Tuesday, June 11, 2013

Prolog: Halaman Ketiga Lendu

Keletihan yang aku sendiri tak tahu kenapa sedangkan ini adalah awal semester. Mungkin lemau sewaktu cuti dulu. Entahlah. Malas nak fikir panjang. Sebab dia? Taklah. Bukan ni, bukan.

Aura keghairahan jadi rasanya tidak bernafsu sekarang ni. Mungkin aku rasa kelainan tu sendiri disebabkan aku terlampau gusar. Gusarkan apa? Tak faham. Dia ibarat sebuah teka-teki yang aku bina sendiri. Aku buat persoalan, tapi aku tak ada jawapan. Buntu.

Come on. Takkan aku nak berpijak pada paksi yang jelas tak pernah wujud ni. Bernafas di dalam karbon dioksida. Berfotosintesis tanpa cahaya matahari. Aku perlu meluncur dalam landasan keretapi yang betul. Bodoh, dipersetankan imaginasi.

Manifesto yang aku sendiri cipta kononnya untuk kepentingan bersama akhirnya memakan diri aku jugak. Nah, kau rasakanlah. Perkenalan yang aku kejar kononnya untuk aku berfantasi nanti akhirnya bisu tanpa kata tanpa reaksi, tanpa sebarang melodi. Puas setan aku bergelak pada muka dengan aku. Puas.

Hampa, sejuta hampa aku. Seakan tercampak di dasar. Walaupun aku selalu di galaksi, disajikan dengan bintang. Berada di depannya tapi tak mampu berkata walau sepatah. Kaku. Entah kenapa aku yang lari. Lari dari debaran sendiri. Berani hanya di layar bukan di pentas. Mampu recording tapi bukan live.

Salah aku kerana keadaan atau salah keadaan kerana aku? Seksa betul jiwa aku nak hadam semua benda menyedihkan macam ni. Bullshit.

Aku tahu bukan mudah untuk mimpi dan realiti ni nak bersatu. Mimpi takkan sampai ke bintang. Aku bersayap patah dan bertebaran menghirup udara yang tercemar bersama segala impian dan sahabat.


Yours truly,
Blue x

No comments:

Post a Comment

jika tak tersenangkan; disudi-silakan
beredar angkat kaki-- pergi jalan.

"setiap patah-- bangkit, kayuh semula"