Friday, May 02, 2025

T-0

Dalam rangkulan eratmu;
Di singgahsana lena
Mengharungi pekat malam bersama
Sempat jari jemarimu menghubunginya


The day has come to an end.

Nafas tak lagi berirama seperti selalu. Dada berombak dan terbeban berat. Tali gantung melambai menanti nyawa diragutnya.

"Macam mana kalau kalau..."

The day, like a fleeting dream, slips quietly into dusk.

Bertahun yang lalu, aku berteka-teki tentang perkara yang tak masuk akal akan berlaku. Segala perkara yang melintas dalam kepala terarah kepada lenyap, hilang dan tanpa jejak. Betul ke decision yang akan diambil sekiranya hari tersebut muncul?

Sugul.

Maka, aku telan jua pahit yang ada. Itu jalan yang dipilih, kan?

Setahun yang penuh dengan persoalan tak masuk akal akhirnya terhenti di tempat kali pertama kami menyimpul janji. Tiada yang pasti dalam herla nafas. Yang ada cuma lelah walau cuba melawan takdir macam mana sekali pun.

Pejam celik - dua tahun tanpa sebarang khabar dan dalam haluan masing-masing. Walaupun sebenarnya aku yang melarikan diri daripada menerima kenyataan yang perit. Aku tak sanggup untuk melihat kebenaran yang terhidang di depan mata.

Dua tahun aku cuba untuk lupakan semua.

Tapi tak mudah. Sebab, aku asyik compare orang lain dengan dia? Itulah yang terjadi selama dua tahun.

Kenapa dia ni tak macam kau eh?
Kenapa dia tak tolong aku macam kau eh?
Kenapa itu, kenapa ini, kenapa tersebut tak macam kau eh?
Kenapa eh?

Betapa hidupnya memberi impak dalam hari-hari aku yang biasa. Sampailah satu hari ni… aku dapat WhatsApp daripada dia. Mimpi ke ni?

Pesanan ringkas tersebut berakhir dengan perbualan kami selama dua jam tanpa henti di talian. Tak ada conversation yang janggal. Ibarat dua tahun yang hilang tu tak pernah wujud.

Syaz once said, ‘Just enjoy the moment.’ And now, here I am — holding on to a moment I know won’t last forever.

Cameron Highlands, June 2024 - dalam rangkulan dan tangis.
Jakarta, June 2024 - mengejar matahari jingga.
Singapore, June 2024 - memenuhi mimpi dan angan-angan.
Bangkok, August 2024 - menerokai fantasi tanpa batasan.
Dan Malaysia, 2024 - metafora dalam keramaian manusia.

Mungkin aku hilang rumah yang aku rasakan selamat dan menggembirakan hari ini. 
Mungkin 'just being nice' tak semudah sangkaan yang berlaku di singgahsana lena kami.

Just so you know, we completely immersed ourselves and began a new chapter, each following our own path.

Terima kasih sudi teman di sepanjang jalan yang sukar.

No comments:

Post a Comment

jika tak tersenangkan; disudi-silakan
beredar angkat kaki-- pergi jalan.

"setiap patah-- bangkit, kayuh semula"