Monday, August 06, 2012

Mencari Laila





Dah lama agaknya tak update secara kerap dekat blog disebabkan banyak benda nak kena siap dan buat. Tambahan, dengan banyak gila aktiviti kolej lagi. Aku masih boleh enjoy macam takde apa-apa yang merisaukan aku. Eh, ada. Duit. Nak menangis aku rasa bila duit PTPTN stil tak masuk lagi sampai ke hari ini. Sedih betul nak kena tahan laparlah apalah.

Berbalik kepada gambar di atas.

Aku tertarik gila dengan title event senior Part 5 Masscomm ni. Entaah kenapa dia macam sedang bercakap dalam diam dengan aku. Sesuatu yang di cari dan kita menanti. Mencari Laila-- bukan sekadar jasad tetapi wujudnya sesuatu.  

"Siapa Laila?"
"Dia, malam seribu bulan atau seorang wanita solehah?"

Menanti dengan sabar, apakah maksudnya yang sebenar di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini; Ramadhan.

'LAILA' adalah bermaksud MALAM. Menghayati kembali sorotan puasa beberapa tahun kebelakangan ini memang cukup memilukan untuk di imbas kembali. Namun, aku sangkakan apabila angka 2012 bertandang dan di bulan Ramadhan ini, aku dapat bebas dari belenggu kejahilan tu.

Ternyata tidak. Malam merupakan satu kehidupan lain bagi aku untuk berasa seakan di dakap mesra. Terlalu gembira sehingga di antara realiti dan fantasi itu sikit pun tak dapat dibezakan. Cukup memeritkan apabila terpaksa menerima ulang tahun harijadi sendiri dengan kebingungan memikirkan persoalan yang aku sendiri tidak bisa meraih jawapannya.

Aku sedar pada hari jadi aku, dia tak memaksudkan apa-apa terhadap aku di atas segala perbuatannya.

Selamat hari jadi, diri sendiri.


Yours truly,
Blue x

Saturday, June 16, 2012

Masscomm Class C Jun 2012 - April 2015

I got no chill bro.

Dah beberapa minggu lepas Minggu Destini Siswa (MDS), dan class pun dah bermula. Aku macam takut pada mulanya nak bermula. Ya lah, macam-macam perangai aku akan jumpa. Satu je yang aku harap, takde yang perangai macam dulu masa sekolah. Serious, sumpah tak nak dah. Serik.

First day, aku dah sesat cari class. Punyalah besar kampus nak menapak pergi cari class. Nasib baik ada senior yang baik hati tolong beritahu dekat mana class Blok Y. Mampus nak cari macam orang gila. I owe to her a lot!

Sampai class, aku ingat aku je yang sesat, rupanya ramai jugak. Aku pilih untuk duduk dekat dua barisan dari belakang (dah itu je tempat yang tinggal). So, our first class was BEL. Tak tahu dia singkatan daripada apa, tapi yang pasti itu adalah English class.

Macam biasalah, adat dekat mana-mana pun, kalau dah namanya first class ke first meeting ke apa lah yang first tu kan, mesti ada ice-breaking. Yeah, ada yang macam Tasha Shila lah apa lah okay. Aku baru nak kenal je semua orang. Chill banyak lagi masa aku ada dekat sini. 3 tahun tu cukup lama untuk aku kenal semua budak class aku. LOL.

Habis class, I decided to hang out with Wanie (rock gila perempuan ni) & Ayu (mek klate). Gigih berjalan pergi ke luar kampus. Lunch dekat sana. Gembira gila sebab dah jumpa kawan (selain dari kawan kolej).

I'm so happy! Ini adalah perasaan aku setelah berjumpa dengan semua alien yang berada dalam kelas aku ini. Semua bertukar jadi yang tak terduga. Aku berjumpa dengan manusia-manusia yang akan memenuhi ruang hidup aku selama enam semester atau tiga tahun ini.

Aku tak tahu siapa yang akan menjadi kawan dan lawan. Aku tak tahu siapa yang bakal berada sehingga ke pengakhirannya dan aku tidak pasti siapa yang akan menjadi yang paling bertahan dalam hidup aku sampai ke akhirnya.

Harapan aku cuma satu-- aku yang berjaya sampai ke akhirnya dan terus menempa setiap nama di sini.


Yours truly,
Blue x

Sunday, June 10, 2012

Minggu Destini Siswa: Jun - Oktober 2012

Sehari sebelum aku ke UiTM untuk my first diploma ini, Abang Ngah buat majlis kesyukuran bersempena keberangkatan aku ke UiTM dan doa selamat untuk arwah Mak. Sayangnya malam itu Kak Long tak dapat datang sebab berlaku sedikit perselisihan faham di antara dia dengan Ayah.

6 pagi 2 Jun, semua dah get ready nak pergi hantar aku ke Melaka from Hulu Langat. Aku macam blur lagi. Rasa macam tak percaya aku dah nak masuk ke alam universiti. Excited pun tidak, sedih pun tidak. Mungkin faktor sebab duduk asrama dulu yang menjadikan aku dah kalis nak sedih-sedih ni semua. Lagipun aku rasa gembira dapat keluar daripada kepompong Ayah sendiri. Bebas dari belenggu keluarga tiri.

Jam dah start bermula dekat Tol Alor Gajah. Nak sampai ke pintu pagar UiTM itu punya lah rasa macam azab. Bila sampai sahaja dekat depan pintu yang tertera “PINTU DUA” fuhh lega rasanya dah sampai. Aku mula fikir macam macam yang kenapa nama tempat ini Lendu? Buruknya nama macam keling. Kenapa kampus ni macam dekat dalam hutan sangat ni? Dan macam-macam lah lagi persoalan bodoh aku.

Aku sempat berdoa dapat kolej baru sebab senior sekolah aku ada seorang dapat Masscomm. Dia yang kata ada 4 kolej baru. Tak sampai setahun pun dibuka. Kalau aku dapat dekat situ, kiranya aku batch yang kedua. Bukan main berharap lagi aku berdoa pejam-pejam mata (konon dapatlah) nak kan kolej baru. Pendaftaran masa itu sangat sesak. Khemah-khemah di buka sekitar kawasan Dewan Taming Sari. Kira-kira dalam satu hari itu hampir 5 - 8 ribu parents datang hantar anak-anak.

Aku dapat beberapa helaian borang pendaftaran dan yang tertera di satu helaian kecil-- KOLEJ TUN PERAK. Aku tak tahu samada kolej ini baru ataupun lama. Jadi aku main bedal happy. And memang itu kolej baru. Masa nak daftar dekat kaunter kolej, tapak kasut aku tercabut. TERCABUT DI KHALAYAK RAMAI. Tapi masih mampu cover baik punya. Daftar dan naik ke bilik. Aku dapat bilik TPK231 di level 2. Satu bilik 2 orang. Agak luas lah.

Maka selepas masuk ke bilik dan isi borang-borang yang sepatutnya, aku keluar cari barang keperluan yang masih tidak mencukupi. Tepat pukul 4 petang, semua dah kena berkumpul di hadapan kolej. Ayah and semua ahli keluarga aku pergi on time. Memang tak kata tunggu ke apa. Aku dengan selekeh yang teramat (sumpah tak tipu), berjalan menuju ke Dewan Taming Sari (DTS) tadi balik ramai-ramai.

Aku tak kenal seorang pun dekat situ. Jalan pun seorang. Rasa macam awkward sangat-sangat. Tak tahu nak cakap macam mana. Maka barulah aku tahu, ini adalah Minggu Destini Siswa iaitu minggu orientasi di UiTM selama seminggu. Tapi aku memang tak tahu apa motif kewujudan MDS ini.

The first person yang aku jumpa untuk berkawan adalah Nabil. Dia tegur aku and kami berborak sakan masa taklimat di depan. Aku tengok dia macam skema (sama macam aku lol). Dan selain Nabil, aku dapat kenal Achik dan Anip. Pun juga duduk berhampiran aku. Aku macam dapatlah rasa keserasian dan tak bosan bila dah mula ada kawan. Dekat sinilah aku mula kenal kawan-kawan aku. Juga termasuk Zai. Orang keempat yang aku kenal semasa MDS ini. Rupa-rupanya, Zai dengan Nabil adalah roommate dan Achik dengan Anip juga roommate.

MDS merupakan pengalaman pertama aku untuk kembali mengenal dunia luar dari kepompong sepatutnya aku berada. Barulah aku rasa macam culture shock sedikit waktu itu. Namun segala yang bermula di MDS merupakan permulaan kepada kehidupan aku yang sebetulnya baru.

Monday, May 07, 2012

Tawaran

Tepat jam 11 malam, Ayah ajak aku pergi ke kedai mamak depan perumahan. Asalnya balik tu nak kerja potong rumput dekat kebun getah. Itulah rutin aku sepanjang dua tiga bulan sebaik sahaja habis SPM. Isnin hingga Rabu aku akan ke sekolah menengah rendah aku untuk bekerja sebagai guru muda. Mengajar 3 subjek setiap satu hari. Add Math, Physics and Chemistry. Aku tidaklah pandai yang dapat keputusan A+ setiap kali result exam 2 tahun dekat sekolah teknik, tetapi bolehlah kira nak ajar orang lain atas bimbingan cikgu-cikgu dekat sana.

Gaji dibayar ikut jam. Kalau tak datang, memang rugilah. Satu jam pun cuma RM5 dan setiap hari cuma hanya 3 jam mengajar. Makan minum semua tanggung sendiri. Jam 12 tengahari dah berjalan kaki dari rumah mak tiri aku ke bandar. 3 kilometer itu macam dah biasa sangat setiap hari berjalan. Setiap hari ulang alik ke sekolah dan ke rumah. Sungguh-- pengalaman yang satu ini tak terhitungkan sedikit pun sesal sebab cabaran mengajar pelajar yang sangat degil dan ada lah beberapa budak skema itu sangat menyeronokkan (hiperbola)!

Habis rutin, Isnin hingga Rabu dekat sekolah, Khamis petang atau malam aku dan Ayah (ada lah jugak kadang kadang adik tiri ikut) balik Perak-- urus tanah dekat sana. Itulah aku.

Dan berbalik kepada malam itu, 6 Mei 2012. Ayah pun sendiri tak sabar apakah keputusan tawaran UPU aku. Yang nampak excited-nya adalah dia. Dia nak sangat aku ambil jurusan akaun. Dia cakap kalau boleh dalam sejarah keluarga aku adalah seorang yang akan jadi akauntan. Tapi sebenarnya aku serik. Dah tak nak belajar akaun. Cukuplah dia aturkan sebelum ini aku pergi belajar dekat sekolah teknik course account.

Masa itu ingat lagi, bila dapat tawaran selepas PMR ke Sekolah Teknik Kuala Terengganu bagi mengikuti aliran akaun-- aku menangis sebab tak nak ke sana. Aku tak berniat pun untuk tukar course. Elok elok dah belajar sains tulen, nak kena tukar akaun. Ayah tak nak cakap dengan aku seminggu kononnya nak protes tindakan aku menolak tawaran tersebut. Disebabkan aku fikir dia ayah, maka aku pun turutkanlah. Demi semata kerana.

Akhirnya, aku dekat sana pun macam haru biru. Entah apa-apa aku bikin sampai tak tertahukan dan sangat sakit untuk diingatkan selama 2 tahun dalam aliran akaun itu. Cukuplah berlaku sekali sahaja dalam seumur hidup aku. Jangan terulang lagi. Kalau boleh memori terpadam semasa 2 tahun ini pun tak mengapalah. Aku sanggup. 

Sebaik jam 12 malam, Ayah suruh aku cepat-cepat check. Dia nak tahu aku dapat course apa.

“TAHNIAH ANDA LAYAK UNTUK MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA”

Ayah termenung lama. Dia ambil masa. Dia sangka aku dapat akaun. Dia tanya aku letak pilihan pertama akaun ke tidak. Aku cuma cakap ya sahaja. Walaupun sebenarnya aku letak di pilihan kedua. Sebenarnya dia dah ke UiTM Machang jumpa kawan dia untuk save-kan satu tempat untuk aku belajar akaun dekat sana. Waktu itu aku interview Masscomm. Pergi interview pun dah lah orang yang paling last sekali masa itu. Terasa sangat Ayah tak nak aku ambil Masscomm.

Selain dapat tawaran UPU, aku juga dapat beberapa tawaran dekat PTPL, UniKL, matrikulasi dan beberapa lagi universiti swasta lain. Tapi Ayah tolak mentah-mentah semua, suruh aku hold dulu dapat result tawaran UPU. Dia memang nak aku ke UiTM Machang. Dekat dengan dia dan aku pula betul-betul nak keluar dari sana. Aku ada juga tinggikan suara sekali sekala bila dia tak bagi aku untuk masuk matrik. Bermacam alasan dia bagi sampai aku malas nak fikir. Dia kata budak-budak pandai bolehlah ke sana. Sedangkan aku yang 5A ini entah boleh survive ke tidak dekat sana nanti, kata dia. Padahal kawan aku yang 1A pun pergi elok je belajar.

So, this is pengalaman yang aku jalani dan hadapi sepanjang nak menunggu tawaran. Ayah mula berat juga nak terima dan perlahan-lahan dia macam ambil positif. Then, he let me to take this advantage to further my study.

Monday, April 16, 2012

Interview di UiTM Machang

Pagi tadi aku bangun secepat mungkin sebab aku tahu akan jadi sesuatu yang mesti tak menyenangkan hari ni. Perasaan aku cakap, ada benda yang tak kena ni. Semalam pun nak tidur tak tenang. Tak tahu macam mana nak cakap tak senang duduknya aku.

Mata aku masih bengkak lagi. Blergh. Semalam tidur agak lewat siapkan beberapa kerja yang tak sepatutnya. Pergi Cyber Cafe semata nak delete beberapa entri/post yang tak berkenaan dan tengok apa yang patut buat lagi. Update diari. Macam tak tahu esok (hari ini) ada interview.

Ayah dah melalak dekat depan. Suruh aku cepat, nanti lambatlah apa. Aku dah mula berserabut bila Mak Cik pun turut sama berleter bising suruh anak perempuan dia cepat. God, aku tak tahu apa yang dia buat lama gila dekat dalam bilik air pagi-pagi buta macam ni. Bersiram macam permaisuri raja.

Siap je aku mandi, siap semua. Baru aku sedar yang jam dah pukul 7 pagi. Punyalah aku kelam kabut nak solat Subuh. Berlintang-pukang aku. Okay, sebenarnya memang aku dah terlambat gila nak mampus. Baju kemeja hitam di gosok. Aku kena tunggu turn Mak Tiri aku siap apa semua baru aku dapat gosok baju. 


Sepanjang perjalanan dari Pasir Mas ke UiTM Machang, memang panjang gila syarahan aku dapat. Tadah telinga je lah aku. Aku mula rasa pening, tahan je. Sambil menguap tak berhenti-henti. Tuhan je tahu perasaan aku macam mana nak berhadapan dengan semua situasi ni. Rasa macam nak skip semua benda. Tak dapat sambung ke peringkat diploma pun aku sanggup.

Aku baru sedar bila dah nak sampai dekat gate UiTM, beberapa salinan fotokopi yang diperlukan seperti tertera dalam surat tawaran temuduga tak lengkap. Dah dekat situ kena bebel lagi betapa cuainya aku lah apa lah. Dia tak tahu aku memang tak prepare apa-apa pun sebab are rumah dia tu mana ada fasiliti tu semua bagai. Sepatutnya dia kenalah mainkan peranan jugak.

Orang dah tunggu di luar tempat temuduga dan guess what? Aku rupanya dah terlambat gila nak meninggal. Perasaan malu tu aku terus simpan dalam poket-- tak peduli apa pun. Sepatutnya sebelum temuduga, akan dijalankan ujian lisan di mana kena tulis karangan dalam kertas hijau. So, part tu aku tak sempat. Makanya, aku memang takkan dapatlah.

Dua benda:

1. Misi untuk ke Matrikulasi. Kena bebel sepuas hati. Kena redha.
2. Rayuan nak masuk jugak diploma.


Tiba-tiba, datang seorang lelaki sekitar pertengahan umur menghampiri aku. Dia suruh aku ikut dia. Macam cuak jugaklah. Dia perkenalkan diri sebagai Encik Zaki. Selepas beberapa waktu, baru aku tahu yang dia adalah one of the lecturer dekat situ. 

Peluang kedua diberikan kepada aku. Ehich kena jawab (menulis essay) apa yang terkandung dalam kertas berwarna hijau tu. Like half an hour je masa ada. Aku pun tak tahu apa yang aku tulis, but confident tu kena ada. Bantai jelah.

Tak ramai pun yang tengah tunggu giliran dekat luar bilik interview tu. Seorang pun aku tak kenal. Dalam banyak-banyak manusia dekat situ, seorang je yang tegur aku. Nama dia Siti Nufa. Baik dan peramah gila. Dia budak Pra Diploma daripada apa yang dia cakaplah. Aku pun tak pasti apabenda tu. Semua orang macam pandang sinis. Stay cool, stay cool. 

Aku mula cuak bila budak-budak yang nak interview dekat situ dia macam study gila nak mampus Masscomm ni ada apa, berapa pecahan. SUMPAH AKU TAK TAHU, BODOH. Lepas sorang, sorang keluar. Yang budak Pra Diploma keluar semua macam muka strerss je. Ada yang keluar macam nak menangis.

"Weh kena speaking!"

Aku tak tahu apa-apa. Serious talk. Bila nama aku, giliran yang ke 15, di panggil-- aku masuk dengan tenang. Steady jawab apa semua. Dah masuk tu, aku betul-betul berharap pulak aku dapat. Tadi lain. Aku di minta untuk hantar salinan yang masih tak lengkap. Kena faks ke fakulti di Shah Alam.

Saranan aku, sebelum nak buat apa-apa, please lah prepare sebaik mungkin.

Monday, January 09, 2012

Tamatlah Zaman Persekolahan

Aku berpendapat yang zaman persekolahan adalah sebuah zaman yang paling perit dan menyakitkan. Dalam konteks yang aku maksudkan adalah seperti terpaksa berpenat untuk buat kerja sekolah dan bermacam-macam perkara bodoh yang aku fikirkan.

Tapi sebenarnya semua itu takkan pernah dapat wujud lagi. Semuanya akan jadi tidak ada lagi dalam hidup aku. Mulai saat selepas paper terakhir SPM hari itu, aku dah mula rasa bebas. Namun semakin hari, aku rasa hidup ini makin terbeban dengan perlu mematangkan setiap tindakan kerana aku bukan lagi bergelar seorang murid di sekolah.

It sucks. I wanted to back to my school. I need my school life as fuck.

Bitch. What I'm talking about?

Aduh. Bukan ini ke yang aku mahukan? Angkat kaki dari sekolah dan mula hidup sebagai seorang dewasa. Haih aku cuma tak tahu. Apa yang akan berlaku kepada aku selepas ini dan ke mana hala tuju aku selepas bergelar lepasan SPM ni.

Setakat hari ini, bayangan lama tu masih muncul dan proses dia makan masa.

Kadang-kadang bila terbangun pagi, mula termenung. Dah tak payah nak bergaduh cepat-cepat ke tandas siapa dapat mandi dulu apa semua. Dengar orang memekak bising. Yang termenung panjang depan paip air sebab air sejuk.

Sekejap.

Aku dah lupa macam mana keadaan seperti pagi-pagi selalu dekat asrama. Apa yang akan berlaku setiap kali aku dah bangun? Siapa kejutkan?

Okay, sekejap. Apa yang berlaku sekarang.