Friday, January 18, 2013

Jangan Bersuara Jika Tidak Tahu (#PrayForUiTMLendu)

Disclaimer: Kesemua kenyataan di bawah adalah bertujuan untuk memperbetulkan beberapa perkara yang telah diputarbelitkan di media sosial dan menerangkan kembali serba sedikit yang berkaitan dengan kolej kami di blog theruzannapages. Bukan berniat untuk menentang ataupun menghentam mana-mana pihak. Penjelasan mengenai apa yang telah terjadi di "theruzannapages : Day Nineteen" telah pun dilakukan. 

Inilah adalah catatan aku pada hari yang ke-12 selepas pelbagai peristiwa yang telah terjadi dan pelbagai cerita yang di anggap sengaja di-hiperbola-kan untuk mengaut keuntungan populariti diri sendiri. Semua bagaikan berada di Lendu menyaksikan perkara yang berlaku. Lumrahlah, dekat mana-mana pun terjadinya kes-kes seperti ini right? Aku ingin memohon maaf terlebih dahulu jika aku ada menggunakan perkataan kesat ataupun sebaliknya. Tujuan aku hanya satu untuk memperbetulkan beberapa kenyataan yang dilakukan oleh sebuah penulis di blog yang sedang hangat diperkatakan.

Bukan aku tak tahu cerita ini. Terus terang aku sendiri buka aib-- aku salah seorang mangsanya, tetapi tak lah pulak aku cuba hebahkan atau menokok tambah cerita ni. Juga aku rasa tak patut kita menyalahkan mana-mana pihak. Sama sekali tidak perlu. Kerana kami di sini bersyukur kerana masih selamat dan masih lagi mampu meneruskan campus life seperti biasa.

Alhamdulillah, semalam (18/1/13) seluruh warga UiTM Lendu telah mengadakan Bacaan Yaasin Perdana secara serentak di setiap kolej. Suasana bacaan Yaasin pada malam ini berlatar belakangkan bayu hujan seakan memahami keadaan kami di sini. Angin sejuk ini sebenarnya mendamaikan walaupun angin gigih meniup kencang. Syukur tiada apa-apa yang berlaku.

Posting aku bukan untuk menokok tambah mahupun sebaliknya tetapi kami yang berada di sini lebih memahami dan mengetahui cerita yang sebenarnya. Ada anatara pihak di kolej kami yang menjadi salah seorang pembaca yang terawal di blog yang sedang sensasi ini-- cukup terkesima bila dikhabarkan dengan sebuah catatan bertajuk “Hari Kelapan Belas" serta dari laman-laman sosial lain. Juga tidak kurangnya dengan beberapa buah blog yang cuba menulis tentang perkara yang sama.

11 hari yang lepas berlakunya kes yang pertama. Dituruti pula dengan hari yang kedua. Memang tidak dinafikan kebelakangan ini banyak event berunsurkan Islamik dianjurkan oleh pelbagai pihak. Tetapi bukankah lebih elok ianya diadakan berbanding event-event yang tidak berunsurkan kerohanian. Memang terdapat kes-kes histeria, rasuk dan sebagainya, tetapi tidaklah seperti yang digembar-gemburkan oleh orang-orang tertentu di laman-laman sosial Twitter, Facebook dan sedikit isu yang timbul dari salah seorang penulis blog. Kebanyakan cerita yang dikhabarkan itu banyak disalah tafsir/fakta bercanggah/cerita yang ditokok tambah.

Aku akan perjelaskan serba sedikit yang berkait dengan kolej kami sahaja dalam membetulkan apa yang berlaku sebenar-benarnya.



"Bad to the point where the Polis Bantuan, who are the people who guard our entire campus, had to be involved in the search of the boys who kena rasuk, because guess what? They can fly. Yup, they freakin’ jumped off the second floor of the college, and flew away."


--memang pada ketika kejadian ini berlaku pada 16/1/13 bersamaan hari Rabu terdapatnya Polis Bantuan yang datang. Tapi masa itu memang tiada budak lelaki yang terbang. Yang cuma ada hanyalah kes ingin lompat dari level/tingkat dua kolej tersebut. Kenyataan yang diberikan adalah tidak benar sama sekali.



"I don’t know what’s going on anymore. It’s just been too much lately. At the start of the semester, everything was fine. And then a month later, creepy things start to happen. Hope we can all be safe during this troubling time. Just end this so we can all be in peace. Thing is, we don’t even know what we did that set off the anger in the spirits around Lendu. All the events this week were all Islamic-oriented. Perhaps it’s mad because of that, because two nights ago, there was a talk in which the ustaz explained the Al-Fatihah. And he read it ever so beautifully. Just as he got to the third ayat, strong winds started blowing, and everything went havoc. The projector screen fell nearly hitting the ustaz’s head, backdrop nearly teared, the papers on the registration tables flew around… and man it was just creepy when the ustaz said “Ada benda tak nak saya teruskan bacaan saya ni.”. When he said that, another strong wind blew."


--pada malam yang berkenaan, aku adalah emcee/pengacara majlisnya. Like, tak salahkan if lebih banyak event kerohanian diadakan, kan? Kami sebagai pihak penganjur kepada malam terjadinya perkara itu kurang bersetuju dengan statement yang dikeluarkan oleh penulis blog ini. Hakikat sebenarnya pada hari sebelum itu lagi memang angin kuat. Ketika cerama sedang berlangsung, beberapa kali screen nak jatuh. Krew yang bertugas juga sudah dimaklumkan untuk berjaga-jaga jikalau screen projector itu terjatuh dan pada ketika Ustaz Syahrianshah memberi ceramah, insiden angin kuat tu berlaku sekali lagi. Kertas berterbangan. Gelas pecah dan beberapa perkara lagi berlaku. DAN pembetulan kepada apa yang Ustaz Syahrianshah cakap pada malam tersebut selepas insiden itu berlaku adalah "Adakah ini tanda yang saya perlu berhenti?" So, it was the real quotes and the truth.

Selain daripada itu, petikan daripada Twitter yang menyalahkan beberapa kolej kerana hal-hal seperti yang sedang hangat diperkatakan ini langsung tidak wajar. Sebaiknya jangan berlagak tahu kalau tak tahu punca dan sebab sebenar. Jangan bertindak menunding jari ke arah kolej kami tanpa pernah tahu situasi yang berlaku disebalik kejadian ini. Ada yg membuat cerita kononnya,



"Berita dr Lendu mengatakan 16 org kena histeria di kolej Tun Perak sebab melanggar perjanjian. Perjanjian ap? Sama2 lahh kita tunggu" - unknown


Seriously, we as the one who responsible on our college never knew and langsung tak tahu pula yang seramai 16 orang yang kena rasuk seperti dikatakan oleh tuan empunya badan di Twitter. Tak tahu jangan memandai. 

Buat anda yang berada di luar sana, kami di sini menegaskan bahawa cerita sebenar tidaklah keterlaluan. Tidak separah yang dikhabarkan. Jadi tidak perlu di menokok tambah rasanya jika anda tidak tahu cerita yang sebenar.

Sekian.

Monday, August 06, 2012

Mencari Laila





Dah lama agaknya tak update secara kerap dekat blog disebabkan banyak benda nak kena siap dan buat. Tambahan, dengan banyak gila aktiviti kolej lagi. Aku masih boleh enjoy macam takde apa-apa yang merisaukan aku. Eh, ada. Duit. Nak menangis aku rasa bila duit PTPTN stil tak masuk lagi sampai ke hari ini. Sedih betul nak kena tahan laparlah apalah.

Berbalik kepada gambar di atas.

Aku tertarik gila dengan title event senior Part 5 Masscomm ni. Entaah kenapa dia macam sedang bercakap dalam diam dengan aku. Sesuatu yang di cari dan kita menanti. Mencari Laila-- bukan sekadar jasad tetapi wujudnya sesuatu.  

"Siapa Laila?"
"Dia, malam seribu bulan atau seorang wanita solehah?"

Menanti dengan sabar, apakah maksudnya yang sebenar di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini; Ramadhan.

'LAILA' adalah bermaksud MALAM. Menghayati kembali sorotan puasa beberapa tahun kebelakangan ini memang cukup memilukan untuk di imbas kembali. Namun, aku sangkakan apabila angka 2012 bertandang dan di bulan Ramadhan ini, aku dapat bebas dari belenggu kejahilan tu.

Ternyata tidak. Malam merupakan satu kehidupan lain bagi aku untuk berasa seakan di dakap mesra. Terlalu gembira sehingga di antara realiti dan fantasi itu sikit pun tak dapat dibezakan. Cukup memeritkan apabila terpaksa menerima ulang tahun harijadi sendiri dengan kebingungan memikirkan persoalan yang aku sendiri tidak bisa meraih jawapannya.

Aku sedar pada hari jadi aku, dia tak memaksudkan apa-apa terhadap aku di atas segala perbuatannya.

Selamat hari jadi, diri sendiri.


Yours truly,
Blue x

Saturday, June 16, 2012

Masscomm Class C Jun 2012 - April 2015

I got no chill bro.

Dah beberapa minggu lepas Minggu Destini Siswa (MDS), dan class pun dah bermula. Aku macam takut pada mulanya nak bermula. Ya lah, macam-macam perangai aku akan jumpa. Satu je yang aku harap, takde yang perangai macam dulu masa sekolah. Serious, sumpah tak nak dah. Serik.

First day, aku dah sesat cari class. Punyalah besar kampus nak menapak pergi cari class. Nasib baik ada senior yang baik hati tolong beritahu dekat mana class Blok Y. Mampus nak cari macam orang gila. I owe to her a lot!

Sampai class, aku ingat aku je yang sesat, rupanya ramai jugak. Aku pilih untuk duduk dekat dua barisan dari belakang (dah itu je tempat yang tinggal). So, our first class was BEL. Tak tahu dia singkatan daripada apa, tapi yang pasti itu adalah English class.

Macam biasalah, adat dekat mana-mana pun, kalau dah namanya first class ke first meeting ke apa lah yang first tu kan, mesti ada ice-breaking. Yeah, ada yang macam Tasha Shila lah apa lah okay. Aku baru nak kenal je semua orang. Chill banyak lagi masa aku ada dekat sini. 3 tahun tu cukup lama untuk aku kenal semua budak class aku. LOL.

Habis class, I decided to hang out with Wanie (rock gila perempuan ni) & Ayu (mek klate). Gigih berjalan pergi ke luar kampus. Lunch dekat sana. Gembira gila sebab dah jumpa kawan (selain dari kawan kolej).

I'm so happy! Ini adalah perasaan aku setelah berjumpa dengan semua alien yang berada dalam kelas aku ini. Semua bertukar jadi yang tak terduga. Aku berjumpa dengan manusia-manusia yang akan memenuhi ruang hidup aku selama enam semester atau tiga tahun ini.

Aku tak tahu siapa yang akan menjadi kawan dan lawan. Aku tak tahu siapa yang bakal berada sehingga ke pengakhirannya dan aku tidak pasti siapa yang akan menjadi yang paling bertahan dalam hidup aku sampai ke akhirnya.

Harapan aku cuma satu-- aku yang berjaya sampai ke akhirnya dan terus menempa setiap nama di sini.


Yours truly,
Blue x

Sunday, June 10, 2012

Minggu Destini Siswa: Jun - Oktober 2012

Sehari sebelum aku ke UiTM untuk my first diploma ini, Abang Ngah buat majlis kesyukuran bersempena keberangkatan aku ke UiTM dan doa selamat untuk arwah Mak. Sayangnya malam itu Kak Long tak dapat datang sebab berlaku sedikit perselisihan faham di antara dia dengan Ayah.

6 pagi 2 Jun, semua dah get ready nak pergi hantar aku ke Melaka from Hulu Langat. Aku macam blur lagi. Rasa macam tak percaya aku dah nak masuk ke alam universiti. Excited pun tidak, sedih pun tidak. Mungkin faktor sebab duduk asrama dulu yang menjadikan aku dah kalis nak sedih-sedih ni semua. Lagipun aku rasa gembira dapat keluar daripada kepompong Ayah sendiri. Bebas dari belenggu keluarga tiri.

Jam dah start bermula dekat Tol Alor Gajah. Nak sampai ke pintu pagar UiTM itu punya lah rasa macam azab. Bila sampai sahaja dekat depan pintu yang tertera “PINTU DUA” fuhh lega rasanya dah sampai. Aku mula fikir macam macam yang kenapa nama tempat ini Lendu? Buruknya nama macam keling. Kenapa kampus ni macam dekat dalam hutan sangat ni? Dan macam-macam lah lagi persoalan bodoh aku.

Aku sempat berdoa dapat kolej baru sebab senior sekolah aku ada seorang dapat Masscomm. Dia yang kata ada 4 kolej baru. Tak sampai setahun pun dibuka. Kalau aku dapat dekat situ, kiranya aku batch yang kedua. Bukan main berharap lagi aku berdoa pejam-pejam mata (konon dapatlah) nak kan kolej baru. Pendaftaran masa itu sangat sesak. Khemah-khemah di buka sekitar kawasan Dewan Taming Sari. Kira-kira dalam satu hari itu hampir 5 - 8 ribu parents datang hantar anak-anak.

Aku dapat beberapa helaian borang pendaftaran dan yang tertera di satu helaian kecil-- KOLEJ TUN PERAK. Aku tak tahu samada kolej ini baru ataupun lama. Jadi aku main bedal happy. And memang itu kolej baru. Masa nak daftar dekat kaunter kolej, tapak kasut aku tercabut. TERCABUT DI KHALAYAK RAMAI. Tapi masih mampu cover baik punya. Daftar dan naik ke bilik. Aku dapat bilik TPK231 di level 2. Satu bilik 2 orang. Agak luas lah.

Maka selepas masuk ke bilik dan isi borang-borang yang sepatutnya, aku keluar cari barang keperluan yang masih tidak mencukupi. Tepat pukul 4 petang, semua dah kena berkumpul di hadapan kolej. Ayah and semua ahli keluarga aku pergi on time. Memang tak kata tunggu ke apa. Aku dengan selekeh yang teramat (sumpah tak tipu), berjalan menuju ke Dewan Taming Sari (DTS) tadi balik ramai-ramai.

Aku tak kenal seorang pun dekat situ. Jalan pun seorang. Rasa macam awkward sangat-sangat. Tak tahu nak cakap macam mana. Maka barulah aku tahu, ini adalah Minggu Destini Siswa iaitu minggu orientasi di UiTM selama seminggu. Tapi aku memang tak tahu apa motif kewujudan MDS ini.

The first person yang aku jumpa untuk berkawan adalah Nabil. Dia tegur aku and kami berborak sakan masa taklimat di depan. Aku tengok dia macam skema (sama macam aku lol). Dan selain Nabil, aku dapat kenal Achik dan Anip. Pun juga duduk berhampiran aku. Aku macam dapatlah rasa keserasian dan tak bosan bila dah mula ada kawan. Dekat sinilah aku mula kenal kawan-kawan aku. Juga termasuk Zai. Orang keempat yang aku kenal semasa MDS ini. Rupa-rupanya, Zai dengan Nabil adalah roommate dan Achik dengan Anip juga roommate.

MDS merupakan pengalaman pertama aku untuk kembali mengenal dunia luar dari kepompong sepatutnya aku berada. Barulah aku rasa macam culture shock sedikit waktu itu. Namun segala yang bermula di MDS merupakan permulaan kepada kehidupan aku yang sebetulnya baru.

Monday, May 07, 2012

Tawaran

Tepat jam 11 malam, Ayah ajak aku pergi ke kedai mamak depan perumahan. Asalnya balik tu nak kerja potong rumput dekat kebun getah. Itulah rutin aku sepanjang dua tiga bulan sebaik sahaja habis SPM. Isnin hingga Rabu aku akan ke sekolah menengah rendah aku untuk bekerja sebagai guru muda. Mengajar 3 subjek setiap satu hari. Add Math, Physics and Chemistry. Aku tidaklah pandai yang dapat keputusan A+ setiap kali result exam 2 tahun dekat sekolah teknik, tetapi bolehlah kira nak ajar orang lain atas bimbingan cikgu-cikgu dekat sana.

Gaji dibayar ikut jam. Kalau tak datang, memang rugilah. Satu jam pun cuma RM5 dan setiap hari cuma hanya 3 jam mengajar. Makan minum semua tanggung sendiri. Jam 12 tengahari dah berjalan kaki dari rumah mak tiri aku ke bandar. 3 kilometer itu macam dah biasa sangat setiap hari berjalan. Setiap hari ulang alik ke sekolah dan ke rumah. Sungguh-- pengalaman yang satu ini tak terhitungkan sedikit pun sesal sebab cabaran mengajar pelajar yang sangat degil dan ada lah beberapa budak skema itu sangat menyeronokkan (hiperbola)!

Habis rutin, Isnin hingga Rabu dekat sekolah, Khamis petang atau malam aku dan Ayah (ada lah jugak kadang kadang adik tiri ikut) balik Perak-- urus tanah dekat sana. Itulah aku.

Dan berbalik kepada malam itu, 6 Mei 2012. Ayah pun sendiri tak sabar apakah keputusan tawaran UPU aku. Yang nampak excited-nya adalah dia. Dia nak sangat aku ambil jurusan akaun. Dia cakap kalau boleh dalam sejarah keluarga aku adalah seorang yang akan jadi akauntan. Tapi sebenarnya aku serik. Dah tak nak belajar akaun. Cukuplah dia aturkan sebelum ini aku pergi belajar dekat sekolah teknik course account.

Masa itu ingat lagi, bila dapat tawaran selepas PMR ke Sekolah Teknik Kuala Terengganu bagi mengikuti aliran akaun-- aku menangis sebab tak nak ke sana. Aku tak berniat pun untuk tukar course. Elok elok dah belajar sains tulen, nak kena tukar akaun. Ayah tak nak cakap dengan aku seminggu kononnya nak protes tindakan aku menolak tawaran tersebut. Disebabkan aku fikir dia ayah, maka aku pun turutkanlah. Demi semata kerana.

Akhirnya, aku dekat sana pun macam haru biru. Entah apa-apa aku bikin sampai tak tertahukan dan sangat sakit untuk diingatkan selama 2 tahun dalam aliran akaun itu. Cukuplah berlaku sekali sahaja dalam seumur hidup aku. Jangan terulang lagi. Kalau boleh memori terpadam semasa 2 tahun ini pun tak mengapalah. Aku sanggup. 

Sebaik jam 12 malam, Ayah suruh aku cepat-cepat check. Dia nak tahu aku dapat course apa.

“TAHNIAH ANDA LAYAK UNTUK MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA”

Ayah termenung lama. Dia ambil masa. Dia sangka aku dapat akaun. Dia tanya aku letak pilihan pertama akaun ke tidak. Aku cuma cakap ya sahaja. Walaupun sebenarnya aku letak di pilihan kedua. Sebenarnya dia dah ke UiTM Machang jumpa kawan dia untuk save-kan satu tempat untuk aku belajar akaun dekat sana. Waktu itu aku interview Masscomm. Pergi interview pun dah lah orang yang paling last sekali masa itu. Terasa sangat Ayah tak nak aku ambil Masscomm.

Selain dapat tawaran UPU, aku juga dapat beberapa tawaran dekat PTPL, UniKL, matrikulasi dan beberapa lagi universiti swasta lain. Tapi Ayah tolak mentah-mentah semua, suruh aku hold dulu dapat result tawaran UPU. Dia memang nak aku ke UiTM Machang. Dekat dengan dia dan aku pula betul-betul nak keluar dari sana. Aku ada juga tinggikan suara sekali sekala bila dia tak bagi aku untuk masuk matrik. Bermacam alasan dia bagi sampai aku malas nak fikir. Dia kata budak-budak pandai bolehlah ke sana. Sedangkan aku yang 5A ini entah boleh survive ke tidak dekat sana nanti, kata dia. Padahal kawan aku yang 1A pun pergi elok je belajar.

So, this is pengalaman yang aku jalani dan hadapi sepanjang nak menunggu tawaran. Ayah mula berat juga nak terima dan perlahan-lahan dia macam ambil positif. Then, he let me to take this advantage to further my study.