Monday, October 21, 2013

Tentera - Pejuang atau Penghambaan

Satu mesej di hantar. Aku tak tahu kenapa selepas menelaah segala benda yang ada pada blog dia, aku cuba kumpulkan beberapa kata-kata utama dan bertanya pada dia. Entahlah, aku tak tahu sebab apa aku ada keberanian ini.

Perbezaan: Tentera Laut dan Tentera Darat, pejuang atau penghambaan?

Perbezaannya adalah Laut dan Darat. Pokok pangkalnya, kata dasar kedua-dua tersebut adalah Tentera. Yang membezakannya pula adalah Laut dan Darat.


Sebuah deklarasi yang diberikannya adalah "Mungkin pekerjaan dalam aspek perjuangan."

Tentera dan Perjuangan merupakan istilah yang sinonim. Apabila melibatkan Tentera maka secara tidak langsung ia berkait rapat dengan Perjuangan. Aku melihat dan mengukurnya dari sisi kaca mata sendiri. Secara jelasnya, Tentera juga melakukan Penghambaan. Penghambaan? Kita alihkan maksud sebenar "hamba" itu dan kita positifkannya. Penghambaan yang aku petikkan ini mengingatkan aku pada ungkapan ini.


"Tentera, Pejuang dan Hamba."  (Asmadi Hussin, 2010)


Puas aku berfikir saban hari. Dan aku terpukul dengan kata-kata tersebut. Dari kecetekan pemikiran, kenapa tentera dikatakan hamba? Sedari itu, aku menelaah dan membelek helaian demi helaian putih dan digital. Menghurai kata yang dilontarkan secara umum.

Naifnya aku tidak berfikir secara wajar. Lalu aku cuba untuk mendapatkan kepastian tersebut. Cikgu Asmadi sedia menanti rupanya, siapa yang bakal mempersoalkan kenyataan dia tempoh hari. Dan dia sudah bersiaga yang disertakan jawapannya.


"Hamba secara kasarnya bererti sengsara. Tetapi dalam pada saya ianya aman. Awak cuba fikir sejenak, penghambaan kepada Allah? Amannya hati berhambakan pada Allah. Tentera dan Penghambaan saya definisikan Keamanan."


Mereka menghambakan diri sebagai pejuang keamanan. Dia cuba menyampaikan apa yang tersirat. Aku terdiam sebab aku tahu, dia sedang mengolah lagi pemikiran anak muridnya ini untuk berfikiran lebih jauh. Makna asal tidak menghadkan penggunaannya. Jangan terlalu bergantung pada satu kata dasar untuk memahami.

Juga kepada dia, moga M16 dan sebagainya itu bakal kau genggami.

Tentera Hati.

Yours truly,
Blue x

No comments:

Post a Comment

jika tak tersenangkan; disudi-silakan
beredar angkat kaki-- pergi jalan.

"setiap patah-- bangkit, kayuh semula"