Saturday, 29 June 2013

Yang Teramat Plastik

Yang teramat plastik aku dekat sini.
Lembik tapi  susah untuk dihapuskan.
Jernih tapi tidak ditembusi air.

Aku lembik nak bersuara lagi. Aku dah malas dilabelkan seorang yang bersifat TIDAK PROFESIONAL.

Berdiam lebih profesional. Barangkali.
Sukar untuk dihapuskan perasaan aku untuk bersuara tapi jikalau berdiam itu lebih baik dan mulia, maka aku tetap akan berdiam. 
BERSUARA tetapi BERDIAM.

Aku jernih, melihat segala yang berlaku dekat sini. Aku perhatikan dan terus memerhati tanpa penuh rasa bosan untuk MENGKRITIK tindakan mereka yang seakan PROFESIONAL.
PROFESIONAL? Betul?

Aku takkan ditembusi air kerana aku berdiri pada paksi SUARA yang aku sendiri orbitkan.
Aku berpaksi pada orbit yang berputar.

RASIONALNYA aku berkata membantu. Bukan menjatuhkanmu.

YANG TERAMAT PLASTIK.

Plastik yang mati.
Mati penglihatan dan pendengaran.
Diam.


Yours truly,
Blue x

Thursday, 27 June 2013

Be A Professional

Seminggu telah berlalu setelah telefon Android tiba-tiba rosak and hidup kembali. Kali ini penceritaan ke dalam dunia "Professional" kembali lagi. Aku seolah-olah terkesima dengan mereka yang menunding jari ke arah aku dengan tidak cukup rasionalnya dan mengatakan akulah yang bersalah dalam segala hal.

Sekali lagi, aku dilemparkan kata-kata TIDAK PROFESIONAL. Tidak mereka kaji sebenarnya tindakan mereka LEBIH TIDAK PROFESIONAL sebenarnya.

Memperjuangkan kebenaran yang sendirinya sudah tahu kerapuhan fakta. Menarik muka atas dasar yang tidak munasabah. Pelik dengan manusia yang sering bermain dengan pemikiran dalamannya sendiri.

Landasan bersuara aku dipertikaikan walaupun itu adalah hak aku dan aku langsung tidak tuju kata-kata itu secara nyata serta tidak menyatakan nama mereka. Namun, mereka terlalu kisah sehingga mengeluarkan kenyataan aku yang bersalah atas segala-galanya.

Konon aku perlu bersemuka kalau bermasalah tapi tak mereka cerminkan diri sendiri tentang perkara yang sama. Tindakan memboikot kerana masalah tidak bersemuka adalah jalan penyelesaian yang mulia bagi mereka. Teori dari mazhab mana kau orang belajar?

Fikirkan kewajaran profesionaliti diri dahulu sebelum memantulkan pada orang lain.
Fikiran belum capai tahap kematangan dalam mengeluarkan kata-kata dan tindakan.


Yours truly,
Blue x

Tuesday, 11 June 2013

Prolog: Halaman Ketiga Lendu

Keletihan yang aku sendiri tak tahu kenapa sedangkan ini adalah awal semester. Mungkin lemau sewaktu cuti dulu. Entahlah. Malas nak fikir panjang. Sebab dia? Taklah. Bukan ni, bukan.

Aura keghairahan jadi rasanya tidak bernafsu sekarang ni. Mungkin aku rasa kelainan tu sendiri disebabkan aku terlampau gusar. Gusarkan apa? Tak faham. Dia ibarat sebuah teka-teki yang aku bina sendiri. Aku buat persoalan, tapi aku tak ada jawapan. Buntu.

Come on. Takkan aku nak berpijak pada paksi yang jelas tak pernah wujud ni. Bernafas di dalam karbon dioksida. Berfotosintesis tanpa cahaya matahari. Aku perlu meluncur dalam landasan keretapi yang betul. Bodoh, dipersetankan imaginasi.

Manifesto yang aku sendiri cipta kononnya untuk kepentingan bersama akhirnya memakan diri aku jugak. Nah, kau rasakanlah. Perkenalan yang aku kejar kononnya untuk aku berfantasi nanti akhirnya bisu tanpa kata tanpa reaksi, tanpa sebarang melodi. Puas setan aku bergelak pada muka dengan aku. Puas.

Hampa, sejuta hampa aku. Seakan tercampak di dasar. Walaupun aku selalu di galaksi, disajikan dengan bintang. Berada di depannya tapi tak mampu berkata walau sepatah. Kaku. Entah kenapa aku yang lari. Lari dari debaran sendiri. Berani hanya di layar bukan di pentas. Mampu recording tapi bukan live.

Salah aku kerana keadaan atau salah keadaan kerana aku? Seksa betul jiwa aku nak hadam semua benda menyedihkan macam ni. Bullshit.

Aku tahu bukan mudah untuk mimpi dan realiti ni nak bersatu. Mimpi takkan sampai ke bintang. Aku bersayap patah dan bertebaran menghirup udara yang tercemar bersama segala impian dan sahabat.


Yours truly,
Blue x

Thursday, 6 June 2013

Menegakkan Benang Yang Basah

Melawan sesorang yang suka menegakkan benang yang basah selalu menyakitkan hati. Sangat sakit hati. Kerana hormatkan dia kita tetap sabar melawan dan melayan orang sebegini. Kena cukup tabah laluinya.

Kenapalah wujud orang yang macam ni? Rasa dia sahaja yang betul. Semua orang buat benda mesti salah. Kononnya, dia yang paling bagus. Dia yang paling hebat. Come on, kau hidup dekat atas bumi ni bukan ada kau seorang je tau. Nak dengar kau semua benda, boleh blah lah.

Seribu orang macam ni mampus. Syukur aku still ada kesabaran yang tinggi dalam menangani orang yang macam ini, untuk tidak mempengaruhi hidup aku. Mohon sabar okay. Aku takkan mati dengan orang bodoh macam ini. Sabar. Kau kuat. Sabar. Kau mampu melawan syaitan ni. Sabar

Celaka.


Yours truly,
Blue x