Sunday, 28 May 2017

Ramadhan: Puasa Terakhir

Setiap kali menghampiri bulan Ramadhan, bermacam jenis persiapan akan dilakukan kami anak beranak. Maklumlah. Masa inilah waktu kami boleh jana pendapatan yang lebih sedikit untuk menampung perbelanjaan pada hari mendatang. Benar, bulan ini sebenarnya kita melebihkan untuk beribadah bukan mengejar kekayaan di dunia. Namun, waktu berniaga pun kita boleh beribadah, kan?

Mak akan pesan, saban tahun untuk aku behave bila ada dekat bazaar nanti. Jangan buat perangai. Tapi itulah yang akan berlaku setiap kalinya. Aku akan merungut nak baliklah, nak makanlah dan bermacam lagi karenah aku. Well, what to expect dari budak-budak umur 9, 10 tahun.

Masuk waktu tengahari, Mak akan mula beroperasi dekat dapur. Mengadun bancuhan resepi rahsia daripada turun temurun keluarga rakannya-- Makcik Leha. Untuk di imbas kembali, beberapa tahun sebelum, Mak merupakan pekerja atau lebih disenangi dengan panggilan sahabat paling rapat dengan Makcik Leha. Rumahnya cuma di belakang rumah kami sahaja.

Makcik Leha dan suaminya mengusahakan kilang Roti Canai Segera di Pekan Padang Rengas. Permintaan ketika itu sangat tinggi dan menguntungkan mereka. Selain daripada itu, Makcik Leha juga mengusahakan perniagaan Roti Arab di Pasar Malam sekitar Padang Rengas. Kiranya, Roti Arab ni memang takde orang lain dah yang jual. Eksklusif.

Tapi entah macam mana, pada suatu hari ni, aku nampak Mak dengan Makcik Leha dekat pintu dapur-- sedang berbual tentang satu perkara yang sangat serious. Seakan sesi dari hati ke hati. Pada kertas yang dikoyak daripada buku latihan aku, ditulis sesuatu.

Rupanya setelah beberapa hari, baru aku tahu. Makcik Leha dan Pakcik Wahid terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur. Atas beberapa faktor yang dirahsiakan sepenuhnya oleh Mak. Kalau terangkan pada aku pun masa tu, memang tak faham. Mampus aku nak hadam at the early stage of my life.

Resepi Roti Arab turun-temurun keluarga Makcik Leha akhirnya diturunkan kepada Mak supaya kelangsungan perniagaan ini dapat diteruskan di sini. Tambahan, Makcik Leha percaya yang Mak boleh memikul tanggungjawab ini serta sudah pasti membina balik semangat Mak untuk menanggung anak-anak yang masih lagi belajar.

Here we go.

Pasar Malam Khamis dan Ahad merupakan tempat lepak aku. Aku tak rasa malu pun sekiranya berjumpa kawan-kawan sekolah. Malah, aku turut berbangga apa yang Mak aku buat. Sebab Roti Arab, Mee Goreng dan Kuey Teow Goreng yang Mak aku jual selalu mendapat pujian daripada orang. Yang lebih membanggakan bila orang Cina dan India pun turut beli and jadi regular customer. Tak lupa dengan tempahan hujung minggu juga.

Sebab ini mengukuhkan lagi kenapa Mak nak berniaga di bazaar. Atas permintaan dan juga rezeki. Beberapa tahun juga kami berniaga di sana. Bermacam jenis manusia ada. Waktu yang paling best apabila time berbuka. Semua orang saling bertukar makanan dan minuman. Gerai sebelah kami jarang dapat bertukar makanan sebab Ayam Percik dia sangat laku. Kalau ada rezeki, dapatlah merasa free. Tak pun, siap book beli awal-awal.

Masuk tahun 2010, Mak dah tak berniaga Roti Arab di bazaar. Terlalu banyak perubahan dalam hidup kami selepas episod berulang-alik ke Mahkamah Syariah Kuala Kangsar. Mak kini selain bekerja sebagai tukang masak di Sekolah Kebangsaan Tun Dr Ismail, dia juga turut bekerja sebagai pembancuh susu segar berperisa yang menjadi kegilaan budak sekolah satu ketika dahulu. Semua atas jasa baik Cikgu Zul yang menawarkan kerja tersebut.

Dan pada tahun itu juga Mak Cuma berniaga Susu Segar dan Dadih di Bazaar Ramadhan. Namun kali ini lokasinya berbeza. Ia di Arena Square Kuala Kangsar. Kerja agak bosan sebab Mak cuma duduk tunggu pelanggan untuk beli Dadih atau Susu Segar. Tak macam dulu, ada je kerja nak menggorenglah apalah. Disebabkan kebosanan tu, aku boleh pergi mengail ikan talipia dekat Sungai Perak berhampiran tapak bazaar. Ramai gila yang memancing dekat situ. Hasil daripada tangkapan, mesti bagi Cik Sue, jiran kami. Walaupun aku tahu, dia akan buang jugak nanti sebab setiap hari aku bagi dia. Tak ke penuh satu petis ais dia tu?

Namun, bila menjelang tahun 2011 pula, Mak mula kurangkan aktiviti berniaga. Dia siap bertekad tahun ni memang dia cuci tangan dari berniaga di bazaar.

“Mak nak tahun ni kita semua solat terawih sama-sama. Dah lama betul kita tak pergi solat terawih. Balik berniaga dah entah pukul berapa. Mesti tak sempat. Jadi tahun ni, kita merasa.”

Keputusan yang Mak buat tu memang sangat drastik, tapi memang menggembirakan kami adik beradik. Finally, tak payah pergi ke bazaar sebagai peniaga dah!

Bermacam benda yang Mak nak capai dan buat serta berjanji untuk lakukan puasa tahun ni. Nak tunaikan apa yang tertangguh pada tahun-tahun sebelumnya. The most perkara yang kami tak sabar adalah untuk solat terawih bersama Mak. Finally, it will become true.

Malang tak berbau, kan?

Pagi tersebut, waktu luka pada tangan kanan masih lagi baru, panggilan yang diterima itu seakan menggoncang seluruh isi dunia aku. Speechless and I don’t know whether it is mimpi atau apa.


Rupanya, 2 Ramadhan pada tahun tersebut merupakan puasa terakhir kami bersama Mak.

Saturday, 27 May 2017

Ramadhan: Here We Go 2017

Agak lama atau lebih tepat dah nak dekat setahun jugaklah tak langsung menjenguk ke sini. Memang tak ada niat langsung nak sambung apa-apa dekat sini dah. Macam ibarat aku sudah kehabisan kata-kata. Tidak perlu lagi meletak apa-apa di sini. Banyak juga post yang telah di buang saban hari. Dan sampai satu tahap-- aku dah malas nak peduli.

Here we go again.

Tak, kali ni bukan nak bercerita perkara sama. Okay tak. Ya, nak bercerita benda yang sama lagi. So lame kan? That's me.

So many things happened lately-- yang besar kecil semua ada. Aku ada nak bercerita dekat sini tapi bagi aku dekat sini cuma tempat meluah apa yang rasa terpendam atau apa-apalah lagi perkara sama macam 6 - 7 tahun lepas.

I do make another blog which dekat sana aku bercerita mengenai "positive vibes only". Oh ya ke? Entahlah.

Bersempena bulan Ramadhan pada tahun 2017 ni, aku akan menulis kembali beberapa perkara yang menjadi memori serta ingatan kepada aku. Berkemungkinan post-post lama akan diguna pakai (yang telah di delete/revert as draft). Refleksi pada diri sendiri dan juga menghabiskan kenangan biar dia duduk dekat sini je. Tak bermain dalam kepala dah.

Aku kalau tak tulis, mulalah benda tu akan menghantui dalam kepala aku. S*** (puasa sorry). So, kena tulis dekat sini. Maka nanti rasa tenang banyak.

Stay tuned!

Yours truly,
Blue x