Insan yang sama menaip di sini. Blue.
6 hari berlalu. Berlalu daripada Aidiladha 1434H. Mungkin sekarang merupakan suasana bertemu keluarga tercinta mahupun segalanya yang mengeratkan silaturrahim, mungkin. Mungkin apa sahaja yang membahagiakan mahupun menderitakan.
Erti Aidiladha: Kosong
Kosong dalam perasaan yang tiada maknanya. Konteks yang hilang dalam persuratannya. Lemah tak berdaya meraikannya.
Episod lalu seolah tidak wujud dan seakan sebuah prekuel yang akan diterbitkan entah bila waktunya. Skrip sudah siap namun pelakonnya sudah hilang lesap di alam tidak bermaya.
Beradu di dalam dimensi yang tidak berdinding, bermimpi dan melayari bahtera menuju pembayangan prekuel tersebut:
"Mak, harini ada apa dekat taman?"
"Kamu pergi lah ikut Shima, Kak Shahirah, Arif, Piqah, anak Cik Zah semua tengok diorang sembelih lembu."
"Ohhhh, ya ke? Nak tengok! Nak mandi, nak siap-siap! Mak mana baju raya?"
"Mak dah gosok dekat dalam bilik tu. Mandilah cepat. Siap-siap. Nanti kawan kamu sampai, kamu terkial-kial lagi baru nak bersiap. Cepat."
"Baiklah Kak Biahhhhhh!"
"Cepat. Kejap lagi kawan-kawan dah nak sampai tu."
"Okay Mak! Okay dah siap mandi. Baju, baju, baju, ba....ju?" watak ini terdiam dan memendam perasaan. Dia marah dan mahu membentak.
"Kenapa baju raya ni sama mak dengan baju raya haritu?"
"Kan raya haritu pakainya sekejap je? Pakailah sekali lagi."
"Alahhhhh! Semua pakai baju baru! Nanti malulah orang! Taknak raya!"
"Kamu ni, raya tahun depan kita belilah baju baru. Mak takde du..."
"Ahhhh penipu! Biarlah mak tak sayang orang!" watak ini kemudiannya berlari dan mencampak baju itu selepas dipijak semahunya-- di depan mata seorang insan bergelar Mak.
"Assalamualaikum... Epulllllllllll pul pul pul pul~ Jomlah raya! Pergi taman tengok orang sembelih!"
"Jappppp! Aku nak siap ni!" watak kembali mendapatkan Mak. "Biarlah Mak! Hmmm Mak saja je buat Epul takde baju kan? Bye bye, nak keluar!"
Mata tersedar.
Mampukah aku bertahan mengenang imbasan lalu yang aku tahu sebenarnya aku bersalah. Erti sebuah pengorbanan arwah Mak tetap aku takkan pernah lupa walau sedetik. Seusia kecilnya aku tak mampu berfikir jerih yang Mak lalui. Pengorbanan Mak yang dipersiakan dunianya.
Dan aku berkorban kasih terpisah sekian lamanya. Berkorban atas pemergian yang takkan tanah itu tergumpal menjadi sama sepertinya lagi.
Mak, orang mintak maaf.
1963 - 2005.
Yours truly,
Blue x
Yours truly,
Blue x
No comments:
Post a Comment
jika tak tersenangkan; disudi-silakan
beredar angkat kaki-- pergi jalan.
"setiap patah-- bangkit, kayuh semula"