Thursday, June 02, 2016

Sentimental: Prosopagnosia

Disebabkan dalam masa beberapa tahun ini aku sejenis manusia yang sangat menghargai manusia yang datang dalam hidup aku, maka aku cuba bukukan setiap nama mereka dalam catatan atau diari aku-- supaya nanti-nanti di masa akan datang, aku akan ada kenangan atau memori yang boleh mengingatkan setiap mereka dalam hidup aku sebelum ini.

Aku tak nak cakap yang aku dah melalui banyak perkara lebih dari manusia lain sebab orang lain experience dia lain daripada apa yang aku lalui. Aku tak ada pita pengukur yang boleh mengukur kira sejauh mana perjalanan dan pengalaman seseorang itu selama hidup dia sampai ke hari ini. Sama juga macam orang lain. So, don't compare my chapter 2 with your chapter 22 or vice versa.

Berdikari. Ia adalah perlu dalam setiap kehidupan dalam mana-mana kamus hidup. Tanpa berdikari-- mungkin takkan ada generasi. Ia bermula daripada kita untuk disebarkan kepada yang lain. Dari cara kita membawa diri sehingga tercetus sebuah tamadun. Dan dari ketamadunan itu mencipta pemikiran secara intelek. Okay stop it. Itu bukan apa yang aku nak cakap.

Selama sebelas tahun aku dah lalui tanpa kasih sayang sebetulnya ni, aku betul-betul cuba memadamkan segala kepahitan yang berada dalam masa lampau aku. Sedikit demi sedikit. Sampaikan yang elok dan manis pun terkesan. Hasil daripada itu-- segala memori lampau mula terhakis dan melupus tanpa terjejakkan.

Aku tak pasti, seluas dan sebanyak mana aku telah padamkan memori lepas tapi yang pasti ia cukup lapang sehingga di masa terkini aku cukup boleh terisikan dengan setiap details yang sekecil-kecilnya (sedaya mampu aku).

Okay senang cerita macam ni untuk aku permudahkan cerita.

Ramai tanya, macam mana aku boleh ingat orang pakai baju apa dan macam mana preference dia pada waktu yang lepas bersama situasinya sekali. Even setiap tarikh apa yang pernah terlalu sebelum ini aku akan cuba ingat sebaik mungkin. Dan bila sampai ke suatu saat, aku boleh jelaskan dan sebut balik.

Andaian aku cuma satu-- disebabkan cuma ingatan aku atau segala masa lampau sebelas tahun kebelakang dah terpadam. Maka mungkin ruang-ruang yang kosong tadi membuatkan aku untuk mengisi dengan perkara-perkara kecil seperti tadi.

Banyak kawan aku yang pernah datang dari sekolah rendah cakap aku adalah kawan diorang dulu. Tapi aku langsung tak ingat mana-mana memori tentang diorang. Puaslah cerita macam mana pun-- aku takkan ingat. Macam sia-sia. Even ada yang cerita aku perangai macam mana; melompat dari bangunan itu ke bangunan ini pun aku tak ingat. Sebab memang aku tak ingat.

---

Maka disebabkan perkara di atas lah aku jenis yang sangat sentimental bermula dari hari pertama Mak meninggal. Tambah-tambah kalau yang jenis ada tulisan, gambar dan semualah. Aku punya WhatsApp conversation pun aku tak delete (yang aku rasa penting) dan siap back up ke email. Punyalah nak ingat dan kenang punya pasal.

Dan...

Aku akan ingat sampai mati kalau sesuatu perkataan yang keluar dari mulut seseorang (dengan sengaja atau tidak sengaja) kepada aku (secara terus mahupun tidak) walaupun orang tu rasa tak penting. Kalau benda tu jugak menyentuh dan menyentakkan aku sekejap. Aku ingat sampai bila-bila. Mungkin kalau tak berdendam, aku akan lebih berhati-hati dengan kau.

Aku dengar, ingat dan catat.

Saturday, May 07, 2016

Selamat Hari Ibu, Mak

Pagi tadi aku bangun dengan berazamkan sesuatu yang tak pernah aku lakukan sebelum-sebelum ini. Ini semua untuk menunjukkan rasa kasih. Duit dalam tabung dikira satu persatunya. Mungkin tak seberapa banyak hingga mampu membeli sebuah kereta. Ataupun telefon bimbit berjenama Nokia. Tak semuanya. Cuma apa yang aku dapat belikan adalah sesuatu yang dari hati-- ikhlas tak terbandingkan.

Aku pura-pura yang seakannya seperti biasa, keluar merasakan keasyikan bermain bersama kawan-kawan. Hujung minggu adalah masa untuk liburan. Masa untuk melupakan sekolah. Itulah alasan yang aku berikan kepada dia sebelum melangkah keluar dari rumah.

Lalu, berbekalkan RM30 di dalam poket, aku nekad untuk ke bandar. Dari Padang Rengas ke Kuala Kangsar mengambil masa 30 - 40 minit sekiranya menaiki bas awam. Tak sampai beberapa minit, bas sudah tiba di bus stop. Lalu, ia terus meluncur laju.

Hampir satu jam, aku berada di Bandar Kuala Kangsar. Mencari sesuatu yang aku tidak tahu apa. Sesuatu yang mampu aku beli dengan hanya duit berbaki RM20?

The Store (atau Fajar nama sebenarnya) adalah tempat terakhir aku melangkah. Yup. Di sini aku menemukan satu set gelas & pinggan kaca. Aku tersenyum dan terus menuju ke kaunter.

"Kak, nanti balutkan boleh? Dan nak letak kad yang kecil tu."

"Nak tulis apa ni dik?"

Aku bisikkan pada pelayan di kaunter tersebut. Wang dikeluarkan. RM19.90 jumlahnya. Lalu, dengan rasa hati yang sangat bahagia-- aku menuju kembali ke stesyen bas. Semasa di dalam bas, seorang perempuan mengur aku.

"Eh dik? Datang dengan siapa? Mak ke?"

"Tak. Dengan sepupu. (dengan keadaan yang sangat takut) Dia dekat luar."

"Oh ya ke. Akak kawan abang adik." Dia tersenyum dan menuju ke tempat duduknya.

Rahsia hampir terbongkar. Segenap jantung aku mula terburai sekejap tadi. Tapi nasib baik tak terjadikan. Jam menunjukkan 7 petang. Aku berjalan pulang tanpa menghiraukan sesiapa. Kotak berbalut ini milik Mak. Untuk hari istimewa dia hari ini-- Hari Ibu.

Aku kira tahun mendatang akan selalu ada untuk aku sambut seperti ini. Nekad aku 11 tahun lepas pada usia 11 tahun mencari hadiah Hari Ibu untuk Mak adalah hadiah pertama dan terakhir yang dapat aku berikan sepanjang Hari Ibu dalam hidup aku. Itulah yang pertama, dan itulah yang terakhir.

Selamat Hari Ibu, Mak. Sikit masa lagi nanti kita jumpa.

Wednesday, April 20, 2016

Hey Crush

Semua orang ada impian dia sendiri. Samada kita terus untuk merancang mendapatkannya ataupun sebaliknya. Bagi aku semua orang berhak untuk memiliki apa yang dia mahukan. Sekiranya dah tertentukan ia adalah hak kita, maka jawapannya sudah pasti ya.

Alhamdulillah, satu perkara yang sudah lama aku nantikan untuk berpegang dulu hari ini menjadi kenyataan. Perancangan untuk memuaskan hati dan minat aku masih dalam perancangan. I need a lot of inspiration and positive vibe for this project. Macam biasalah, projek syok sendiri. Macam dulu-dulunya.

Perancangannya lama, tapi aku harap yang semua aku nakkan ini menjadi betul-betul kenyataan. Oh yeah, "Tidur Selamanya" official audio dah siap dalam 80% i guess? Bunyi sekarang macam berhantu sikit. But I like Takahara Suiko punya kerja. Kalau aku ada banyak duit, memang aku dah buat yang sebaik mungkin for this song. But yeah, poket macam biasalah pokai dan kosong.

Perasaan aku rasa tenang dari sebulan yang lepas. Sebelum episod ke Cameron Highland for Journalism Camp-- aku demam teruk macam nak mati rasanya (it is just metaphor; masih boleh melalak apa lagi sebenarnya). Selsema tiba-tiba datang and badan rasa tak selesa. And ada satu malam tu entah macam mana emosi aku berperasaankan hujan. A short ride in the car with couple of songs from Adele, entitled " Don't You Remember", "All I Ask" and "Hello". The tears burst.

Lepas daripada itu, aku rasa hidup makin better if I don't have any responsibility towards someone that I used to know before. It is like freedom. Aku rasa yang aku dah tak perlu untuk fikir any consequences if aku buat itu ini. I love living in this path now.

Then, I would like to talk about KICK or Kembara Ilmu Cakna Kewartawanan. I love this memories. I love them. I love this new experiences. Manis betul. Sampai semua yang ada dekat sana yang kurang pun rasa terlengkapkan. Ada crush je pun. We talk to each other. We smile. We hiked Bukit Berembun. We eat. We we we we we we! Haha dan tenungan mata tanpa sengaja yang terus tepat kepada ingatan.

Tak habis itu, bila balik we still communicate through social media and WhatsApp. Alah biasalah tu, kan? Tapi yang tak bestnya bila laptop aku buat hal. Blergh. I hate this situation. Semua macam haram. Assignment yang nak kena submit lesap macam tu je. But, 5 days in home with my lovely family suits everything. Kak Long dah nak masuk 7 bulan mengandung after 10 years waiting and waiting. And finally, it's baby girl that will come to our small family!

Too many things nak describe but cukuplah. Nanti orang jemu dengan kehidupan aku. Sambil menulis ni aku teringat dekat Twitter Poll haritu, ada yang undi for me to stop writing. Aku tak pasti samada ianya di undi secara gurauan atau memang sengaja nak aku berhenti menulis pun entahlah. Okay lupakan.

So, how was your April guys?

Yours truly,
Blue x.

Wednesday, April 06, 2016

Ekstradisi

Aku adalah seorang pemberontak yang dikehendaki hari ini. Aku melalui perjalanan yang sukar dalam tertangkapnya aku setelah didapati bersalah. Perjalanan ini telah membawa aku ke sebuah karma yang aku tahu-- seberputar mana pun aku di atas tetap akan di bawah dan kembali ke atas. Diperbumikan rentaknya.

6 tahun lepas dalam hari ini adalah permulaan sesuatu yang memberanikan untuk aku luahkan apa makna rasa dan keperluan sayang serta mengkhianati. Kepala aku untuk menidakkan perbuatan-- hati membenarkan setiap perasaan. Jadi, lebih penting pada waktu itu adalah hati. Bukan otak.

Maka, apa yang menidakkan benar adalah dengan bahagianya aku menurut apa yang menyalahkan takdir. Mengikut trend yang aku rasa pada masa itu menyebelahi kehendak aku selama ini? 

Macam mana sebelum aku berjaya melarikan dari permasalahan besar di Terengganu. Membawa diri ke Kelantan semula untuk memberjayakan rasa pemberontakan. It was me. Yang tak tahu kesan buruk pada masa itu.

Facebook adalah medium yang menjadikan aku lebih agresif. Bersifat jitu dan tak terusikkan. Aku rasa bila dapat bebas itu-- logik dan magik. Tidak perlu terikatkan dengan dasar-dasar remeh dan bodoh. 

Kemudian dia datang. Dalam sudut yang mengubah diri aku. Melupakan apa yang aku berpegangkan selama ini. Sungguh-- dia melalaikan rasa sebenar. Sebagai dadah yang menggiankan aku untuk melupa semula kesebenaran paksi dunia.

Hari inilah tarikhnya. Dia mencengkam erat dakapan aku. Dia jauh tapi dekat. SMS adalah medium kedua selepas Facebook. Setiap hari, di sekolah, di rumah, di dalam kereta, di sebelum waktu solat, di selepas waktu makan, di semasa study dan di pada mata mula melayu-- cuma dia terteguhkan.

Aku lupa yang aku ada tanggungjawab pada perasaan lain. Namun yang terus menyalur dalam pembentur perasaan aku adalah dia. Alpa itu menjadi dadah aku.

Tapi apa terjadi? Tubuh aku binasa. Jiwa aku berkecai. Otak aku terpecah. Seakan tidak memakna apa. Seakan merosak di dalam jelaga tanpa cahaya.

Mungkin ia adalah benar. Untuk diulang dan diingat hari ini. Seperti tahun sebelumnya hari ini-- bila difikirkan, aku adalah nasib yang sama saban tahun.

Bila tersedarkan ianya hari ini; ternyata aku perlu bersiaga untuk masa depan.

Cinta tanpa jelaga ibarat bumi tanpa penghuni. Hidup semata tanpa ranjaunya.

Friday, March 25, 2016

Realized

Baru aku perasan. Yang sebenarnya orang pun ada hati. Orang ada benda lain lagi nak buat selain berada dalam hidup aku. Disebabkan terlalu untuk simpan-- maka ruang dia terganggu.

Aku hampir terlupa semua perkara yang aku ada, orang lain pun ada. Bodohkan?

Dah tiba masa yang paling sesuai sekali untuk aku angkat kaki bagi laluan dan ruang baru. Aku sibuk duduk menjaja yang "Sakit itu selektif-- mengapa perlu pilih?" untuk diri aku. Sedangkan orang lain pun sama.

Masa untuk terlalu berterus-terang-lapis dah habis. Masa untuk ke sebuah dimensi baru itu yang perlu sebenarnya. Yes. Itu yang paling sesuai.

Masa aku dah habis. Sekarang giliran kau. Silakan. Pergi ke awan bebas.