Saturday, October 26, 2013

Jarak - Pengajaran dan Pembelajaran Perpisahan

Aku rasa macam sebelum-sebelum ni entah ada orang faham atau tak apa yang aku post (sekitar bulan ni). So kali ini aku akan menghurai sendiri tanpa jawapan dari sesiapa. Barangkali, aku bukan lagi sesiapa. Aku ingin menggunakan pendekatan berbeza iaitu bercerita. Jadi, ini dia.

Jarak - Pengajaran dan Pembelajaran.

Matematik mengajar apa itu tambah, tolak, darab serta bahagi secara asasnya. Lanjutan itu, diperkenalkan pula pelbagai ilmu hisab bagi kita mencongak dan mengasah minda. Tidak lupa juga antara silabus subjek ini-- Jarak.

Sentimeter (cm), meter (m), kilometer (km) dan sebagainya.

Makin berganjak usia, makin kompleks jarak itu. Setuju? Nah, mungkin ada yang tak bersetuju. Tak apalah. Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing. As I mentioned dekat post-post yang sebelum ni. Aku hanya menyuarakan pandangan aku.

Sekali lagi, aku mengaitkan soalan di atas berkenaan dengan hati. Mungkin cuti semester kali ini aku banyak menghabiskan masa memikirkan dan menyoal mengenai hal-hal yang sebegini. Ya, mungkin aku mendapat komen yang tidak aku tahu samada pada aku atau siapa. Namun aku ambilnya sebagai positif.

"Bosannya. Kau asyik point benda yang sama. Kalau bawak ke mahkamah pun hakim mesti bosan."

Aku tak kisah, sebab aku hanya ada modal ini sahaja ketika ini. Dan aku bukan professional. Aku hanya menulis apa yang terlintas.

Berbalik kepada Jarak. Aku dah menyimpang sebentar tadi. Jarak membawa banyak ertinya. Kerana jarak kita boleh berpisah. Kerana jarak kita boleh bersatu. Dan kerana jarak, kita memikirkannya. Jarak mungkin jurang. Jarak juga mungkin jaring. Dan jarak mungkin jejak. Fikir sejenak. Jarak yang memisahkan kita mungkin sebagai suatu pengajaran dan pembelajaran. 

Mengajar kita tentang erti kejauhan, merindui dan memerlukan. Melalui itu kita belajar berdikari, kematangan dan mencintai. Aku tak punya hak untuk berkata mengenainya jika aku sendiri tak tahu apa itu jarak. Tetapi aku bawakan jarak itu melalui pengalaman aku sendiri.

Aku pernah dipisahkan bersama adik-beradik kandung aku melalui jarak yang merentang dari bersua muka.
Aku pernah dipisahkan melalui cantasan populariti yang melalaikan aku suatu ketika dahulu.
Aku pernah dipisahkan melalui pengasingan hidup berkeluarga di hantar ke asrama.
Aku pernah dipisahkan waktu mengenal soal hati.
Dan aku, aku pernah terpisah kasih yang takkan aku temui lagi setara dengan kasihnya seorang ibu.

Melalui perpisahan jarak itu, ianya mengajar aku dan aku belajar melaluinya.

Terpisahnya aku dengan adik beradik kandung aku--
Mengajar aku merindu pertelagahan antara aku, Kak Long dan Abang Ngah. "Walau dicincang air, takkan putus," barulah aku faham maknanya setelah berpisah.

Terpisahnya aku melalui cantasan populariti--
Mengajar aku melihat di cabaran dunia luar sebenar selain ditempat yang boleh aku katakan zon selesa, dikenali ramai. Dan cantasan ini aku telah diajar bagaimana hendak naik semula setelah berlaku kejatuhan. Aku di hantar ke sekolah Teknik menjadikan aku lebih banyak berfikir.

Terpisahnya aku dengan kehidupan luar melalui asrama--
Aku diajar bagaimana mengenali secara lebih dekat kehidupan sebenar berasrama. Aku menggalas jawatan Penolong Ketua Pengawas dalam sekelip mata mengalahkan pengawas senior yang bagi aku lebih layak menggalasnya. Dan aku berdikari bagaimana untuk menangkis permasalahan sebenar serta di asrama itulah aku berjumpa dengan seseorang yang biarlah aku menamakan insan tersebut sebagai "Kekuatan".

Kerana soal hati, aku memilih untuk terpisahnya melalui jarak--
Aku mengenalinya hampir saban hari dan aku memilih untuk membencinya melalui perpisahan jarak ini. Kerana jarak mengajar aku untuk menerima hakikat yang sesuatu bakal berlaku dalam perhubungan bila jarak menjadi aralnya. Sehingga kini aku berfikir.

Kerana perpisahan yang telah ditakdirkan, aku merindui belaian kasih seorang ibu seusia kecil aku. Aku tabah menerimanya. Tetap menerimanya walaupun aku tak kuat tatkala memikirkannya. Melalui jarak sekarang, 1 bulan lebih sebelum masanya tiba kembali jejak aku ke semester baru, aku masih mampu berkata-kata. Aku masih setia dalam mengingati senarai nama terpenting hidup aku. Namun, apakah yang akan berlaku di dalam jarak 6 bulan mendatang setelah masuknya semester baru?

Aku tahu, suatu perpisahan yang menyebabkan aku menitiskan air mata bakal berlaku. Aku tertanya mengapa perlu aku kenal engkau di waktu sebegini?

Sebuah percintaan, sebuah kasih, sebuah sayang, sebuah persahabatan dan sebuah kehidupan.

"Jarak yang aku bawakan kali ini adalah jarak kepedihan perpisahan."

Yours turly,
Blue x

2 comments:

  1. Nice approach and cool topic. Good job. Thumbs up! :)

    ReplyDelete
  2. jarak itu tidak akan pernah memutuskan kita bertiga adik beradik dan ibu yg telah lame pergi akan sentiasa tersenyum bila melihat kita bersatu dari satu jarak yg teramat jauh...k.long

    ReplyDelete

jika tak tersenangkan; disudi-silakan
beredar angkat kaki-- pergi jalan.

"setiap patah-- bangkit, kayuh semula"