Sebuah kata, sebuah tinta lahir daripada dalam hati buat sahabat yang bakal pergi untuk meninggalkan khabar sahaja nanti. Kita pernah bersama melakar pelangi. Nabil, Aan, Alfiq, Kecik & Saufi - dalam gelak, tangis sama-sama.
Takhta Hamba
verse 1
kan ada ujian dalam hidup
datang pergi tu lumrah
cuma tabah berjalan
jika letih-- pejamlah seketika
tidurlah dan bermimpi
jangan pernah diusik lagi
lupakan perit di dunia
lenalah-- takhta hamba
verse 2
mula kita gerak sama;
akhir jangan kita terlerai
senyum nangis susah senang--
bertahan meneduh hujan panas
peluklah erat tubuhku
walau disentak jasad terluka
jiwa kita masih bersatu
kekallah, takhta hamba
chorus
melangkah jua kita pergi
jejak, tapak semua kita tinggalkan
dan nanti harap kau ingatlah
pernah kita cipta memori
outro
jangan seka air mata
tika tak tertahan sebak
dan kau ingatlah waktu kita
dongak ke langit kira bintang
puisi ini tidak beritma. lagu ini ditulis dengan hati.
No comments:
Post a Comment
jika tak tersenangkan; disudi-silakan
beredar angkat kaki-- pergi jalan.
"setiap patah-- bangkit, kayuh semula"