Tuesday, October 06, 2020

26, Dan Tentang Hari Ini

Menjadi dewasa — melalui hari-hari biasa yang mungkin terlalu kosong untuk dihadapi dan tidak ada satu pun yang istimewa lagi. Tak ada kata-kata manis setiap kali jam 12 tengah malam. Tak lagi menjadi paling penting dalam kehidupan sesiapa.

Mungkin apa yang aku rasa hari ini adalah sebuah proses memiliki sebuah hari yang normal tanpa perlukan sesiapa lagi. Kegembiraan yang disengajakan dan diuli dengan perasaan yang diacu sendiri.

Berkali-kali aku menulis tentang keadaan macam ni. Bahkan mungkin terlalu kerap setiap kali menjelma tarikh hari jadi sendiri. Entah? Mungkin memang itu takdirnya. Kita menjadi seorang yang mula pasif dan tidak diinginkan.

Tahun ni berlalu dengan pantas dan tanpa diduga pelbagai perkara bersilang dan membuatkan diri alpa. Entah, aku tak tahu nak menyusun ayat macam mana saat dan ketika ni sebab mungkin segala perkataan yang aku nak luahkan tu dah habis di awangan. Melayang dan menembusi awan.

Ogos, dan setiap kali muncul bulan keramat dalam hidup aku— pelbagai jenis doa aku titipkan. Segala yang baik-baik aku harap akan terjadi dalam bulan ni. Tapi, kali ni aku silap. Sebab… kali ni dia lagi mencabar dan membuka mata.

Sebagaimana hubungan yang bertahan selama berbelas tahun sekali pun akan musnah dalam sekelip mata. Sebuah penantian yang dipertahankan raga daripada segala duka. Akhirnya tergadai jiwa. Sebegitu sahaja.

Dah berbulan rasanya aku pilih untuk diam. Untuk tidak lagi merasakan apa-apa yang pernah suatu ketika dahulu teguh. Sebab bagi aku, sekarang dah sepatutnya fikir tentang masa hadapan dan bercakap tentang kejujuran yang sebenar. Bukan dalam fantasi, bukan mainan lagi.

Dalam satu bulan yang sama, terpampang segala kegembiraan. Satu persatu perkhabaran diterima. Aku hanya mampu tersenyum dan menyimpan apa sahaja yang terbuku dalam dada. Tak sangka, akhirnya semua mula sempurna.

Aku tak mampu untuk zahirkan apa yang aku rasa. Tak mampu nak jujur dengan segala kebenaran dan terlalu berat untuk aku luahkan. Di satu sudut kecil, aku masih menunggu untuk seseorang ambil dan tanya, “Kau okay?”

Serpihan luka yang terus berdarah dan tak tertanggung lagi. Dan masih hari ini. Menelan masa-masa yang terbazir dengan lelah sama.

Tentang hari ini, di bulan keramat. Meninggalkan kesan yang teramat mendalam dan perit untuk ditelan.

Sunday, February 02, 2020

Perempuan

Beberapa kali aku nak tulis benda ni. Tapi masih fikir patut ke? Untuk kesekian kalinya— thoughts tentang perkara ni berputar-putar dalam kepala aku. Macam biasa, aku menulis bila aku sedih. Dan bila tiba saat tu, ke sini lah aku.

Yes, aku tahu. Lama aku tinggalkan rumah aku ni. Nanti aku cerita apa yang aku lalui sepanjang sepi dalam rumah ni.

Kembali balik kepada apa yang membuat aku datang sini semula. Perempuan.

Most of the day, aku habiskan masa selain bekerja— social media menjadi satu keperluan dalam hidup aku. Entah, kalau takde. Aku rasa mati. Sebab mostly aku cari duit semua dekat social media. Kalas ikut-ikutkan, sebenarnya semua kerja yang aku dapat mostly aku cari dekat Twitter. Perubahan zaman menyebabkan semuanya berlainan dengan 6 atau 7 tahun yang lepas.

Aku ingat lagi, Twitter hanyalah tempat untuk setiap orang express their words— ibarat bercakap dalam hati. “Aku lapar” dan 10 orang akan reply. Masa tu semua fun. Time flies, sekarang Twitter ibarat dalam fasa usia seorang remaja dan rebel. Semua orang berkecamuk dalam tu.

Scroll, gaduh. Scroll, politik. Scroll, drama gf bf. Most of the days, tak sah takde semua tu.

Maka, lintas satu thread viral dekat Twitter berkenaan dengan boundaries friendship bila mana kawan tersebut ada pasangan dia. Aku baca sampai habis. Aku baca replies. Tak terlepas jugak kenalan lain tinggalkan kicauan peribadi di Tweet tersebut. Aku termenung jauh.

Let me explain a little bit.

Si A (perempuan) pergi jumpa si B (lelaki). Namun, si B berasa tak selesa dan melayan acuh tak acuh sehinggakan si A berasa bestfriend dia dah tak macam dulu masa takde girlfriend.

Boundaries.

Ada yang berpendapat, girlfriend patut okay je boyfriend ada kawan lain jantina sebab kawan tu datang lebih awal dalam hidup boyfriend tu.

Ada jugak kata, kawan lain jantina tu yang kena letak boundaries di antara boyfriend tu supaya girlfriend tak rasa insecure.

Dan, membuak-buaklah kenangan-kenangan lama aku.

For whoever knows me. Dari kecil lagi aku memang banyak berkawan dengan perempuan. Sebab mostly, aku lebih selesa berkawan dengan perempuan dan tak payah tanya aku sebab apa. Aku sendiri pun kadang tak tahu. Nak kata sebab aku tak suka kasar-kasar, tak. Aku okay. Entah? Punya pelik— aku sendiri tak dapat figure out.

Nak jadikan cerita, aku ada bestfriend perempuan bukan 1, 2 atau 3. Ramai. Dan diorang semua datang dari waktu yang berbeza. From my different phase of life. Sekolah, universiti dan kerja. Yes, of course aku ada bestfriend lelaki jugak.

Fikiran tentang satu perkara ni mula muncul apabila satu hari, one of my bestfriends ni dia mula bercinta dengan boyfriend dia. At first, semua okay. Takde apa pun yang janggal. Aku masih merasakan yang tidak ada apa-apa pun perlu aku letakkan syarat untuk berpisah atau berenggang dari persahabatan yang kitorang ada.

Then, semakin hari. Kawan aku mula cakap, “Weh, boyfriend aku tak bagi aku keluar dengan kau.” “Haaa sorry. Boyfriend aku marah kita lepak.” “Boyfriend aku suruh aku jangan rapat sangat dengan kau.”

Aku banyak terasa dengan perubahan tu tapi masih lagi keep pretending okay. Semua orang akan macam ni. Aku cuba positif setiap kali datang hasutan-hasutan celaka dalam kepala aku. 

Sampailah satu tahap, kawan aku ni pernah janji dengan aku untuk balik raya sama-sama. Aku dah cakap dengan dia, if boyfriend dia tak bagi. It’s okay. Aku cari tiket sendiri balik kampung. She said, takpe. Boyfriend dia okay je.

Sehari sebelum raya, dia bagitahu dekat kawan dia untuk bagitahu aku yang dia tak dapat tumpangkan aku balik hari tu sebab ada emergency. Figured out, rupanya boyfriend dia tak bagi aku tumpang. Malam raya, dekat mana aku nak cari tiket balik kampung?

Aku kecewa sebab kawan aku berubah kepada seorang yang lain daripada diri dia yang pernah aku kenal dulu. Semua kerara bila dia dah bercinta.

Disebabkan tu, aku mula rasa untuk tak lagi memilih mana-mana perempuan untuk dijadikan bestfriend. Cukup sekadar kawan biasa.

Tapi sebenarnya, daripada watak yang menjahanmkan tulah terlahirnya watak-watak lain dalam kehidupan aku yang berhubung dalam garis masa yang sama. Kalau Avengers Endgame tu— kau kacau timeline ni, wujud alternate timeline. Macam tu lah gamaknya.

Lalu, menyentuh balik mengapa aku menulis bebelan yang panjang ni adalah juga kerana seorang perempuan. Mungkin bukan seorang, mungkin banyak lagi. Tapi, let me be honest with you. Aku sedih dengan apa yang terjadi antara aku dan dia. Seakan macam tak ada apa-apa lagi memori kitorang berdua. Macam dia dah tak wujud dalam hidup aku.

Nope, this is not the one I mentioned earlier.

She— I used to share everything with her. Apa sahaja yang buatkan aku rasa senang untuk bercakap. Macam adik beradik. Tak rasa janggal sebab segala benda boleh masuk kepala.

But, looking back at my 2019 without her. I think— aku jadi seorang dewasa yang lost. Tak tahu track yang macam mana patut aku ikut. Dah takde kawan yang sepatutnya selalu ada dengan aku tak kira apa sahaja benda malang dan sial menimpa aku.

Aku mula faham, yang aku tak sepatutnya memiliki seorang kawan perempuan yang sangat rapat sebab saat bila dia dimiliki orang yang selayaknya— dah tentu dia akan lebih mengutamakan orang tu. Dan hati pasangan dia lagi penting daripada kita sebagai kawan dia.

Dulu aku tak percaya. But here I am. Belajar daripada setiap pengalaman yang berlaku. Dah tentu. Tak kira sesiapa pun. Priority tu akan sentiasa bertukar. 

Cinta more than kawan.
Dan wujudlah keterbatasan.

Walaupun setiap hari dalam bulan-bulan yang sudah pun berlalu tu rasa sangat sedih, marah dan kecewa setiap kali buka Instagram, Twitter dan sebagainya tengok kehidupan bahagia seorang kawan yang pernah rapat— tapi apa aku boleh buat? Itu pilihan dia. Jadi, mengambil jalan untuk adapt itu lebih tepat, kan?

Kalau orang dah tak sudi nak reply apa yang kita cuba bagi effort untuk buat interaction dengan dia. Kita fahamlah. Maksud aku, AKU faham. I am her past.

Rasa macam hilang girlfriend. Tapi dia lebih sakit sebab dia kawan kau.

Disebabkan dia, aku mula menjarakkan diri daripada banyak lagi kawan-kawan rapat perempuan aku. Sebab aku tahu, bila dia dah bersuami nanti— lagi susah. Jadi untuk mengelakkan dari asyik makan hati. So, kita kawan baik dengan kawan-kawan lelaki yang sedia ada. Simpan sampai reput.

But, hey. I’m thankful for whatever things yang kau banyak tolong aku.


Yours truly,
Blue x

Tuesday, October 30, 2018

To win something, you need to lose something.

Ada benda-benda yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata akhirnya berlebur dengan tangisan tanpa henti. Memendam dan meratap sendiri. Berharap semuanya akan pergi.

It’s going to be long I guess for this time.

Sakit sebenarnya untuk terus buat-buat tak tahu dengan apa yang ada dekat depan mata. Seolah macam tak peduli tapi pedih. Aku kuatkan jugak hati. Aku tahu aku kuat.

Walupun pada hakikat sebenarnya tidak. Aku tak batu. Aku tak besi. Aku bukan sesuatu yang bersifat teguh dan pegun dapat tahan segala benda. Bermain pulak dengan sesuatu yang melibatkan perasaan, emosi dan hati. Lagi bercelaru aku rasa.

Muncullah satu malam yang penuh dengan persoalan. Tentang jawapan-jawapan yang masih tidak diketemui. Aku buntu. Dekat mana aku patut mulakan untuk luah. Jadi aku start dengan conversation bodoh-bodoh supaya aku tak rasa awkward.

It’s so stupid I tell you. Aku tak tahu apa yang aku merepek. Tapi sampailah satu tahap, aku dah jumpa kata kunci dia.

Macam mana ya aku nak cakap? Sakit tahu bila kita kena berdiam dulu semata api marak yang disimbah minyak tanpa amaran ni. Kalau hati aku kering, memang aku akan reply terus dekat dia setiap justification yang dia buat tu. Yes, maybe lah ada benda yang aku salah tapi at least jangan buat terus conclusion. Kalau boleh aku tak nak rosak hati atau keadaan sesiapa. Kalau betullah rapuh, at least teruslah beritahu aku. Biar aku explain apa yang sebenar-benarnya.

Keadaan terlalu memaksa. Aku tak pasti macam mana nak berdepan dengan masalah kesempitan ni. Adjust sana, sini terburai. Betulkan sini, sana terbengkalai. Aku dah tahu nak letak kepercayaan atau ruang yang sebagaimana untuk satu perkara ni. Apa tak cukup dengan pengorbanan?

Kali ni, aku tak tahu macam mana aku masih mampu boleh bertahan. Walaupun dah berkecamuk perasaan tu, tapi masih lagi tak nak mengaku kalah. Cuma bila datang satu-satu ketika di mana aku tidak lagi dijasadkan dengan gembira.

Cukup sekadar senyuman pun dah memaniskan hari.

Mungkin betul orang cakap, cinta tu bukan memiliki tapi mengorbankan perasaan ingin memiliki. I wish I can talk to you and say whatever I wanted to. But it's okay. Sakit untuk tidak mempedulikan kau. Sakit untuk tidak berkata apa-apa dengan kau. Dan sakit lagi sekiranya terus berpura bahagia seakan dunia ni bersama kau.

Aku rasa dengan ignore pasal kau boleh buat aku rasa okay. Tapi semua tu tak betul. Aku cuba bersikap macam normal. Cuba untuk buang segala keruh yang berkolam dalam dada. Aku cuba bermacam benda untuk berasa normal dengan keadaan sekarang. This is so awkward. Sampai aku rasa I need to move and stay away from this place. Yes, I'm tired of this place.

Where do I get the restart button? The time that I don't even know about you, or falling in love with you.

And...

For the past 10 years, aku tak pernah sekali pun bayang akan berlaku hari tu. I hope it last forever. Being us.


Yours truly,
Blue x

Wednesday, September 19, 2018

Perasaan (I hope you read this)

Lama gila tak menaip dekat sini. Entah macam mana rasa tiba-tiba boleh teringat aku ada blog. Tengah aku termenung, aku rasa rindu. Atau sebenarnya lebih daripada tu. Entahlah, aku sendiri tak boleh nak describe perasaan aku sekarang macam mana keadaannya.

I used to share everything, here. Setiap kali rasa sedih dan perlukan ruang untuk bebas -- sinilah tempatnya. Tapi kebelakangan tahun ni, aku rasa aku dah tak ada sebab untuk menulis. Macam dah tak ada apa untuk aku perkatakan. Tak tahulah ni maknanya aku dah makin dewasa atau fasa rebel tu dah habis. I don't know. Siapa yang selalu ada dan baca blog aku dari dulu mesti tahu apa matlamat blog aku ni kot?

Lately, aku rasa sunyi. Maksud aku, aku tak tahu nak luahkan dekat siapa tentang apa yang aku lalui. Jadi, method yang selalu aku ambil adalah menulis balik dekat blog mungkin boleh memecah sunyi aku. Macam hari-hari terdahulu. Banyak benda yang nak dikongsikan.

First thing first, guys... aku dah bekerja! Like, aku dah di dalam pekerjaan (tolak ke tepi kerja part time cari duit poket demi sesuap nasi dulu) yang memerlukan seratus peratus fokus untuk kerja tu je. Try and error sana sini, sekarang aku kerja dekat tempat ni. It was so hard to be in here at first. Bermacam bendalah tempuh. One fine day, aku cuba cari masa nak cerita the struggle untuk kerja sekarang.

Tapi apa yang datangkan aku ke sini balik hari ni, bukan untuk berkongsi tentang bagaimana aku dapat kerja atau apa-apa melainkan semua sebab dia. Mungkin? Tak reti nak cakap sebab dia atau sebenarnya sebab aku dah tak betul. Aku dah lama tak rasa perasaan ni. Mengulang kembali ayat pada perenggan pertama-- aku pelik dengan diri aku sendiri. Aku asingkan diri sendiri untuk merasakan apa yang ada terselit dekat dalam ni punyalah lama. Alih-alih, sekarang dia muncul balik.

Banyak lagi benda untuk aku tulis sebagai "update" apa yang aku lalui tapi itulah, yang satu ni lagi kuat untuk aku rencanakan. Kiranya macam melalui tulisan-tulisan yang lepas-- untuk melegakan apa yang terbuku, melepaskan supaya tidak teringat lagi.

Kalau boleh aku tak nak ada perasaan ni. Aku tak nak pergi cari nahas yang sama. Namun, itulah yang tetap nak hadir. Itulah yang tetap nak pamer.

Pejam, celik-- dia.
Pejam, celik-- dia.
Tapi aku tahu, dia takkan pernah sedar walau hakikatnya dia selalu depan mata. Tersenyum dan memandang redup dari matanya. Walaupun sekadar "hi" dah cukup bermakna. Still, I'm awkward to respond. Ah, lagi aku fikir-- lagi tak tenteram aku dibuatnya. 

I wish that I have that spirits or courages or guts to say "I like you". But, ah typical me. Diam je lah. Dan pendam sebab selalu rasa memang tak patut untuk memiliki. Jadi, apa yang aku boleh buat adalah menulis puisi-puisi tentang dia.

Setiap hari sebenarnya, aku menulis tentang dia. Dan setiap hari aku nampak dia "tengok" dekat Instagram aku. Tapi mungkinlah, dia tak tak tahu aku tuju pada dia. I hope you read this, too.

Bila mengenangkan balik apa yang terjadi dengan hidup aku bertahun yang lepas kerana perkara sebegini, aku rasa aku kembali takut. Tak tahu apa yang bakal mendatang dan mungkin membawa aku kepada satu kehancuran lagi. Aku tak nak disakiti dan aku tak nak disentuh lagi dengan perasaan berpecahbelah, diratahlapah mahupun dibuangsampahkan.

Tapi there's one thing yang aku rasa mungkin aku dah matang (kot) sebab aku tak buat perkara-perkara bodoh macam dulu semata nak orang yang aku suka nampak aku. Jadi sekarang aku tak buat benda tu kiranya aku dah boleh fikir dengan waras kot? Ada, ada. Tak ada, padan muka. Yeah, apa-apalah.

Just please, don't let me fall deeper if you don't have any intention to let me in.



Yours truly,
Blue x

Sunday, December 31, 2017

Selamat Tinggal 2017

Rasa macam 2017 tu baru je bermula. Tak sangka hari ni adalah hari terakhir 2017. Seperti biasa, ada manis dan ada pahitnya seperti tahun-tahun yang lepas. Kalau nak ikutkan, tahun ni perasaan aku bercampur baur dan bersifat lebih realistik-- aku dah tak menghadap masalah cinta yang tak berkesudahan tu. Tapi yang datang bersilih ganti adalah sesuatu yang luar dari kebiasaan. Macam mana ya nak deskripsikan?

Awal tahun 2017, aku tinggalkan Shah Alam untuk kebaikan (dah habis degree). Tanpa diduga, apa yang aku impikan selama ini menjadi kenyataan di mana buku yang aku dah malas nak ambil tahu (sejak tahun 2015 lagi tunggu tapi tak ada berita) diterbitkan. Dia memberikan nafas baru kepada aku untuk hidup di masa akan datang. Yang paling tak sangka adalah, dia keluar tepat dengan tarikh 19 Januari di mana tarikh tersebut merupakan highlight kepada buku itu beberapa tahu sebelumnya. Bahkan, buku tu keluar sebaik je aku tamat degree. Sungguh tepat perancangan tuhan untuk setiap satu perkara.

Kemudian, kelahiran Muhammad Qarizh Daiyan dalam keluarga kecil kitorang, walaupun lahir masa umur 6 bulan kandungan, dah menggembirakan kami sekeluarga. Dia dilahirkan dalam rumah dan sangat kuat. Semua orang gembira sebab dia gagah bernafas walaupun dalam keadaan yang sangat lemah. Malam tu, semua bergegas ke hospital dengan keadaan yang sangat bimbang. Itu adalah kali kedua dalam hidup aku (dah besar ni lah) turun padang sendiri melalui proses ni. Dalam masa tak sampai setahun pulak tu.

Gembira tadi bertukar wajahnya. Daiyan menghembuskan nafas dia yang terakhir selepas tempoh masa yang lama. Aku tahu, tuhan lebih sayangkan dia. Sudah pasti memang dia adalah bayi syurga. Abang dan kakak aku sangat tenang menghadapi situasi ni. Aku tahu walaupun diorang redha dari awal lagi, jauh di sudut hati diorang teramat sedih. 

Dan apabila satu persatu watak aku yang satu lagi kembali sekali lagi. Ya, sedih tu. Beberapa kawan aku hilang dan mula menjauh. Aku rasa serabut dan mula rasa tertekan sebab dah rasa terlalu bersendiri. Kebiasaannya masa belajar dulu ada je kawan-kawan terdekat untuk mengisi kekosongan aku. Tapi sekarang tidak lagi. Semua kena sendiri. Skrin phone mula bisu dari message kawan-kawan dan sebagainya.

Mimpi yang menakutkan aku tu terhadap beberapa kaitan manusia kerap muncul menyebabkan aku banyak left group dan buat beberapa perkara lain. Orang tak faham kenapa aku berdiam dan buat tu sebab diorang tak duduk dekat tempat aku. Aku tak nak orang lain tahu-- jadi aku diamkan. No one (I mean things) can touch my dearest friends. Takpelah, aku sanggup hilang dekat sini. 

Perjalanan seterusnya bermula lagi dengan program internship. Aku terpaksa harungi segala sunyi sendiri. Beberapa kali nak quit semata tak mampu nak teruskan internship ni. Hampir dua bulan aku tak jumpa kawan-kawan aku langsung atau bercakap dengan diorang menyebabkan aku give up. Sampai nak menangis betul-betul setiap kali naik MRT pergi Damansara. Aku sangat memerlukan setiap kawan-kawan aku disebabkan aku dah tak ada sesiapa dalam dunia ni yang faham pasal aku.

Nak tak nak, aku kena juga lawan. Sendiri tu mula jadi kebiasaan di mana aku kena kuat. Sampai bila aku nak bergantung hidup kena ada kawan baru boleh bernafas? Berdikari tu adalah lebih baik. Bawa diri sendiri ke sebuah fasa baru. Semua kena sendiri-sendiri. Jangan terlampau harap orang akan ada dengan kita. Zaman belajar dulu lain. Sekarang kena biasakan diri untuk berasa sunyi itu lebih baik daripada beramai.

Aku belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan dunia luar -- semasa internship which aku dapat berinteraksi dengan orang-orang terkenal dan korporat. Beberapa kenalan kenamaan atau popular aku dapat jumpa atas urusan kerja dan menjadikan perjalanan 2017 aku semakin menyeronokkan. Aku dapat travel ke sana sini (walaupun takdelah jauh mana pun) dan belajar benda-benda baru.

Satu episod dalam hidup aku di mana satu minggu yang teramat sukar sepanjang 2017 adalah bila aku ditipu oleh seseorang. Aku rasa hidup aku dah tak ada makna sampaikan rasa macam perlu tamatkan nafas supaya lebih tenang. Aku melalui sakit lama yang muncul tanpa mengenal erti waktu dan tempat, depresi yang terlalu teruk sehinggakan tak mampu untuk buat apa-apa. Ambil cuti mendadak dan murung. Aku kurung diri dalam bilik untuk beberapa hari. Some of my friends know setiap kali aku alami perkara ni. Sebab dia datang secara tiba-tiba. Sebab tu orang susah nak faham aku.

Jumaat tu, aku hantar satu mesej panjang dekat seseorang. Aku rasa aku dah mula perlu bersikap sedar dan duduk dalam alam nyata. Aku gagahkan diri untuk bangun walaupun terasa sangat sakit dan bayangan dipermainkan serta dipertontonkan satu Malaysia tu menghantui aku setiap detik saat. Walaupun takut, aku terus bangun dan bangkit. Sikit demi sikit aku buang semata masa depan dan keluarga aku.

Tiba-tiba tertengok pulak 13 Reasons Why. Tapi aku tengok tu bukan jadi lagi teruk -- aku rasa aku difahami oleh orang lain.

Beralih kepada aku jumpa, kenal lebih rapat, have conversations dan lain-lain lagi dengan orang yang memang betul-betul aku idolakan membuatkan tahun 2017 aku sangat menyeronokkan. Diorang buat aku lebih terinspirasi dan menjadikan aku lebih kuat untuk mengharungi semuanya dengan gembira.

Bersua muka dan berbual ringkas dengan Fynn Jamal, shooting dan kenal lebih lagi Caprice, got chances to communicate with Naim Daniel (last time was on 2015 at Shah Alam because we're in the same college), went to Yuna Secret Show and many more.

Tak dilupakan menunaikan beberapa perkara wajib aku yang tertunggak selama ini. Got my driving license and bla bla bla. Igauan kena pukul dengan jurulatih memandu berbangsa cina juga menyebabkan aku bertambah fobia. Bertahun yang lama dulu aku pernah kena pukul teruk sampaikan aku trauma bila orang datang dekat dan sentuh aku. Lesen memandu nilah struggle gila nak mampus. 

Separuh masa kedua 2017 agak suram dan bertambah gelap lagi bila aku terpaksa hadapi fasa sukar dengan ketiadaan duit untuk teruskan plan yang aku dah rancang. Disebabkan orang-orang yang aku percaya mula mengingkari dan musnahkan kepercayaan aku -- maka banyak benda jadi berkacau bilau. Semua tak jadi. Menyebabkan aku mengalami perselisihan faham yang sangat teruk dalam keluarga. Yes, to you (if you read this), you made my 2017 worst. Tapi aku kira aku belajar daripada kesilapan tu. Untuk jadi yang saling sedar dengan kesilapan dan perbetulkan masa hadapan-- kita kena melaluinya terlebih dahulu.

Juga, pada 6 Oktober di mana tarikh yang paling malang dalam hidup aku saban tahun menjadi sekali lagi malang. My friend, Amie meninggal dunia pada tarikh tersebut. Aku rasa terkesan sebab dia adalah sebahagian daripada orang-orang penting dalam hidup aku. Kenangan kitorang zaman beljar dulu yang menjadikan aku sangat sedih untuk mengingatinya. Dekat mana pun sekarang kau ada Amie, moga kau bebas dan dirahmati.

Bulan Disember datang dan ia adalah bulan yang penuh dengan keajaiban. Pelbagai benda datang dengan pelbagai tawaran. Dapat tunaikan setiap perkara yang aku nak buat. Menjadi lebih teratur dan bersedia untuk menghadapi 2018 dengan perancangan-perancangan yang dah disusun.

Dan aku berjaya untuk menyiapkan beberapa perkara dalam penulisan aku serta aku mula tekad untuk hasilkan sesuatu di masa akan datang. Juga aku dah tak nak berselindung dengan dia. Jadi aku ambil keputusan untuk berterus terang selepas bertahun lamanya aku berteka teki dengan dia. Rasanya 2017 ni memang banyak menunaikan perkara yang betul dan menangani realistik sendiri.

Moga, apa yang telah dirancangkan untuk 2018 akan terlaksana dengan sempurna.

Terima kasih untuk helaian 2017.