Thursday, January 22, 2015

Persimpangan Pilihan

aku tak perasan, bila kali terakhir aku menulis. aku dah putus asa. hilang harapan. untuk meluah pun sudah tak tersanggupkan.

perasaan paling dalam aku sedang bercelaru. sedang keliru menilai rona kehidupan yang mendatang. helaian kertas jual beli sudah kering. kontang.

aku entah mau bikin apa sekarang.
menanti benda yang tak pasti seperti kebiasaannya. banyak dugaan mental.

bercakap mengenai buku pun aku sudah tidak mampu. kalau beginilah dugaannya. sesal.

hati. aku tahu sekarang aku dilanda lagi soal ini. seorang jasa berada di depan aku. betul berdiri. tapi aku berada dipersimpangan pilihan-- membodohkan lagi atau menghambur pergi.

kuatkan aku seadanya. tolong.

Monday, January 19, 2015

12 Putera

Pada zaman dahulu,
Terdapat sebuah istana yang indah singgahsananya.

Di dalamnya terdapat 12 putera yang berbeza-beza mahirnya.

Setiap satu satu manusia tersebut punya didikan masing masing.
Di antara mereka-- wujud beberapa orang yang petah bicara.

Dikeranakan sebab itu;
Ada di antara putera yang tidak senang duduk.
Bila dibidas-- segera mengerah bala tentera rancang memusnahkan masa depan didikan mereka itu.

Putera itu bodoh. dia takut dengan bayang sendiri.
Dia takut bila lompang compang camping mereka disuluh-cerminkan.

Maka seluruh didikan jadi mahu berontak. putera itu sangka takhtanya bakal selamatkan dia.

Dia tidak sedar kalau--
Bila jadi seorang pemimpin perlu berani jadi manusia.
Perlu tahu bila jadi pemimpin berani ditemplak.
Perlu berani ada bakal pemimpin yang bakal memimpin dia.

Lalu seorang penglipurlara datang;
Anakanda, jangan sampai apa yang dulu di ulang lagi.
Anak didik menentang guru dia.

Itu bilang dia.
Itu bilang dia.
Itu bilang dia.

Bilang dia juga dulu seorang putera;
Yang tentang guru dia terdahulu.

Tamat.