebenarnya kita tengah lakukan penipuan tersebut. Demi kebaikan-- kita terpaksa menipu. Apa je yang terbaik untuk dilakukan selain itu? Bercakap jujur tapi memedihkan dan memecah belahkan? Andaikanlah penipuan itu yang lebih berhak pada saat tersebut. Mungkin.

Aku tinggalkan kata-kata tersebut dengan rasa yang bersalah. Seolah aku sedang bercakap soal aku. Yang sedang dan lagi hipokrit. Lalu aku terus ke katil semula dan membiarkan dia sendirian di situ.

"Jangan tipu diri sendiri," dia tinggalkan pula lagi satu ayat penyata yang membawa persoalan kepada aku.

Yours truly,
Blue x

Thursday, 24 October 2013

Buaya Darat - Memperguna atau Mempermain Hati

Buaya Darat, mempermain atau memperguna hati?

"Tujuan boleh menyebabkan kedua-duanya releven. Sesetengah permainkan hati kerana sifat sukakan perhatian dari inidividu yang lain.

Boleh juga pergunakan hati untuk tujuan lain, sebagai contoh; Ali dimainkan oleh Siti. Abu pergunakan hati Siti untuk dihancurkan sebagai dendam rakan karibnya, Ali."


Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Aku masih lagi menunggu jawapan daripada dia. Aku sangka dia takkan reply sebab mungkin dia dah malas nak jawab. Tapi tiba-tiba, notification phone berbunyi. Cepat-cepat aku bangun dan mendapatkan phone yang tengah charge dekat atas meja. Aku macam berharap dia akan reply lagi panjang tapi tak. Biasa je. Aku macam tergaru jugak kepala nak fahamkan ayat dia ni. Biasalah, pukul 4 pagi macam ni kadang-kadang sel otak tak berhubung.

So, back on the topic.

Buaya darat-- lelaki yg suka menukar-nukar pasangan wanitanya dan meninggalkan mereka setelah dinodai; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Itu kalau buaya darat. Tapi kalau haiwan yang bernama buaya, dia memang hidup dua alam-- darat boleh, air boleh. Okay, tak ada kena mengena.

Apa yang cuba aku sampaikan dekat sini adalah apa dia Buaya Darat ini sebenarnya?

Secara logik, ideologi yang sering dihidangkan kepada kita adalah seorang lelaki yang memainkan atau menukar pasangan secara sewenang-wenangnya ibarat pakai buang. Pakai bila perlu, buang bila tak guna.

"Habis madu, sepah di buang?"

Mengapa aku ungkapkan, memperguna atau mempermain hati? Secara ringkasnya, mereka-mereka ini adalah individu yang mempergunakan pasangan mereka sesuka hati. Mempergunakan mengikut kehendak hati. Mempermain hati pasangan tanpa memikir perasaan individu yang menjadi mangsa dia. Mempermain-mainkan hak hati.

Okay kejap. Aku kena chill. Tiba-tiba aku rasa macam nak meluap to talk about this thing. Macam sangat relatable pulak dengan kehidupan yang lepas. Ya ke? Aku sendiri tak tahu kenapa dan mengapa sebenarnya. Jelas, sesuatu yang terselindung. Aku tak menyalahkan sesiapa. Mungkin ini yang perlu diterima oleh mangsa-mangsa buaya darat di luar sana?

Sorry, aku rasa aku kena berhenti nak bercakap panjang lebar berkenaan ni.  Kepada seseorang, kekallah perubahanmu.

Buaya Air.

Yours truly,
Blue x

Wednesday, 23 October 2013

#NAAEK: Nadim. Anonim. Abstrak. Ekstrapolasi. Kompleksiti

"Nukil. Agung. Abadi. Emansipasi. Kolaborasi"

Dekat post yang lepas, aku tak terangkan dengan nyata dan jelas kenapa aku mendefinisikan "NAAEK" kepada Nukil, Agung, Abadi, Emanispasi, dan Kolaborasi. Sebab rasa macam sedih sangat dulu masa nak menaip. Mana tidaknya, pasal sahabat kot? Here we go.

NUKIL - Kita berlima menukil cerita yang tak pernah dijangka sama sekali sepanjang hampir memasuki penggal yang tidak berpenghujung.

AGUNG - Persahabatan ini kita agungkan. Persahabatan ini kita utamakan. Prima NAAEK itu sendiri menjadikan kita dekat satu sama lain.

ABADI - Pertalian ini, keakraban ini kita kekal abadikan dalam sanubari. Takkan terpisah selagi masa masih ada, tanpa aral melintang.

EMANSIPASI - Bebas atau emansipasi. Satu saat bersama kita bebas bersuara, bertindak dan bebas berfikir siapa kita di dalam kehidupan ini.

 KOLABORASI - Segala yang berlaku kita bersama. Kita sering bergabung mental dan fizikal walau di mana keberadaan jasad ini. Sedari NAAEK mungkin sempurna terlihat satu sama lain.


So, kali ini aku bawakan pula sisi lain NAAEK tu sendiri.

"Nadim. Anonim. Abstrak. Ekstrapolasi. Kompleksiti"

Nadim kita mempercayai, membina ukhwah tanpa memikir latar belakang mahupun sejarah hitam. Mengenal hati budi, sikap dan melengkapi kekurangan diri. Aku sedar bukan senang untuk menerima siapa aku. Tapi mereka menghakimi aku seadanya dan menerima aku apa adanya.

Kita membina anonim kita tersendiri. Kita kekalkan panggilan kita. Maka terbinalah NAAEK yang aku sangat takut akan kehilangannya. Anonim yang kita ungkapkan Bella, Alfiqah, Aanina, Epulina, Kecikaro membuat kita tergelak tawa. Okay, part ni malu sebenarnya. Berdekah aku nak tulis.

Sebuah erti yang tidak dapat dinyatakan. Abstrak-- tidak dapat kita terterakan apa itu NAAEK sendiri. Susah ditafsirkan dalam bentuk, objek, jasad mahupun sesuatu yang mampu dilihat dan disentuh. Abstraknya persahabatan kita. Ibarat tiada tanding taranya.

Namun, pernah kita terfikir masa hadapan kita? Jangkaukah pemikiran kita ke arah relungan masa hadapan? Kita mampu membina seribu kata, seribu kenyataan, seribu fakta bagi menjangka di masa akan datang. Tapi mampukah kita lihat tersendiri ekstrapolasi NAAEK suatu hari nanti? Hanya mampu berdoa.

Sesungguhnya, kerana kompleksiti hubungan kita ini menjadikan kita semakin cekal, akrab dan senantiasa bertaut dalam untaian yang tidak mampu dileraikan walau sekompleks mana sekali pun. Urat darah yang mengalir seakan sudah tersalurnya perkataan NAAEK itu.

Biarkan waktu berputar merentangi arus perdana. Kita kekalkan persahabatan kita.

NAAEK akan mati terkubur di dunia tapi tidak mati dalam kenangan.

Tuesday, 22 October 2013

Menaip dan Menulis - Percambahan atau Penjanaan

Hari ini adalah hari kedua. Seperti biasa, aku akan tinggalkan dia dengan satu pertanyaan yang sangat random setelah berjam-jam lamanya text to each other. Aku tak tahu lagi kenapa aku perlu buat semua benda macam ni. Tapi aku rasa, aku suka tentang satu perkara-- dia takkan pernah "tidak" pada setiap kalinya terzahir setiap persoalan aku.


Menaip dan menulis, percambahan atau penjanaan?

"Percambahan yang akan menjanakan idea baharu dalam memastikan fikiran terus mendapat ilmu yang baru."

Pengolahan yang diberikan sangat mendeklarasikan erti. Tidak ada yang perlu menyangkal kebatilannya. Sebab setiap orang mempunyai pandangan masing-masing tentang setiap perkara yang berada di kotak pemikiran. 

Menaip dan menulis, kedua-duanya merupakan sebuah tindakan atau perbuatan. Yang membezakan kedua-dua tersebut adalah menaip menggunakan papan kekunci melalui mesin dan menulis menggunakan pena. Ada yang suka menulis atau ada yang suka menaip. Well, dalam dunia serba moden macam ni, I guess menaip tu lebih mudah daripada menulis.

Kewujudan blog dan beberapa medium lain yang bersepah dekat Internet ni lagi kukuh untuk orang lebih memilih menaip daripada menulis. Oh kejap, maksud aku dalam konteks menulis dan menaip ni kiranya dalam bentuk penulisan kreatif atau menulis diari mungkin? Bukan apa-apa yang lain.


Menulis dan menaip perlu dalam menjadi seorang penulis yang dihormati. (Asmadi Hussin, 2011)


Dulu, sebelum aku kenal Internet dengan kehidupan ada blog ni, memang setiap malam aku gigih menulis diari dalam buku tulis sekolah yang ada lebih tak guna. Kalau dapat kumpul duit lebih sikit, baru pergi ke stationary shop, beli buku yang elok dan cantik. Disebabkan dah lama menulis dan dah biasa mencatit dalam buku, jadi aku memang rasa janggal kalau terlalu fokus menulis dekat blog pada awal-awalnya.

So basically, aku menulis bagi mencatat dan aku menaip bagi merekod. Mencatat dan merekod merupakan tabiat yang aku rasa tak pernah jemu nak buat. Sebab angan-angan aku suatu masa dulu, kalau contohnya semua catatan aku ni dapat compile dan jadikan buku memang berbaloi sangatlah. Siapa je yang suka menulis tak ada niat nak keluarkan buku, right? Ke aku je berangan ni.

Prasasti aku di sini.

Setiap kali menulis, aku menjana pemikiran, mencatat segala terlintas serta aku gembira melihat gerak tari pena tersebut. Setiap kali kita menaip sebenarnya bagi aku, kita mencambah idea dan merekod mengikut pancaindera yang ada ni. Bagi aku, kalau setiap kali aku menaip, aku terhibur dengar bunyi keyboard. Dia macam muzik yang tersendiri untuk aku. Me being crazy.

Penjanaan minda, percambahan idea. Suburnya pucuk kerana air menjana percambahan benih. Menulis serta mencatat refleksi penjanaan serta percambahan ilmu.

Oh by the way, to my beloved kakak saudara, Kak Zahirah novelis Nota Adania, yang sering menyokong aku sebagai seorang penulis which aku yang selalu tertipu dalam penerbitan catatan pertama aku, terima kasih. Entah bilalah orang nak berhenti menipu dalam dunia penerbitan buku ni. Dah letih asyik di tipu publisher.

Dan juga kepada dia yang turut berdansa di gelanggang papan kekuncinya tersendiri melalui eksperimental adiwiranya, semoga berjaya. I know you can do it better than anyone. 

Catatan Hati.

Yours truly,
Blue x

Monday, 21 October 2013

Tentera - Pejuang atau Penghambaan

Satu mesej di hantar. Aku tak tahu kenapa selepas menelaah segala benda yang ada pada blog dia, aku cuba kumpulkan beberapa kata-kata utama dan bertanya pada dia. Entahlah, aku tak tahu sebab apa aku ada keberanian ini.

Perbezaan: Tentera Laut dan Tentera Darat, pejuang atau penghambaan?

Perbezaannya adalah Laut dan Darat. Pokok pangkalnya, kata dasar kedua-dua tersebut adalah Tentera. Yang membezakannya pula adalah Laut dan Darat.


Sebuah deklarasi yang diberikannya adalah "Mungkin pekerjaan dalam aspek perjuangan."

Tentera dan Perjuangan merupakan istilah yang sinonim. Apabila melibatkan Tentera maka secara tidak langsung ia berkait rapat dengan Perjuangan. Aku melihat dan mengukurnya dari sisi kaca mata sendiri. Secara jelasnya, Tentera juga melakukan Penghambaan. Penghambaan? Kita alihkan maksud sebenar "hamba" itu dan kita positifkannya. Penghambaan yang aku petikkan ini mengingatkan aku pada ungkapan ini.


"Tentera, Pejuang dan Hamba."  (Asmadi Hussin, 2010)


Puas aku berfikir saban hari. Dan aku terpukul dengan kata-kata tersebut. Dari kecetekan pemikiran, kenapa tentera dikatakan hamba? Sedari itu, aku menelaah dan membelek helaian demi helaian putih dan digital. Menghurai kata yang dilontarkan secara umum.

Naifnya aku tidak berfikir secara wajar. Lalu aku cuba untuk mendapatkan kepastian tersebut. Cikgu Asmadi sedia menanti rupanya, siapa yang bakal mempersoalkan kenyataan dia tempoh hari. Dan dia sudah bersiaga yang disertakan jawapannya.


"Hamba secara kasarnya bererti sengsara. Tetapi dalam pada saya ianya aman. Awak cuba fikir sejenak, penghambaan kepada Allah? Amannya hati berhambakan pada Allah. Tentera dan Penghambaan saya definisikan Keamanan."


Mereka menghambakan diri sebagai pejuang keamanan. Dia cuba menyampaikan apa yang tersirat. Aku terdiam sebab aku tahu, dia sedang mengolah lagi pemikiran anak muridnya ini untuk berfikiran lebih jauh. Makna asal tidak menghadkan penggunaannya. Jangan terlalu bergantung pada satu kata dasar untuk memahami.

Juga kepada dia, moga M16 dan sebagainya itu bakal kau genggami.

Tentera Hati.

Yours truly,
Blue x

Sunday, 20 October 2013

Aidiladha 2013: Pengorbanan

Insan yang sama menaip di sini. Blue.

6 hari berlalu. Berlalu daripada Aidiladha 1434H. Mungkin sekarang merupakan suasana bertemu keluarga tercinta mahupun segalanya yang mengeratkan silaturrahim, mungkin. Mungkin apa sahaja yang membahagiakan mahupun menderitakan.


Erti Aidiladha: Kosong

Kosong dalam perasaan yang tiada maknanya. Konteks yang hilang dalam persuratannya. Lemah tak berdaya meraikannya.

Episod lalu seolah tidak wujud dan seakan sebuah prekuel yang akan diterbitkan entah bila waktunya. Skrip sudah siap namun pelakonnya sudah hilang lesap di alam tidak bermaya.

Beradu di dalam dimensi yang tidak berdinding, bermimpi dan melayari bahtera menuju pembayangan prekuel tersebut:

"Mak, harini ada apa dekat taman?"
"Kamu pergi lah ikut Shima, Kak Shahirah, Arif, Piqah, anak Cik Zah semua tengok diorang sembelih lembu."
"Ohhhh, ya ke? Nak tengok! Nak mandi, nak siap-siap! Mak mana baju raya?"
"Mak dah gosok dekat dalam bilik tu. Mandilah cepat. Siap-siap. Nanti kawan kamu sampai, kamu terkial-kial lagi baru nak bersiap. Cepat."
"Baiklah Kak Biahhhhhh!"
"Cepat. Kejap lagi kawan-kawan dah nak sampai tu."
"Okay Mak! Okay dah siap mandi. Baju, baju, baju, ba....ju?" watak ini terdiam dan memendam perasaan. Dia marah dan mahu membentak.

"Kenapa baju raya ni sama mak dengan baju raya haritu?"
"Kan raya haritu pakainya sekejap je? Pakailah sekali lagi."
"Alahhhhh! Semua pakai baju baru! Nanti malulah orang! Taknak raya!"
"Kamu ni, raya tahun depan kita belilah baju baru. Mak takde du..."
"Ahhhh penipu! Biarlah mak tak sayang orang!" watak ini kemudiannya berlari dan mencampak baju itu selepas dipijak semahunya-- di depan mata seorang insan bergelar Mak.

"Assalamualaikum... Epulllllllllll pul pul pul pul~ Jomlah raya! Pergi taman tengok orang sembelih!"
"Jappppp! Aku nak siap ni!" watak kembali mendapatkan Mak. "Biarlah Mak! Hmmm Mak saja je buat Epul takde baju kan? Bye bye, nak keluar!"

Mata tersedar.

Mampukah aku bertahan mengenang imbasan lalu yang aku tahu sebenarnya aku bersalah. Erti sebuah pengorbanan arwah Mak tetap aku takkan pernah lupa walau sedetik. Seusia kecilnya aku tak mampu berfikir jerih yang Mak lalui. Pengorbanan Mak yang dipersiakan dunianya.

Dan aku berkorban kasih terpisah sekian lamanya. Berkorban atas pemergian yang takkan tanah itu tergumpal menjadi sama sepertinya lagi.

Mak, orang mintak maaf.

1963 - 2005.

Yours truly,
Blue x

Tuesday, 15 October 2013

Epilog: Halaman Ketiga Lendu

Perit jerih yang aku renangi ternokhtah pada 13 Oktober yang lalu.

Menyaksikan Prolog yang tiada hentinya berharap dan sering berharap. Dalam harapan-- aku memulakan langkah dengan mencari rakan seketawa di dalam alam maya. Mengharap agar samanya aku ketawa di dalam maya, sama seperti tawanya di dalam realiti. Pedih apabila hakikatnya tak seperti yang aku jangka. Ternyata aku cuma insan biasa-- tidak teristimewa pada sesiapa.

Kemudian aku berada di sebuah pulau yang diciptakan barisan kebencian. Aku melebihi bayangan. Sedih dengan penghidupan yang berharap agar diterima kerja tetapi sebenarnya tidak. Lalu aku memilih untuk mematikan diri.

Ujian yang masih berbekas sisanya membuatkan aku terlantar dalam jangka waktu yang aku tidak tahu pendek panjangnya. Melihat tangan yang sakitnya mencengkam hirisan dicium tanah. Harapan aku agar sembuh.

Cinta yang tidak mengenal batasnya kembali menghambat nafsu. Sakit menerima. Derita membenar. Khayalan semata. Susah untuk aku cuba aku menghalang. Dan semua menyebabkan rasa aku terhuyung-hayang.

Mengejar seribu kemahiran sehinggakan lupa pada tuntutan. Penyaksiannya melihat tanda itu. Rasakan sendiri kejatuhan mendadak. Inikah tujuan aku ke sini?

Mencapai mimpi igauan aku. Setia dan berusaha. Dendang alunan. Gelaran dan kilauan. Aku mengejarnya seperti idaman aku.

Dan pengakirannya bila aku sendiri terkandas dalam sebuah perasaan pada N. Kenapa? Dan aku tahu sebenarnya aku yang salah. Hentikan, hentikan.

Masih di dalam Epilog yang sama seperti sebelumnya, kah?

Yours truly,
Blue x

#NAAEK: Nukil, Agung, Abadi, Emansipasi, Kolaborasi

Sekali kita bersama, selamanya kita akan tetap bersama.

Di kehujungan waktu yang lama aku nantikan, setelah 3 halaman berlalu, ketika inilah terdetiknya untuk aku bertinta. Bertinta bukan sekadarnya seperti desir hamparan waktu, namun tidak juga untuk mengombakkan perasaan yang selama ini karam dalam fantasi.

Kita berkayuhan dalam erti desakan tugas sendiri yang kita lalukan.

Nukil, Agung, Abadi, Emansipasi, Kolaborasi -- demi melengkapi kekosongan ruang. Demi menjaga dan teguh bersama. Dan demi setelah terbinanya satu sampan yang bermudikkan persahabatan.

Jatuh, bangun kita bersama.
Suka, duka kita bersama.
Sakit, senang bersama.
Canda, tangis, ketawa, damba kita bersama.
Tetaplah selalu bersama.

Sayangnya sebuah ikatan hingga segala peribadi di dalamnya kita kongsikan. Pertalian yang hingga saat ini makin menelan masa. Walau berbeza antara kita mengilustrasikannya, berbeza kita mengalunkannya, berbeza mengoraknya-- tetaplah bersatu.

Kematangan kita konkritkan.
Hentakan biduk sama kita palukan.
Walau 5 hati berasingan.

Biarlah masa menentukan haluan kita. Jika tidak mampu kita tentukan haluan masa.

"N.A.A.E.K"

Yours truly,
Blue x

Tuesday, 8 October 2013

Berbelah Bahagi

Tika dan saat ini, aku berbelah rasa, berbahagi kasih. Yang mana aku mahukan, yang mana aku perlukan. Nokhtah tidak aku temui. Buntu makin ku kecapi. Mengejar bayang yang terbitnya pada bulan dan terbenamnya pada mentari. Persoalan yang tak tertanda pada kertas objektif. Tidak sekali.



Terima kasih kerana mewakili kata-kata aku.

Yours truly,
Blue x

Saturday, 5 October 2013

Bukan Untuk Aku

"Kau tahu sebab apa? Sebab aku sayang kau."

Aku terdiam saat tu. Waktu terhenti dari berputar.

Apa maknanya sayang tu? Bagi kau dia macam gula-gula? Bagi kau dia macam tak ada harga? Bagi kau dia cuma satu ungkapan untuk menangkan hati orang untuk kesenangan kau sahaja?

Maaf, kau bukan untuk aku.


Yours truly,
Blue x