Wednesday, April 06, 2016

Ekstradisi

Aku adalah seorang pemberontak yang dikehendaki hari ini. Aku melalui perjalanan yang sukar dalam tertangkapnya aku setelah didapati bersalah. Perjalanan ini telah membawa aku ke sebuah karma yang aku tahu-- seberputar mana pun aku di atas tetap akan di bawah dan kembali ke atas. Diperbumikan rentaknya.

6 tahun lepas dalam hari ini adalah permulaan sesuatu yang memberanikan untuk aku luahkan apa makna rasa dan keperluan sayang serta mengkhianati. Kepala aku untuk menidakkan perbuatan-- hati membenarkan setiap perasaan. Jadi, lebih penting pada waktu itu adalah hati. Bukan otak.

Maka, apa yang menidakkan benar adalah dengan bahagianya aku menurut apa yang menyalahkan takdir. Mengikut trend yang aku rasa pada masa itu menyebelahi kehendak aku selama ini? 

Macam mana sebelum aku berjaya melarikan dari permasalahan besar di Terengganu. Membawa diri ke Kelantan semula untuk memberjayakan rasa pemberontakan. It was me. Yang tak tahu kesan buruk pada masa itu.

Facebook adalah medium yang menjadikan aku lebih agresif. Bersifat jitu dan tak terusikkan. Aku rasa bila dapat bebas itu-- logik dan magik. Tidak perlu terikatkan dengan dasar-dasar remeh dan bodoh. 

Kemudian dia datang. Dalam sudut yang mengubah diri aku. Melupakan apa yang aku berpegangkan selama ini. Sungguh-- dia melalaikan rasa sebenar. Sebagai dadah yang menggiankan aku untuk melupa semula kesebenaran paksi dunia.

Hari inilah tarikhnya. Dia mencengkam erat dakapan aku. Dia jauh tapi dekat. SMS adalah medium kedua selepas Facebook. Setiap hari, di sekolah, di rumah, di dalam kereta, di sebelum waktu solat, di selepas waktu makan, di semasa study dan di pada mata mula melayu-- cuma dia terteguhkan.

Aku lupa yang aku ada tanggungjawab pada perasaan lain. Namun yang terus menyalur dalam pembentur perasaan aku adalah dia. Alpa itu menjadi dadah aku.

Tapi apa terjadi? Tubuh aku binasa. Jiwa aku berkecai. Otak aku terpecah. Seakan tidak memakna apa. Seakan merosak di dalam jelaga tanpa cahaya.

Mungkin ia adalah benar. Untuk diulang dan diingat hari ini. Seperti tahun sebelumnya hari ini-- bila difikirkan, aku adalah nasib yang sama saban tahun.

Bila tersedarkan ianya hari ini; ternyata aku perlu bersiaga untuk masa depan.

Cinta tanpa jelaga ibarat bumi tanpa penghuni. Hidup semata tanpa ranjaunya.

No comments:

Post a Comment

jika tak tersenangkan; disudi-silakan
beredar angkat kaki-- pergi jalan.

"setiap patah-- bangkit, kayuh semula"