Wednesday, July 31, 2013

Program Adik Angkat 2 DMWTPK 2013 (#PAA2)

"Kita takut kita terhutang kasih pada mereka" - (Hadi, 2013)

Sebaik sahaja selesai meeting antara dua kolej (TPK & DMW), ayat tersebut terus terngiang-ngiang dalam kepala aku. Aku cuma diam, tak banyak bersuara dalam meeting. Cuma sekretariat yang tak profesional, kan?

Bila sampai pada hari yang dinantikan, aku masih lagi dalam perasaan berbelah bahagi. Pertanyaan dan persoalan yang aku bina sendiri dalam kekeliruan--

"Pergi ke tak? Pergi ke tak?"

Kalau nak ikutkan hati yang masih lagi bersisa sakit hati, memang tidak. Tapi mengenangkan bila Hadi, Put dan kawan-kawan yang lain asyik ulang "Jomlah pergiiiiiii" buat aku lagi tak tenang. Cuma jawapan di setiap pertanyaan tersebut adalah dengan hanya membutirkan kata-kata--

"InsyaAllah."

Keputusan aku yang tentukan. Lihat kepada hati aku yang sudah jatuh untuk bersama, memang aku katakan tidak. Namun atas dasar jasad ku bertaut pada tanah yang aku teduhi hampir 3 sem ini, aku memilih untuk pergi.

Aku memaksa diri aku. Aku nyatakan, "Aku pergi kerana janji".

Ya, sebelum event PAA2 ni dijadikan proposal, aku janji dengan Put dan Hadi, aku akan join tak kira apa pun yang terjadi. Sesi lepak dekat Pak Lah tu-- sebagai janji semua kena join. 


26 Julai 2013

Bermulalah destinasi yang aku sendiri tidak tahu ke mana program ini akan dilaksanakan. Hati aku masih lagi mengatakan tidak. Meronta mengapa aku terdetik untuk join. Rasa macam jasad je yang bergerak angkat beg jalan ikut yang lain-lain.

Petang tersebut, 2 tempat perkumpulan diadakan. Lelaki di hadapan Pejabat CTU dan yang perempuan di hadapan Koperasi. Sebaik sahaja sampai dekat depan Koperasi, yang lelaki bekerjasama tolong angkat barang. Aku secara jujurnya, duduk diam dan cuma perhati dari dalam bas melalui tingkap. Memerhati tanpa sebarang tindakan dan tidak terdetikkan hati untuk membantu. Kononnya nak proteslah. Ikut koranglah. Malas nak turun. Tapi tiba-tiba tersedar sweater aku dekat beg. Dekat bawah pulak tu. Nak tak nak, turun jugak.

"Blue, kenapa macam takde mood ni?"

Put menegur aku. Aku hanya mampu tersenyum. Lantas beredar. Tak tahu nak respond macam mana. Sebelum bergerak, Buff bangun dan terus menegur kami semua.

"Kita pergi bukan untuk bersukaria semata-mata, betulkan niat!"

Semua terdiam. Tegas, ringkas dan padu. 

Setiba di perkarangan Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah, sesi taaruf dan perbincangan dilakukan. Gerak kerja mengalami sedikit masalah. AJK semua memainkan peranan menyelaras dan melakukan penstrukturan semula aktiviti.

Sahur yang pertama di sana, kami membuat persiapan awal. Pagi tersebut, itulah pertama kalinya mereka melihat kami semua. Ada yang buat hal sendiri dan ada yang bila dah nampak orang, action lah apa lagi. Aku? Masih lagi berpura-pura. Masih fikir, "Apalah yang aku buat dekat sini ni."


"Sesungguhnya hati yang keras itu tidak akan menerima kebaikan." - Khairul Nizam


Tazkirah Subuh ringkas. Bicara mengenai hati. Baru dua hari dekat sini, semua main ayat-ayat deep. Aku macam tersentuh dengan ayat Ijam. Aku terus termenung sambil berjalan balik ke rumah tumpangan kami. Sampai dekat tilam, terus tidur. Sedar-sedar, gelabah. Ramai jugak yang tak pergi mengecat susur gajah rupanya.

Aktiviti seterusnya adalah sesi pengenalan dan pembahagian adik angkat. Satu demi satu nama dipanggil. Setiap adik angkat akan diberikan kepada pasangan masing-masing (1 wakil TPK, 1 wakil DMW). Aku bertuah sebab dapat partner sama dari PAA1, which is Nad. 

Siapakah adik angkat aku?


SHAHRIZAN, 15 tahun, Selangor.

Secara ringkas aku mengenalinya. Anggaran umur yang paling tua mungkin dalam kalangan semua adik angkat bersama pasangan mereka. Semua pasangan dapat adik angkat yang majoritinya bawah 12 tahun. Macam-macam perangai. Macam-macam telingkah. Aku tak banyak sangat aktiviti dengan Shahrizan selain borak-borak kosong. Mungkin sebab dia dah besar, aku macam takkan nak bermanja-manjakan dia. Lagipun dia banyak kali di panggil keluar oleh penjaga mereka di sini.

Dalam pada masa kami melayan adik-adik dekat situ, ada sengkang masa-- yang mana adik angkat takde dalam dewan, boleh curi-curi keluar. Kami ke sebuah bilik atau tempat kanak-kanak lain lagi. Di situ, tidak sahaja kanak-kanak, malah bayi berusia 1 tahun ke atas pun ditempatkan. It is so sad bila tengok ada dua orang bayi ni dilayan dengan kasar. Is it fair for them?

Not to forget, Daniel dan Linda, 2 orang anak kecil dalam lingkungan satu atau dua tahun lebih kurang. Kiranya mereka berdua tak jauh beza umur sangat melihatkan saiz badan. Sedih bila tengok layanan dekat situ. Dipekik dan dipukul. Titisan air mata aku waktu tu tetap tidak mampu mengubah sedikit pun realiti untuk mereka. 

Hari pertama berlalu. Tak banyak benda yang terkesan dalam suasana bersama adik angkat. Tetapi cuma satu, keserasian DMWTPK bagi aku satu ruang baru untuk berfikir. 


Subuh kedua,
"Pejamkan mata dan kita renung kembali." - Syamil Kamal

Memang aku rasa, secara tidak langsung datang Program Adik Angkat kali ni macam pergi teambuilding. Ayat memang semua bagi deep-deep. Tazkirah Syamil subuh tu, penuh makna dalam mencari dan memanggil kembali hati yang mampu untuk melihat jauh ke hadapan.


JALINAN, HAMPIR KE SITU dua lagu yang menjadi tema kepada hari terakhir. Semua pakai baju yang sama (baju event). Then, hafal lagu yang diberitahu. Hadi mestilah pilih lagu Islamik-- Jalinan. Dan Put pilih lagu Hampir Ke Situ.

Aktiviti terakhir bersama adik-adik angkat sebelum kami berangkat pulang adalah sesi melukis. Masing-masing sibuk bersama adik masing-masing. Aku tanya Shahrizan, 

"Nak lukis apa ni, Shahrizan?"
"Rahsia," balasnya sambil tersenyum.

Aku menanti. Melihat satu persatu karakter yang dilukisnya. Dah lama sedikit, baru aku nampak 4 karakter Angry Bird. Aku tersenyum, Aku ada jugak jenguk-jenguk lukisan team lain. Setakat ni, lukisan aku lah yang paling bagus. Rasa macam bangga gila nak hantar lukisan tu ke depan. Padahalnya, sah-sah budak umur 15 tahun menang lawan dengan budak 5, 6 tahun melukis.

Dan kami semua meneruskan aktiviti yang lain sementara berbaki sisa masa yang ada. Selesai, kami semua buat satu bulatan besar dan mula menyanyikan lagu Jalinan. Entah macam mana, seorang demi seorang menitiskan air mata. Lagu yang rancak pun nak menangis. Aku faham, jalinan antara dua buah kolej dan nilai persahabatan tu yang menyebabkan suasana sayu. Tapi ada je yang kebal nak mampus.

Kami teruskan lagi dengan lagu Hampir Ke Situ. Part ni memang sedih nak mampus semua tunduk-tunduk lap air mata sambil peluk adik angkat masing-masing. Habuklah tu. Nak peluk pasangan sendiri karang batal puasa.

Aku tertunduk. Shahrizan yang berusia 15 tahun itu memegang susuk tubuh aku dan lantas berkata,

"Abang tinggal dekat sini boleh?"

Aku terus menoleh ke arah dia. Tiada kata dapat mewakili jawapan kepada soalan dia. Sebak tu datang memang tak tahu nak cakap macam mana. Aku ingatkan budak ni hati batu ke apa. Ya lah, dia pun tak banyak bercakap sebelum ni dengan aku. And aku fikir mungkin sebab dia dah besar, so ego mesti tinggi. Mana ada nak nangis-nangis macam budak-budak lain takut ditinggalkan kakak dengan abang angkat masing-masing.

"Eh, mana boleh macam tu. InsyaAllah kalau ada rezeki, umur dan jodoh kita jumpa lagi tau?"

Shahrizan cuma mengalihkan pandangan. Aku tak tahu apa yang terbuku dan tersimpan disebalik muka dia. Aku faham. Faham perasaan jauh dari abang dengan kakak sendiri. Jauh dari mak sendiri. Kena kuat sendiri.

Aku melihat Puteri dan Hadi sebak dalam ucapannya. Aku bertindak tidak melayan namun apabila melihat ke arah Shahrizan, hati aku sayu. Aku bertahan. Sehingga saat itu, Shahrizan menyeka air mata dan mengalih pandangannya dari aku ketika pemberian sampul duit raya. Aku betul-betul rasa tersentuh. I grabbed his hand.

"Tak nak nangis. Tak macho lah."

Hadi dan Puteri tanpa tertahankan lagi berhujankan linangan air mata. Pada detik itulah perasaan semua orang mula mendung kelabu. Masing-masing memberi nasihat dekat adik-adik masing. How can I describe the situation?

"Saya harapkan tradisi Program Adik Angkat ini diteruskan lagi. Blue, buat yang terbaik nanti untuk PAA3."

Aku tersentak bila Put sebut nama aku dalam speech dia sambil mengangkat ibu jari dia (sign good) ke arah aku. Random gila nama aku. Aku cuma balas dengan senyuman dari tempat duduk di belakang.


"Hati kita ni lembut seperti tisu" - Hadi

Sepintas lalu, perkataan tu muncul lagi.

Shahrizan masih memaksa diri menahan kaca-kaca di matanya daripada melebur. Namun sesekali tertitis jua. Semua yang mengenalinya memberi amanat. Secara ratanya memberi kata semangat agar dia belajar bersungguh-sungguh. Jaga adik-adik dekat situ. Sebelum aku keluar dari dewan, dia memantulkan persoalan kepada aku sekali lagi,

"Abang, kalau saya belajar elok-elok sampai masuk U macam abang nanti, abang ada dekat sana ke tunggu saya? Kita akan jumpa ke?"

Aku terkesima dan langsung tak berkata walaupun sepatah. Aku sendiri tak punya jawapan walhal sebenarnya banyak alasan boleh di bina. Tetapi tak terkeluar satu pun. Shahrizan menyatakannya 2 kali. Aku masih tersenyum.

"Sebelum ini saya tak pernah merasai kasih sayang seorang abang."

Dan jawapan aku untuk setiap luahan dia cuma sekadar mampu dengan senyuman.

Aku kira beruntung sebab dengar sendiri dari mulut Shahrizan apa yang dia nak nyatakan dari hati dia sendiri. Kalau nak ikutkan yang lain, dapat luahkan dari perbuatan sebab masih tak pandai ungkap melalui kata-kata lagi.

Sesi terakhir sebelum balik, semua memberi hadiah kepada adik angkat mereka. Aku mohon maaf pada Shahrizan kerana aku tak dapat beri dan beli apa-apa untuk dia sebagaimana adik angkat yang lain dapat daripada kakak/abang angkat. Sebab memang aku tak plan untuk membawa roh ke sini melainkan biar jasad sahaja. Jadi, aku tak rancang untuk beli apa-apa. Dan hanya masa itu yang terlihat pada aku adalah jam yang menjadi kesayangan aku. Di mana ia adalah jam orang yang memberi sejarah dalam hidup aku setahun yang lalu, hadiahkan.

"Shahrizan, jaga jam ni seperti ingatan kita berdua dekat sini. Abang mintak maaf sebab tak dapat bagi apa-apa. Jaga elok-elok. Kalau kita jumpa dekat U nanti, tunjuklah jam ni. Okay?"

Sepanjang perjalanan, setiap perkataan yang dizahirkan Shahrizan masih terngiang-ngiang. Berakhirnya langkah aku di situ, maka aku membawa pulang dan meninggalkan seribu pengalaman. Dan mungkinkah aku meninggalkan hutang kasih padanya?

I should back. Jadi diri sendiri balik.
InsyaAllah, PAA3.



















No comments:

Post a Comment

jika tak tersenangkan; disudi-silakan
beredar angkat kaki-- pergi jalan.

"setiap patah-- bangkit, kayuh semula"