Wednesday, 30 December 2015

Mentari, Madu, Mimpi dan Malam

Duhai rasa-rasa rindu yang mencengkam, tahukah engkau aku sakit lagi untuk menerima hakikat ini. Ditidak pedulikan oleh orang yang aku perlu dan sayang. Serasa sunyi dan mati. Aku tidak mahu lagi berasa sendiri. Sudah-sudahkanlah. Bebaskan aku. Capaikan aku emansipasi.

Wahai Mentari, Madu dan Mimpi. Tahukah engkau sedang beraja dan menguasai seluruh hidup aku ketika ini? Membentuk menjadi satu gumpalan zarah yang tertanam dalam jiwa aku. Tidakkah kau tahu aku tak mampu untuk tersekat di antara levitasi ini?

Mengaku itu adalah lebih sakit daripada menerima yang tak ada siapa yang sudi menyambut aku. Ditelan hidup-hidup oleh seksaan seperti dirempuh raksa yang bersifat jitu. Dikelamkan dalam malam-malam yang penuh dengan ketakutan tidak berdimensi.

Mana jawapan aku? Tidakkah kau mempunyai jawapan kepada setiap persoalan aku? Apa aku tidak terlalu jujur lagi dengan setiap apa tindak laku dan kenyataan "aku mahu kau?" Apa tidak kau bezakan ke kontradiksinya?

Takpelah. Aku mengalah. Semoga kau bahagia. Biar aku mengikuti yang tadinya malam.



Catatan ini di tulis pada 14 Nov 2015. Malam sebelum aku, Syawal, Saffa, Haziq, Ayie dan Ecah nak ke Broga. Aku teramat excited. Sungguh. Tapi catatan ini rasanya tidak ada kena mengena dengan apa yang aku nak katakan.

Tuesday, 1 December 2015

Puisi Tepi Jalan

Aku terlalu ketagih dengan setiap barisan dan susunannya.
Terlalu bersifat memahami.

Suatu Pernah, Sepertinya, Arjuna Beta, Terbang Tunduk dan kesemua hidden track di dalam PTJTheAlbum ini melengkapkan rasa.

Rindu Mentari juga kesukaan aku di dalam versi buku pada muka surat 94. Dan kemudiannya keseluruhan isinya.

Terima kasih tuhan. Kau berikan pengantara dan meminjamkan kata-kata tadi kepada Fynn Jamal.