terasa baru semalam
kau datang senyum; kirimkan salam
menghibur hati paling dalam
untuk tidak lagi terpendam
hari ini aku buka mata
rasa seperti tak terdaya
untuk terima segala nyata
kau tidur selamanya
di mana mahu aku dengarkan suara
pada siapa untuk aku hamparkan rasa
kau pergi jauh; tinggalkan dunia
walau aku meronta; takkan kau di depan mata
masih ingat baris ayat pertama
tiap kali aku di gugah hina
kau bisikkan kata membina
untuk hilangkan rasaku yang hiba
terbang yakin sayangku
ikuti arah arus mimpimu
hidup di dalam imaginasimu
dan aku mahu semua itu adamu
segalanya hancur musnah
impian sayapku patah
kau pergi takkan bertoleh arah
yang cuma kau tinggalkan sejarah
takkan tumbuh lagi
hilang takkan berganti
sedarkan aku ini
terbanglah mimpi.
No comments:
Post a Comment
jika tak tersenangkan; disudi-silakan
beredar angkat kaki-- pergi jalan.
"setiap patah-- bangkit, kayuh semula"