Jelas kali ini-- aku menggunakan sebuah cerita pendek. Sebab ianya tak terluah dari singkatan puisi.
Awas! Cerita pendek ini panjang.
Johor, Mei 2014.
Menjelang detik 12. Aku masih lagi bergusar-- samada akan aku khabarkan pada Ayah-- aku mahu berangkat pulang. NEKAD. Aku nekad untuk bisikkan pada telinganya bahawa cuti aku sudah pun tamat. Aku mau pulang.
"SubhanAllah. aku mimpi lagi." ujar aku sambil diusap muka. Aku berlentangan di posisi tidur dalam gerabak ini. Keretapi yang menuju ke KL Sentral bakal tiba sekejap sahaja lagi. jelas-- Ayah marah namun dia benarkan aku pulang.
Tak. Aku tipu Ayah. Aku tidak terus langsung pulang. Sebenarnya, aku yang bertangan kosong ini ke Johor. Aku turutkan kroni-kroni nakal tempat berteduh 3 tahun aku. Bercuti sebelum melaksana tugas. Satu pengalaman dalam seribu saat-- tak terkata indahnya kota yang masanya nanti tiba sehebat barat sana.
Melaka, MDS Mei 2014.
Berdiam di Johor cukup lebih-kurang 62 jam. Jejak seterusnya sampai di Lendu.
Ya. memang benar jelas. Aku tak suka pada pandangan pertama aku pada setiap satu-satunya ahli biro aku sendiri. Aku ditunjuk-lagakkan mereka-- sambil tersenyum sinis pinggirkan kami. Setan mula hasut jauh dalam hati. Jauh berdendam.
"Jangan stress. Rileks je. Senyum." dari belakangnya sudut sekali lagi Buff nasihat.
Pejam barang seketika. Tenang. Hembuskan nafas lega. ITU-- lihat sana siapa di depan aku. Wujud kaku dia depan aku. Kali terakhir aku sempat melihat dia November 2012. 2 tahun bukan sekejap. Susuk tubuh dia betul-betul di depan aku. Ini dia. Betul dia. Pejam. Sekali lagi pejam. Hapuskan hendak; matikan rasa-- tidak berjaya.
Kuasanya dia tuhan campakkan dalam mata dia menewaskan aku. Lemas. Cukup. Aku tak mahu mati. Diam dan lari. Buka mata; lihat lagi di depan aku-- ITU. Beribu anak mentah yang mau ditanak-tanakkan menjadi nasi.
Aku dititipkan di suruh jaga pejuang-pejuang putih tika ini. Sebab kerana beribu ini masih jelantah-- aku tiupkan sedikit secebis kata; hati kena sado. Kalau berjaya dipapah tegak cukup dengan kata itu untuk kau orang bertahan-- sesungguhnya Allah menjentikkan sedikit kata sebagai aku perantaraan Dia.
Selamat tinggal destini siswa untuk aku, dia dari kenampakan atas aku dan pejuang-pejuang putih.
Melaka, Legacy Jun - Ogos 2014.
Aku sudah lupa dia. Aku sudah lupakan ketemu dia November 2012 lalu. Aku disandangkan amanah. Itu lihat. Kepercayaan. Diwujud sunyi aku berdiri. Setiap hari dalam aku melaksanakan selangkah kosong-- bukan aku yang mendirikan tegaknya-- tapi kau orang.
Kerana sepanjang perlaksanaan yang sungguh menyakitkan ni wujud pelbagai jenis bangsa hati yang perlu ditengok jaga. Cukuplah. aku sudah kenal kau. Untuk di awas kelak.
--lupakan baris di atas. Sebab aku sudah realisasikan sebuah Legacy yang untuk dijadikan kenangan lama sahaja nanti.
Melaka, 5, 6 & 7 Ogos 2014.
Aku matikan penggera notifikasi harijadi di Facebook. Aku tak mahu kerana Facebook-- aku jadi diingat tiba-tiba. Aku masih tunggu. Tunggu. Tunggu. DAN tunggu SAMPAI terlelap. Tengok tu batak dia.
3 pagi. Dari atas katil-- dekah Kecik melaung hebat berokestra dengan Dexter. Mungkin punchline masing-masing sudah sampai gunung everest barangkali. Aku lihat jam lagi. Belum ada. aku gelak. Ahh aku tipu. Aku gusar sebenarnya.
Lelap lebih baik rasanya. Dan tatkala itu-- 0412-- Kecik wish dalam group dan diturutkan yang lain terus menerus. Sampai 2359.
Ping!
Last wish detected. Aku jenguk lihat. Serentak.
Cukup hati aku berpancut-pancut darah. Senyum sampai telinga. DAN ada rollcall dekat bawah-- di tempat berteduh 3 tahun. Macam-macam di pesan. 1 2 3-- terima kasih untuk dimalukan dan disejukkan dengan air-kek-akustik selamat hari jadi yang jadikan aku berlari lekas naik ke bilik.
Sambil menghitung belah kek-kek yang melampau banyaknya-- aku masih senyum.
Terima kasih untuk jadi yang terakhirnya.
Titiwangsa, PAA3 Ogos 2014
Tidak ada apa-apa untuk dicatatkan melainkan ianya pengisian kosong. Maaf. Aku tak sempurnakan ketiga ini dengan baik. Maaf Paan, Put, Hadi. Aku tak dapat tebuskan-- kemeriahan yang lalu.
Melaka, September - Oktober 2014.
Entah. aku hilang fokus apa yang aku buatkan untuk 2 bulan ini.
Yang aku ingat
--dihubungi madam selesaikan kewangan Legacy.
--jawab exam.
--tunda tarikh pergi Sarawak.
--bergaul.
--Muhsin, Azmeer, Nabil Ashraf, seki etc etc.
Aku letak jawatan, lupa. Lepaskan? Tak. aku tak lepaskan. Aku dipaksa letak jawatan kerana waktu. Sedetik tersisa pun tak dapat digunakan dengan baik.
Sebab aku gusar satu-- aku jadi bayang. Jasad dia, bayang aku. Tolong jangan. Tolong jadi badan sendiri; ada bayang sendiri. Pesanan aku tolong amanatkan pada Saufi.
etc etc etc etc. Tamat.
BELUM. Ada sesuatu yang tertinggal.
Aku dah kehilangan takhta. Jasad aku berkecai kecai. Aku diserabutkan. Lihat fasa keempat sudah bermula. Aku mahu menangis. Diriuh sunyi-- aku menangis. Tuhan tutupkan aku dengan cerita tergantung. Kosong.
Fasa keempat tolong-- biarkan aku dapat memeluk masa dengan sempurna.
Yours truly,
Blue x
Abang Blue,
ReplyDeleteTerima kasih untuk 'Hati Kena Sado'
Saya ulang balik kata-kata tu bila dah jatuh & rasa payah sangat nak bangun, bila dah nak give up, bila ditikam belakang, bila hati lembik.
Sejujurnya terima kasih.
Tanpa ayat tu, rasanya saya dah lama tersungkur jatuh tanpa ada rasa nak bangkit semula dan lawan.