Monday, August 01, 2022
The Reasons Why: i fall for you.
Sunday, June 19, 2022
Berakhir di Januari.
Separuh masa pertama tahun 2022 aku bagaikan malam kelam di sebalik bulan terang. Bercahaya dan dirindukan pungguk.
Secara jujur, Januari adalah bulan yang paling aku suka setakat tahun ni. Terlalu banyak perkara yang aku rasakan cukup manis dan takkan mungkin terganti dengan apa pun. Hampir dihenyak matahari, namun disambut laut-- menyejukkan sanubari. Saban hari, aku rasa seakan berada di kayangan. Tersenyum dan berdansa di awangan. Hari aku dipenuhi dengan segala kegembiraan.
Terlalu banyak perkara yang bermula dalam Januari. Perasaan yang seakan diselimut awan cerah. Hari-hari tanpa jemu dan tertinggal-- wujud jasad yang terik membahagiakan. Aku sendiri tak tahu nak describe macam mana dan betapa bersyukurnya aku melalui hari-hari yang tak tergambarkan perasaan. Seakan dimiliki dan memiliki yang tak mampu dipunyakan sesiapa.
Oh, aku jugak mulakan pelbagai jenis perkara baru. Mencatur rutin yang akan dibiasakan sampai kitar baharu. Sampai satu saat, aku terfikir. Mungkin ke apa yang aku rasa ni akan terhenti dan pergi?
Dan... bunga kan tak mekar selamanya? Maka, bermulalah episod luka di bulan seterusnya.
Sepatutnya aku plan nak pergi bercuti. Jauh dan sunyi dari semua benda yang tak masuk akal. Tapi adatlah hidup aku, kan? Penuh dengan misteri yang dah pun dapat diteka. The plan was cancelled. As expected. Nasiblah sikit pun tak pernah menaruh sebarang harapan. Sebab aku tahu, aku hanya sekadar angin lalu dalam kehidupan orang lain.
Singgah pulak malapetaka lain. COVID19. Yeah, macam neraka yang ada dalam badan. Sakit dan menghancurkan. Membakar dan melemahkan. Marak dengan kepedihan dan buat kepala bercelaru. Sepanjang 10 hari tempoh kuarantin-- terlalu banyak perkara yang melintas dalam kepala. Yup, betul. Mati ke nanti? Sebab sakit dia bukan dekat dalam badan je, dia buat otak aku macam nak mampus. Tengok orang lain keluar makan sama-sama, mesra gembira, bersua muka. Sedangkan aku? Terbaring dan setiap saat fikir bila aku boleh telan air liur sendiri tanpa rasa perit.
Mental betul macam kena torture.
Mental betul macam kena torture.
Betul. Itulah yang berlaku di bulan seterusnya. Ibarat dipukul ribut, dihempap gunung. Terlalu tinggi dilambung percaya-- terdamparlah segala benda yang tak mampu dilaksanakan. Aku ingat semua benda akan jadi mudah kalau aku susun dengan teliti segala benda. Tapi tak.
Dan secara tiba-tiba, aku kena allergic teruk. Mental aku bertambah koyak. Sebulan aku tanggung benda yang aku tak pernah rasa seteruk ni. Habis satu badan. Setiap hari termenung, apa kesudahannya ni?
Dah elok allergic, di bulan kelima. Tuhan uji lagi. Accident tengah jalan sorang-sorang. Masa tu aku rasa, tahun 2022 aku memang akan sial sampai sudah. Sumpah rasa macam patah kaki sebab kau ibarat macam mengemis nak hidup macam biasa.
Jadi, bila dah takde kereta. Bulan seterusnya-- yakni sekaranglah, muncul beban baru. Bukan setakat patah kaki, macam terus lumpuh terus. Sebab tu aku kata, cuma Januari je yang paling gembira setakat ni.
Di setiap celaka dan sengsara yang tersemai sepanjang bulan durjana— masih aku, mengharapkan datang dan teguh wujudnya. Kadang muncul bila sepi, kadang tiba bila sunyi. Masih aku tertanya-tanya, kenapa?
Obsesi pulak memakan diri.
Maka aku tertanya, adakah perasaan yang dibalut kata-kata, tindakan dan effort yang tanpa henti itu adalah semata selesa?
Terlalu banyak persoalan yang bertelingkah dalam otak aku. Terlalu banyak perkara yang bersilang dan tak munasabah bila difikirkan. Kalau benar hanya sekadar— lepaskanlah.
Bercakap balik pasal Januari, aku sedar. Selama dalam berbulan yang menyesakkan aku ni. Aku masih lagi berharap dengan dia. Untuk menyambut aku dari segala perkara. Yang aku fikir akan selalu ada dengan aku. Tapi sebenarnya, aku hanya manusia biasa dalam hidup dia.
Sunday, October 17, 2021
Seketika...
Sekelip mata, sekarang dah Oktober. Bulan yang di mana selalunya aku tandakan sebagai bulan gelap untuk hidup aku. Tak ada jalan keluar daripada mentaliti hitam.
Sekali lagi dalam setiap tahun, keluar daripada dunia maya yang selalu buat aku berfikir-- di mana tempat aku dalam keramaian kenalan yang tak pernah ingin tahu apa yang berlaku dalam hidup aku. Cuma kehidupan yang bosan dan tidak pernah bererti.
Selalunya aku rasa macam tak tenang untuk "berehat" tapi kali ni aku rasa seakan-akan bebas. Terbang dan tanpa rasa sayap yang patah.
Sedikit demi sedikit, menuju ke suatu hari yang lebih bebas.
Sekian.
Yours truly,
Blue x
Sunday, August 01, 2021
Hiraeth
Hari jadi yang ke-26 di bulan Ogos tahun lalu disambut dengan tangisan. Pertama kali dalam seumur hidup. Ditinggalkan hiba sendiri.
"I'm sorry. We can't make it through. I... nak kahwin--" suara dia tersekat. "...dengan someone else."
Aku merenung ke luar dan melihat langit mendung yang sama dengan perasaan aku waktu tu. Mendung dan bila-bila masa je boleh bertukar guruh. Berkecamuk dan remuk sewaktu perkataan tu keluar dari mulut dia. Dan sewaktu menyambut hari jadi aku masa tu.
Banyak tanda tanya yang berlegar dalam kepala aku waktu tu. Nak menerima hakikat sebenar dan menelan pahit yang betul-betul depan mata. Sebelas tahun hubungan tu terbenam sebegitu je. Tanpa ada belas kasihan.
Kitorang berdua diam untuk satu masa yang lama dalam kereta waktu tu. Ibarat dalam satu ruang kalis bunyi dan yang ada cuma suara di dalam kepala yang meronta-ronta inginkan penjelasan. Semuanya.
Jadi betullah false alarm yang selama ni aku rasa? And I figure out this is what you really want.
This whole pandemic, and lockdown... buat aku belajar dan menerima. Menyimpan sepi, meragut senyum. Meninggalkan luka.
Aku masih boleh tersenyum waktu kau keluar dari kereta aku. Seolah tak ada apa-apa yang berlaku. Seolah pengakhiran hubungan kita dan sambutan hari jadi aku tu meriah-- sebenarnya dengan tamparan maya yang menyakitkan.
Sebaik sahaja kelibat kereta kau melepasi kereta aku, guruh dan hujan menemani aku petang tu. Dalam keadaan yang sangat membebankan perasaan -- aku kuatkan langkah. Membawa bayangan yang menerawang jauh memikirkan tentang hari esok dan mendatang tanpa kebiasaan yang selalu-selalunya.
Boleh ke aku bertahan?
Boleh ke aku biasa?
Boleh ke aku menjalaninya?
Boleh ke aku tak apa-apa?
Dan persoalan yang sama berputar dan terus berputar selama berbulan-bulan. Sampailah hari pernikahan kau bulan sebelas tu. Ternyata, aku boleh meneruskan hidup dan menikmatinya dengan hiba.
Menerima hari ini, menjadi sebuah realiti dan masih utuh tanpa bersilih ganti. Perasaan yang dimungkiri dan dikhianati.
Hiraeth /ˈhɪərʌɪθ/ - A homesickness tinged with grief and sadness over the lost or departed.
Tuesday, June 22, 2021
Mimpi yang tak sudah.
Pukul 5 pagi tadi aku tersedar lepas aku mimpi pelik sekali lagi di mana aku balik ke kampung dan sembelih seorang budak gelandangan dengan pisau tajam, melapah mentah tanpa sedikit pun dia menangis sambil ditatapi orang di dalam rumah tu.
Aku tersentak dan mengucap. "Mimpi buruk lagi."
Di Twitter private, ada satu Thread yang aku sengaja buat untuk menulis balik tentang mimpi-mimpi aneh dan pelik aku. Dan idea untuk kumpulkan semua mimpi tu datang lepas aku mimpi pasal sorang budak kecik yang kematian maknya. Tapi dia masih simpan mak dia dalam rumah. Dan aku jadikan dia cerpen dekat Wattpad.
Jadi, lepas dah bertenang agak lama. Aku terus ke Twitter dan tweet mimpi tu yang disertakan dengan tarikh mimpi tersebut.
Selesai je tweet, aku scroll balik tengok tweet-tweet yang lama. Apa yang pernah aku mimpi. Dan pada tarikh yang sama, setahun yang lepas -- aku mimpi pasal menghadiri ke sebuah pengkebumian kawan aku.
Dan aku termangu sorang-sorang atas katil mengenangkan mimpi yang tak sudah ni.
Exactly a year ago -- malam sebelumnya tu, 21/6/2020 aku tidur awal. 9/10 PM masa tu dah tertidur. Tapi tersedar sebab bunyi notification phone banyak. Aku macam hairanlah apa yang bising sangat tengah malam ni. Tak sedar yang sebenarnya aku yang tidur awal.
Bukak, oh group WhatsApp. Aku reply text sambil menangis dan mamai. Dalam hati aku, kenapalah aku tidur awal eh?
Dan… aku terlelap semula. Lepas tu aku tersedar balik. Sebab mimpi pasal benda tulah yang dalam tweet aku tu. Which sebenarnya aku mimpi Kecik yang meninggal. Dan dalam mimpi tu, aku ajak Kecik bercuti sebab tak nak dia terkilan.
Sepanjang hari aku berfikir, betul ke apa yang aku mimpi ni. Patut ke aku ambil any action? Padahal Kecik baru je bagitahu yang dia operate je. Bukan ada apa pun. Cuma bila dia cakap dia ada tempoh 9 bulan tu je mungkin terbawak dalam mimpi?
Maka akhirnya disebabkan daripada mimpi tu, aku buat keputusan untuk plan pergi bercuti dengan semua. Tak tahu apa akan jadi, tapi aku rasa mimpi tu memang real & menakutkan.
Seperti yang dirancang. Aku pun apply-lah cuti. Keputusan yang sangat drastik dan secara tiba-tiba. Tapi aku boleh katakan, aku tak menyesal sedikit pun atas apa yang aku fikir masa tu. Walaupun rasa cuak nak apply cuti masa tu, tapi tetap nekad sebab daripada menyesal kemudian hari. Baik aku ambil risiko, kan?



