Seminggu telah berlalu setelah telefon Android tiba-tiba rosak and hidup kembali. Kali ini penceritaan ke dalam dunia "Professional" kembali lagi. Aku seolah-olah terkesima dengan mereka yang menunding jari ke arah aku dengan tidak cukup rasionalnya dan mengatakan akulah yang bersalah dalam segala hal.
Sekali lagi, aku dilemparkan kata-kata TIDAK PROFESIONAL. Tidak mereka kaji sebenarnya tindakan mereka LEBIH TIDAK PROFESIONAL sebenarnya.
Memperjuangkan kebenaran yang sendirinya sudah tahu kerapuhan fakta. Menarik muka atas dasar yang tidak munasabah. Pelik dengan manusia yang sering bermain dengan pemikiran dalamannya sendiri.
Landasan bersuara aku dipertikaikan walaupun itu adalah hak aku dan aku langsung tidak tuju kata-kata itu secara nyata serta tidak menyatakan nama mereka. Namun, mereka terlalu kisah sehingga mengeluarkan kenyataan aku yang bersalah atas segala-galanya.
Konon aku perlu bersemuka kalau bermasalah tapi tak mereka cerminkan diri sendiri tentang perkara yang sama. Tindakan memboikot kerana masalah tidak bersemuka adalah jalan penyelesaian yang mulia bagi mereka. Teori dari mazhab mana kau orang belajar?
Fikirkan kewajaran profesionaliti diri dahulu sebelum memantulkan pada orang lain.
Fikiran belum capai tahap kematangan dalam mengeluarkan kata-kata dan tindakan.
Yours truly,
Blue x
Yours truly,
Blue x
No comments:
Post a Comment
jika tak tersenangkan; disudi-silakan
beredar angkat kaki-- pergi jalan.
"setiap patah-- bangkit, kayuh semula"