Yang teramat plastik aku dekat sini.
Lembik tapi susah untuk dihapuskan.
Jernih tapi tidak ditembusi air.
Aku lembik nak bersuara lagi. Aku dah malas dilabelkan seorang yang bersifat TIDAK PROFESIONAL.
Berdiam lebih profesional. Barangkali.
Sukar untuk dihapuskan perasaan aku untuk bersuara tapi jikalau berdiam itu lebih baik dan mulia, maka aku tetap akan berdiam.
BERSUARA tetapi BERDIAM.
Aku jernih, melihat segala yang berlaku dekat sini. Aku perhatikan dan terus memerhati tanpa penuh rasa bosan untuk MENGKRITIK tindakan mereka yang seakan PROFESIONAL.
PROFESIONAL? Betul?
Aku takkan ditembusi air kerana aku berdiri pada paksi SUARA yang aku sendiri orbitkan.
Aku berpaksi pada orbit yang berputar.
RASIONALNYA aku berkata membantu. Bukan menjatuhkanmu.
YANG TERAMAT PLASTIK.
Plastik yang mati.
Mati penglihatan dan pendengaran.
Diam.
Yours truly,
Blue x
Yours truly,
Blue x