Friday, October 02, 2015

10 Tahun: Oktober

Aku tak pernah untuk mengetahui dia datang lagi. Tak langsung nak merasakannya. Aku tak sedikit pun teruja. Cuma persoalan aku adalah, "Kenapa kau wujud?" Kenapa tidak kau terpadam dalam seluruh kalendar hidup aku. Cukuplah dengan apa yang telah kau buat sepanjang 10 tahun yang lepas dalam hidup aku. Aku dah letih.

-- Hari ini, aku dah penat untuk menyatakan yang aku terlalu rindu pada Mak. Dah berapa bulan aku terpisah dari dia. Aku masih bersekolah. SK Tun Dr Ismail, Perak. Mak di Negeri Sembilan. Berubat. Betapa aku mahu berada di sisi Mak waktu ini. Menginginkan di cinta seperti biasa oleh kasih Mak. Mak, hari ini dah 1 Oktober 2005. Bila Mak nak balik?

-- Pagi dingin. Sejuk mencengkam. Seperti biasa, bangun seawal jam 6 pagi untuk ke tandas. Elak daripada berebut pelbagai benda dengan sepupu yang lain. Sejak Mak berubat di Negeri Sembilan, aku menumpang di rumah Mak Yah (Mak Saudara) di Kg. Buaia, Perak.

-- Oktober 5, 2005 merupakan Ramadhan yang pertama tanpa Mak. Selalu bangun sahur Mak yang akan kejutkan. Dengan suara lembut dia. Dengan penuh tertib dia. Papah aku ke kerusi dan meja makan kalau aku mamai. Tapi itu dulu. Hari ini, tahun yang ke sebelas umur aku, bangun sendiri. Kejutkan sepupu yang lain untuk sahur. Aku cuma mengharapkan tubuh Mak keluar dari dapur menghidangkan makanan. Cuma itu yang aku mahu. 

Berbuka tidak ada yang istimewa. Beberapa bulan lepas Mak janji nak berbuka sama-sama. Berhenti berniaga macam tahun-tahun sebelum ini. Pergi terawih sama-sama. Dan dia janji, "Mak nak tahun ni bulan puasa kita anak beranak sekali pergi masjid solat terawih." Itu ayat Mak.

-- Aku fikir aku sudah ditimpa malang. Tidur langsung tak dapat nyenyak. Bangun sahur dan cuba lagi untuk tidur selepas itu. Pagi Khamis itu terlalu susah untuk mengharunginya. Pukul 5.30 pagi dah bersiap-siap untuk mandi. Nak gosok baju, tiba-tiba iron jatuh atas tangan kanan. Tangan melecur. Tapi masih lagi boleh bertahan untuk gosok baju dan terus ke sekolah.

Kawan-kawan tanya pagi tu, "Kenapa tangan kau?" waktu kutip daun-daun gugur dekat padang sekolah. Ya, itu adalah rutin di SKTDI dulu. Aku cuma cakap tak ada apa-apa. Kelas Cikgu Zahid bosan. Aku termenung jauh. Seberapa ketika lepas itu, phone NOKIA 3310 yang Ayah beri tempoh hari berdering. Aku gelabah dan berlari ikut pintu belakang kelas.

Nombor yang tertera adalah daripada rumah di Negeri Sembilan. "Nak bagitahu dia ke?" Lalu panggilan terputus. Aku masuk ke dalam kelas dalam keadaan bingung. Dan menyambung menungan. Pintu di ketuk. Dua kelibat murid darjah enam menyeru nama aku.

Berita Mak meninggal telah menjahanamkan perasaan aku pada hari Khamis, Oktober 6 2005 bersamaan 2 Ramadhan. Segala rasa cela telah membuat aku ingin mati mengikut Mak ke atas langit. Maka aku berada dalam tempoh satu bulan yang semua orang tidak nampak sinar pada mata aku. Muka dan mata yang kosong. Tidak bercakap sedikit pun. Bila malam menangis sekuat mahunya. Tidur dan terjaga. Seluruh Oktober itu kosong tanpa sedikit pun dari kotak suara terdengarkan di sebelah siangnya.

-- Oktober 2006, aku bergaduh dengan adik tiri yang melemparkan kata-kata kesat ke arah aku. Dia kata aku adalah penumpang. Dia kata aku pembawa malang di rumahnya itu. Bumi Kelantan melaknat dengan kehadiran aku. Dan dia menyuruh aku pergi berambus dari rumah itu.

Aku tak fikir panjang. Keputusan untuk melarikan diri adalah keputusan muktamad. Melarikan diri ke entah mana tempatnya dengan kudrat sendiri berjalan kaki.

-- Oktober 2007, dan aku tidak pasti siapa bayangan tidak berjasad mengikuti aku sepanjang malam itu. Menenung tajam dan terus memerhati gerak langkah aku. Hanya kaku dalam bayangan hitam dia. Memerhati lagi dan lagi. Seterusnya membenarkan aku diracau secukupnya. Merumahkan jasad tanpa pernah segan-- aku bukan milik dia.

-- Oktober 2008, perasaan yang hancur dengan caci maki orang telah menghadam dalam otak. Aku berlari ke atas bangunan paling tinggi di sekolah dan mahu melompat dari sana. Mungkin menyabut nyawa sendiri adalah perkara yag paling bagus sekali untuk merasa tenang? Tapi jasad di tarik dan ditenangkan manusia ini. Memberi kata-kata yang membina untuk hidup.

-- Oktober 2009, PMR adalah penentu. Entah macam mana malam sebelum paper Matematik, sakit gigi tiba-tiba datang. Rasa macam yang nak mati sebab dia menarik ke mata dan kepala. Aku menangis yang teramat bila mata mula hitam. Tak nampak apa-apa. Aku fikir aku akan mati. Tapi tak. Masih ada nyawa yang bersisa.

Manusia yang tahun sebelumnya tadi masih wujud, dan dia bikin onar. Bawa untuk ikut berjudi kasih. Menghabiskan duit untuk dia. Entah berapa 4 angka kosong titik kosong kosong diberi kepada dia dengan tidak pernah tahu rasa sebenarnya aku dikhianati.

-- Oktober 2 2010, Fika call. Dia menangis. Aku fikir mak dia dah meninggal. Tak. Bukan mak dia. Tapi, Kimi. Amir Hakimi. Kawan sekolah rendah aku. Kawan yang nakal dan memberi salah satu pengalaman terbesar dalam hidup aku. It's been 5 years without any news about him. Dan kali terakhir aku berjumpa dia itu adalah perjumpaan yang terakhir kalinya.

Beberapa hari kemudian, Fika call aku di sebelah malamnya. The same date where Mak meninggal 5 tahun lepas. Fika menangis lagi. Mak dia sudah diseru malaikat.

Aku pulang daripada rumah belakang. Maghrib bertandang. Apabila dua tiga minit di ruang tamu, Ayah datang menarik rambut aku dan mencampak tubuh aku ke atas lantai. Di tumbuk dan di lempang secukupnya. Kesalahan yang dituduh tanpa sebarang usul periksa secukupnya.

Alignment hidung lari; patah. Tapi tak buat apa-apa. Pergi ke sekolah dan jawab final exam Add Math dalam keadaan muka bengkak dan sakit badan. Semua bertanya pada aku. Dan cuma aku mampu membatukan diri.

-- Oktober 2011, bila cinta itu menguasai segala akal fikiran. Bila kasih itu menjadi sangat subjektif. Bila rindu itu diseru dan merupakan sejenis abstrak. Bersatu dan membelitkan leher dengan tiada ruang untuk bernafas.

Doktor yang tiap-tiap minggu merawat aku di hospital kata aku ada masalah mental. Dia kata aku dah tidak siuman. Dan untuk menunjukkan yang aku bukan gila, aku menggengam semua ubat-ubatan dan menelannya sekaligus. Entah. Aku tak tahu apa yang berlaku. Sedar-sedar di hospital. Memandang dan melihat aneh.

Kaunselor menunjukkan gambar-gambar aku menconteng pakaian-pakaian di dalam locker dengan dakwat merah, marker merah dan apa sahaja yang berwarna merah. Anak patung beruang di conteng dan ditulis kata kata kesat. Satu surat cinta mati yang langsung tidak masuk akal ditujukan pada sebuah benda tidak berjasad.

-- Oktober 2012, 2013, 2014, yang berada di atas semua berulang. Dengan secara tidak tahu kenapa. Dengan kewujudan rasa nak mati. Dengan nota-nota yang tidak masuk akal. Dengan jiwa-jiwa yang terlalu kosong. Dengan rasukan-rasukan yang tidak tahu ingin berhenti. Dengan semua yang mencelakakan.

Tuhan, kejutkan aku bila Oktober berakhir nanti boleh?

Wednesday, September 30, 2015

Jurnal A - Aztract



"Bersifat unik"

Bagi aku zine adalah tempat di mana untuk anak-anak muda yang rasa untuk berkongsi cerita atau apa sahaja patut menghasilkan zine sendiri. Kepuasan melihat hasil sendiri. Itu apa yang aku rasa.

Sebab ada di antara mereka yang dah beberapa kali mencuba (atau takut) untuk menghantar karya mereka di penerbitan-penerbitan besar banyak kali di tolak.

So, in my opinion, dengan benda alah ni-- walau tak secara banyak, sekurang-kurangnya hasil daripada air tangan sendiri boleh dijual is it?

Jadi beberapa bulan lepas, this guy yang dah masuk setahun lebih aku kenal semenjak bulan Jun 2014-- keluarkan zine puisi dia sendiri entitled "Jurnal A".

Jurnal A merupakan sebuah zine yang di jual secara 'by hand' ini telah menarik minat aku kerana keunikan penggunaan tajuk utamanya.

Just like another zine, this Jurnal A came out with another issues; menampilkan 22 himpunan puisi yang mempunyai variasi luahan penulis. It was (maybe) the first zine by this writer (I guess so).

Setelah menghayati setiap satu persatu penulisan Azri, dia juga menggarap beberapa nilai ketuhanan di dalam beberapa puisinya. Penggunaan kata yang secara keras, bersahaja dan terus menjadikan setiap bait-bait puisi itu di dalam konteks dan pelenggokan mesej mengikut acuannya sendiri. Dia tidak terikat kepada mana-mana nama besar pemuisi di Malaysia. He just write it by his own style.

Penyampaian, design dan layout (using a lot of white space) yang simple menjadikan ia adalah bersesuaian dengan pembawakan mesej di dalamnya. Tidak serabut. Isu berat dan simple design-- membuatkan ia balance menghasilkan mood pembaca.

Di halaman yang terakhir dengan quoted,

"Bolehkah kau berjanji pada aku?
--jangan lawat tika aku berhadapan Malek

Bolehkah kau berjanji pada aku?
-- temankan aku di Firdaus kelak."

memainkan peranan penting untuk pembaca mengetahui apakah hint yang terdapat di dalam zine tersebut.

Secara keseluruhannya, percubaan Azri untuk meluahkan rasanya, berjaya untuk pembaca menyelami di dalam setiap kata-kata indah yang di susun.

Projek seterus Azri-- berdasarkan beberapa teaser daripadanya di Instagram dengan kemunculan Galeri Aztract menjadikan sekali lagi tarikan kepada pembaca-pembaca Jurnal A bagi  mendapatkan satu lagi ciptaan unik daripada penulis ini.

Good luck Azri. Jangan pernah berhenti untuk berani meluah rasa dan menjilidkan kepuasan orang menghargai karya kau.

Wednesday, September 23, 2015

Terima Kasih Harun Din

"Kalau dia masih hidup, jagalah dia. Kalau sebaliknya, redhakan pemergian dia."

Mak dah beberapa bulan terlantar atas tilam. Menunggu masa-- semua bergantung pada asa. Kalau pergi, maka lepaskan dengan aman tanpa disakiti.

Masa tu aku berumur 11 tahun. Sesi persekolahan terpaksa tinggal semata nak ada selalu dengan Mak. We had to move from Perak to LBJ, Negeri Sembilan as soon as possible lepas doktor sendiri pun tak dapat tahu apa yang selama ni membelenggu hidup Mak dan kami.

Hari demi hari, semua makin teruk. Dari dia boleh ingat siapa anak-anak dia, sampailah saat semua tak bermakna dan sia-sia untuk hidupkan ingatan dia. Am I his son?

2 minggu sebelum Mak meninggal (6/10/2005), kami sekeluarga dapat juga peluang untuk hantar Mak ke Darus Syifa' Bangi. Dan di situlah pertemuan di antara Harun Din dengan Mak untuk sesi perubatan.

Hanya satu yang kami pertaruhkan-- harapan. Harapan untuk Mak pulih seperti sedia kala. Seperti yang pernah aku kenal sebelum masuk tahun menjadi kanak-kanak berusia 11 tahun masa tu.

Tapi melalui kata-kata Harun Din,

"Kalau dia masih hidup, jagalah dia. Kalau sebaliknya, redhakan pemergian dia."

Kami tahu, cepat atau lambat-- semua kena terima hakikat yang Mak akan tinggalkan kami. Terbang bebas ke awan biru. Tanpa perlu menunggu-- aku.

Terima kasih Harun Din.

Tuesday, September 22, 2015

Prolog Shah Alam: Semester Ketiga

Sebulan yang lepas, aku berlari menuju ke destinasi ketenangan sebelum sampai di sini. Menyahkan rasa sakit emosi. Mencari semula kepingan hati yang bercelaru. Mengutip rentak yang perlu aku ada untuk menulis lagi.

Lalu aku berjumpa tiga insan yang istimewa duduk dalam hati-- serentak. Menuju kembali ke sebuah ruang yang terjejakkan bertahun lamanya. 

Setelah hampir sebulan berteduh percuma dekat AG4 (Apartment Dimensi Alor Gajah) yang penuh dengan sketsa tanpa henti, akhirnya waktu terakhir di sana muncul tiba.

Keputusan untuk melangkah ke peringkat Degree pada 12 September telah memberikan harapan baru kepada aku. Pahit yang lepas aku simpan dalam poket. Berbekalkan ingatan semalam yang takkan luntur-- aku bangkit mengumpul duit.

Semata yang tinggal pada aku pada 2 minggu sebelum masuk ke Shah Alam, cuma hanya ada beberapa ringgit sahaja. Aku puas fikir macam mana untuk bayar yuran pengajian. Atau aku harus menolak tawaran ini?

Tuhan adil. Dia berikan semangat dan tiupkan cara. Aku dipapah tegakkan oleh sahabat-sahabat di sana. Dengan penghasilan #zine10tahun-- aku seperti bernafas semula untuk berfikir hala tuju yang seterusnya.

Sabtu, September kelima aku ke Shah Alam. Dengan wang yang tidak berapa mencukupi hasil daripada jualan #zine10tahun. Namun aku tidak mengiyakan setiap ketidak cukupan duit itu kerana aku tahu, sesuatu yang bersifat tidak kelihatan bakal muncul. Dia keajaiban.

Ayah sanggup turun KL. Kami berjumpa setelah 6 bulan tanpa sebarang connection to each other. Well, it was my fault. Not him, maybe.

Ayah top up duit. Kak Long dan Abang Ngah juga. It was so unpredictable to have this kind of money in a short time. I couldn't imagine and rasa betapa bersyukurnya masalah selesai.

Maka bermulalah cabaran yang membawa seribu satu erti dalam hidup aku yang baru. It's here. Where the new whole life begins. It is total different with Lendu. Totally yes.

Saturday, September 05, 2015

Indah Mimpi

Hari ini adalah antara hari yang sangat sukar untuk membuat keputusan. Samada aku perlu berpatah balik atau hanya terus dengan impian aku. Kalau betul inilah jalan yang paling baik untuk masa mendatang-- maka tunjukkanlah.

---

Perasaan gembira yang hadir dalam bentuk tak terdugakan tadi adalah dari sebuah babak spontan. Aku tak tahu dengan wujud satu senyuman di depan aku dengan satu soalan kaku-- sudah mampu buat aku kelu.

Aku ingat itu cuma sekadar fantasi yang tegap, lalu bakal memudar di bila terbitnya matahari. Tapi bila dia datang dalam sebuah prediksi yang berbeza anggapan aku-- lagi aku tak dapat nak lupa dia. She has something. Secara dasarnya, sesuatu yang lain dari kebiasaan.

Kau tahu kenapa aku cuba berlagak tak ada apa-apa bila saat kau tertancap riang di depan aku dengan soalan-soalan bodoh kau? Kerana aku takut ilusi itu memakan sedikit demi sedikit dalaman aku. Sakit bila tahu realiti-- kita tak dihendakkan orang yang kita sayang. Maka aku pura-pura tidak ada perasaan.

Well, kalau hari-hari kau tak pernah jemu untuk aku, itu petandalah kan? Maybe.

So, apa yang aku cuba buat adalah dengan plan untuk dapatkan nombor kau. Nak mintak depan-depan karang malu. Nak mintak masa kau lepak dengan 7 kawan kau tu lagi lah tak kelakar. Makanya, dengan cara apa yang aku boleh buat selain jadikan kau salah seorang mangsa interview Research Professional Project aku kan?

Plan berjalan lancar. So, I got your number atas alasan if anything extra information diperlukan, boleh terus contact.

Remember our first ever conversation on February 2015 dekat WhatsApp? Konon nak mintak gambar bertukar jadi conversation panjang dan tanpa henti saban hari. Kerja yang tergendala pun boleh jadi cepat siap bila kau selalu nak menepek senyum tanpa henti.

The reason why I'd love to duduk dekat library masa Part 6 adalah sebab kau. Entah, aku rasa tak ada benda lain lagi selain dari ketenangan yang panjang dekat situ. Aku pun tak tahu sebab kenapa library tu lah tempat yang paling romantik nak mampus aku rasa.

Kau tahu, aku jahat kan? Tinggalkan orang yang lebih penting dari hidup aku masa tu disebabkan kau? Bila dia tanya aku kenapa hilang sejak dua menjak Februari ni-- alasan aku sibuk. Ya, aku memang sibuk dengan semua kerja final year aku tapi yang lebih menimbulkan keterujaan aku adalah kerana kau.

'Pelacur' siap first draft sekitar Mac. She asked me, "Kenapa extreme betul nama zine?" I swear to God, lepas dia tanya tu, aku macam orang gila explain tapi itulah, bukan dia ambil tahu pun. Kot?

Too many things we do together. Kau ingat malam yang aku cuba elak nak ke Langkawi? Kau datang duduk makan sebelah aku dan borak macam tak ingat dunia semata nak biar aku hilang rasa bersalah mungkir janji dengan bestfriend sendiri. Dan selain nak mengelak dari dia (that someone yang jadi bestfriend kau I guess now?). Kau ingat?

Then, bila dia cakap nak jumpa aku for the last time sebelum habis my diploma-- aku cuba elak sebab aku takut kau dapat tahu siapa "dia" dalam hidup aku. She was so special to me but you know what, kenapa dalam kepala aku wujud tegap kau je. Tak tahu apa yang kau manterakan aku.

Lalu, bermulalah episod dia mula buat blog untuk aku. Aku baca setiap hari dia menangis sebab aku hilang dari hidup dia begitu je. I admit that I yang salah. I tak ada niat nak buat you menangis. Bukan salah you tapi I dah tak boleh tipu hati I untuk teruskan benda yang mula mematikan rasa. Every single blog post yang you tulis pasal I tuduh I macam-macam terus buatkan I rasa I should stay away from your life without satu pun perkataan yang kita dah tak ada apa-apa.

Kau tahu, aku sanggup buat benda macam tu semata demi nak dapat kan kau. Menyakitkan hati orang yang sanggup tunggu tak kira apa adanya aku.

Bila aku dah mula kerja, setiap malam kau lah satu-satunya yang ada tempat meluah. Tak kira sampai pukul berapa pagi pun kau tetap dekat situ.

Tiba-tiba teringat yang masa ke Johor. Entah apalah yang aku fikir dengan kau masa tu. Just look at the beach and laugh for nothing. Gila agaknya. I look at her. Kenapalah braces kau ni buat aku suka lagi kau. Alah bodoh.

I got a call from Fixi. Penghujung Mei. Punyalah excited aku bercerita dekat kau betapa terharunya aku. Ucapan tahniah kau yang tak putus-putus tu lah yang buat aku bertambah gembira.

Sehinggalah 6 Jun. Kau hilang tanpa tinggalkan satu pesanan pun untuk aku. Aku text, tak berbalas. Aku mula fikir, ni karma untuk aku ke? Seminggu sunyi WhatsApp. Langsung tak ada notification daripada kau. Tapi sebenarnya kau tak ke mana-mana. Aku nampak kau Tweet and post gambar dekat Instagram. Setiap hari. As I said, hilang dalam terang-- wujud di depan mata nyata, namun tak terjelaskan.

Effort kan aku sanggup datang Lendu on 10th June semata nak jumpa kau? Perjumpaan 5 minit yang sekejap tu dah boleh hilangkan rasa sunyi aku. Aku gembira sebab kau wujud balik dalam hidup aku. Bodoh je terima segala alasan kau.

Do you remember Syabil? Budak kecil yang aku selalu mimpikan tu? Yang conversation kita tak berhenti pagi tu bercakap mengenai dia. Dia dah tidur selamanya. Mak dia tinggalkan dia macam tu je dekat hospital lepas hospital dapat tahu Syabil anak luar nikah. Aku sempat pergi melawat sekali dekat hospital. Aku cuba nak beritahu kau pasal ni tapi aku ingat nak beritahu nanti awal bulan 7 bila aku nak ke Lendu.

Kau tahu, aku plan sebulan semata nak sambut birthday kau. Macam-macam aku nak buat untuk surprise kan kau. Tapi bila sampai hari yang aku tunggu-- 10/7 adalah hari yang malang bagi aku tahun ni.

Kita jumpa bersemuka tapi kau langsung buat tak kenal aku. Kau langsung tak pandang mata aku. Terus pergi macam tu je. You left me before, without any single word. Tinggal terkontang-kanting. Kau tahu siapa yang sambut aku? Dia yang tadi aku buang dan menghilangkan diri 3 bulan lepas.

Pagi tu aku tak tahu ke mana hala tuju aku. Sampai KL yang sepatutnya haritu aku sambut birthday kau-- musnah. Aku sendiri tak tahu nak ke mana. Balik rumah, bergaduh dengan kakak sendiri sebab kau. Jadi aku ambil keputusan ambil train ke Klang for no reason. Lepastu patah balik ke KL. Kau tahu berapa kali aku patah balik KL-Klang? 4 kali sampai malam. Memang kerja gila. Sampai tengah malam aku duduk lagi dekat KL Sentral tersadai macam orang tak betul. Dan aku upload satu video komuter melintasi di ruang legar KL Sentral di Instagram. And I texted your bestfriend. Aku nak jumpa dia.

Aku tak tahu mana nak tuju. Tak ada tempat. Kalau aku ada Mak dengan Ayah lagi yang hidup dan ada rumah, mesti tak jadi macam ni kan? Kenapa aku bodoh merajakan kau?

Disebabkan kau, aku terpaksa balik semula ke tempat sejarah hitam aku. Tempat aku hampir kena jual semata nak bergantikan dengan duit yang tak pernah cukup untuk keluarga ni. Raya dekat tempat yang melukakan aku sehingga meninggalkan kesan paling dalam sampai saat ini. Tapi siapa tahu, kan? Sekembalinya aku dekat sini membuka mata untuk sesuatu.

So, aku lari ke Cameron Highland. Macam 10 tahun lepas. Kalau Mak nak lari daripada Ayah, mesti dia lari ke Cameron Highland bawa aku. Sedingin angin di sini, begitulah nyamannya keadaan kami berdua. Tidak terusikkan.

Setelah peroleh kekuatan, aku balik ke Lendu semata nak cari jawapan.

Zine 10 Tahun adalah bukti sebuah kebencian aku terhadap kau yang dibalut dengan teliti supaya aku dapat meloloskan diri ke Shah Alam. Tak sangka dalam 1 minggu dengan zine ni aku dapat kumpul RM1k. Dengan duit nilah yang buat aku boleh sambung bayar yuran degree.

Ada satu perkara terakhir sebelum aku betul-betul pergi dari sini. Aku nak jawapan kepada persoalan aku.

'10 Tahun' diletakkan di dalam sampul berwarna coklat cerah bersaiz A5 dan disertakan sebuah surat. Dan catatan terakhir pada satu diari khas yang aku tulis dari pertama kali kita berkenalan sampai halaman paling last ditulis di Klebang-- masih tidak bernama. Satu malam aku fikir. Catatan atau diari ni perlu ada nama. Finally, I got one. Dan aku putuskan untuk bagi diari tersebut kepada kau. Salah satu muka surat dalam tu aku nyatakan kalau kau masih wujud perasaan macam kita pernah ada dulu, simpan. Tak perlu pulangkan balik diari tu kepada aku. Kalau tak-- pulangkan semula.

Indah Mimpi. Dari nama kau.

Malam terakhir sebelum bertolak ke Shah Alam, aku betul-betul nekad nak jumpa kau. Spoiled gila nak mampus bila belum apa-apa dah terserempak dengan kau dekat Pak Lah. Tapi aku buat bodoh. Reaksi kau macam terkejut tapi aku still malas nak ambil pusing.

Aku tak tahu aku nak bagi kau macam mana benda ni semua. Kau datang dekat dengan aku. Senyum gembira, tapi aku cuma mampu balas senyum tawar. And then, bila kau nampak aku semacam tak ambil pusing kau ada dekat situ, you left.

Seorang je yang aku rasa dapat tolong aku. Your bestfriend. Dia orang yang paling rapat dengan kau. Habis semua aku ceritakan dekat dia. I swear to God, inilah prolog dan terakhir kalinya aku untuk dia. Aku mintak dia simpan semua rahsia aku. Aku hilang pun jangan cari. Kalau kau cuba tanya dia pun, aku suruh dia diam. Carilah aku dengan pertolongan dia, dia tetap diam.

Maka, naskhah terakhir '10 Tahun' berserta diari tadi sudah sampai ke tangan kau.

---

Aku tak sangka dapat satu mesej panjang daripada kau sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta. Kau terangkan segalanya-- apa yang telah terjadi. Dah lama kau tak WhatsApp aku sejak kali terakhir awal bulan 8 dan sekarang 5 September.

Perasaan hiba yang datang sekarang waktu aku untuk melangkah pergi untuk terus berada di sini menjadikan aku berbelah bahagi. Untuk kembali mencari kau atau pergi terus sambung ke degree dengan duit jual '10 Tahun' ni.

No, aku dah tak nak kau. Aku cuma tunggu satu hari nanti aku dapat khabar yang kau dah dimilik orang. Pada saat itu, akulah orang yang paling gembira.

Selamat pergi, Im.

Fin.