Sunday, August 01, 2021

Hiraeth

Hari jadi yang ke-26 di bulan Ogos tahun lalu disambut dengan tangisan. Pertama kali dalam seumur hidup. Ditinggalkan hiba sendiri.

"I'm sorry. We can't make it through. I... nak kahwin--" suara dia tersekat. "...dengan someone else."

Aku merenung ke luar dan melihat langit mendung yang sama dengan perasaan aku waktu tu. Mendung dan bila-bila masa je boleh bertukar guruh. Berkecamuk dan remuk sewaktu perkataan tu keluar dari mulut dia. Dan sewaktu menyambut hari jadi aku masa tu.

Banyak tanda tanya yang berlegar dalam kepala aku waktu tu. Nak menerima hakikat sebenar dan menelan pahit yang betul-betul depan mata. Sebelas tahun hubungan tu terbenam sebegitu je. Tanpa ada belas kasihan.

Kitorang berdua diam untuk satu masa yang lama dalam kereta waktu tu. Ibarat dalam satu ruang kalis bunyi dan yang ada cuma suara di dalam kepala yang meronta-ronta inginkan penjelasan. Semuanya.

Jadi betullah false alarm yang selama ni aku rasa? And I figure out this is what you really want.

This whole pandemic, and lockdown... buat aku belajar dan menerima. Menyimpan sepi, meragut senyum. Meninggalkan luka.

Aku masih boleh tersenyum waktu kau keluar dari kereta aku. Seolah tak ada apa-apa yang berlaku. Seolah pengakhiran hubungan kita dan sambutan hari jadi aku tu meriah-- sebenarnya dengan tamparan maya yang menyakitkan.

Sebaik sahaja kelibat kereta kau melepasi kereta aku, guruh dan hujan menemani aku petang tu. Dalam keadaan yang sangat membebankan perasaan -- aku kuatkan langkah. Membawa bayangan yang menerawang jauh memikirkan tentang hari esok dan mendatang tanpa kebiasaan yang selalu-selalunya.

Boleh ke aku bertahan?
Boleh ke aku biasa?
Boleh ke aku menjalaninya?
Boleh ke aku tak apa-apa?

Dan persoalan yang sama berputar dan terus berputar selama berbulan-bulan. Sampailah hari pernikahan kau bulan sebelas tu. Ternyata, aku boleh meneruskan hidup dan menikmatinya dengan hiba. 

Menerima hari ini, menjadi sebuah realiti dan masih utuh tanpa bersilih ganti. Perasaan yang dimungkiri dan dikhianati.


Hiraeth /ˈhɪərʌɪθ/ - A homesickness tinged with grief and sadness over the lost or departed.