Pagi tadi aku bangun dengan berazamkan sesuatu yang tak pernah aku lakukan sebelum-sebelum ini. Ini semua untuk menunjukkan rasa kasih. Duit dalam tabung dikira satu persatunya. Mungkin tak seberapa banyak hingga mampu membeli sebuah kereta. Ataupun telefon bimbit berjenama Nokia. Tak semuanya. Cuma apa yang aku dapat belikan adalah sesuatu yang dari hati-- ikhlas tak terbandingkan.
Aku pura-pura yang seakannya seperti biasa, keluar merasakan keasyikan bermain bersama kawan-kawan. Hujung minggu adalah masa untuk liburan. Masa untuk melupakan sekolah. Itulah alasan yang aku berikan kepada dia sebelum melangkah keluar dari rumah.
Lalu, berbekalkan RM30 di dalam poket, aku nekad untuk ke bandar. Dari Padang Rengas ke Kuala Kangsar mengambil masa 30 - 40 minit sekiranya menaiki bas awam. Tak sampai beberapa minit, bas sudah tiba di bus stop. Lalu, ia terus meluncur laju.
Hampir satu jam, aku berada di Bandar Kuala Kangsar. Mencari sesuatu yang aku tidak tahu apa. Sesuatu yang mampu aku beli dengan hanya duit berbaki RM20?
The Store (atau Fajar nama sebenarnya) adalah tempat terakhir aku melangkah. Yup. Di sini aku menemukan satu set gelas & pinggan kaca. Aku tersenyum dan terus menuju ke kaunter.
"Kak, nanti balutkan boleh? Dan nak letak kad yang kecil tu."
"Nak tulis apa ni dik?"
Aku bisikkan pada pelayan di kaunter tersebut. Wang dikeluarkan. RM19.90 jumlahnya. Lalu, dengan rasa hati yang sangat bahagia-- aku menuju kembali ke stesyen bas. Semasa di dalam bas, seorang perempuan mengur aku.
"Eh dik? Datang dengan siapa? Mak ke?"
"Tak. Dengan sepupu. (dengan keadaan yang sangat takut) Dia dekat luar."
"Oh ya ke. Akak kawan abang adik." Dia tersenyum dan menuju ke tempat duduknya.
Rahsia hampir terbongkar. Segenap jantung aku mula terburai sekejap tadi. Tapi nasib baik tak terjadikan. Jam menunjukkan 7 petang. Aku berjalan pulang tanpa menghiraukan sesiapa. Kotak berbalut ini milik Mak. Untuk hari istimewa dia hari ini-- Hari Ibu.
Aku kira tahun mendatang akan selalu ada untuk aku sambut seperti ini. Nekad aku 11 tahun lepas pada usia 11 tahun mencari hadiah Hari Ibu untuk Mak adalah hadiah pertama dan terakhir yang dapat aku berikan sepanjang Hari Ibu dalam hidup aku. Itulah yang pertama, dan itulah yang terakhir.
Selamat Hari Ibu, Mak. Sikit masa lagi nanti kita jumpa.