Sunday, September 28, 2014

Bagaimana?

bagaimana--
jika semua jawapan
untuk setiap persoalan
adalah bagaimana?

Wednesday, September 24, 2014

Gali Sendiri

entah di mana
aku diletakkan perasaan
dibenihkan rasa
untuk meneroka cari jalan

lambat-lambat aku ikut rentak
perlahan-lahan aku teresak
baru sekarang aku tersentak
dikejut dari menjejak

oh rupanya aku sudah sedar
aku buta dalam sedar
mujur sedar--
aku tak sedar

mohon di azankan pada telinga aku
agar bangkit dari menyesakkan diri
yang sebenar aku mengundang malu
yang cuba cari gali sendiri
kerana terlampau ikutkan nafsu
aku dibakalkan digelak nanti.

Saturday, September 20, 2014

Mati Keseorangan

sudah biasa dalam lumrah ini
di tengah manusia berdiri
pada zatnya aku dinikmati
yang kosong sedar disepi.

aku dah tak takut
untuk berseorang berpaut
walau didamparkan di tengah laut
kerana sebuah kebiasaan yang lama bertaut
jadikan aku diperlu-dikaut
dipersampah-dijerut
lalu dibalut--
dicampakkan mati dalam payah-kalut.

ah
aku dah terbiasa
sepanjang hidup merasa
di biar terseksa
menghirup rasa
--dibinasa
--dikeji-cela
--diumpat-cerca

diumpankan pada joran--
untuk sebuah kolam neraka
dan bernafas cungap separuh nyawa
sehingga semua mata
berasa bangga
terlihatkan aku ternganga-nganga.

mati keseorangan.

Wednesday, September 17, 2014

Dikejut Lena

melalui hari hari yang telah pun berada di penghujung semester pembelajaran.
berbaki-sisa 4 minggu dari sekarang
maka tertamatlah pelayaran kali ini.

yang jelas,
aku sudah dikejutkan
daripada semester ini.

semalam
semua mimpi semalam
kalau diterbalikkan waktu
adalah igauan semata.

aku sedang takut
dengan bayang sendiri
sebab bayang bayang tu
daripada pantulan aku
sepanjang 4 bulan di sini.

begitu banyak benda
bermain
berlegar
berligatan
berulang alik
bersesakkan dalam kepala.

entah macam mana
aku pun tak mampu nak luah.

Tuesday, June 24, 2014

Prolog - Pelayaran Lendu Lima

Kelima-- sebuah pelayaran baru pada trek yang sama.

Usah bimbang katanya
Usah keluh katanya
Usah gusar katanya
Usah menaruh katanya
--usah gentar

Dalam pelayaran kali ini, banyak perkara aku belajar. Banyak benda aku belajar. Banyak benda aku perlu tahu. Dunia tak seindah khabar. Khabar tu perit belakangnya.

Bermula dengan perjalanan ke Johor sebelum masuk PMDS, merupakan sebuah pengalaman nun jauh tak ketersampaian manisnya. Walau sekejap-- penuh makna kenal dunia dia.

Sesampai-sekembali-sejejak tiba berada di Kota Lendu-- maka terbukalah lembaran baru. Jujur aku kata inilah sebenarnya pengorbanan-pertemuan-pembikinan seorang mahasiswa seperti kenal dunia-dimensi-legasi sebalik hitam Lendu.

Biar mendatang masalah aku sedang belajar. Belajar pada tahap nak menangis.
Mental aku cukup jatuh. Tak mampu bertahan dengan kejujuran di Kota Lendu.

Sebuah pengalaman yang aku cakap dekat kau memang takkan dapat-datang-bergolek macam tu je. Kau berbogel hidup mati pun takkan ada.

Biar-- kau lalui apa yg aku lalui. Semua PM buat hal sendiri pada asalnya-- masuk dengan aku. Gurau bertekak sama. Semua macam adik beradik. Even pada mula aku ada rasa janggal-terpinggir-pulau pun akhirnya dapat rasa kimia dia.

Perjalanan MDS pertama aku-- sumpah aku cukup bertuah ada budak yang nakal tapi penuh kerenah kelakar. Sumpah. Walau aku macam biasa sentiasa fikir aku diumpat tapi aku tetap akan teruskan kerja. Teruskan.

Dan bila berakhir MDS-- sayu lain macam. Bagai berpisah mati. Bukan setakat aku kau dia. Tapi semua. Aku akan hidup dalam persekitaran sama semula. Kembali semula.

Cukup walaupun HATI KENA SADO tapi-- kalau manusia ni kadang-kadang terlampau manusia, mudah dihembus rasa cinta.

Aku mahu mengundur. Aku tak rasa hati aku di situ lagi. Aku dah mula malas. Malas untuk berkata. Cukup sekali kali ini. Cukup. Biar masa berlalu sampai aku betul-betul letih.

Pada cinta-- aku cuba kejar.
Pada kerjaya-- aku cuba genggam.
Pada pencipta-- aku cuba perbaiki.
Pada berjaya-- aku cuba melepasi.

Kejutkan aku bila semester ini berakhir.

Yours truly,
Blue x