Setiap kali menghampiri bulan
Ramadhan, bermacam jenis persiapan akan dilakukan kami anak beranak. Maklumlah.
Masa inilah waktu kami boleh jana pendapatan yang lebih sedikit untuk menampung
perbelanjaan pada hari mendatang. Benar, bulan ini sebenarnya kita melebihkan
untuk beribadah bukan mengejar kekayaan di dunia. Namun, waktu berniaga pun
kita boleh beribadah, kan?
Mak akan pesan, saban tahun untuk
aku behave bila ada dekat bazaar nanti. Jangan buat perangai. Tapi itulah yang
akan berlaku setiap kalinya. Aku akan merungut nak baliklah, nak makanlah dan
bermacam lagi karenah aku. Well, what to expect dari budak-budak umur 9, 10
tahun.
Masuk waktu tengahari, Mak akan
mula beroperasi dekat dapur. Mengadun bancuhan resepi rahsia daripada turun
temurun keluarga rakannya-- Makcik Leha. Untuk di imbas kembali, beberapa tahun
sebelum, Mak merupakan pekerja atau lebih disenangi dengan panggilan sahabat
paling rapat dengan Makcik Leha. Rumahnya cuma di belakang rumah kami sahaja.
Makcik Leha dan suaminya
mengusahakan kilang Roti Canai Segera di Pekan Padang Rengas. Permintaan ketika
itu sangat tinggi dan menguntungkan mereka. Selain daripada itu, Makcik Leha
juga mengusahakan perniagaan Roti Arab di Pasar Malam sekitar Padang Rengas.
Kiranya, Roti Arab ni memang takde orang lain dah yang jual. Eksklusif.
Tapi entah macam mana, pada suatu
hari ni, aku nampak Mak dengan Makcik Leha dekat pintu dapur-- sedang berbual
tentang satu perkara yang sangat serious. Seakan sesi dari hati ke hati. Pada kertas
yang dikoyak daripada buku latihan aku, ditulis sesuatu.
Rupanya setelah beberapa hari,
baru aku tahu. Makcik Leha dan Pakcik Wahid terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur.
Atas beberapa faktor yang dirahsiakan sepenuhnya oleh Mak. Kalau terangkan pada
aku pun masa tu, memang tak faham. Mampus aku nak hadam at the early stage of
my life.
Resepi Roti Arab turun-temurun
keluarga Makcik Leha akhirnya diturunkan kepada Mak supaya kelangsungan
perniagaan ini dapat diteruskan di sini. Tambahan, Makcik Leha percaya yang Mak
boleh memikul tanggungjawab ini serta sudah pasti membina balik semangat Mak
untuk menanggung anak-anak yang masih lagi belajar.
Here we go.
Pasar Malam Khamis dan Ahad
merupakan tempat lepak aku. Aku tak rasa malu pun sekiranya berjumpa kawan-kawan
sekolah. Malah, aku turut berbangga apa yang Mak aku buat. Sebab Roti Arab, Mee
Goreng dan Kuey Teow Goreng yang Mak aku jual selalu mendapat pujian daripada
orang. Yang lebih membanggakan bila orang Cina dan India pun turut beli and
jadi regular customer. Tak lupa dengan tempahan hujung minggu juga.
Sebab ini mengukuhkan lagi kenapa
Mak nak berniaga di bazaar. Atas permintaan dan juga rezeki. Beberapa tahun
juga kami berniaga di sana. Bermacam jenis manusia ada. Waktu yang paling best
apabila time berbuka. Semua orang saling bertukar makanan dan minuman. Gerai
sebelah kami jarang dapat bertukar makanan sebab Ayam Percik dia sangat laku.
Kalau ada rezeki, dapatlah merasa free. Tak pun, siap book beli awal-awal.
Masuk tahun 2010, Mak dah tak
berniaga Roti Arab di bazaar. Terlalu banyak perubahan dalam hidup kami selepas
episod berulang-alik ke Mahkamah Syariah Kuala Kangsar. Mak kini selain bekerja
sebagai tukang masak di Sekolah Kebangsaan Tun Dr Ismail, dia juga turut
bekerja sebagai pembancuh susu segar berperisa yang menjadi kegilaan budak
sekolah satu ketika dahulu. Semua atas jasa baik Cikgu Zul yang menawarkan
kerja tersebut.
Dan pada tahun itu juga Mak Cuma berniaga
Susu Segar dan Dadih di Bazaar Ramadhan. Namun kali ini lokasinya berbeza. Ia
di Arena Square Kuala Kangsar. Kerja agak bosan sebab Mak cuma duduk tunggu pelanggan untuk beli Dadih atau Susu Segar. Tak
macam dulu, ada je kerja nak menggorenglah apalah. Disebabkan kebosanan tu, aku
boleh pergi mengail ikan talipia dekat Sungai Perak berhampiran tapak bazaar.
Ramai gila yang memancing dekat situ. Hasil daripada tangkapan, mesti bagi Cik
Sue, jiran kami. Walaupun aku tahu, dia akan buang jugak nanti sebab setiap hari aku bagi dia. Tak ke penuh satu petis ais dia tu?
Namun, bila menjelang tahun 2011
pula, Mak mula kurangkan aktiviti berniaga. Dia siap bertekad tahun ni memang
dia cuci tangan dari berniaga di bazaar.
“Mak nak tahun ni kita semua
solat terawih sama-sama. Dah lama betul kita tak pergi solat terawih. Balik
berniaga dah entah pukul berapa. Mesti tak sempat. Jadi tahun ni, kita merasa.”
Keputusan yang Mak buat tu memang
sangat drastik, tapi memang menggembirakan kami adik beradik. Finally, tak
payah pergi ke bazaar sebagai peniaga dah!
Bermacam benda yang Mak nak capai
dan buat serta berjanji untuk lakukan puasa tahun ni. Nak tunaikan apa yang
tertangguh pada tahun-tahun sebelumnya. The most perkara yang kami tak sabar
adalah untuk solat terawih bersama Mak. Finally, it will become true.
Malang tak berbau, kan?
Pagi tersebut, waktu luka pada
tangan kanan masih lagi baru, panggilan yang diterima itu seakan menggoncang
seluruh isi dunia aku. Speechless and I don’t know whether it is mimpi atau
apa.
Rupanya, 2 Ramadhan pada tahun
tersebut merupakan puasa terakhir kami bersama Mak.