Saturday, December 24, 2016

Prolog Terakhir

Andai masa dapat diundur-- aku tak ingin kembali. Tak ada satu pun yang ingin aku putarkan.

Terlalu banyak perkara yang terjadi di antara kita. Sehinggakan tak dapat diluah logik akal. Apa aku, apa kau. Entah.

Kau tahu, mungkin aku kehilangan kau daripada hidup aku. Tapi setiap memori yang mula lenyap itu telah berganti dengan yang baru-- sesuatu yang lebih baik. Mungkin memang sengaja tuhan tu cipta watak kau untuk dijadikan watak lain.

Aku tahu sebenarnya aku tak patut mengheret orang lain dalam cerita yang tidak masuk akal antara aku dengan kau. Mungkin aku terlalu taksub pada Oktober 2015 dengan sebuah garis masa sendiri. Aku menulis semula kau di dalam watak orang lain dan apa yang pasti aku membahagikan diri aku sendiri kepada beberapa watak lain.

Maka, wujudlah watak-watak yang sengaja dipecahkan kepada semua orang di dalam 8 antara kitorang. Aku tahu aku kejam, aku tahu aku ego. Aku sangka orang akan faham betapa pecahnya aku untuk menerima kau melangkah pergi dalam hidup aku. Tapi sebenarnya ia menjadi semakin rumit.

Aku mula jatuh cinta dengan watak baru dalam hidup aku yang disengajakan untuk terus berada di situ. Mewarna kembali senyum yang telah lama pudar. Setiap degup, herla nafas, tatapan mata-- seakan aku berjaya untuk menghidupkan kau. Namun, apa yang dibenih semula itu adalah perasaan dan memori yang baru. Sesuatu yang bersifat lebih besar dari satu.

Walaupun aku mencedok dan mencerakinkan setiap plot dari kisah kita ke setiap babak yang lainnya-- namun aku cuba untuk tak melupakan plot asal apa yang telah kita lalui. Sayang, bila semua tak bertahan lama pun. Aku cuma dapat ingat memori yang baru bersama diorang sahaja. Perlahan-lahan, kisah kita berdua sekadar tinggal catatan untuk diingat di dalam ini je.

Gilakan? Nak menjaga jalan cerita untuk diceritakan semula dan cuba untuk bertahan sehabis mungkin supaya tidak dihidu sesiapa tentang ni. How I kept it to myself.

Betapa rasa cinta itu terasa benar. Betapa rasa untuk tidak dikecewakan itu benar. Betapa rasa gembira di setiap senyum itu benar. Ini rupa dan figura dia yang sebenar. Dia di depan aku. Entahlah kenapa aku nak merajuk sampai tak nak datang kelas beberapa minggu semester terakhir tu. 

It was so hard at first. Untuk melihat kembali setiap gambaran yang dimainkan. Even tak semuanya lengkap tapi aku berjaya untuk memetik setiap yang penting untuk masuk ke dalam cerita IM. Setiap bukti, setiap hint, setiap usaha yang telah aku lakukan. Ditayangkan semula dalam sebuah bentuk cerita yang lain dan baru.

Selama 3 semester aku pertahanan benda yang tak sepatutnya aku lakukan. Setiap kali nak buat dan melengkapkan cerita-- aku rasa aku selfish. Aku rasa aku bodoh. Tapi aku gembira. Sebab semua buat macam ia adalah nyawa. It was only 2 credit hours, but aku rasa macam lebih dari tu effort masing-masing. How can't I love them?

Aku sedih sebab semuanya dah tamat. Dah tak ada apa untuk dibentangkan dan diceritakan lagi. The night we've spent together was the sweetest memories ever. Gurauan, gelakan dan kesemua tentangnya takkan mati. Deep in my heart, aku tak nak lepaskan. Tapi adatlah, kan? Ada mula, ada akhir.

Entah sampai bila cinta itu akan bertahan.

Wherever you're right now, I hope that my diary safe with you.

Seperti yang tertulis di penghujung surat yang aku titipkan tersebut, ianya prolog terakhir antara kita. Mungkin tergantung. Mungkin saja sudah tidak akan terselak dan tercatit lagi.

Selamat pergi.

Yours truly,
Blue x


No comments:

Post a Comment

jika tak tersenangkan; disudi-silakan
beredar angkat kaki-- pergi jalan.

"setiap patah-- bangkit, kayuh semula"