Monday, May 07, 2012

Tawaran

Tepat jam 11 malam, Ayah ajak aku pergi ke kedai mamak depan perumahan. Asalnya balik tu nak kerja potong rumput dekat kebun getah. Itulah rutin aku sepanjang dua tiga bulan sebaik sahaja habis SPM. Isnin hingga Rabu aku akan ke sekolah menengah rendah aku untuk bekerja sebagai guru muda. Mengajar 3 subjek setiap satu hari. Add Math, Physics and Chemistry. Aku tidaklah pandai yang dapat keputusan A+ setiap kali result exam 2 tahun dekat sekolah teknik, tetapi bolehlah kira nak ajar orang lain atas bimbingan cikgu-cikgu dekat sana.

Gaji dibayar ikut jam. Kalau tak datang, memang rugilah. Satu jam pun cuma RM5 dan setiap hari cuma hanya 3 jam mengajar. Makan minum semua tanggung sendiri. Jam 12 tengahari dah berjalan kaki dari rumah mak tiri aku ke bandar. 3 kilometer itu macam dah biasa sangat setiap hari berjalan. Setiap hari ulang alik ke sekolah dan ke rumah. Sungguh-- pengalaman yang satu ini tak terhitungkan sedikit pun sesal sebab cabaran mengajar pelajar yang sangat degil dan ada lah beberapa budak skema itu sangat menyeronokkan (hiperbola)!

Habis rutin, Isnin hingga Rabu dekat sekolah, Khamis petang atau malam aku dan Ayah (ada lah jugak kadang kadang adik tiri ikut) balik Perak-- urus tanah dekat sana. Itulah aku.

Dan berbalik kepada malam itu, 6 Mei 2012. Ayah pun sendiri tak sabar apakah keputusan tawaran UPU aku. Yang nampak excited-nya adalah dia. Dia nak sangat aku ambil jurusan akaun. Dia cakap kalau boleh dalam sejarah keluarga aku adalah seorang yang akan jadi akauntan. Tapi sebenarnya aku serik. Dah tak nak belajar akaun. Cukuplah dia aturkan sebelum ini aku pergi belajar dekat sekolah teknik course account.

Masa itu ingat lagi, bila dapat tawaran selepas PMR ke Sekolah Teknik Kuala Terengganu bagi mengikuti aliran akaun-- aku menangis sebab tak nak ke sana. Aku tak berniat pun untuk tukar course. Elok elok dah belajar sains tulen, nak kena tukar akaun. Ayah tak nak cakap dengan aku seminggu kononnya nak protes tindakan aku menolak tawaran tersebut. Disebabkan aku fikir dia ayah, maka aku pun turutkanlah. Demi semata kerana.

Akhirnya, aku dekat sana pun macam haru biru. Entah apa-apa aku bikin sampai tak tertahukan dan sangat sakit untuk diingatkan selama 2 tahun dalam aliran akaun itu. Cukuplah berlaku sekali sahaja dalam seumur hidup aku. Jangan terulang lagi. Kalau boleh memori terpadam semasa 2 tahun ini pun tak mengapalah. Aku sanggup. 

Sebaik jam 12 malam, Ayah suruh aku cepat-cepat check. Dia nak tahu aku dapat course apa.

“TAHNIAH ANDA LAYAK UNTUK MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA”

Ayah termenung lama. Dia ambil masa. Dia sangka aku dapat akaun. Dia tanya aku letak pilihan pertama akaun ke tidak. Aku cuma cakap ya sahaja. Walaupun sebenarnya aku letak di pilihan kedua. Sebenarnya dia dah ke UiTM Machang jumpa kawan dia untuk save-kan satu tempat untuk aku belajar akaun dekat sana. Waktu itu aku interview Masscomm. Pergi interview pun dah lah orang yang paling last sekali masa itu. Terasa sangat Ayah tak nak aku ambil Masscomm.

Selain dapat tawaran UPU, aku juga dapat beberapa tawaran dekat PTPL, UniKL, matrikulasi dan beberapa lagi universiti swasta lain. Tapi Ayah tolak mentah-mentah semua, suruh aku hold dulu dapat result tawaran UPU. Dia memang nak aku ke UiTM Machang. Dekat dengan dia dan aku pula betul-betul nak keluar dari sana. Aku ada juga tinggikan suara sekali sekala bila dia tak bagi aku untuk masuk matrik. Bermacam alasan dia bagi sampai aku malas nak fikir. Dia kata budak-budak pandai bolehlah ke sana. Sedangkan aku yang 5A ini entah boleh survive ke tidak dekat sana nanti, kata dia. Padahal kawan aku yang 1A pun pergi elok je belajar.

So, this is pengalaman yang aku jalani dan hadapi sepanjang nak menunggu tawaran. Ayah mula berat juga nak terima dan perlahan-lahan dia macam ambil positif. Then, he let me to take this advantage to further my study.

Monday, April 16, 2012

Interview di UiTM Machang

Pagi tadi aku bangun secepat mungkin sebab aku tahu akan jadi sesuatu yang mesti tak menyenangkan hari ni. Perasaan aku cakap, ada benda yang tak kena ni. Semalam pun nak tidur tak tenang. Tak tahu macam mana nak cakap tak senang duduknya aku.

Mata aku masih bengkak lagi. Blergh. Semalam tidur agak lewat siapkan beberapa kerja yang tak sepatutnya. Pergi Cyber Cafe semata nak delete beberapa entri/post yang tak berkenaan dan tengok apa yang patut buat lagi. Update diari. Macam tak tahu esok (hari ini) ada interview.

Ayah dah melalak dekat depan. Suruh aku cepat, nanti lambatlah apa. Aku dah mula berserabut bila Mak Cik pun turut sama berleter bising suruh anak perempuan dia cepat. God, aku tak tahu apa yang dia buat lama gila dekat dalam bilik air pagi-pagi buta macam ni. Bersiram macam permaisuri raja.

Siap je aku mandi, siap semua. Baru aku sedar yang jam dah pukul 7 pagi. Punyalah aku kelam kabut nak solat Subuh. Berlintang-pukang aku. Okay, sebenarnya memang aku dah terlambat gila nak mampus. Baju kemeja hitam di gosok. Aku kena tunggu turn Mak Tiri aku siap apa semua baru aku dapat gosok baju. 


Sepanjang perjalanan dari Pasir Mas ke UiTM Machang, memang panjang gila syarahan aku dapat. Tadah telinga je lah aku. Aku mula rasa pening, tahan je. Sambil menguap tak berhenti-henti. Tuhan je tahu perasaan aku macam mana nak berhadapan dengan semua situasi ni. Rasa macam nak skip semua benda. Tak dapat sambung ke peringkat diploma pun aku sanggup.

Aku baru sedar bila dah nak sampai dekat gate UiTM, beberapa salinan fotokopi yang diperlukan seperti tertera dalam surat tawaran temuduga tak lengkap. Dah dekat situ kena bebel lagi betapa cuainya aku lah apa lah. Dia tak tahu aku memang tak prepare apa-apa pun sebab are rumah dia tu mana ada fasiliti tu semua bagai. Sepatutnya dia kenalah mainkan peranan jugak.

Orang dah tunggu di luar tempat temuduga dan guess what? Aku rupanya dah terlambat gila nak meninggal. Perasaan malu tu aku terus simpan dalam poket-- tak peduli apa pun. Sepatutnya sebelum temuduga, akan dijalankan ujian lisan di mana kena tulis karangan dalam kertas hijau. So, part tu aku tak sempat. Makanya, aku memang takkan dapatlah.

Dua benda:

1. Misi untuk ke Matrikulasi. Kena bebel sepuas hati. Kena redha.
2. Rayuan nak masuk jugak diploma.


Tiba-tiba, datang seorang lelaki sekitar pertengahan umur menghampiri aku. Dia suruh aku ikut dia. Macam cuak jugaklah. Dia perkenalkan diri sebagai Encik Zaki. Selepas beberapa waktu, baru aku tahu yang dia adalah one of the lecturer dekat situ. 

Peluang kedua diberikan kepada aku. Ehich kena jawab (menulis essay) apa yang terkandung dalam kertas berwarna hijau tu. Like half an hour je masa ada. Aku pun tak tahu apa yang aku tulis, but confident tu kena ada. Bantai jelah.

Tak ramai pun yang tengah tunggu giliran dekat luar bilik interview tu. Seorang pun aku tak kenal. Dalam banyak-banyak manusia dekat situ, seorang je yang tegur aku. Nama dia Siti Nufa. Baik dan peramah gila. Dia budak Pra Diploma daripada apa yang dia cakaplah. Aku pun tak pasti apabenda tu. Semua orang macam pandang sinis. Stay cool, stay cool. 

Aku mula cuak bila budak-budak yang nak interview dekat situ dia macam study gila nak mampus Masscomm ni ada apa, berapa pecahan. SUMPAH AKU TAK TAHU, BODOH. Lepas sorang, sorang keluar. Yang budak Pra Diploma keluar semua macam muka strerss je. Ada yang keluar macam nak menangis.

"Weh kena speaking!"

Aku tak tahu apa-apa. Serious talk. Bila nama aku, giliran yang ke 15, di panggil-- aku masuk dengan tenang. Steady jawab apa semua. Dah masuk tu, aku betul-betul berharap pulak aku dapat. Tadi lain. Aku di minta untuk hantar salinan yang masih tak lengkap. Kena faks ke fakulti di Shah Alam.

Saranan aku, sebelum nak buat apa-apa, please lah prepare sebaik mungkin.

Monday, January 09, 2012

Tamatlah Zaman Persekolahan

Aku berpendapat yang zaman persekolahan adalah sebuah zaman yang paling perit dan menyakitkan. Dalam konteks yang aku maksudkan adalah seperti terpaksa berpenat untuk buat kerja sekolah dan bermacam-macam perkara bodoh yang aku fikirkan.

Tapi sebenarnya semua itu takkan pernah dapat wujud lagi. Semuanya akan jadi tidak ada lagi dalam hidup aku. Mulai saat selepas paper terakhir SPM hari itu, aku dah mula rasa bebas. Namun semakin hari, aku rasa hidup ini makin terbeban dengan perlu mematangkan setiap tindakan kerana aku bukan lagi bergelar seorang murid di sekolah.

It sucks. I wanted to back to my school. I need my school life as fuck.

Bitch. What I'm talking about?

Aduh. Bukan ini ke yang aku mahukan? Angkat kaki dari sekolah dan mula hidup sebagai seorang dewasa. Haih aku cuma tak tahu. Apa yang akan berlaku kepada aku selepas ini dan ke mana hala tuju aku selepas bergelar lepasan SPM ni.

Setakat hari ini, bayangan lama tu masih muncul dan proses dia makan masa.

Kadang-kadang bila terbangun pagi, mula termenung. Dah tak payah nak bergaduh cepat-cepat ke tandas siapa dapat mandi dulu apa semua. Dengar orang memekak bising. Yang termenung panjang depan paip air sebab air sejuk.

Sekejap.

Aku dah lupa macam mana keadaan seperti pagi-pagi selalu dekat asrama. Apa yang akan berlaku setiap kali aku dah bangun? Siapa kejutkan?

Okay, sekejap. Apa yang berlaku sekarang.

Saturday, December 31, 2011

Again

Can we start it all over again?

I'm so sorry. Aku rasa kita mulakan semua daripada awal. Aku terpaksa delete semua post-post yang lepas. Aku rasa terlalu berdosa dengan kehidupan sendiri dan aku perlu bergerak ke hadapan. Melarikan diri daripada realiti yang sudah menjadi sejarah.

Maafkan aku Iz. Kau terlalu bermakna. Tetapi aku perlu padamkan semua kisah antara aku dengan kau. Sebab kita dah terlalu menyimpang daripada asalnya kehendak kita-- berjaya.

Beri aku tempoh tiga bulan ini untuk hilang daripada kamus hidup kau-- sekurangnya kalau tak mampu, kita jangan lagi bersua. Habis-habiskanlah episod lama yang sangat menakutkan itu.

Aku rasa, dengan pilihan yang aku tinggalkan kepada kau, kau akan kekal dengan dia selama mana masih ada lagi kasih dan sayang. Aku tahu "The Lucky Y" boleh jaga kau lebih baik daripada aku.

Kita kena korbankan sesuatu yang kita sayang untuk kebaikan mendatang, kan?

Aku harap perjalanan aku sepanjang tahun 2012 nanti akan mudah dan aku dah tak fikir apa dah. Aku memang nak keluar dari tempat ni. Dah tak nak berada dalam takuk yang sama. Sebab memori-memori yang sebegini akan terus memakan diri aku. Entah tak tahu apa akan jadi pada aku kalau aku terus hidup macam ni.

Sakit itu menyembuhkan setiap luka lama. We need to face this phase. Kalau berterusan, apa masa depan yang kita ada selain mengharap kepada sesuatu yang takkan cerah selamanya?

Perjalanan masih panjang untuk kita lalui. Aku berharap result SPM aku tak seteruk yang aku bayangkan. Aku memang betul-betul letak harapan yang tinggi untuk lupakan semua benda dekat sini. Kalau terpadam sekali pun ingatan, aku sanggup.

Aku mulakan catatan yang baru ya?