So, kali ini aku, nak kongsikan sebuah cerita mengenai panas baran. Ya, mengenai panas baran. Aku menggunakan cara bercerita sekali lagi. Bukan kiasan. Mungkin menggunakannya sedikit? Kenapa tidak. Atau apa-apa je lah. Asalkan aku bahagia.
Sikap panas baran (banyak kali diulang), merupakan sikap yang tak semua orang ada. Mungkin?
Sikap ini didefinisikan mengenai seseorang yang cepat naik angin, melenting dan tidak sabar.
Mengapa terlintas unuk aku berkata kali ini mengenai isu ini? Kerana ini penjelasannya.
Semasa berada di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, pelbagai penglibatan aku cuba ceburkan diri. Aku mencuba sebab aku taknak diklasifikasikan sebagai seorang yang lemah dan terus lemah tanpa berbakti kepada sekolah mahupun diri. Cukuplah masa lalu aku di sekolah lama tidak seorang nampak fungsi aku selain menjadi seorang pemimpin tetapi bersukan pun tak pernah nampak. Kata mereka dahulu.
Jadi kali ini aku bangkit, buktikan pada orang lain yang aku juga mampu. Dan sewaktu di SM Teknik Pasir Mas, aku turut menyertai acara padang iaitu salah satunya Petanque. Apa itu petanque?
Petanque adalah sejenis sukan yang menggunakan “boule” atau bola yang diperbuat daripada logam dan dimainkan mengikut peraturan-peraturan tertentu. Bola akan dibaling mengikut cara-caranya untuk menghampiri sasaran yang berupa sebiji bola kayu yang berukuran seperti sebiji guli bagi membolehkan pemain mendapatkan mata permainan. Mata penamat bagi permainan petanque adalah 13 mata. Permainan petanque ini boleh dimainkan antara tiga pemain lawan tiga pemain, dua pemain lawan dua pemain dan satu pemain lawan satu pemain.
Perkataan “Petanque” adalah kacukan daripada perkataan Perancis “Pieds tanques” yang membawa maksud kedua-dua kaki terikat yang menggambarkan keadaan bilamana seseorang yang bermain petanque tidak boleh mengangkat kaki semasa melakukan balingan dilakukan.
Jadi, aku sangat teruja menyertai pasukan petanque sekolah pada masa itu kerana telah ramai yang mengikuti permainan ini, namun hanya beberapa orang yang terpilih sahaja akan disenarai pendekkan oleh 2 orang Pelatih iaitu Cikgu Zubaidah dan Cikgu Kamariah (Cik Kam).
Setiap petang, latihan dan pemilihan secara berperingkat akan dilakukan. Tak kurang hebatnya Shayid, Saiful Ikmal, Sharul Izan dan Nazirul yang menunjukkan pengalaman mereka sewaktu menimba ilmu dengan senior sekitar tahun sebelumnya (2010).
Pada mulanya, permainan yang dianggap suka-suka dan menghiburkan menjadi semakin serius apabila debaran pemilihan serta penyingkiran bagi menetapkan 6 pemain tetap berlaku. Ketegangan dan kesabaranlah yang perlu diutamakan waktu ini. Senarai calon yang lain memang mudah untuk disaingi tetapi pemilihan tidak sahaja tertumpu pada kemahiran tetapi secara amnya melihat juga kepada sikap inidividu mengawal mental dan fizikal masing-masing.
Setiap kali game dijalankan, kami semua akan ditentukan kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 3 orang. Aku bertukar-tukar pasangan kerana tujuannya adalah Cikgu Zubaidah dan Cik Kam mahu melihat keserasian di antara kami semua bersama pasangan mana. Pemilihan pasangan perlu dan penting agar kami merasa selesa dalam 6 yang terpilih. Juga selain utnuk mewujudkan chemistry antara kami.
Skip, skip, skip dan skip sehinggalah ke minggu terakhir pemilihan. Senarai nama 6 terpilih akan diumumkan sebaik sahaja jam menunjukkan 1830. Shayid, Saiful Ikmal, aku, Sharul Izan, Nazirul serta seorang lagi budak Form 4 yang dah aku lupa namanya. Secara kasarnya, kami berlima adalah pengawas sekolah.
Skip lagi, sehinggalah waktu latihan. Kami berenam digandingkan mengikut formasi plan yang telah dirancangkan oleh Cikgu Zubaidah dan Cik Kam. Mereka mempunyai plan tersendiri bagi memilih siapa yang bakal menggantikan bekas anak murid mereka yang tiada calangnya tahun yang lalu. Setelah pemergian senior kami itu (tak pernah aku kenal), maka Cikgu Zubaidah dan Cik Kam perlu mencari pewaris legasi yang seterusnya. Adakah kami berlima yang dicarinya?
Setelah latihan demi latihan dilakukan, aku akui bahawa permainan yang makin tegang dan sangat serius ini menyebabkan sikap panas baran aku secara automatiknya menjelma. Siapa tak kenal panas baran aku dalam asrama? Penghuni Blok Tingkatan Empat pasti takkan pernah lupa siapa yang akan menjerit, memaki hamun dan menghambur kata-kata kesat kepada mereka dari bawah blok mereka ataupun dari blok Tingkatan 5 yang dipisahkan dengan Blok Tingkatan 4 melalui Dewan Makan ditengahnya. Dan mungkin rakan seperjuangan pemimpin asrama yang lain ingat aku pernah naik angin sehingga hampir pengsan dan muntah-muntah? Okay next.
Berbalik kepada Petanque sebentar tadi. Aku cukup ceria pada awal permainan. Namun apabila gandingan yang tidak kena, perancangan tidak tersusun, aku mudah melenting. Aku memaki hamun secara berhemah di hadapan ke dua pelatih. Mengomel sendiri sebenarnya.
"Ingat, permainan ini memerlukan kesabaran mental yang tinggi. Kalau awak gagal mengendalikannya, kecundang awak semua sewaktu perlawanan nanti." - (Cikgu Zubaidah, 2011)
Bagi yang melihat kami bermain permainan ini, mereka menganggap permainan ini cukup mudah. Tetapi hakikatnya, permainan yang perlu di kawal melalui mental ini cukup memeritkan. Psycho adalah misi utama para penentang kita.
"Awak main saya tak cakap tak bagus. Kami mahu memilih awak sebab awak ada kelebihan sendiri daripada 4 pemain 'senior' tersebut. Tetapi awak kena pandai kawal emosi. Kami berdua susah nak buat penilaian siapa yang akan duduk di Top 3." - (Cikgu Kamariah, 2011)
Ya, hanya 3 sahaja yang layak ke Peringkat Negeri. 3 lagi akan menjadi pemain simpanan. Keputusan Top 3 akan diberitahu sewaktu Perlawanan Peringkat Negeri berlangsung. Pada pagi tersebut, semua masih tertanya-tanya siapa yang bakal dijadikan pemain tetap. Kami semua di bawa ke SM Teknik Bachok dan setiba di sana, keputusan telah di buat. Shayid, Saiful Ikmal dan...
Top 3 di minta bersedia sebelum permainan. Segala kelengkapan dan persiapan dilakukan. Mental dan fizikal harus disetkan kepada tahap optima. Tidak dinafikan, beberapa pelatih lain turut menyapa pasukan kami. Mereka seakan memberi persoalan di dalam renungan mereka "Adakah kami akan mendominasi gelanggang kali ini."
Top 3, bergerak dari satu gelanggang ke satu gelanggang. Cabaran yang selalu diingatkan selain Psycho adalah cuaca. Cuaca yang tak menentu membolehkan ketegangan makin terasa. Tambahan pula cuaca panas terik. Makin menguji ketahanan mental setiap pemain. Sebelum sempat, jarum jam menunjukkan pukul 1 tengahari, pasukan SM Teknik Pasir Mas sudah mengundurkan diri daripada gelanggang.
"Kesilapan kami adalah memilih dia. Sukar untuk memilih antara awak dengan dia pada mulanya. Tetapi sekarang baru saya sedar." - (Cikgu Kamariah, 2011)
Kerana panas baran yang aku tunjukkan pada sesi latihan menyebabkan pemilihan Top 3 berpihak kepada insan yang lain. Sharul menunjukkan sikap tekun semasa membuat perancangan semasa latihan tetapi ketekunan itu memakan dirinya sewaktu di gelanggang sebenar. Dia banyak melakukan kecuaian dan antara punca mengapa mereka mengundurkan diri sebelum waktu getir.
Pada saat itu, aku kesal. Kata pelatih, kerana panas baran yang aku ada lah mengapa aku tak dapat peluang tersebut. Hanya kerana itu. Peristiwa lalu mengajar aku untuk berubah sikap.
Persoalannya, elak atau hapus?
Pada mulanya aku cuba mengelak dan mengelak. Lama kelamaan aku cuba hapuskannya. Mungkin masih berbaki sisanya. Aku pun tak pasti. Yang pasti aku akan berdiam tatkala aku mula melenting. Mohon maaf kepada sesiapa yang pernah melaluinya. Aku berleter lebih senang daripada aku jadi panas baran seperti dulu.
Dan kepada dia yang mempunyai sikap yang berkemungkinan ada di dalam diri. Cuba atasi kerana tiada guna sebenarnya. Sedangkan pada hakikatnya aku tidak pernah lihat lagi.
Yours truly,
Blue x
Yours truly,
Blue x
No comments:
Post a Comment
jika tak tersenangkan; disudi-silakan
beredar angkat kaki-- pergi jalan.
"setiap patah-- bangkit, kayuh semula"