Friday, March 19, 2021

Sembilan.

Sembilan bulan yang lepas, Kecik tiba-tiba muncul kembali setelah 'menghilangkan' diri dalam tempoh yang agak lama selepas kitorang berbuka puasa sama-sama. Hampir sebulan tak tahu kewujudan dia -- raya pun tak pernah dia senyap dalam group WhatsApp.

Sekembali dia malam tu, secara spontan dia menelanjangkan perit yang dia hadapi. Satu persatu tanpa sedikit pun tertinggal. Barulah kitorang tahu the reason why masa berbuka puasa tu dia kelihatan sangat kurus berbanding daripada keadaan dia yang biasa.

Kitorang sendiri terkejut masa tu sebab dia dah sedia ada berbadan kecil, dan dengan susuk tubuh keding serta cengkung tu buatkan kitorang rasa dia tengah hadapi something yang dia sembunyikan daripada pengetahuan kitorang. Tapi dia tak mengaku pun apa sebab dia macam tu.

Rupanya, dia tak sedar pun yang dia sedang sakit. Selepas 2 hari daripada perjumpaan kitorang tu, badan dia mula respond dengan sakit yang dia sendiri tak jangkakan. Perut dia mula bagi tindak balas yang tiada belas. Even waktu tu family dia tak sedar dengan perubahan kondisi badan dia selama beberapa bulan dekat rumah tempuh PKP.

Seminggu yang genting untuk Kecik masa tu. Doktor pada asalnya tak dapat detect. Bermacam jenis penyakit doktor buat andaian sementara menanti keputusan yang sebenar. You name it, yes... all. Dan setelah beberapa hari-- doktor sahkan dia kena abdominal TB setelah dah operate perut dia.

Yup, TB dia sampai ke perut. That's why dia kena operate dan buang ketulan-ketulan yang berada dekat luar usus perut dia. Maka, bermulalah sembilan bulan yang penuh dengan tanda-tanya.

"Aku kena on medication selama 9 bulan. Cannot miss. Takde hospital based treatment. Just medication."

Air mata aku berkecai daripada mata. Lebur tanpa paksa.

Masa tu, aku rasa bersalah sebab aku dah terlepas pandang satu benda yang tak sepatutnya jauh walau sekali. Yang sebenarnya tak patut jadi kalau aku tak ambil langkah yang sebelum. Ni ke takdir?

"Kecik, lepas ni kalau kau sakit ke apa. Jangan diam. Bagitahu kitorang awal. Jangan diam sorang-sorang. Sape-sape pun. Ingat tu."

"Okay."

Seminggu selepas pengakuan Kecik, we did some plan -- aku WhatsApp semua. Secara rawak aku tanya Kecik dalam kepala dia ke mana dia nak pergi. And he said, Penang.

Awal bulan 7, 2 weeks selepas dia operate kitorang angkut dia pergi Penang. Aku paksa semua orang ambil cuti awal. Tuhan tu adil, takde halangan. Berjalan dengan lancar je proses nak ambil cuti dan tersusun cantik.

Walaupun cuma 3 hari dapat spent masa sama-sama, tapi aku rasa ini adalah salah satu percutian yang terbaik kitorang pergi sama-sama. Walaupun tak seindah yang digambarkan.

"Kiranya Kecik, memang kau tak boleh miss langsung ubatlah kan 9 bulan ni?"

"Haah... atau..."

"Atau?"

"Takde chance lah nak survive," muka dia slumber.

Tapi aku tahu dalam tenang dia menyebut setiap baris ayat tu, memakan jiwa dia perlahan.

Aku masih terdiam bila dia cakap macam tu. Aku kenal kecik 8 tahun yang lepas, seorang kawan yang walaupun ada sakit Talesemia, tapi dia cergas. Macam orang biasa je. Cuma perlu isi darah setiap bulan, tak boleh lambat atau dia akan nampak macam orang yang sangat letih. Iron dalam badan berlebihan.

"Ironman Marvel tu, ikutkan aku boleh ganti dia nanti."

Selain daripada kena isi darah setiap bulan, Kecik mesti akan cakap yang dia perlu dan kena terima sebarang risiko lepas dia isi darah. Jangkitan kuman ke, dapat penyakit lain ke atau apa sekali pun. Bukan tak pernah, tiba-tiba dia mengaduh kesakitan balik kerja dan masuk bilik cakap kaki dia rasa berbisa. Rupanya dia kena ghout. Secara tiba-tiba ada sakit tu. Macam-macam benda sepanjang dia sebilik dengan aku dari zaman belajar sampailah dah bekerja.

"Kau puas hati tak pergi Penang ni?"

"Next week aku nak repeat lagi," masih dengan nada seloroh tak bernafsu dia.

Yup, memang dia pergi.

Bulan demi bulan, prestasi dia makin baik. Aku dapat tengok badan dan raut wajah dia kembali kepada Kecik yang aku kenal. Tak lekang WhatsApp, tak malu ajak pergi mana-mana. Kembali kepada diri dia yang semua orang nak dia jadi.

Boleh katakan semenjak aku pindah ke rumah baru, setiap minggu dia datang bertandang. Tak perlu jemput, dia yang akan tanya aku dulu ada tak dekat rumah.

"Kau rasa antara kita nanti, siapa yang akan kahwin dulu?"

"Aku rasa Nabil. Tapi macam tak je?"

"Aku rasa Aan. Tapi dia macam very commited dengan Bernama dia."

"Ah, entah-entah kau dulu Kecik. Kau bukan boleh kira."

Kecik gelak. Dia diam kejap sebelum sambung ayat dia yang macam dah lama terbungkam.

"Aku rasa macam aku tak nampak bayangan aku kahwin lagi sekarang."

"Maksud kau?"

"Kalau ikut bapak aku pun kahwin lambat. Pastu aku tak rasa aku ke situ lagi. Tahlah. Aku memang tak nampak apa-apa. Aku rasa macam nak enjoy puas-puas dengan masa yang aku ada sekarang ni."

"Tapi Penang haritu aku rasa macam sakai je doh."

"Ya lah tu. Dengan tetiba rumah tetiba cancel. Semua tempat penuhlah, tutuplah."

Kitorang berdua terkekek mengenangkan apa yang jadi masa dekat Penang berbulan yang lepas. Nilah rutin kalau berdua dekat dalam bilik atas katil. Gelak je bercakap pasal masa lampau.

"Kau memang dah okay lah sekarang? Ke kau still rasa sakit tu?"

"Takde dah. Memang aku rasa okay je. Cuma kena ambil ubat tulah. Aku hampir ter-missed hari tu."

"Kau jangan Cik."

Aku perasan, yang semenjak daripada kes dia dibedah tu. Makin kerap dia reply Instagram Stories aku. Setiap hari dia akan reply tanpa miss satu pun. Banyak betul masa dia ni.

Malam Krismas tu, dia reply Stories aku -- suruh jangan tutup sliding door. Nanti tak dapat hadiah daripada Santa.

Keesokannya aku WhatsApp dia ajak sambut new year dekat rumah aku. Plan jugak dengan yang lain. Walaupun hanya berapa kerat je yang akan muncul nanti.

Dua hari sebelum dia dah muncul dan beria nak datang rumah aku.

"Pul aku dah sampai ni kat bawah," macam tu lah perangai dia ni. Orang dah cakap WhatsApp bila nak gerak. Bukan bila dah sampai.

Malam tahun baharu tu dia tak penting pun, tapi dengan momen yang dipenuhi gelak ketawa kitorang tu cukup bermakna. Sambut birthday Kecik & Saufi. Makan sama-sama. Main game sama-sama. Tengok cerita yang tak tahu apa motif sebenarnya tengok malam tu.

Tak sangka, malam tu adalah malam terakhir untuk semua perkara yang kitorang buat untuk selama-lamanya. 

Aku dapat call daripada Alfiq sekitar 1 pagi dengan khabar duka yang paling memeritkan untuk ditelan hari tu.

Baru aku sedar, Kecik sekali lagi menghilangkan diri hampir sebulan. Dan dalam tempoh yang sama semua berkucar-kacir.

Dua minggu sebelum malam perit tu, Kecik seperti biasa pergi kerja berjalan kaki dari rumah dia. Office dia dekat depan rumah je. Aku rasa itu antara punca kenapa dia dah tak nak pindah dari rumah tu walaupun aku ajak berkali-kali duduk rumah dengan aku.

"He he he takpelah nanti aku fikirkan."

Dan dalam satu hari tu, dia tersepak something masa berjalan nak pergi kerja. Kaki dia mula rasa sakit dan beransur bengkak dan membengkak. Disebabkan dia tak tahan sangat, dia call family dia untuk ambil dia dekat rumah sewa.

Barulah family dia tahu yang Kecik dah sakit selama seminggu. Kecik, memang sejenis manusia yang tak suka susahkan orang dan akan diam je kalau terpaksa lalui sakit. Dia memilih tak berkongsi apa-apa sampailah masa kita tanya atau dia rasa patut bagitahu.

Family dia terus bawak pergi hospital. Sehari je dah discharged. Doktor cakap takde apa-apa. Bawak balik, keadaan dia semakin teruk. Darah dia drop, jantung dia berdegup laju. Ikhtiar berubat kampung, pun tak ada apa-apa.

Sehari demi sehari, kesihatan Kecik drop. Sampailah Ahad tu, dia dikejarkan ke hospital sekali lagi.

Pukul 9 malam di bulan kesembilan daripada tarikh pembedahannya, Doktor call parents Kecik. Minta untuk parents dia datang ke Hospital Ampang sekiranya masih sempat.

Dan, 9.50 malam tersebut di tahun kesembilan persahabatan kitorang -- berseorangan di katil, Kecik menghembuskan nafasnya yang terakhir.




Thursday, March 11, 2021

Selamat malam, Kecik.

 “Kita pukul 645 pagi karang dah kena gerak naik LRT Cik. Sekarang 545 pagi dah ni duk mengilai lagi kita berdua 😂 bila nak tidur?” ni memang dialog aku dengan Kecik setiap kali kalau dia baru sehari lepas masuk darah & dalam bilik kat katil dekat rumah sewa dulu.

Kecik & aku kenal masa kitorang sama-sama Sekreteriat @kolejtunperak 2012, Lendu. Asalnya, aku tak suka dia sebab dia opposite perangai aku - pendiam, pemerhati, tak aktif & social media pun takde? Apo?


Disebabkan satu malam ni, aku masak cekodok dalam bilik (illegal), dia datang singgah kononnya nak sembang kenal-kenal di sem kedua dekat kolej. Sedar-sedar semua cekodok aku satu mangkuk dia habiskan sorang sambil bersembang.


Mula dari situ, Kecik adalah sidekick aku. Dialah bayang, dialah tulang belakang. Tak kira apa— nak buat itu ini, pergi mana semua sama-sama. Goal nak jayakan semua benda mesti sekali. Event itu, kelab ini mana ada aku, ada dia. Mana ada dia, ada aku. Minat kitorang sama menyebabkan dia mudah blend dengan aku. Walaupun lain course dan kerja, otak dia memang bersulam dengan otak aku. Dialah Masscomm celup.


Kecik separuh dari hidup aku. Ibarat sistem, hard disk & library untuk aku. Dari hujung rambut - hujung kuku kaki, semua dia tahu isi pasal aku. Senang cerita orang panggil aku kembar dia. Saling melengkapi.


Dari zaman diploma sampailah ke alam pekerjaan, masih lagi sebilik dan sekatil. Masih lagi suka melalut 5/6 pagi mengekek tak ingat dunia. Masih lagi sama akan dengar aku lepas geram dan hanya dengar tanpa prejudis sikit pun. Akan dahulukan segala benda daripada dia.


Apa yang aku nak buat — dia akan support. Dia akan suruh aku buat sampai jadi. Aku takde duit? Dia akan bayar apa apa je dulu. Aku nak berniaga? Dia akan support dari belakang. Aku tak cukup duit nak belanja masa dekat U? Dia tolong aku cari duit jual pisang goreng sama-sama. Terlalu banyak pertolongan. Memang takkan habis budi dia pada aku.


Dia tak pernah lokek senyum. Bukan sejenis reti marah. Tak reti tolak orang ajak pergi mana. Tak pernah kedekut apa pun. Tak pernah merendahkan orang lain. Tak suka menyusahkan orang lain. Kalau aku nak tulis satu persatu pasal Kecik memang takkan habis.


Kecik, lepas aku tahu kau sakit & operate last year tanpa pengetahuan kitorang. Aku rasa aku dah gagal jaga kau macam mana kau jaga aku. Walaupun dah banyak kali kau cakap, “Aku ni get ready je lepas tambah darah apa lagi lepas ni risiko kena hadap” — buatkan aku setiap kali tu fikir betapa kuat kau hadap semua ni.


Aku bersedia dengan setiap false alarm yang kau bagi sepanjang 9 bulan yang lepas. Mentally prepared untuk sebarang kemungkinan — tapi hari ni aku salah. Rupanya aku tak bersedia kewujudan kau hilang dari nafas aku dekat dunia ni.


Siapa doh nak isi setiap benda yang dah sebati dalam hidup kita berdua selama 9 tahun berkawan ni Kecik? Siapa boleh buat apa yang kau buat?


Siapa nak tolong tolong menyibuk dekat dapur kalau aku masak sambil mengekek benda bodoh dengan aku?


Siapa yang boleh random nak keluar pergi mana-mana tanpa arah tujuan walaupun 3 pagi pergi merata lepastu menyesal buang masa yang sepatutnya kita tidur je kat rumah?


Siapa lagi nak karaoke nyanyi lagu English dengan suara monotonous satu nada je sepanjang lagu tapi steady bantai 40 lagu tak pancit?


Siapa lagi Kecik? Untuk semua-semua benda sama kita buat selama ni?

Siapa yang sama macam kau, dalam hidup aku?

Siapa half daripada jasad & jiwa aku yang faham aku tanpa perlu persoal sepatah pun?

Siapa?


15/11/1994 - 10/3/2021, 950 PM.


Aku perlu masa Kecik untuk terima kita dah tak bernafas di bawah langit yang sama.


Syurga tempat kau, Kecik. Aku sayang kau.