Saturday, October 31, 2015

Fuck You October

Apa yang terjadi untuk Oktober kali ini?

Separuh masa pertama ini dihadiahkan dengan sedikit kecelaruan emosi. Emosi dalam jiwa paling hujung aku di siat lagi dengan rakus. Melapah tanpa pernah rasa sedikit pun belas. Apakah memang selayaknya untuk aku? Atau memang benar untuk aku? Berpecahbelah tuhan rasa aku. Kenapa lagi? Aku penat.

Aku mulakan dengan rasa yang bermacam-macam. Buntu, kesal, hitam, benci dan segala negativiti muncul. Aku tak tahu kenapa. Aku dah cuba untuk menyingkir keburukan. Tetapi tak berjaya.

Malam itu-- 6 Oktober, mimpi buruk datang. Dalam mimpi tu aku merasakan kesakitan yang entah tak dapat dibayangi kesengsaraannya. Membakar setiap inci kulit aku. Bila aku sedar, aku menangis ketakutan.

Keesokannya, menjadi sedikit murung lagi apabila kena submit news assignment dan mid term test. Shit. I was so creepy. Aku kononnya tenang bila Ruzanna asked me for many times "Babe are you okay?".

No, i'm not.

Habis semua orang dalam minggu yang sama aku rasa nak marah-- sebagai musuh. Setan sedang memakaikan aku dengan hasutan-hasutan amarah. Rasa yang langsung tidak bersalah.

A week after that, result keluar. I got 1 over 20 marks. It's ONE over TWENTY for the mid term test. Untuk news assignment merosot. 6 over 10 daripada kebiasaannya dapat 8.5 and above. I'm dead.

Ulcer teruk. Rasa sakit lama mula datang. Semua berlintang pukangkan. Kenapa?

Apa dajalnya kesemua benda teruk datang bulan ini? Spec mata patah. Duit melayang-layang. Ah bermacam lagi.

FU OCTOBER.

Tuesday, October 06, 2015

Ke Awan Biru

Mak, hari ini 6 Oktober. Genap 10 tahun dari tarikh Mak Tidur Selamanya. Semoga Mak tenang dekat sana.


Ke Awan Biru

verse 1
berlari aku mengejar bintang
tanpa peduli lagi gelap atau terang
yang aku cuma mahu; sayang
demi di peluk jiwa oleh orang

verse 2
bawalah aku bersama
terbangkan mimpi ke sana
mahu aku tidur selamanya
sayapkan aku ke langit jingga

chorus
tak ada sesiapa yang memahami
seolah aku di hukum benci
menghirup semua seperti--
aku tak lagi bererti

bawalah; bawa aku pergi
bawa aku terbang tinggi
tak memakna lagi di sini--
cinta sudah bagi aku mati

verse 3
langit berlagu pilu--
menari setiapnya irama sayu
dan jujurlah pada aku
bisa untuk aku ke awan biru?

*chorus

bawalah
terbanglah
sayapkanlah
--aku ke awan biru
--bersama kamu.

Friday, October 02, 2015

10 Tahun: Oktober

Aku tak pernah untuk mengetahui dia datang lagi. Tak langsung nak merasakannya. Aku tak sedikit pun teruja. Cuma persoalan aku adalah, "Kenapa kau wujud?" Kenapa tidak kau terpadam dalam seluruh kalendar hidup aku. Cukuplah dengan apa yang telah kau buat sepanjang 10 tahun yang lepas dalam hidup aku. Aku dah letih.

-- Hari ini, aku dah penat untuk menyatakan yang aku terlalu rindu pada Mak. Dah berapa bulan aku terpisah dari dia. Aku masih bersekolah. SK Tun Dr Ismail, Perak. Mak di Negeri Sembilan. Berubat. Betapa aku mahu berada di sisi Mak waktu ini. Menginginkan di cinta seperti biasa oleh kasih Mak. Mak, hari ini dah 1 Oktober 2005. Bila Mak nak balik?

-- Pagi dingin. Sejuk mencengkam. Seperti biasa, bangun seawal jam 6 pagi untuk ke tandas. Elak daripada berebut pelbagai benda dengan sepupu yang lain. Sejak Mak berubat di Negeri Sembilan, aku menumpang di rumah Mak Yah (Mak Saudara) di Kg. Buaia, Perak.

-- Oktober 5, 2005 merupakan Ramadhan yang pertama tanpa Mak. Selalu bangun sahur Mak yang akan kejutkan. Dengan suara lembut dia. Dengan penuh tertib dia. Papah aku ke kerusi dan meja makan kalau aku mamai. Tapi itu dulu. Hari ini, tahun yang ke sebelas umur aku, bangun sendiri. Kejutkan sepupu yang lain untuk sahur. Aku cuma mengharapkan tubuh Mak keluar dari dapur menghidangkan makanan. Cuma itu yang aku mahu. 

Berbuka tidak ada yang istimewa. Beberapa bulan lepas Mak janji nak berbuka sama-sama. Berhenti berniaga macam tahun-tahun sebelum ini. Pergi terawih sama-sama. Dan dia janji, "Mak nak tahun ni bulan puasa kita anak beranak sekali pergi masjid solat terawih." Itu ayat Mak.

-- Aku fikir aku sudah ditimpa malang. Tidur langsung tak dapat nyenyak. Bangun sahur dan cuba lagi untuk tidur selepas itu. Pagi Khamis itu terlalu susah untuk mengharunginya. Pukul 5.30 pagi dah bersiap-siap untuk mandi. Nak gosok baju, tiba-tiba iron jatuh atas tangan kanan. Tangan melecur. Tapi masih lagi boleh bertahan untuk gosok baju dan terus ke sekolah.

Kawan-kawan tanya pagi tu, "Kenapa tangan kau?" waktu kutip daun-daun gugur dekat padang sekolah. Ya, itu adalah rutin di SKTDI dulu. Aku cuma cakap tak ada apa-apa. Kelas Cikgu Zahid bosan. Aku termenung jauh. Seberapa ketika lepas itu, phone NOKIA 3310 yang Ayah beri tempoh hari berdering. Aku gelabah dan berlari ikut pintu belakang kelas.

Nombor yang tertera adalah daripada rumah di Negeri Sembilan. "Nak bagitahu dia ke?" Lalu panggilan terputus. Aku masuk ke dalam kelas dalam keadaan bingung. Dan menyambung menungan. Pintu di ketuk. Dua kelibat murid darjah enam menyeru nama aku.

Berita Mak meninggal telah menjahanamkan perasaan aku pada hari Khamis, Oktober 6 2005 bersamaan 2 Ramadhan. Segala rasa cela telah membuat aku ingin mati mengikut Mak ke atas langit. Maka aku berada dalam tempoh satu bulan yang semua orang tidak nampak sinar pada mata aku. Muka dan mata yang kosong. Tidak bercakap sedikit pun. Bila malam menangis sekuat mahunya. Tidur dan terjaga. Seluruh Oktober itu kosong tanpa sedikit pun dari kotak suara terdengarkan di sebelah siangnya.

-- Oktober 2006, aku bergaduh dengan adik tiri yang melemparkan kata-kata kesat ke arah aku. Dia kata aku adalah penumpang. Dia kata aku pembawa malang di rumahnya itu. Bumi Kelantan melaknat dengan kehadiran aku. Dan dia menyuruh aku pergi berambus dari rumah itu.

Aku tak fikir panjang. Keputusan untuk melarikan diri adalah keputusan muktamad. Melarikan diri ke entah mana tempatnya dengan kudrat sendiri berjalan kaki.

-- Oktober 2007, dan aku tidak pasti siapa bayangan tidak berjasad mengikuti aku sepanjang malam itu. Menenung tajam dan terus memerhati gerak langkah aku. Hanya kaku dalam bayangan hitam dia. Memerhati lagi dan lagi. Seterusnya membenarkan aku diracau secukupnya. Merumahkan jasad tanpa pernah segan-- aku bukan milik dia.

-- Oktober 2008, perasaan yang hancur dengan caci maki orang telah menghadam dalam otak. Aku berlari ke atas bangunan paling tinggi di sekolah dan mahu melompat dari sana. Mungkin menyabut nyawa sendiri adalah perkara yag paling bagus sekali untuk merasa tenang? Tapi jasad di tarik dan ditenangkan manusia ini. Memberi kata-kata yang membina untuk hidup.

-- Oktober 2009, PMR adalah penentu. Entah macam mana malam sebelum paper Matematik, sakit gigi tiba-tiba datang. Rasa macam yang nak mati sebab dia menarik ke mata dan kepala. Aku menangis yang teramat bila mata mula hitam. Tak nampak apa-apa. Aku fikir aku akan mati. Tapi tak. Masih ada nyawa yang bersisa.

Manusia yang tahun sebelumnya tadi masih wujud, dan dia bikin onar. Bawa untuk ikut berjudi kasih. Menghabiskan duit untuk dia. Entah berapa 4 angka kosong titik kosong kosong diberi kepada dia dengan tidak pernah tahu rasa sebenarnya aku dikhianati.

-- Oktober 2 2010, Fika call. Dia menangis. Aku fikir mak dia dah meninggal. Tak. Bukan mak dia. Tapi, Kimi. Amir Hakimi. Kawan sekolah rendah aku. Kawan yang nakal dan memberi salah satu pengalaman terbesar dalam hidup aku. It's been 5 years without any news about him. Dan kali terakhir aku berjumpa dia itu adalah perjumpaan yang terakhir kalinya.

Beberapa hari kemudian, Fika call aku di sebelah malamnya. The same date where Mak meninggal 5 tahun lepas. Fika menangis lagi. Mak dia sudah diseru malaikat.

Aku pulang daripada rumah belakang. Maghrib bertandang. Apabila dua tiga minit di ruang tamu, Ayah datang menarik rambut aku dan mencampak tubuh aku ke atas lantai. Di tumbuk dan di lempang secukupnya. Kesalahan yang dituduh tanpa sebarang usul periksa secukupnya.

Alignment hidung lari; patah. Tapi tak buat apa-apa. Pergi ke sekolah dan jawab final exam Add Math dalam keadaan muka bengkak dan sakit badan. Semua bertanya pada aku. Dan cuma aku mampu membatukan diri.

-- Oktober 2011, bila cinta itu menguasai segala akal fikiran. Bila kasih itu menjadi sangat subjektif. Bila rindu itu diseru dan merupakan sejenis abstrak. Bersatu dan membelitkan leher dengan tiada ruang untuk bernafas.

Doktor yang tiap-tiap minggu merawat aku di hospital kata aku ada masalah mental. Dia kata aku dah tidak siuman. Dan untuk menunjukkan yang aku bukan gila, aku menggengam semua ubat-ubatan dan menelannya sekaligus. Entah. Aku tak tahu apa yang berlaku. Sedar-sedar di hospital. Memandang dan melihat aneh.

Kaunselor menunjukkan gambar-gambar aku menconteng pakaian-pakaian di dalam locker dengan dakwat merah, marker merah dan apa sahaja yang berwarna merah. Anak patung beruang di conteng dan ditulis kata kata kesat. Satu surat cinta mati yang langsung tidak masuk akal ditujukan pada sebuah benda tidak berjasad.

-- Oktober 2012, 2013, 2014, yang berada di atas semua berulang. Dengan secara tidak tahu kenapa. Dengan kewujudan rasa nak mati. Dengan nota-nota yang tidak masuk akal. Dengan jiwa-jiwa yang terlalu kosong. Dengan rasukan-rasukan yang tidak tahu ingin berhenti. Dengan semua yang mencelakakan.

Tuhan, kejutkan aku bila Oktober berakhir nanti boleh?

Wednesday, September 30, 2015

Jurnal A - Aztract



"Bersifat unik"

Bagi aku zine adalah tempat di mana untuk anak-anak muda yang rasa untuk berkongsi cerita atau apa sahaja patut menghasilkan zine sendiri. Kepuasan melihat hasil sendiri. Itu apa yang aku rasa.

Sebab ada di antara mereka yang dah beberapa kali mencuba (atau takut) untuk menghantar karya mereka di penerbitan-penerbitan besar banyak kali di tolak.

So, in my opinion, dengan benda alah ni-- walau tak secara banyak, sekurang-kurangnya hasil daripada air tangan sendiri boleh dijual is it?

Jadi beberapa bulan lepas, this guy yang dah masuk setahun lebih aku kenal semenjak bulan Jun 2014-- keluarkan zine puisi dia sendiri entitled "Jurnal A".

Jurnal A merupakan sebuah zine yang di jual secara 'by hand' ini telah menarik minat aku kerana keunikan penggunaan tajuk utamanya.

Just like another zine, this Jurnal A came out with another issues; menampilkan 22 himpunan puisi yang mempunyai variasi luahan penulis. It was (maybe) the first zine by this writer (I guess so).

Setelah menghayati setiap satu persatu penulisan Azri, dia juga menggarap beberapa nilai ketuhanan di dalam beberapa puisinya. Penggunaan kata yang secara keras, bersahaja dan terus menjadikan setiap bait-bait puisi itu di dalam konteks dan pelenggokan mesej mengikut acuannya sendiri. Dia tidak terikat kepada mana-mana nama besar pemuisi di Malaysia. He just write it by his own style.

Penyampaian, design dan layout (using a lot of white space) yang simple menjadikan ia adalah bersesuaian dengan pembawakan mesej di dalamnya. Tidak serabut. Isu berat dan simple design-- membuatkan ia balance menghasilkan mood pembaca.

Di halaman yang terakhir dengan quoted,

"Bolehkah kau berjanji pada aku?
--jangan lawat tika aku berhadapan Malek

Bolehkah kau berjanji pada aku?
-- temankan aku di Firdaus kelak."

memainkan peranan penting untuk pembaca mengetahui apakah hint yang terdapat di dalam zine tersebut.

Secara keseluruhannya, percubaan Azri untuk meluahkan rasanya, berjaya untuk pembaca menyelami di dalam setiap kata-kata indah yang di susun.

Projek seterus Azri-- berdasarkan beberapa teaser daripadanya di Instagram dengan kemunculan Galeri Aztract menjadikan sekali lagi tarikan kepada pembaca-pembaca Jurnal A bagi  mendapatkan satu lagi ciptaan unik daripada penulis ini.

Good luck Azri. Jangan pernah berhenti untuk berani meluah rasa dan menjilidkan kepuasan orang menghargai karya kau.

Wednesday, September 23, 2015

Terima Kasih Harun Din

"Kalau dia masih hidup, jagalah dia. Kalau sebaliknya, redhakan pemergian dia."

Mak dah beberapa bulan terlantar atas tilam. Menunggu masa-- semua bergantung pada asa. Kalau pergi, maka lepaskan dengan aman tanpa disakiti.

Masa tu aku berumur 11 tahun. Sesi persekolahan terpaksa tinggal semata nak ada selalu dengan Mak. We had to move from Perak to LBJ, Negeri Sembilan as soon as possible lepas doktor sendiri pun tak dapat tahu apa yang selama ni membelenggu hidup Mak dan kami.

Hari demi hari, semua makin teruk. Dari dia boleh ingat siapa anak-anak dia, sampailah saat semua tak bermakna dan sia-sia untuk hidupkan ingatan dia. Am I his son?

2 minggu sebelum Mak meninggal (6/10/2005), kami sekeluarga dapat juga peluang untuk hantar Mak ke Darus Syifa' Bangi. Dan di situlah pertemuan di antara Harun Din dengan Mak untuk sesi perubatan.

Hanya satu yang kami pertaruhkan-- harapan. Harapan untuk Mak pulih seperti sedia kala. Seperti yang pernah aku kenal sebelum masuk tahun menjadi kanak-kanak berusia 11 tahun masa tu.

Tapi melalui kata-kata Harun Din,

"Kalau dia masih hidup, jagalah dia. Kalau sebaliknya, redhakan pemergian dia."

Kami tahu, cepat atau lambat-- semua kena terima hakikat yang Mak akan tinggalkan kami. Terbang bebas ke awan biru. Tanpa perlu menunggu-- aku.

Terima kasih Harun Din.