Sunday, 28 September 2014

Berdiri Di Setiap Belakangmu

kalau ini
bukan satu puisi
atau sesuatu yang melebihi
ini sebuah pandangan yang meluahkan isi.

aku terpunduk
jelas mengatakan yang jauh itu terperusuk
perasaan yang terpunduk
bukan! bukan! bukan dikutuk!

aku lihat dia
memberi benarkan "YA"
walau memberati jiwa
sarat dengan seluruh rasa.

maafkan aku tak tertahankan
sebuah kekhilafan
sebuah penyesalan
yang takkan terubahkan
yang kekal dipahatkan
yang menjadi sebuah sejarah sebuah zaman

lihat dalam raut wajah kau dalam dalam
sedihnya melewati hingga membeban dalam
teramat dalam

di kedinginan nama kau
--bersabarlah

aku sedang cuba menebusnya
berdiri di setiap belakangmu.

Semakin Hilang

antara kontradiksi yang aku rasa--
dulu dengan sekarang masa
adalah aku makin hilang dunia
banyak fikir melarut entah ke mana mana.

batas asa aku merapu rapu
bercelaru--
bertepu tepu
dan aku ragu

apa sebenarnya sedang berlaku
pada diri aku
ya pada diri aku
dalam diri aku

persoalan pada aku
semua tentang aku

aku semakin rasa diri aku hilang

Rela

segenapnya
dizarahkan
lalu dicantum-satunya
didekatkan.

sedikit asa tak pernah tercukupkan
walau batasnya dihanyir-lumurkan
tetap ditahan
diakukan.

aku tak tersembah
tak terpuja
hebat-ajaib-pintar
kerana Tuhan; Allah
yang berhak mencampak rasa
mengurung-jaga jiwa disangkar

dilihat susuk rangka
diterkurangkannya
--dipasangkan
mohonnya aku sekarang; di depan

bila cerita tak lagi terlayan
--agungkanmu bukan hiasan
bila arus tak terderas-luncurkan
--alirkanmu walau berpedihan

dikehinaan aku--
Berserah-pinta
agar diperkenankanMu
jika benar dituliskan dia haknya
--aku

rela.


ni bukan daripada apa hasil yang aku lahirkan. ini adalah permintaan anep buat kiena sebesar mana dia mahukan dia.

aku tulis berdasarkan apa yang dia rasa waktu itu untuk luahkan pada cinta dia.
aku jadi mahu mereka tahu-- kalau dalam setiap hubungan itu susah jangan menangkan kalah.
ingat kembali setiap manis pertama dulu. sedangkan lidah lagi tergigit.

Sedang Berteka Teki

aku keliru dalam sebuah permainan
ini-- bukan di taman permainan
ini-- cerita yang dipermainkan
oleh orang yang suka mempermainkan

tarik tali; ada
sorong-tarik papan; pun ada
cerita untuk sekarang
--aku sedang berteka teki

Bagaimana?

bagaimana--
jika semua jawapan
untuk setiap persoalan
adalah bagaimana?

Wednesday, 24 September 2014

Gali Sendiri

entah di mana
aku diletakkan perasaan
dibenihkan rasa
untuk meneroka cari jalan

lambat-lambat aku ikut rentak
perlahan-lahan aku teresak
baru sekarang aku tersentak
dikejut dari menjejak

oh rupanya aku sudah sedar
aku buta dalam sedar
mujur sedar--
aku tak sedar

mohon di azankan pada telinga aku
agar bangkit dari menyesakkan diri
yang sebenar aku mengundang malu
yang cuba cari gali sendiri
kerana terlampau ikutkan nafsu
aku dibakalkan digelak nanti.

Saturday, 20 September 2014

Mati Keseorangan

sudah biasa dalam lumrah ini
di tengah manusia berdiri
pada zatnya aku dinikmati
yang kosong sedar disepi.

aku dah tak takut
untuk berseorang berpaut
walau didamparkan di tengah laut
kerana sebuah kebiasaan yang lama bertaut
jadikan aku diperlu-dikaut
dipersampah-dijerut
lalu dibalut--
dicampakkan mati dalam payah-kalut.

ah
aku dah terbiasa
sepanjang hidup merasa
di biar terseksa
menghirup rasa
--dibinasa
--dikeji-cela
--diumpat-cerca

diumpankan pada joran--
untuk sebuah kolam neraka
dan bernafas cungap separuh nyawa
sehingga semua mata
berasa bangga
terlihatkan aku ternganga-nganga.

mati keseorangan.

Wednesday, 17 September 2014

Dikejut Lena

melalui hari hari yang telah pun berada di penghujung semester pembelajaran.
berbaki-sisa 4 minggu dari sekarang
maka tertamatlah pelayaran kali ini.

yang jelas,
aku sudah dikejutkan
daripada semester ini.

semalam
semua mimpi semalam
kalau diterbalikkan waktu
adalah igauan semata.

aku sedang takut
dengan bayang sendiri
sebab bayang bayang tu
daripada pantulan aku
sepanjang 4 bulan di sini.

begitu banyak benda
bermain
berlegar
berligatan
berulang alik
bersesakkan dalam kepala.

entah macam mana
aku pun tak mampu nak luah.