Monday, 29 August 2016

Dua Puluh Dua

Beberapa minggu ni, aku banyak sibukkan diri dengan buat kerja-kerja tahun lepas kembali. I do write something. Aku tak boleh kongsikan apa yang tengah aku usahakan. Dia cukup macam hint je dulu.

Aku mula rasa yang aku dah boleh berhenti dan padam satu persatu post lama di blog ni. Bukan sebab dah give up dengan hidup atau bosan menulis tapi aku rasa, orang dah tak minat untuk membaca segala apa yang aku tulis. Dah tak berguna pun. Balik-balik cakap benda yang sama. Balik-balik ulang benda yang sama. Dah muak, kan?

Bulan ni juga merupakan bulan di mana banyak perkara yang aku jumpa dan belajar. Di mana setiap hari rutin aku dengan memulakan hari dengan kerja, malam menulis dan sebelum tidur-- aku akan merayap ke alam mayanya untuk mencari dunia lain selain seperti biasa. Aku cari orang yang tak kenal aku. Aku cari tempat untuk aku melihat orang lain dalam kehidupan lain.

Makin banyak aku baca sana-sini, scroll internet tanpa henti-- makin banyak yang aku dapat tahu. Too many things happened sekelip mata.

Ada perkara yang menyedihkan aku. Secara nyatanya, aku sudah berada dalam fasa dewasa. Mengenal dunia lebih jelas. Back in 2010, waktu curi-curi masa pergi ke cyber cafe semata untuk log in Facebook dan blogwalking. Macam-macam orang jumpa. Aku hidup sebagai stranger dalam kehidupan mereka.

Dan hari ini aku sedar, kesemua list blogger kegemaran aku sejak 2010 lagi tu dah mula menghilang. Seorang demi seorang hilang. Aku masih perlu membaca cerita mereka. Aku masih mahu untuk berada di depan skrin komputer atau phone semata nak baca setiap update daripada mereka.

Malang, seorang pun tak lagi muncul. Mungkin fasa rebel mereka semua sudah tamat. Dah jumpa happy ending dalam kehidupan. Dan dah ada kehidupan yang lebih terjamin daripada menghadap komputer menaip untuk orang-orang yang gila membaca hidup orang lain macam aku ni.

Aku rasa, mungkin (aku masih tak pasti) ini adalah entri yang terakhir aku dekat sini. Kalau ada masa yang panjang atau ada benda menarik yang boleh aku kongsikan, aku akan kongsikan lagi. InsyaAllah.

fin.

Yours truly,
blue x

Thursday, 2 June 2016

Sentimental: Prosopagnosia

Disebabkan dalam masa beberapa tahun ini aku sejenis manusia yang sangat menghargai manusia yang datang dalam hidup aku, maka aku cuba bukukan setiap nama mereka dalam catatan atau diari aku-- supaya nanti-nanti di masa akan datang, aku akan ada kenangan atau memori yang boleh mengingatkan setiap mereka dalam hidup aku sebelum ini.

Aku tak nak cakap yang aku dah melalui banyak perkara lebih dari manusia lain sebab orang lain experience dia lain daripada apa yang aku lalui. Aku tak ada pita pengukur yang boleh mengukur kira sejauh mana perjalanan dan pengalaman seseorang itu selama hidup dia sampai ke hari ini. Sama juga macam orang lain. So, don't compare my chapter 2 with your chapter 22 or vice versa.

Berdikari. Ia adalah perlu dalam setiap kehidupan dalam mana-mana kamus hidup. Tanpa berdikari-- mungkin takkan ada generasi. Ia bermula daripada kita untuk disebarkan kepada yang lain. Dari cara kita membawa diri sehingga tercetus sebuah tamadun. Dan dari ketamadunan itu mencipta pemikiran secara intelek. Okay stop it. Itu bukan apa yang aku nak cakap.

Selama sebelas tahun aku dah lalui tanpa kasih sayang sebetulnya ni, aku betul-betul cuba memadamkan segala kepahitan yang berada dalam masa lampau aku. Sedikit demi sedikit. Sampaikan yang elok dan manis pun terkesan. Hasil daripada itu-- segala memori lampau mula terhakis dan melupus tanpa terjejakkan.

Aku tak pasti, seluas dan sebanyak mana aku telah padamkan memori lepas tapi yang pasti ia cukup lapang sehingga di masa terkini aku cukup boleh terisikan dengan setiap details yang sekecil-kecilnya (sedaya mampu aku).

Okay senang cerita macam ni untuk aku permudahkan cerita.

Ramai tanya, macam mana aku boleh ingat orang pakai baju apa dan macam mana preference dia pada waktu yang lepas bersama situasinya sekali. Even setiap tarikh apa yang pernah terlalu sebelum ini aku akan cuba ingat sebaik mungkin. Dan bila sampai ke suatu saat, aku boleh jelaskan dan sebut balik.

Andaian aku cuma satu-- disebabkan cuma ingatan aku atau segala masa lampau sebelas tahun kebelakang dah terpadam. Maka mungkin ruang-ruang yang kosong tadi membuatkan aku untuk mengisi dengan perkara-perkara kecil seperti tadi.

Banyak kawan aku yang pernah datang dari sekolah rendah cakap aku adalah kawan diorang dulu. Tapi aku langsung tak ingat mana-mana memori tentang diorang. Puaslah cerita macam mana pun-- aku takkan ingat. Macam sia-sia. Even ada yang cerita aku perangai macam mana; melompat dari bangunan itu ke bangunan ini pun aku tak ingat. Sebab memang aku tak ingat.

---

Maka disebabkan perkara di atas lah aku jenis yang sangat sentimental bermula dari hari pertama Mak meninggal. Tambah-tambah kalau yang jenis ada tulisan, gambar dan semualah. Aku punya WhatsApp conversation pun aku tak delete (yang aku rasa penting) dan siap back up ke email. Punyalah nak ingat dan kenang punya pasal.

Dan...

Aku akan ingat sampai mati kalau sesuatu perkataan yang keluar dari mulut seseorang (dengan sengaja atau tidak sengaja) kepada aku (secara terus mahupun tidak) walaupun orang tu rasa tak penting. Kalau benda tu jugak menyentuh dan menyentakkan aku sekejap. Aku ingat sampai bila-bila. Mungkin kalau tak berdendam, aku akan lebih berhati-hati dengan kau.

Aku dengar, ingat dan catat.

Saturday, 7 May 2016

Selamat Hari Ibu, Mak

Pagi tadi aku bangun dengan berazamkan sesuatu yang tak pernah aku lakukan sebelum-sebelum ini. Ini semua untuk menunjukkan rasa kasih. Duit dalam tabung dikira satu persatunya. Mungkin tak seberapa banyak hingga mampu membeli sebuah kereta. Ataupun telefon bimbit berjenama Nokia. Tak semuanya. Cuma apa yang aku dapat belikan adalah sesuatu yang dari hati-- ikhlas tak terbandingkan.

Aku pura-pura yang seakannya seperti biasa, keluar merasakan keasyikan bermain bersama kawan-kawan. Hujung minggu adalah masa untuk liburan. Masa untuk melupakan sekolah. Itulah alasan yang aku berikan kepada dia sebelum melangkah keluar dari rumah.

Lalu, berbekalkan RM30 di dalam poket, aku nekad untuk ke bandar. Dari Padang Rengas ke Kuala Kangsar mengambil masa 30 - 40 minit sekiranya menaiki bas awam. Tak sampai beberapa minit, bas sudah tiba di bus stop. Lalu, ia terus meluncur laju.

Hampir satu jam, aku berada di Bandar Kuala Kangsar. Mencari sesuatu yang aku tidak tahu apa. Sesuatu yang mampu aku beli dengan hanya duit berbaki RM20?

The Store (atau Fajar nama sebenarnya) adalah tempat terakhir aku melangkah. Yup. Di sini aku menemukan satu set gelas & pinggan kaca. Aku tersenyum dan terus menuju ke kaunter.

"Kak, nanti balutkan boleh? Dan nak letak kad yang kecil tu."

"Nak tulis apa ni dik?"

Aku bisikkan pada pelayan di kaunter tersebut. Wang dikeluarkan. RM19.90 jumlahnya. Lalu, dengan rasa hati yang sangat bahagia-- aku menuju kembali ke stesyen bas. Semasa di dalam bas, seorang perempuan mengur aku.

"Eh dik? Datang dengan siapa? Mak ke?"

"Tak. Dengan sepupu. (dengan keadaan yang sangat takut) Dia dekat luar."

"Oh ya ke. Akak kawan abang adik." Dia tersenyum dan menuju ke tempat duduknya.

Rahsia hampir terbongkar. Segenap jantung aku mula terburai sekejap tadi. Tapi nasib baik tak terjadikan. Jam menunjukkan 7 petang. Aku berjalan pulang tanpa menghiraukan sesiapa. Kotak berbalut ini milik Mak. Untuk hari istimewa dia hari ini-- Hari Ibu.

Aku kira tahun mendatang akan selalu ada untuk aku sambut seperti ini. Nekad aku 11 tahun lepas pada usia 11 tahun mencari hadiah Hari Ibu untuk Mak adalah hadiah pertama dan terakhir yang dapat aku berikan sepanjang Hari Ibu dalam hidup aku. Itulah yang pertama, dan itulah yang terakhir.

Selamat Hari Ibu, Mak. Sikit masa lagi nanti kita jumpa.

Wednesday, 20 April 2016

Hey Crush

Semua orang ada impian dia sendiri. Samada kita terus untuk merancang mendapatkannya ataupun sebaliknya. Bagi aku semua orang berhak untuk memiliki apa yang dia mahukan. Sekiranya dah tertentukan ia adalah hak kita, maka jawapannya sudah pasti ya.

Alhamdulillah, satu perkara yang sudah lama aku nantikan untuk berpegang dulu hari ini menjadi kenyataan. Perancangan untuk memuaskan hati dan minat aku masih dalam perancangan. I need a lot of inspiration and positive vibe for this project. Macam biasalah, projek syok sendiri. Macam dulu-dulunya.

Perancangannya lama, tapi aku harap yang semua aku nakkan ini menjadi betul-betul kenyataan. Oh yeah, "Tidur Selamanya" official audio dah siap dalam 80% i guess? Bunyi sekarang macam berhantu sikit. But I like Takahara Suiko punya kerja. Kalau aku ada banyak duit, memang aku dah buat yang sebaik mungkin for this song. But yeah, poket macam biasalah pokai dan kosong.

Perasaan aku rasa tenang dari sebulan yang lepas. Sebelum episod ke Cameron Highland for Journalism Camp-- aku demam teruk macam nak mati rasanya (it is just metaphor; masih boleh melalak apa lagi sebenarnya). Selsema tiba-tiba datang and badan rasa tak selesa. And ada satu malam tu entah macam mana emosi aku berperasaankan hujan. A short ride in the car with couple of songs from Adele, entitled " Don't You Remember", "All I Ask" and "Hello". The tears burst.

Lepas daripada itu, aku rasa hidup makin better if I don't have any responsibility towards someone that I used to know before. It is like freedom. Aku rasa yang aku dah tak perlu untuk fikir any consequences if aku buat itu ini. I love living in this path now.

Then, I would like to talk about KICK or Kembara Ilmu Cakna Kewartawanan. I love this memories. I love them. I love this new experiences. Manis betul. Sampai semua yang ada dekat sana yang kurang pun rasa terlengkapkan. Ada crush je pun. We talk to each other. We smile. We hiked Bukit Berembun. We eat. We we we we we we! Haha dan tenungan mata tanpa sengaja yang terus tepat kepada ingatan.

Tak habis itu, bila balik we still communicate through social media and WhatsApp. Alah biasalah tu, kan? Tapi yang tak bestnya bila laptop aku buat hal. Blergh. I hate this situation. Semua macam haram. Assignment yang nak kena submit lesap macam tu je. But, 5 days in home with my lovely family suits everything. Kak Long dah nak masuk 7 bulan mengandung after 10 years waiting and waiting. And finally, it's baby girl that will come to our small family!

Too many things nak describe but cukuplah. Nanti orang jemu dengan kehidupan aku. Sambil menulis ni aku teringat dekat Twitter Poll haritu, ada yang undi for me to stop writing. Aku tak pasti samada ianya di undi secara gurauan atau memang sengaja nak aku berhenti menulis pun entahlah. Okay lupakan.

So, how was your April guys?

Yours truly,
Blue x.

Wednesday, 6 April 2016

Ekstradisi

Aku adalah seorang pemberontak yang dikehendaki hari ini. Aku melalui perjalanan yang sukar dalam tertangkapnya aku setelah didapati bersalah. Perjalanan ini telah membawa aku ke sebuah karma yang aku tahu-- seberputar mana pun aku di atas tetap akan di bawah dan kembali ke atas. Diperbumikan rentaknya.

6 tahun lepas dalam hari ini adalah permulaan sesuatu yang memberanikan untuk aku luahkan apa makna rasa dan keperluan sayang serta mengkhianati. Kepala aku untuk menidakkan perbuatan-- hati membenarkan setiap perasaan. Jadi, lebih penting pada waktu itu adalah hati. Bukan otak.

Maka, apa yang menidakkan benar adalah dengan bahagianya aku menurut apa yang menyalahkan takdir. Mengikut trend yang aku rasa pada masa itu menyebelahi kehendak aku selama ini? 

Macam mana sebelum aku berjaya melarikan dari permasalahan besar di Terengganu. Membawa diri ke Kelantan semula untuk memberjayakan rasa pemberontakan. It was me. Yang tak tahu kesan buruk pada masa itu.

Facebook adalah medium yang menjadikan aku lebih agresif. Bersifat jitu dan tak terusikkan. Aku rasa bila dapat bebas itu-- logik dan magik. Tidak perlu terikatkan dengan dasar-dasar remeh dan bodoh. 

Kemudian dia datang. Dalam sudut yang mengubah diri aku. Melupakan apa yang aku berpegangkan selama ini. Sungguh-- dia melalaikan rasa sebenar. Sebagai dadah yang menggiankan aku untuk melupa semula kesebenaran paksi dunia.

Hari inilah tarikhnya. Dia mencengkam erat dakapan aku. Dia jauh tapi dekat. SMS adalah medium kedua selepas Facebook. Setiap hari, di sekolah, di rumah, di dalam kereta, di sebelum waktu solat, di selepas waktu makan, di semasa study dan di pada mata mula melayu-- cuma dia terteguhkan.

Aku lupa yang aku ada tanggungjawab pada perasaan lain. Namun yang terus menyalur dalam pembentur perasaan aku adalah dia. Alpa itu menjadi dadah aku.

Tapi apa terjadi? Tubuh aku binasa. Jiwa aku berkecai. Otak aku terpecah. Seakan tidak memakna apa. Seakan merosak di dalam jelaga tanpa cahaya.

Mungkin ia adalah benar. Untuk diulang dan diingat hari ini. Seperti tahun sebelumnya hari ini-- bila difikirkan, aku adalah nasib yang sama saban tahun.

Bila tersedarkan ianya hari ini; ternyata aku perlu bersiaga untuk masa depan.

Cinta tanpa jelaga ibarat bumi tanpa penghuni. Hidup semata tanpa ranjaunya.

Friday, 25 March 2016

Realized

Baru aku perasan. Yang sebenarnya orang pun ada hati. Orang ada benda lain lagi nak buat selain berada dalam hidup aku. Disebabkan terlalu untuk simpan-- maka ruang dia terganggu.

Aku hampir terlupa semua perkara yang aku ada, orang lain pun ada. Bodohkan?

Dah tiba masa yang paling sesuai sekali untuk aku angkat kaki bagi laluan dan ruang baru. Aku sibuk duduk menjaja yang "Sakit itu selektif-- mengapa perlu pilih?" untuk diri aku. Sedangkan orang lain pun sama.

Masa untuk terlalu berterus-terang-lapis dah habis. Masa untuk ke sebuah dimensi baru itu yang perlu sebenarnya. Yes. Itu yang paling sesuai.

Masa aku dah habis. Sekarang giliran kau. Silakan. Pergi ke awan bebas.

Monday, 21 March 2016

Sentimental

Nad cakap aku sejenis orang yang sangat sentimental in any things yang aku buat. Sanggup ingat benda-benda kecil dan ambil kira pasal benda remeh temeh. Aku pun baru realize benda ni bila dia cakap. Nak nafikan pun tak mungkin. But that's the truth.

Bagi aku, setiap benda itu bermakna. Contohnya bila kali pertama aku guna Twitter. Bila tarikh aku terjatuh basikal. Bila aku buat itu ini. Sebab dia mengingatkan aku untuk bila masa depan nanti-- takkan terulang benda yang buruk. I guess so?

Tapi itulah. Ada yang cakap, jangan terlalu hidup dengan masa lampau. Nanti kita berasa mundur atau benda tak baik and so on. Boleh aku cakap statement tu betul? Mesti orang ingat aku nak deny, right? Tapi inilah kenyataan.

Tahun lepas aku banyak bercakap tentang masa lampau. Hidup dengan masa lampau. Atau sebetulnya menangisi setiap masa lalu. Sebab tu terhasilnya Zine Pelacur dan 10 Tahun. Itu adalah antara alasan kenapa ia terhasil. Aku akui yang banyak benda yang aku ingat kembali untuk menulis. Kesannya-- aku murung. Ingat kisah-kisah yang menakutkan sebelum ini.

It is so bad untuk mengaku yang aku terlalu taksub dan mengikut hasutan benci yang tertanam. Semata nak menggarap benci dalam penulisan tu-- rupanya termakan diri balik sekali lagi.

Berbalik kepada sentimental tadi. Aku memang jenis yang kalau boleh setiap orang tu aku nak hargai. Betapa baik buruknya dia-- pasti aku ingat sekecil-kecilnya dia. Semoga dia tahu betapa menjadi satu kepentingan dia dalam hidup aku sebelum-sebelum ini.

Eventhough pensel yang tinggal saiz sebesar ibu jari pun aku simpan semata nak rasa ingat macam mana dia berjasa kepada aku serta apa yang terkandung memori manis sepanjang menggunakan dia. Belum masuk cerita entah berapa beg dan kotak dekat rumah tu dengan barang-barang yang aku rasa "eh tak boleh buang ni. Kena simpan."

Antaranya adalah cup air McD hadiah harijadi aku yang ke 18. Siap dengan straw lagi aku simpan elok dalam kotak. Cup McD je kot. Aku pun tak tahu kenapa perlu aku simpan tapi itulah, bagi aku dia bermakna (sampai jadi macam sampah pun ada kalau fikir-fikir balik).

Dan, kan aku dah pernah cakap dulu-- hidup aku sentiasa nomad lepas Mak meninggal 11 tahun lepas. Jadi kalau ada barang sentimental bagi aku, hilang tanpa di kesan mana jejaknya-- first, aku akan salahkan diri dan kutuk seseungguhnya kelalaian aku. Lepastu, dah beberapa hari tu aku akan let go and try to move on. Itu yang sebaiknya, kan?

Jadi itulah aku. Kebiasaannya macam tu. Entahlah sampai bila.


your blue x

Friday, 26 February 2016

Nightmare

Kebelakangan ni aku selalu bermimpikan benda-benda yang aku rindu di alam nyatanya. Juga banyak bermimpi tentang kematian. Sehingga setiap pergerakan di alam nyata adalah terbatas. Yang telah lama tidur pun terjaga dalam mimpi tu.

Aku takut untuk beritahu orang lain dan aku takut untuk mengiyakan setiap kematian yang wujud dalam mimpi aku semalam-semalamnya. Moga-moga ia tidak.

Sepanjang semester break ni banyak aku bersama keluarga. Buat kerja yang sama macam tahun lepas tetaapi kali ini dengan lebih teliti dan fokus. Tak terabai macam tahun lepas masa-masa genting emosi. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan aku dapat buat semua kerja dalam keadaan tenang.

Emosi stabil. Tak terganggu. Walaupun mimpi-mimpi tadi memakan aku di alam mayanya. Tapi tak terusikkan sedikit pun aku sekarang.

Cuma semalam, aku termimpikan kesemua tentang dia, dia dan dia. Sangat menakutkan bila dia meninggal. Dalam mimpi tersebut aku hanya mampu menangis dan berteleku di atas permukaan tanah kubur dia. Sungguh takut dan bersalah aku.

Betul, mimpi itu bayangan dan mainan tidur. Aku minta dan harap semua tu tak betul. Aku harap tak ada apa-apa. Atau sebenarnya aku rindu dekat dia yang teramat? Tak mungkin.

Perancangan selama beberapa bulan lepas bagi bulan Februari ni banyak tak menjadi atas beberapa sebab. Sungguh-- Dia sebaik-baik perancang dan penentu.

Takpelah kalau tak ada rezeki yang aku impikan sekarang, esok atau lusa mesti ada. Takkan ke mana. Sabar kan lebih baik?

Thanks sebab masih berada dekat sini.


Yours truly,
Blue x

Monday, 1 February 2016

The Answer

Dah lama aku nak cakap benda ni-- but sejak dua menjak tidur awal. So, bila nak update pagi macam dekat kolej dulu pun tak dapat jugak, sebab terpaksa drive car cari breakfast, balik kerja cari duit poket and bila masuk petang aku tak suka tulis apa-apa.

So, malam ni aku tak dapat tidur. It's first February of 2016. Agak lama tak berjaga macam ni. Harap-harap untuk this night sahaja. Nak start jaga waktu tidur bukan main susah. Itulah aku.

As usual, aku datang ke sini untuk bercakap tentang hidup aku. Dan juga yang berkait dengan aku. Dari mana aku nak mula?

Okay, first-- aku dah berjanji yang 2016 ni adalah tahun untuk kembali. Maksud aku kembali adalah be a person who never hate his friends anymore. Lebih kurang macam itulah. Itu azam aku.

Banyak sangat aku buang orang dalam hidup aku. Tahun lepas jadi saksinya. Buang bila tiba rasa sakit hati sikit. Aku admit, tahun lepas terlalu banyak berdendam. Sampai tak boleh nak simpan sikit pun. Salah sikit-- masuk dalam hati-- say goodbye from my life.

Aku dah nak masuk tahun kedua awal 20-an. Still with the same me back in 11 years ago. Just imagine, macam mana hidup suka membenci orang. Sama jugaklah macam mana orang benci aku.

Bila masuk 2016, aku terbuka mata untuk lihat ke belakang macam mana rasa aku buat orang dan hari ini orang buat aku. Macam mana perasaan orang lain wujud dalam perasaan aku. Aku buat dekat B dan C buat dekat aku.

Karma atau kifarah. What you give, you get back. Right?

Macam aku pernah cakap, aku nak betulkan semua balik. Nak bagi semua clear. Putihkan apa yang telah menghitam. Susah tapi perlu. Sakit tapi menyenangkan.

And it begins. Bila mana satu benda yang sama jadi tahun lepas menghantui hidup aku. A stranger who act as anonymous menyelinap masuk dalam urusan peribadi hidup aku. Sebarkan benda yang dah lama aku lupakan. Aku terpaksa ikut kata hati aku. Selesaikan benda yang tak sepatutnya berlaku.

Gotcha! Walaupun makan masa dalam 3 hari nak selesaikan misteri bodoh ni, akhirnya berhasil. Walaupun aku terpaksa gadaikan rasa hormat orang terhadap aku sekejap. Aku membuat percaturan hari ini untuk masa depan. Bukan sengaja. Aku mintak maaf if aku cakap kasar-- tapi aku terpaksa. Ini soal maruah aku.

Puas aku fikir-- untuk menjadi berani atau tidak meluahkan kebenaran. Hampir setiap malam dalam masa 3 hari fikir sampai tertidur. Dan masuk ke dalam mimpi. Lastly, I decided to take the risk. Beritahu dia.

Berjam. Satu persatu ayat aku susun. Macam main susun silang kata. Dan akhirnya aku peroleh jawapan yang aku tunggu for about 3 years. 3 tahun persoalan tergantung dan dalam masa 3 hari maka telah tertulis jawapan yang aku nakkan selama ni. Sakit-- tapi itulah kenyataan. Pedih-- tapi ini yang menggembirakan aku. Aku tak down malah tergelak sorang-sorang atas katil. Maka aku tak perlu simpan lagi orang macam dia dalam hidup aku.

"Kita kawan kan?"

Dan kemudiannya aku mengutip sepah yang paling memapah tegak aku selama ini. Cuba dengan sedayanya buat benda yang tak menyakitkan dia. Tapi aku masih belum cukup-- jadi sesuatu yang bersikap teguh. Masih tidak.

Sekurangnya aku cuba. Yes, dalam tempoh yang cukup lama ni kita dah kenal bukan satu masa yang singkat lagi but-- aku cuba tak bagi harapan. Aku cuba untuk mengelak daripada sebarang permasalahan between us. Aku cuba dan cuba untuk menjadi neutral. Aku tak gunakan kau dan bukan nak mempermainkan hidup kau. Tak. Sekali pun tak.

Aku tahu susah. Sebab bukan senang, kan? Sorry.

It was you, babe. Yang dia cakapkan. Dia ingatkan kau. Tapi bukan. Aku dah lama maafkan kau. Dah banyak aku buang masa untuk membenci kau. Finally aku dah berjaya betulkan keadaan. For a good friendship between us. Aku dah tak nak rasa benci tu-- ingat semua benda yang kau buat dekat aku. Cukuplah benda lama tak payah fikir.

Yes, betullah apa yang kau cakap. Mesti rasa janggal nanti, kan? Kalau nak lepak sama-sama. Borak macam biasa. InsyaAllah satu hari nanti.

Aku dah terlalu banyak menulis benda sama. Dan kalau boleh tak nak dah cakap benda-benda ni. But I can't stop it. Kena kawal sana sini.

Dan semalam. Lama kau hilang, akhirnya kau muncul. Tanya aku macam mana aku cari kau. 6 bulan tak lama ke aku cari kau walaupun dah lama jumpa. Aku dah jujur. Terpulang kepada kau.

2016 bermain dengan jujur. Serta terus-terang. Juga membunuh benci.

Saturday, 16 January 2016

Today in 3 Years Ago

Semalam, aku tidur awal. Terlalu awal sebab tak larat. Tekak sakit. Daripada pukul 6 petang terlelap, sedar-sedar 4 pagi tadi. Aku mimpi yang agak pelik. Sangat. Dalam tersedar tadi, aku terus terfikir pasal dia. Selalunya dulu dialah orang yang akan aku cerita benda-benda yang macam ni. Dia dengan tafsiran mengarut dia. It was so awkward, but dengan dia je yang aku rasa selesa bercerita. Aku rasa bebas.

So, apa yang dapat aku beritahu dekat sini cuma beberapa tapisan yang aku rasa perlu. Sebab rasa untuk bercerita itu pada sebuah ruang yang tidak berkonkrit dengan meluahkan pada manusia, rasa lain.

Malam tadi, aku ke sebuah tempat. I don't know where is it the exact location. Tapi aku macam main redah je dalam mimpi tu. Sampai satu tempat, aku dapat call from someone. Yes, I think I know who is he. Amir. The one who responsible on my manuscript.

He told me to come to his office. Suruh ambil buku. Oh aku rasa gembira gila bila dapat perkhabaran tu. LENDU dah publish. Yes. So, I drove the car (tak tahu kereta datang daripada mana) and went to the office. Sampai dekat sana, aku realize itu adalah kampung aku. Sambil dekat tangan dah ada buku tu.

Aku bersembang dengan beberapa orang, termasuk sepupu sepapat yang lain sambil tunjuk buku yang aku pegang tadi. Baru aku sedar yang sebenarnya ada orang baru lepas meninggal. Semua tengah sedih and muka masing-masing sembab. Aku tak di layan pun.

Apa yang aku buat adalah bangun cepat-cepat dan terus pergi dekat luar rumah. I saw someone. Dia tengah mengerang betapa sakitnya seluruh badan dia. Aku nampak beberapa orang tengah pegang badan dia. Aku tak berapa pasti kenapa tapi aku rasa macam tahu keadaan itu. 

I look around and there are so many people are reciting Yassin. Aku cuma terfikir kali ini siapa yang mati lagi? Kenapa masih tak habis baca Yassin?

Langkah aku berpatah balik ke arah pintu bilik yang aku tuju sebentar tadi.

“LEPASKAN AKU! AKU TAK NAK! TAK NAK!” dia menjerit.

Mata dia tertuju ke arah aku selepas itu. Tajam dan menjegil marah. Hanya mata dia kelihatan disebalik orang yang sedang berusaha berhempas pulas menekan badan dia pada lantai. Kejap-kejap dia menangis. Kejap-kejap dia menjerit. Aku yang melihat pada dia pun aku rasa lemah. Sakit di dalam dan luar badan dia. Tapi dia masih lagi berkudrat melawan sepuluh orang yang memegang erat jasad dia tanpa belas.

Ya, sepuluh orang. Satu daripada mereka menoleh ke arah aku. It was Pak Tam. He's struggling to defeat...

Me?

Itu aku. Aku memandang ke arah badan aku yang ditekan pada lantai sekuat hati. Aku mengerang dalam kesakitan yang tak tahu macam mana perasaan yang duduk di antara hitam dan dirantai seluruh pergerakan.

Aku pandang seluruh tempat sekali lagi. Tempat tu adalah tempat yang aku berteduh selama tiga tahun. Yes, it was exactly that place.

Bila aku cuba lari ke arah bilik tadi semula, ada satu jasad melanggar tubuh aku. And... aku terjaga. Aku masih lagi bernyawa. Berjasadkan roh yang sama seperti semalam. Aku terus tengok phone. 4 pagi.

Tanpa rasa apa-apa, aku scroll Twitter, Instagram dan beberapa lagi apps. Timehop bagi notification around 6 am. Aku terus bukak. Aku baca kesemua tweet beberapa tahun lepas. Sampailah tweet tarikh hari ini pada tiga tahun lepas.

Damn. It was event Tahajjud Cinta. Ingatan aku terus kepada tarikh hari ini tiga tahun lepas.


Post-mortem pada malam itu ditangguhkan. Semua pulang ke kolej masing-masing.  Aku rasa macam tidak sedap hati apabila ditinggalkan berjalan kaki berseorangan. Tetapi aku langsung tak kisah. Perasaan marah aku terhadap Syahiran lebih menguasai segalanya. Bengang. Tak sangka dia boleh tepek aku macam tu je disebabkan Daiyan. Atas alasan tak munasabah untuk ditangiskan.

Sampai di hadapan kolej, aku tengok semua bilik gelap. Aku dapat agak yang roll call diadakan. Jadi aku terus ke tempat roll call.

“AKU DAH CAKAP! SEBAB NILAH AKU SURUH BALIK AWAL! SEMUA DEGIL!”

Vee meninggikan suara. Aku tak berapa pasti kenapa. Tiba-tiba semua diam. Hanya dengar suara yang kedengaran adalah Syahiran sedang membacakan ayat-ayat Al-Quran. Aku mencari punca suara tersebut. And yeah. Dekat ruang pejalan kaki masuk kolej. Betul-betul di hadapan kawasan lapang bilik 031.

Ada seorang budak lelaki terbaring dekat situ dan Syahiran sedang memangku dia. Dia macam meracau and so on dekat situ. Aku hanya mampu berdiri kaku dekat tempat yang tadi aku terhenti. Mata aku tertancap pada satu susuk tubuh yang berada dekat depan muka budak tu. Syahiran tak sedar ke yang depan mata dia ada sesuatu?

Semua pelajar lain masuk ke bilik masing-masing. Tapi kedudukan aku yang berdiri dekat situ masih lagi terpaku. Tak berganjak sedikit pun. 

“Weh. Tu Blue. Apsal dia dekat situ lagi?” Abang Zizi menunjuk ke arah aku.

Naqi datang kepada aku. Dia segera menarik langkah aku dan Abang Zizi pula mengalihkan pandangan aku. 

“Blue… Takde apa apa tu…” 

“Abang Zizi. Dekat depan muka dia ada benda.” 

“MashaAllah.” Abang Zizi mengucap beberapa kali.

Abang Zizi merupakan Bendahari Kehormat Kolej. Dia segera membawa aku jauh daripada tempat budak lelaki tadi meracau. Telinga aku mula mendengar sesuatu. Jeritan yang tak berjasad. Aku menutup telinga dengan kedua belah tangan aku. Tindakan aku itu menyebabkan Abang Zizi mula bertanya kepada aku. 

“Apa yang kau dengar?”

“Ada orang tengah gelak. Tak tahu sape. Tapi jelas. Lepastu aku dengar ada suara datang dari bilik budak tu.” Aku menunjuk ke arah bilik budak yang meracau tadi.

Kemudian, semasa Abang Zizi mengalihkan pula pandangan aku ke arah parking motor-- aku terlihat sesuatu. Sebuah susuk baju putih tempoh hari menumpang di belakang motor budak yang sedang memarkir motornya. 

“Abang Zizi. Tu dekat belakang motor tu ada orang ikut.”

Pak Tam di arahkan untuk bawa aku ke level 1. Aku ambil wuduk di tandas. Selesai ambil wuduk, Pak Tam ajak aku untuk turut serta membaca Yassin beramai-ramai di tengah-tengah level. Aku rasa tak selesa dan ajak Pak Tam balik ke bilik aku dulu. 

Aku ambil Yaasin and then terus ke bahagian tengah-tengah level dua. Satu kerusi khas untuk aku disediakan. Yang lain semua duduk bawah. Aku pun tak tahu kenapa aku dapat duduk atas kerusi tu. Semua orang pandang ke arah aku. 

Ada yang berbisik-bisik. Entah juga kenapa aku masih dengar apa yang dibisikkan mereka walaupun dia orang jauh daripada aku. Bacaan Yaasin dimulakan. Aku rasa tak tentu arah. Mata aku mula menjegil tajam memandang ke arah seseorang. Aku rasa nak marah. Sumpah aku tak tahu kenapa.

Bersambung di LENDU by FIXI.

Friday, 15 January 2016

Another Angle of Student Life

Minggu ni saja aku banyak baca pasal university student life. Everywhere. Ada yang pengsan sebab tak makan sehari tahan lapar. Tak cukup duit dan terpaksa ikat perut. Macam-macam pandangan dan luahan diberikan masyarakat tentang betapa sensitifnya isu ni. Like usual, ada yang sokong dan ada yang kecam. Dan ada pulak menteri cakap macam-macam. Masak dekat dalam bilik, satu tin sardin boleh tahan dua hari, buat dua kerja, student malas and what so ever.

Aku sakit hati betul bila baca ada yang kecam student dengan macam-macam tohmahan. Cakap student boros, tak berjimat, suka membazir and etc. Pakai phone mahal tapi tak affordable nak tanggung makan sendiri. Like what the hell are you talking about? Please shut the fuck up if tak tahu macam mana student life.

Sepanjang dah nak masuk empat tahun aku jadi pelajar universiti-- dah bermacam jenis pelajar aku jumpa yang sanggup buat macam-macam sebab nak tanggung makan minum sendiri. Ada yang buat business jual mee sedap, jual air long chan, jual air tin, kerja dekat cafe dan banyak lagi semata nak kumpul duit belanja.

Orang cakap, duit PTPTN tak cukup ke untuk satu semester? Tak reti berjimat ke? Like hello bitch, with RM2,000 nak bertahan selama 6 bulan? Tell me how. Cara cukup-cukup dua ribu tu boleh tahan sampai hujung semester.

Selama aku dekat Lendu, aku tak cakap aku tak terlepas daripada semua benda ni. Semua benda yang terpaksa tahan lapar. Terpaksa kerja sana-sini semata nak cari duit tambahan. Duit PTPTN langsung tak cukup. Kadang-kadang aku pun ada boros belanja tapi still berjimat macam mana sekali pun-- tetap hujung sem akan mengalami krisis tak cukup duit.

Aku pun faham yang kadang-kadang ada je yang anak-anak segan nak mintak duit dekat mak bapak sendiri. Tipulah kalau cakap takde. Bila parents tanya ada duit, ada yang cakap ada. Sebab semata tak nak menyusahkan mereka. Diorang pun ada tanggungan lain. Yes, itu tanggungjawab mereka tapi ada segelintir anak-anak yang bila mak bapak dia cakap pasal adik beradik yang lain sekolah and what so ever lagi, rasa macam serba salah nak mintak duit tambahan daripada parents. I do understand that feeling.

Dengan kos hidup tinggi. Macam-macamlah lagi.

So, sepanjang diploma dekat sana apa kerja tambahan yang aku buat?

Semester 1, aku kerja dekat cafe berhadapan kolej. Setiap malam ambil upah kerja. Lepas balik class petang, rehat kejap sampai malam dalam pukul lapan macam tu, baru pergi kerja dekat cafe. Balik pukul 11 atau 12 lebih, letih tapi buat assignment. Kadang pagi esoknya masa subuh bangun siapkan. Kadang ada je tak tidur satu hari sebab buat kerja sampai siap.

Semester 2, jual air dengan roti bakar. Kumpul duit dengan kawan-kawan kerjasama usaha business sendiri. Settlekan macam-macam hal dengan kadang-kadang duit shot. Tapi nak buat macam mana? Adatlah berniaga. Still lagi kerja dekat cafe. Jual roti bakar dengan air sebelah malam-- 11 ke atas.

Semester 3, dapat pegang pantri kolej and jual macam-macam. Dana untuk kolej but still dapat upah. And masa tu still kerja dekat cafe jarang-jarang.

Semester 4, tak buat apa-apa kerja sebab masa tu semester yang kira agak tough. Jimat sehabis mungkin. Tak tahu nak cakap macam mana but duit still laju macam air.

Semester 5, jarang-jarang kerja cafe and masa tu ada buat jual baju t-shirt. Kira itu menampung sepanjang semester tu. Itu pun kongsi buat baju dengan kawan. 

Semester 6, semester yang rasa panjang sangat. Macam-macam kerja buat. Class dah tak banyak but jenis yang pakai duit banyak. What I do is buat zine, jual t-shirt sendiri, kerja dekat cafe, jual goreng pisang cheese and kek batik dekat event-event dalam kampus. 

Dengan kesemua benda yang aku buat tadilah yang keluarkan aku dari kelaparan, "walaupun". Kos hidup mahal. Nak buat macam mana kan? Itulah takdir yang terpaksa kau nak kena hadapi.

So, orang yang tak faham macam mana kadang-kadang student kena struggle gila nak mati tu, kau boleh diam.

Thursday, 14 January 2016

Rubbish Thing

Thing

So, It's gonna be so terrible to decide whether I should just go to Lendu instead back to Ipoh? Aduh pening nak buat keputusan.

Oh sebelum aku habis semester ni, ada beberapa masalah yang berlaku. There's a person yang makin menyakitkan hati. But, aku dah cuba nak be nice dengan dia. Tak boleh. Dengan nak decide nak duduk dekat mana nanti next sem.

Tak faham betullah aku. Serious. Kitorang jumpa a few house untuk di sewa. First rumah yang kami pergi, macam haramlah sikit rupanya. Lama jugaklah agaknya nak keluar kata putus. Aku first masuk je rumah tu-- terus reject. Tapi ada je yang setuju. 

Second house still tak bagi kata putus. Tempat dah okay tapi mahal sikit. Third house jauh sikit daripada kampus, tapi murahlah sebab RM1000, full furnished and sekitar situ penuh dengan kawasan kedai.

But suddenly, ada pulak satu rumah ni yang terakhir harga dia RM800 besar lagi daripada rumah sebelumnya tapi masalahnya jauh. And tempat tu pun macam baru nak membangun. So, tak hairanllah kalau murah isn't it?

Masalah yang timbul adalah ada one person ni nak dekat situ sebab murah. Dia tak mampu nak bayar more than RM150 ke atas sebulan. Tapi masalahnya dia tak ada transport if duduk dekat situ. That's the problem. Next, seorang lagi-- kalau tengok muka dia, memang jelas-jelas dia tak nak rumah tu. Awal-awal lagi dia dah complain. Yes. Lepastu bila tak puas hati, tarik muka. And just to play nice, dia cakap ada masalah lain. But yang menyakitkan hati, dia siap boleh cakap dekat bilik yang akan aku duduk tu ada penunggu.

Aku tergelaklah. Tunggu keputusan sebulat suara macam mana. 

Tuesday, 12 January 2016

Skeptical for Homeless

Aku tak pasti samada aku ini dikelaskan dalam kumpulan hidup macam mana. Sebab kita dekat dunia hidup kan berkelas dan berstatus. Jadi aku cuma mahu tahu aku dikategorikan dalam kelompok yang mana. Terlalu banyak drama dan babak tak berkesudahan. I tell you eh, siapa yang nak hidup dia dilahirkan dalam keadaan berkucar-kacir?

It was 10 years ago, bila arwah Mak mula jatuh sakit. Hidup aku dah mula macam tak tentu arah. Macam-macamlah aku buat semata nak kumpul duit menyara kehidupan sendiri. Kadang-kadang sampai terpaksa ikut mak sedara tidur rumah dia. I was at 11 years old masa itu. Dah bekerja.

Tak habis dengan kena cari duit belanja sekolah sendiri, tempat tidur pun merempat ada waktunya dalam seminggu. Bukan apa, terlalu takut untuk tinggal dekat rumah sendiri. Homeless gila rasa. Tapi itulah, kalau aku tak mula lari sana sini, mungkin selepas-selepas ini tak tahu pengalamannya macam mana.

Selepas Mak meninggal, semua bermula. Hidup tunggang-langgang. Kakak dengan abang masing-masing baru mula nak menapak-- bekerja sendiri. Aku yang masih darjah lima masa tu lifeless. Menumpang rumah orang. Malu, tapi nak buat macam mana? Ini sahaja pilihan yang dapat aku buat. Sedih jangan cakaplah. Anak bongsu mana yang masih belum baligh dan paling rapat dengan mak dia, sanggup atau dapat terima dia hilang tempat bergantung. Dengan langsung tidak ada kewujudan seorang Ayah.

Hidup dekat kampung sangat menyakitkan tubuh-- menelan zaman kanak-kanak aku. Ibarat mata aku sudah tidak berkornea menakung lebam menangis hampir setiap malam. Fasa sebelah malam adalah fasa sakit, ngeri, seksa dan meratap pedih.

Bila dapat lari dari sana, beralih ke sebuah tempat baru-- masih lagi rasa sama. Lari lagi. Sampai dah penat.

When I got the official letter, kemasukan pengambilan pelajar baru diploma-- itu adalah satu nikmat yang tak terhingga. Yalah, siapa tak suka? Akhirnya aku dapat melarikan diri jauh daripada kehidupan tak bertamadun hampir 6 tahun jadi homeless.

Enam tahun bukan masa yang sekejap. Macam-macam yang hinggap dekat jasad aku tanpa pernah sedikit pun segan. Keadaan yang tak cukup makan. Keadaan yang duit tak pernah nak cukup. Keadaan yang kena berebut segalanya daripada tempat aku menumpang. Macam gelandangan.

Ramai orang cakap aku tak nampak macam budak gelandangan. Sebabnya aku jenis tak suka menunjuk betapa hitamnya sisi sebalik pandangan mereka. Kawan-kawan yang jenis bukan ambil kisah pasal aku-- yakni suka judge tanpa sebarang usul periksa akan pandang aku penipu. Baju aku selalu nampak rapi. Barang terjaga. Tak pernah nampak aku macam orang susah. Selalu gembira.

Skeptikal pandangan masyarakat untuk orang susah adalah dia tak terurus, muka selekeh, badan kering sampai tulang nak terkeluar daripada kulit, busuk, masam dan apa lagi? Itu stereotype yang dilemparkan masyarakat. Tak pernah nak ambil tahu pasal sebenarnya ada orang susah yang tak suka tunjuk susah. Semua ni tadi selalunya dibuat oleh masyarakat kelas pertengahan. Exactly yes.

"Kau ni tak cukup makan ke?", "Sikitnya kau makan, duit nak simpan buat apa?", "Kau kan kaya?" itu adalah soalan yang selalu aku dapat. Aku tak cakap lebih sebab tak nak bergaduh dengan orang bodoh buta macam ni. Kau nak bandingkan aku yang belanja duit RM10 untuk 7 hari dengan kau yang belanja RM5 hingga RM10 sehari, memang tak dapatlah nak lawan kau. Aku berjimat makan sebab aku tak banyak duit macam kau. 

Please shut the fuck up kalau kau tak tahu masalah kewangan aku. Kau dapat biasiswa, bantuan kewangan, skim miskin apa semua dengan alasan adik beradik banyak walaupun hakikatnya keluarga kau tanggung anak ramai tapi duit cukup nak bagi semua tujuh adik beradik engkau duit belanja RM10 setiap hari. Aku yang berjimat RM1.50 sehari ni pun tak pernah dapat biasiswa ke apa ke. Masih lagi tak judge kau. Aku pun tak tahulah macam mana sistem pemilihan biasiswa tu. Is it fair enough?

Dan satu lagi, perlu ke aku tunjuk dan buktikan pada orang yang baju sekolah aku pakai setiap hari itu merupakan baju yang tak pernah ditukar, ganti atau beli selama tiga tahun? Macam mana aku dapat jaga? Mak tiri aku jenis yang akan membebel untuk aku basuh sendiri baju setiap kali balik sekolah. Berus pakai tangan sendiri. Padahal baju anak-anak dia semua pakai washing machine. Dia yang basuh. Bukan anak-anak dia.

Aku tak cakap yang aku nak dia basuhkan sekali, but aku cuma nak dia ajar anak-anak dia untuk diam dan tutup mulut. Itu je. Dia tak tahu macam mana nak basuh baju & kasut sekolah sendiri-- jangan berlagak mengarah aku buat kerja yang kau tak reti dan pernah buat. Macam ketam mengajar anak dia berjalan lurus. Padahal dia sendiri jalan tak betul. Ibarat macam itulah pepatahnya. Aku tak cepat melatah nak melawan ke apa. Diam dan buat kerja aku. Sebab aku sedar aku menumpang. Aku kan hina.

Berbalik kepada homeless atau gelandangan tadi, masuk sahaja diploma dekat Lendu, aku rasa kehidupan aku aman. Walaupun sedikit terseksa sebab terpaksa bergantung seratus peratus duit PTPTN nak menampung segalanya selama enam bulan. Still aku tak ada rumah yang tetap. Tak ada tempat berteduh yang macam orang lain bila cuti-- tahu ke mana hala tuju nak pergi. Aku? Masih lagi akan terkandas dekat stesen bas untuk fikir samada nak beli tiket balik rumah kakak, abang atau mak tiri.

Aku tak pernah rasa sebuah rumah sendiri. Jadi kawan yang kenal aku semasa diploma anggap aku homeless. Bila duit tak cukup pula hujung-hujung sem, kena cari duit sendiri bekerja. Kawan lain tak faham macam mana perasaan aku terpaksa bekerja sambil belajar. Habis waktu kelas sebelah siang, petang sampai malam dah start kerja dekat cafe. Balik letih kena buat assignment. That's how my life masa diploma. Different with my classmates or batchmate or another person.

Now, dah masuk degree. Alhamdulillah. Tapi duit still tak pernah nak mencukupi. Sebab apa? Taraf hidup dekah Shah Alam jauh berlipat kali ganda tinggi daripada Melaka. Makan satu hari kalau tak sampai RM20, memang tak sah. Dengan macam-macam benda yang perlu buat. Memang tak akan pernah cukup duit. Orang ada mak bapak yang every week push lagi duit walaupun dah ada PTPTN. Tapi aku? Itulah semata-matanya duit yang ada.

Baru-baru ni ada pulak menteri yang 'pandai' suruh student buat dua kerjalah, apalah. Bila student melenting, masyarakat ada yang tak pernah tahu kehidupan student ni macam mana-- tembak muka-muka kami ni balik. Wah katanya student tak berjimat, suka berjoli dan PTPTN tu dah mencukupi. Ah bermacam-macam lagilah skeptikal orang bodoh berlagak pandai ni. Sama je macam menteri yang pandai sangat tu.

Just stop keluarkan statement-statement bodoh korang. Jangan terlalu pandai sangat nak judge kalau tak pernah duduk dekat tempat orang lain. Sama je macam konsep orang yang suka cakap gelandangan ni sebenarnya menyusahkan atau mereka ada pilihan untuk tak jadi gelandangan.

"Pergilah kerja", "Berusahalah!", "Miskin bukan alasan" dan macam-macam lagi.

Hello, orang-orang yang gelandangan ni kadang-kadang bukan sebab tak ada duit atau makanan. Ada je yang jadi homeless sebab skeptikal masyarakat pertengahan macam korang semua ni lah. Sebab sikap masyarakat itu sendiri. Ada yang kena buang keluarga, ada yang kena tindas, ada yang sebab terlalu banyak pilihan sampai tak tahu nak pilih menyebabkan mereka jadi gelandangan.

Cukuplah. Jangan menindas kami homeless dengan skeptikal-skeptikal bodoh. Kalau datang membantu tak apa, ini memekak. Jangan bersuara kalau tak tahu atau duduk sendiri tempat orang lain. Jangan jadi bodohlah paling senang. Senyap. Bagi aku kita semua manusia sama. Cuma yang membezakan adalah cara kita memberi inspirasi kepada orang lain.

Saturday, 9 January 2016

Bright

Literally, untuk first time aku tak tahu aku nak mula daripada mana dan nak bawak ke mana cerita kali ini. Too many things (like usual) but this time, it would be different. It is my first time to write and post in my blog at this time. Pagi kot? Belum pukul 9 pagi lagi. Sebelum-sebelum ni semua yang dekat blog ni aku akan tulis sebelum waktu tidur-- malam.

Aku tak tahu apa dah jadi tiba-tiba dalam 2016 ni pelik sikit. Okay. Shut the fuck up. I need to start it. What was wrong with me?

Aku nekad malam semalam untuk habiskan sekali lagi novel Kelabu by Nadia Khan-- FIXI. Totally it takes me a night nak finish up all the pages-- a whole book. Bahasa dia simple and kira rojak jugaklah. Okay aku bukan nak buat review buku.

But, there's a thing yang sekali lagi a book brings me to a new level. Satu perasaan yang membawa aku ke satu fasa untuk berfikir dan meniliti setiap satu persatu yang dah pun terjadi dalam hidup aku kebelakangan ni. Aku nekad nak baca Kelabu lepas habis aku selesai sesi luah-pada-orang-yang-tiba-tiba-rasa-nak-mengadu. Yes.

Apa yang terbuku, habis. Kalau dia faham. And bila masuk degree ni, aku lebih open total about it to people who I think deserve nak diluahkan. At the right time lah I guess?

Aku bertekad dan berjanji untuk 2016 ni tak membenci orang terlalu banyak lagi. Nak jadi seorang yang pemaaf dan cuba untuk memaafkan orang yang aku rasa bagi aku kesakitan ke apa ke. I try. Obviously to dia. Aku try untuk jadi better than before. Tak bermaksud untuk kembali pada benda lama. Untuk ketiga-tiga terma yang sedang aku fikir sekarang. Nope. Exactly not.

Dia tiba-tiba reply my question at that time. Macam tak sangka dia AKAN. But kalau ikutkan, aku yang start tegur dia balik, kot? Ke ada mana-mana part yang aku lupa? Forget about it. Skip. Skip. BUT yes, aku rasa gembira balik untuk mulakan a better life in 2016 (macam sama macam awal 2015 je) why not?

Dia cakap aku good in blogging aka writing. Do I? Entahlah. Aku agak kira macam ya lah tu kot dari lubuk hati dia paling dalam. Agaknya lah. Kalau main-main pun-- tak apalah. It just nice to have it as starter kit nak buang yang keruh.

When I talk about this, semua jadi manis in January. Macam sebelum-sebelum tahun ni jugaklah kot rasanya. Maybe. (Dengan ungkapan yang terlintas dalam kepala aku-- "2016 please be nice to me" kepala hotak dia.)

I would like to review about Kelabu but bukan sekarang kot rasanya. Sebab dia betul-betul open up my mind and clear something on somewhere that hmm. Where can I begin?

Sekarang aku dah a little bit lega. Cerita pagi ni macam mood dia terang lagi gembira (bercambur sedih jugaklah baca that Kelabu) but masih lagi tahap mood yang memberangsangkan to text someone yang aku terus bayang pasal dia je dari semalam masa baca Kelabu (again).

Thanks for read this.


Yours truly,
Blue x

Saturday, 2 January 2016

Hello

2015 adalah sebuah lagi frasa mencari diri. Macam tahun-tahun yang sebelumnya-- di mana masih lagi terumbang ambing menentukan masa depan. Entah esok, entah lusa; semua boleh terjadi. Jatuh atau bangun aku.

Disebabkan aku tak buat pun opening 2015, maka aku tak berhajat sedikit pun untuk buat endingnya. Masuk sajalah ke dalam isinya. Apa yang terjadi dalam setiap satu persatunya menjadi terpenting untuk dinilai pentingkan.

Banyak sebenarnya manis dengan pahit. Hitam dan putih. Mahupun gelap dan terang dalam mengakhirkan 2015. Aku cuma malas untuk bawa episod tahun lepas ke tahun ini. Harapannya, cerita yang aku tulis sepanjang tahun lepas-- moga banyak menjadi inspirasi serta terpilih dalam semua-semua contest atau apa-apa mak nenek dia lah.

Okay topik dimatikan yang tahun lepas (dalam konteks yang sama). Aku cuma nak cakap mengenai beberapa perkara yang menyedarkan aku sepanjang dekat degree ni. There are too many things yang aku nak cakap sebelum-sebelum ni tapi belum sempat nak cakap. Macam tak ada masa atau kadang-kadang ada je masa nak membebel secara rapuh tapi itulah-- malas nak menulis. Mood tak sampai.

Ringkaskan cerita-- aku nampak macam orang bodoh. Terlalu bodoh pada mata orang. Yup. It is so clearly apa yang terpampang dekat muka beberapa manusia yang bila tengok aku "Can I ask you some questions?" and aku pun baru nak menganga bukak mulut, "ahh it's okay lah. Aku tanya orang lain."

Definitely, nampak dengan ekspresi muka kau dan segala benak dalam hati kau tu "ohh crap! Aku tersalah tanya orang. Budak ni bodoh." Yes. Itulah apa yang aku rasa.

Bila sebab satu saja alasan kenapa aku dapat carry mark mid semester paling rendah dalam class-- dia punya stereotype dekat aku, habis semua keturunan jenis subjek dekat mata dia, aku nilah yang paling amat tersungguh agung bodohnya. Disebabkan perasaan murung tu je menyebabkan markah aku jatuh. Sabar. Selagi belum masanya, it's okay. Teruskanlah (sambil nyanyi lagu Agnes Monica).

Second stage nampak lagi kebodohan aku paling nyata bila masa konvo-- nama aku terpampang besar tak ada bintang-- menandakan CGPA aku tak lepas 3. Walaupun lagi sikit dah nak sampai. Itu sebabnya jangan main-main masa mana-mana sem sekalipun. Padahal yang memusnahkan CGPA aku adalah sebab accident masa semester 3 dulu. Habis musnah segala impian aku nak kekal 3 pointer.

So, dengan kuasa majoriti yang diberikan mandat-mandat undian secara terbuktinya kebodohan aku paling ketara masa diploma-- maka, dengan ini diisytihar aku dinobatkan sebagai bodoh dalam kamus hidup manusia-manusia pandai 4 flat tadi. Crystal clear.

Aku tak kisah pun. Kalau betul apa yang tertulis-- aku bukan dekat sini, mungkin dekat tempat lain. Walaupun sakit hati tapi tak worthy nak menyakaikan diri semata benda-benda macam ni. Aku berusaha. To show you how the world fell at my feet (kononlah).

Hello 2016. May Allah grant us with apa-apa je lah yang baik-baik demi kejayaan yang elok. Happy for me.


Yours truly,
Blue x