Monday, 29 August 2016

Dua Puluh Dua

Beberapa minggu ni, aku banyak sibukkan diri dengan buat kerja-kerja tahun lepas kembali. I do write something. Aku tak boleh kongsikan apa yang tengah aku usahakan. Dia cukup macam hint je dulu.

Aku mula rasa yang aku dah boleh berhenti dan padam satu persatu post lama di blog ni. Bukan sebab dah give up dengan hidup atau bosan menulis tapi aku rasa, orang dah tak minat untuk membaca segala apa yang aku tulis. Dah tak berguna pun. Balik-balik cakap benda yang sama. Balik-balik ulang benda yang sama. Dah muak, kan?

Bulan ni juga merupakan bulan di mana banyak perkara yang aku jumpa dan belajar. Di mana setiap hari rutin aku dengan memulakan hari dengan kerja, malam menulis dan sebelum tidur-- aku akan merayap ke alam mayanya untuk mencari dunia lain selain seperti biasa. Aku cari orang yang tak kenal aku. Aku cari tempat untuk aku melihat orang lain dalam kehidupan lain.

Makin banyak aku baca sana-sini, scroll internet tanpa henti-- makin banyak yang aku dapat tahu. Too many things happened sekelip mata.

Ada perkara yang menyedihkan aku. Secara nyatanya, aku sudah berada dalam fasa dewasa. Mengenal dunia lebih jelas. Back in 2010, waktu curi-curi masa pergi ke cyber cafe semata untuk log in Facebook dan blogwalking. Macam-macam orang jumpa. Aku hidup sebagai stranger dalam kehidupan mereka.

Dan hari ini aku sedar, kesemua list blogger kegemaran aku sejak 2010 lagi tu dah mula menghilang. Seorang demi seorang hilang. Aku masih perlu membaca cerita mereka. Aku masih mahu untuk berada di depan skrin komputer atau phone semata nak baca setiap update daripada mereka.

Malang, seorang pun tak lagi muncul. Mungkin fasa rebel mereka semua sudah tamat. Dah jumpa happy ending dalam kehidupan. Dan dah ada kehidupan yang lebih terjamin daripada menghadap komputer menaip untuk orang-orang yang gila membaca hidup orang lain macam aku ni.

Aku rasa, mungkin (aku masih tak pasti) ini adalah entri yang terakhir aku dekat sini. Kalau ada masa yang panjang atau ada benda menarik yang boleh aku kongsikan, aku akan kongsikan lagi. InsyaAllah.

fin.

Yours truly,
blue x