Tuesday, March 03, 2015

Sedikit Masa

aku rasa masa untuk aku penuhkan dalam ruang ni dah semakin suntuk.

kalau dulu semangat meninggi--
tapi semakin lama semakin melayu.

sebenarnya aku tak tahu dan buntu dalam halatuju sebenar sekarang. susah untuk aku luahkan.

mungkin;
aku berada dalam setiap ruangan ni bila aku--
satu, dalam perasaan berombak
dua, bila aku betul tak tertahukan untuk meluah
tiga, waktu aku rasa payah.

hai pembaca.
terima kasih ada di sini.

Tuesday, February 10, 2015

Sisih

dan dari sebuah kebenaran yang harus aku percaya dan terima.

satu pun tidak pernah ada yang menyahut. satu satu yang melihat. usah berpura lagi selepas ini yang kau suka.

tuhan sedang tunjuk pada kau bahawa kau perjudikan aib orang dan ketahui bahawa manusia akan mengaibkan kau. cukup perlu kau tahu sendiri. al-fatihah untuk aku.

aku sedang di sisih dari kehidupan sendiri. dari kumpulan. sendiri.

Friday, February 06, 2015

Sebelum Lelap

banyak yang selama ini tersimpan
terpempan beban
yang tak terluahkan
hanya selalu ditelan.

sebelum lelap sepenuhnya nanti
aku mahu apa yang dihajati
bisa jadi realiti
dan bakal dihargai,

sebelum lelap
di sebalik segala gelap
aku ingin sampaikan satu harap
agar nanti bila rindu boleh di ucap.

sebelum terlelap tak berdaya
aku kisarkan semua
untuk kau tahu betapa kau berharga
semasa aku di wujud adanya.

Thursday, January 22, 2015

Persimpangan Pilihan

aku tak perasan, bila kali terakhir aku menulis. aku dah putus asa. hilang harapan. untuk meluah pun sudah tak tersanggupkan.

perasaan paling dalam aku sedang bercelaru. sedang keliru menilai rona kehidupan yang mendatang. helaian kertas jual beli sudah kering. kontang.

aku entah mau bikin apa sekarang.
menanti benda yang tak pasti seperti kebiasaannya. banyak dugaan mental.

bercakap mengenai buku pun aku sudah tidak mampu. kalau beginilah dugaannya. sesal.

hati. aku tahu sekarang aku dilanda lagi soal ini. seorang jasa berada di depan aku. betul berdiri. tapi aku berada dipersimpangan pilihan-- membodohkan lagi atau menghambur pergi.

kuatkan aku seadanya. tolong.

Monday, January 19, 2015

12 Putera

Pada zaman dahulu,
Terdapat sebuah istana yang indah singgahsananya.

Di dalamnya terdapat 12 putera yang berbeza-beza mahirnya.

Setiap satu satu manusia tersebut punya didikan masing masing.
Di antara mereka-- wujud beberapa orang yang petah bicara.

Dikeranakan sebab itu;
Ada di antara putera yang tidak senang duduk.
Bila dibidas-- segera mengerah bala tentera rancang memusnahkan masa depan didikan mereka itu.

Putera itu bodoh. dia takut dengan bayang sendiri.
Dia takut bila lompang compang camping mereka disuluh-cerminkan.

Maka seluruh didikan jadi mahu berontak. putera itu sangka takhtanya bakal selamatkan dia.

Dia tidak sedar kalau--
Bila jadi seorang pemimpin perlu berani jadi manusia.
Perlu tahu bila jadi pemimpin berani ditemplak.
Perlu berani ada bakal pemimpin yang bakal memimpin dia.

Lalu seorang penglipurlara datang;
Anakanda, jangan sampai apa yang dulu di ulang lagi.
Anak didik menentang guru dia.

Itu bilang dia.
Itu bilang dia.
Itu bilang dia.

Bilang dia juga dulu seorang putera;
Yang tentang guru dia terdahulu.

Tamat.