Monday, 7 August 2017

23

Beberapa tahun dulu waktu persekolahan setiap kali hari jadi, benda yang aku paling tunggu sangat-sangat adalah dapat free gift Celcom. Boleh call ke 8 nombor percuma tu. Aku tak ingat apa nama khas dia tapi yang itulah. Memang teruja sangat-sangat sebab boleh bergayut dengan orang-orang yang aku suka sepanjang hari. Ada datang gila satu hari masa birthday tahun tu, aku call someone hampir setiap 2 jam walaupun dah bergayut for almost an hour.

Time flies, dan sampai dah tak rasa ada function free call tu semenjak teknologi dah makin canggih serta orang yang bergayut macam orang gila dulu dah tak wujud dalam hidup dah. Maka, lahirnya WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram dan beberapa benda lain lagi telah menyenangkan urusan wish birthday ni.

Sejak daripada kecil, aku tak selalu dimewahkan dengan hadiah-hadiah daripada sesiapa pun termasuk keluarga sendiri sebab aku faham keadaan kami masa itu. Apatah lagi setelah duduk dengan keluarga tiri. Jangan harap boleh dapat sebarang hadiah melainkan bebelan serta umpatan. Bukan tak pernah dapat hadiah, pernah. Daripada kenalan dan sebagainya. Setakat satu dua tu adalah jugakkan. Tipulah kalau tak pernah langsung. Aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya ada lah jugak daripada tak ada.

Bila dah masuk umur yang semakin tua ni, aku dah tak perlukan semua hadiah (kalau masih ada yang nak bagi, aku terima je. Tangan yang memberi tu lebih mulia tau. Apatah lagi yang menerima ni hati dia berbunga sangat) melainkan ucapan dan doa-doa yang baik-baik daripada orang lain. Susah tau nak dapat orang cakap baik-baik depan mata kita. Kalau wish birthday tu kiranya beruntung sangat. Macam dihargai oleh orang lain.

Masa sebelum masuk umur 20 tahun, aku mesti selalu ada imaginasi yang tinggi dengan harapan-harapan yang menggunung terhadap orang-orang yang aku suka. Macam dia akan wish panjang-panjang untuk aku and say something nice to me yang boleh buat satu hari aku tersenyum. Selain daripada duduk depan laptop dan menghadap phone sepanjang hari, reply setiap satu persatu ucapan yang diterima.

Dan tambah pula kalau orang memang rasa kau sangat penting dalam hidup dia dan memberi makna serta kalau masa tu kau sangat dikenali sini sana, memang penuh dan berduyun mesej ucapan yang diterima. Trust me, aku pernah melalui hari-hari tersebut di mana tak lekang orang wish birthday sepanjang hari. Ibarat kalau terserempak tepi jalan pun boleh dijulang tinggi-tinggi rasanya.

Macam aku cakap tadi, aku tak harap lebih selain daripada wish birthday bila dah tua-tua ni. Mungkin ia lebih bermakna dan lebih penting bagi aku. Aku akan kenang momen-momen indah dapat wish tersebut sampai bila-bila. Sebagai contoh pada harijadi yang ke-21, dapat wish birthday special daripada dia, dia dan dia. Dalam keadaan masa itu tengah berserabut dan bergaduh dengan orang. Kemudian, dapat pulak ucapan harijadi khas. Terus rasa gembira sepanjang malam walaupun esok tu ribut balik.

Saban tahun, orang yang diharapkan akan ada dalam hidup aku untuk terus menemani hari-hari usia aku yang semakin bertambah mula berkurang. Aku tak pernah salahkan sesiapa sebab aku tahu macam mana layanan aku terhadap orang lain. Tak pernah nak elok. Sebab itu orang akan angkat kaki dan jaga-jaga dengan aku. How I wish that I can predict someone? Apa yang dia nak daripada aku dalam hubungan sosial ni. Walaupun dah penat nak jaga hati orang, but at least orang tak pergi tinggalkan aku selamanya. Dan menelan tahun yang makin meniti tengahari ke senja ni, makin berkuranglah orang yang akan beri ucapan dekat aku. It's okay.

Aku dah tak nak berharap lebih (walaupun masih lagi berharap yang kau akan wish birthday aku macam selalu dulu) sebab sakit bila rasa tak dihargai walaupun cuma ucapan selamat hari jadi. Dapat pulak jenis aku yang cepat terasa dengan benda yang melibatkan hari-hari penting macam ni. Tapi hari lain aku boleh chill dan hati aku memang besi. Tak dinafikanlah *roll eye*

23 adalah cuma nombor kata orang. Mungkin jugak bagi aku. Dia cuma mematangkan kita saban hari dan teruskan untuk belajar, belajar dan belajar. Kita tak tahu banyak mana nombor ni dah memanipulasikan hidup kita. Well, mesti ramai yang tahu hidup aku selama ni penuh dengan rebel disebabkan psikologi dan persikataran yang membuatkan aku penuh dengan dendam dan kebencian. *belek posts blog yang lepas-lepas*

Bersyukur sebab tahun ni Tuhan kabulkan satu-satu daripada juta-juta doa yang aku kirim dekat dia setiap kali rasa susah. Bertuah sangat sebab banyak benda yang dapat aku kecapi tahun ini berbanding tahun sebelumnya. Rasanya tahun ni walaupun banyak dugaan, banyak jugak manis yang sangat tak dapat dilupakan. Boleh katakan setakat ni, ini adalah yang terbaik.

Kononnya, sebaik masuk 23, aku akan release satu zine atau buku baru bertajuk '11' bersempena dengan kesinambungan daripada kesemua zine serta buku yang pernah dihasilkan sebelum ini. Atau lebih tepat '10 Tahun' iaitu zine yang sebelum ini. Namun, apakan daya sebab aku tak seberani dulu dan tak yakin yang zine ni akan dapat sambutan. Jadi, manuskrip dan segala design yang dah siap semenjak tahun lepas lagi ni tetap terus simpan buat pekasam. (If you wish to make it happen, please let me know and comment down below)

Terima kasih sekali lagi dekat sesiapa sahaja yang wished dan aku sangat-sangat menghargainya. Sumpah tak tau nak cakap macam mana aku appreciate orang yang wish birthday kali ni. And aku betul-betul mintak maaf sangat-sangat dekat sesiapa sahaja yang pernah aku buat salah/terkasar bahasa/tersilap bicara/terpukul atau apa-apa negativiti yang berlaku antara aku dengan korang. Berharap ianya satu pengajaran untuk aku pada tahun-tahun yang mendatang.

Happy birthday, dear self.

8 comments:

  1. Betul tu! Makin tua ni makin tak peduli hadiah sangat. Wish tu yang lagi berharga rasanya. Apa-apa pun selamat harijadi! Dan tolonglah keluarkan 11 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Thanks for the wish! InsyaAllah :)

      Delete
  2. Nak zine atau buku 11!!!!!!!! Please please!

    ReplyDelete
  3. Yes yes. I want that 11 thing juga. Happy birthday Blue.

    ReplyDelete
  4. Hi Blue, i hope u will do well in whatever things tht u r currently doing! I'm secretly adore your writing, so touched bro! Keep em up

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Terima kasih. Awak pun sama jugak!

      Delete

jika tak tersenangkan; disudi-silakan
beredar angkat kaki-- pergi jalan.

"setiap patah-- bangkit, kayuh semula"