Kau pernah tak merasa; terpaksa hidup berpindah randah kerana sebab dan alasan yang tak dapat kau terima? Tak kiralah dari segi apa pun. Asalkan konsep dia kena pindah.
Mine was back in 2005. Di mana aku terpaksa terima kenyataan yang rumah aku tak selamat untuk diduduki atas alasan gangguan misteri terhadap arwah mak. Habis orang sekeliling duduk menjaja cerita yang hidup aku malang dan aku terpaksa merempat merata. Dengan masa itu ayah tiada, mak tiada, abang baru lepas SPM, kakak kerja jauh dan hanya ada tempat pergantungan sekejap masa itu hanyalah mak saudara dekat kampung.
Nasib baiklah rumah mak saudara aku masa itu jaraknya tak lebih 5 km dari rumah aku. Aku kemas semua barang sendiri, jalan kaki sendiri dan kena kutuk sepanjang jalan dengan kawan sebaya, makcik makcik perfect sangat atas dunia ini. Aku hanya diam dan pendam. Tak terkata perasaan masa itu. Hanya dapat terungkap dengan derapan langkah aku yang cukup untuk kau semua tahu yang aku takkan mengalah-- teruskan kehidupan seusia 11 tahun sendiri. Perak adalah sebuah dugaan aku untuk terus hidup.
Selain daripada itu, semasa aku di darjah enam; sekitar 2006 bulan ke berapa aku tak berapa ingat. Yang cuma pasti adalah aku dihalau oleh adik tiri daripada rumah dia-- di Kelantan waktu itu.. Bagi dia aku adalah pendatang asing di rumah mereka. Dengan berbekal beg yang sama aku berjalan ke rumah mak saudara aku dulu-- aku kemas barang aku dengan penuh kemarahan yang tak dapat ditahan lagi. Hanya kerana aku mengalah kepada seorang anak kecil berusia 8 tahun.
Kehidupan nomad aku tak pernah cukup dan berhenti. Aku hanya mahu sebuah tempat; rumah yang aku sangat sayangkan. Tempat aku berteduh dengan hati yang gembira dan rela hati untuk berada di situ.
Aku masih ingat sewaktu keputusan tawaran ke UiTM dulu. Aku rasa kehidupan aku bakal berubah. Dan aku sangat gembira akan keluar daripada kepompong ayah aku dan segala penyeksaan jiwa aku selama ini di Kelantan. Aku tak kata yang aku benci tapi aku hanya anggap aku berada di sana sebagai seorang yang bermastautin atau ‘menumpang’.
Apabila aku berada di Melaka-- aku sangat teruja kerana segala penghidupan terhadap hidup aku bermula kembali di sini. Di sebuah tempat berteduh aku selama tiga tahun. Ini rumah aku. Ini permulaan hidup aku.. Aku baru merasa nikmat mempunyai rumah untuk sekian lamanya merempat di rumah orang.
Segala penat lelah dan segala pahit manis-- aku curah tanpa pernah rasa kesal. Rasa sayang yang teramat mendalam seperti aku mahukan kolej kediaman ini dibina untuk aku berteduh selamanya hingga aku boleh mendirikan rumah sendiri. Hanya tuhan sahaja tahu macam mana tak terhitungnya ucapan terima kasih aku untuk kolej ini.
Aku adalah generasi kedua yang beraada di sini. Aku diteduhkan di sini selama 3 tahun lebih yang bersamaan 6 semester. Segalanya di sini.
Aku adalah generasi kedua yang beraada di sini. Aku diteduhkan di sini selama 3 tahun lebih yang bersamaan 6 semester. Segalanya di sini.
Dari saat aku tidak pernah mengenal erti brotherhood yang utuh sehingga saat ini-- “Once Silverian, Forever Family” punya tagline pada zaman kepimpinan kami; kekal dalam hujung memori kecil aku.
Setiap satu persatu isi penghuni kolej ini akan berubah dan tidak akan pernah kekal di setiap semester baru. Dan itu yang menjadikan keunikan dan keistimewaan yang tidak terdapat di kolej lain di mana semangat brotherhood setiap semester itu berlainan. Berlainan auranya. Berlainan coraknya. Berlainan kasihnya. Berlainan peringkatnya. Dan berlainan orangnya.
Saat perpisahan di hujung semesterlah paling akan dirasai suram dan sedihnya. Melihat kawan kawan kau sudah habis paper daan dengan rasa megah balik meninggalkan kau. Perasaan perpisahan itulah yang kau akan rasa. Saat di mana kau membayangkan yang kawan kau itu takkan kau temui lagi. Perasaan rindu itu akan bertaut seolah olah kawan kau akan pergi buat selama-lamanya. Susah untuk digambarkan perasaan sedih yang mencengkam. Titisan air mata sekali pun tidak dapat menjelaskan perasaan ini.
Bila kau bercakap pasal brotherhood, perpisahan, roommate dan apa sahaja yang buat kau selesa di sini adalah-- Geng. Itulah yang terwujudkan. Di sini. Perasaan yang kau selam setiap geng kau. Perasaan sayang yang tidak berbelah. Sebuah keluarga yang dicincang sama disiksa rasakan. Waktu kau korek tahi hidung sekali pun akan jadi termanis.
Setiap gelak tawa, canda suka, nangis hiba dan setiap satu persatu inilah yang melengkapi kau sebagai seorang penghuni di sini.
Dan.
Hari ini.
Aku ingin bercerita.
Tempat berteduh tiga tahun aku sedang diperdagangkan miliknya. Bakal ditukar sejarahnya. Hanya kerana alasan alasan bodoh. Hanya kerana sebab sebab celaka. Hanya kerana peristiwa tikam-- gender bias terhadap golongan minoriti, cuba ditindas. Hanya kerana orang orang tadbir yang paling bijak dalam muka bumi tuhan yang tercipta ini. Yang mempunyai otak berfikir masalah hingga ke dangkalnya tapi cetek pemikiran di mata aku.
Kalau dulu kau boleh buat keputusan secara drastik terhadap beberapa kolej tanpa sebarang perbincangan dan kau terus memperlakukan semua orang suruhan yang kau sendiri lantik terasa bagai maruah dipijak pijak. Kau jadikan mereka seperti dua kuntum mawar merah dan putih-- lalu kau pijak henyak semahunya. Hingga melayu.
Apabila tiba pada hari ini. Kau ingin mengulanginya. Kau ingin memperlacurkan maruah mereka. Kau ingin membangsatkan tindakan mereka. Dan kau ingin menjahanamkan sebuah empayar kukuh.
Apa sebenar mahu kau?
Adakah kau sedang takut?
Apa sebenar mahu kau?
Adakah kau sedang takut?
"Pantang maut sebelum ajal."
Rumah, hati hati nanti. Jangan kau menangis dan jangan kau lupa siapa aku. Aku adalah salah satu cebisan hati kau. Dan kau ingatlah hati sebenar kau adalah kami yang diperkecaikan.
Rumah, hati hati nanti. Jangan kau menangis dan jangan kau lupa siapa aku. Aku adalah salah satu cebisan hati kau. Dan kau ingatlah hati sebenar kau adalah kami yang diperkecaikan.
Selamat malam seluruh hati TPK.
Tun Perak berundur.... selamanya.
Assalamualaikum.
Tun Perak berundur.... selamanya.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment
jika tak tersenangkan; disudi-silakan
beredar angkat kaki-- pergi jalan.
"setiap patah-- bangkit, kayuh semula"