Sunday, October 30, 2022

Jauh di Mata, Dekat di Hati Orang Lain.

I don’t easily get jealous. Nor… nah I don’t even care.

Rasanya memang aku tak pernah kisah dan peduli walaupun sekali sama ada termeterai secara lisan mahupun berteka-teki — sesiapa di sebalik segalanya. Tak faham dengan perasaan sendiri sebab kenapa tak pernah muncul iri dalam diri. Mungkin sebab selama ni aku hanya memilih untuk sentiasa berdamai dengan takdir, atau memilih untuk menerima terma yang tersurat.

Aku ingat lagi 11 tahun lepas, bila satu hari ni tanpa sebab dan entah kenapa terbit dari mulut dia.

“Aku jealous.”

Muka aku literally tercengang dan kemudiannya aku tergelak. Macam mana dan kenapa boleh timbul perkataan tu sedangkan aku jadi manusia yang sama tak kira dalam situasi bagaimana sekali pun. Just me, being me.

Kontradiksi.

Hakikat sebenarnya, I wasn’t able to be myself. Bagai dipenjara tanpa wujud material kukuh. Sakit dan masih tersenyum. Pura-pura kalis dengan kata-kata pujangga. Namun, nyata — aku tak seteguh yang disangka.

Mulanya aku rasa macam kelakar, tapi lama kelamaan aku rasa enjoy sebab aku tahu di mana letaknya diri aku di mata dia. Betapa rasa berharga dan tak tergoyahkan dalam jauh benaknya. Jadi, aku boleh buat apa sahaja, kan?

Akhirnya, benda ni makan diri sendiri. Dia berputar kembali kepada diri aku — sedekad kemudian. Jadi… aku berfikir. Adakah ini yang sebenar-benarnya berlaku dalam diri dia dulu? Macam ni ke perasaan dia? Merasa sakit yang tak jelas kelihatan. Merasa pedih namun tak terjemahkan.

Jauh sekali dari mata. Tak terperi gejolak yang ditanggung. Sungguh pun nampak di maya, tapi tak mampu nak tersenyum bahagia.

Dekat sekali di hati… orang lain. Bukan aku.